Showing posts with label Holiday. Show all posts

Berkhemah Gaya Moden Di Glamping LOWT, Perak

GLAMPING DI LOST WORLD OF TAMBUN

Hi semua, antara banyak banyak tempat untuk bercuti Mar suka sangat tempat yang penuh kehijauan dan tenang. Lain orang lain citarasa kan? Tapi kalau korang suka tempat kehijauan juga boleh ke LWOT taw sebab kat sini ada glamping best!
Okay jom Mar share dengan korang semua. Glamping adalah khemah moden yang serba lengkap. Kat LWOT ada beberapa buah glamping yang mana kita boleh pilih nak tepi tasik atau pun berdekatan dengan toilet.  Jadi Mar & kawan Mar pilih glamping yang tepi tasik. Kat situ nampak ala ala dalam hutan sikit. Hhiks! 
Mar & kawan kawan
Bestnya rasa macam nak lompat lompat hehe!

GLAMPING 
Okay guys!, Ni la glamping taw. Cantik & sangat besar kan? Mar teruja sangat dapat menginap kat sini. Antara impian Mar tahun ni adalah untuk berkhemah kat sini taw,  akhirnya tercapai, yey!
Glamping ni dipasang atas rumput karpet, jadi takperlu risau takut lecak ke apa taw, hehe
Dalam glamping yang Mar duduk ni ada 3 katil, 2katil single & 1katil king. Dalam ni juga terdapat aircond,kipas,rak kecil, cermin serta tempat penyangkut baju haha memang seakan hotel dah taw, cukup lengkap! Ofcourse tuala pun disediakan okay. Dont worry!


Okay dah ready nak tidur ke Mar? hehe muka tasabar sangat!

GLAMPING DI PERMUKAAN TASIK ( Bagi Mar Kat sini paling cantik! ) 

Kat tasik ni banyak aktiviti yang boleh buat sebagai contohnya kayak/ aktiviti team building -water confident & sebagainya.
Kat LOWT ni ada buggy disediakan untuk pelancong taw, jadi tak risau nak pergi mana mana tempat dalam LWOT ni kita naik buggy okies! Jalan pun syok juga .


BBQ TIME
Bila menginap kat Glamping LWOT ni ada pakej untuk BBQ taw, best sangat. Staf LWOT akan buat semua preparation untuk BBQ, siap dengan bakar sekali, bagus sangat. Semuanya sedap & sangat banyak. Heyy! sampai kekenyangan kami dibuatnya. Tu pun tak habis sebab banyakkk T_T kalau perut ada space lagi Mar makan sampai habis! hhiks . 
Masih teringat ingat lagi makanan BBQ ni sedap sangatttttt T_T

Okay Jom Dinner dengan Mar!

AKTIVITI DI LWOT
Kat sini juga ada macam macam aktiviti, Mar decide untuk cuba panjat ni sebab rindu gila
nak hiking taw T_T












Heyy! Nampak je lembut tapi kita tak lembik taw. heee
Bila naik sangat cuak jugak sebab ada tempat yang sangat sangat curam & susah nak pegang, tapi Mar berjaya naikk juga. haha paling susah part untuk naik sebenarnya.
Dan, finally. Mar berjaya untuk turun dengan jayanya hehe. Bestttt! Time nak turun ni mula mula rasa juga gayat, bila da rasa selesa best pulak nak turun lelaju hehe

HAUNTED CHAMBERS
Yuhuu! Rumah hantu paling takut hhu . Nak nangis T_T haha walaupun kecik tapi seramm. Siapa yang datang sini kena try masuk okay. Best. Lagi seram dari NOF Sunway Lagoon taw. Kalau nak tengok Mar kena prank bila dah keluar dari rumah ni tengok kat instagram LWOT taw. hahah jahat gila hantu tong sampah tu!
Tengah usap dada lagi Mar? haha T_T 

ZOMBIE ZONE





IT's ZOO?
Hehe best kan?! kat sini pun boleh berseronok dengan haiwan yang comel!. Berebut taw nak bagi makan untaaa tu dengan kawan kawan Mar haha, jadi sesiapa yang datang dengan famili & anak anak boleh lepak chill dengan haiwan yang sangat jinak kat sini taw.


Paling comellll & sangattt jinakkkk taw. Alahai rasa macam nak bawaa balikkkk jeee geram!

GARDEN OF LIGHT
Kat LWOT ada Garden Of light taw, korang boleh tengok taman ni berwarna warni dengan cahaya yang sangat cantik & ada juga muzikal!



Mar percaya sesiapa yang datang ke sini memang akan rasa nak datang lagi, tak puas nak main kat theme park ni! Hope dapat datang lagi nanti!


Untuk anda semua yang nak tahu harga & semua maklumat tentang
Lost World Of Tambun ni boleh layari ke :

WEBSITE :
https://sunwaylostworldoftambun.com 
INSTAGRAM:
 sunwaylostworldoftambun 
FACEBOOK:
 lostworldoftambun 

ALAMAT :


SUNWAY LOST WORLD WATER PARK

No 1, Persiaran Lagun Sunway 1, Sunway City Ipoh, 
31150 Ipoh, Negeri Perak.

Theme park tel: +605 542 8888
Hotel tel: +605- 540 8888
Fax: +605- 542 8899

Email
lostworldoftambun@sunway.com.my


CARI RESORT DI JOHOR BAHRU TAPI PILIH PULAU TIOMAN

Mar suka sangat nak teroka 1 Malaysia taw. Okay last Mar travel hari tu adalah kat Johor.  Itu adalah second time la, pertama kali Mar ke Johor Mar pergi Legoland & baru baru ni Mar ke Pulau Tioman. Best lah Johor ni taw! Banyak lagi yang Mar nak terokai .

So guys, korang semua tahu tak disebalik nama Johor adalah daripada perkataan Arab “Jauhar” yang bermaksud “Permata Berharga”. Cantik sangat maksudnya, patutlah tempat kat Johor ni cantik cantik hehe

Okay hari tu Mar buat keputusan nak shortvacay sekejap , Mar pilih Johor sebagai destinasi. Hehe so sebelum travel, mar akan search semua resort di Johor Bahru. Cari punya cari, last-last Mar pilih Pulau Tioman. Mar nasihatkan korang sebelum travel banyakkan baca blog travel & juga tanya kawan kawan yang berpengalaman  apa yang best dekat Johor  taw.


Bila tiba kat kat sana dah excited taw, hhe sebab pertama kali juga jejak ke Mersing, Johor ni. Untuk ke jeti  Mar kena berjalan dari hentian bas Mersing, macam syok pulak tengok bandar Mersing! So bila sampai kat Mersing Harbour Centre ni Mar kena tunggu pukul 8pagi untuk beli tiket feri ke Pulau Tioman.

PULAU TIOMAN
Guys, ini pertama kali Mar ke Pulau Tioman taw. Kalau korang nak tahu kat Pulau Tioman banyak kampung. So korang kena decide untuk holiday kat kampung mana sebelum naik feri.

Bila da research tentang Pulau ni, Mar buat keputusan untuk holiday kat Kampung Tekek, sebab Kampung Tekek seakan pekan, ada kedai kedai untuk beli something & ofcourse sebab ada ATM hhe.  Kalau dah tiba kat Mersing , beli tiket feri korang boleh juga tanya orang orang kat sana tentang Pulau Tioman dan apa yang best kat pulau tu. Mar bila tiba je kat Mersing jumpa orang je Mar banyak bertanya. Mereka pun banyak kongsi cara nak ke sana .

Kalau korang tengok peta ni ia adalah peta perjalanan feri Bluewater Express ke kampung kampung di Pulau Tioman ni. Ada Kampung Genting, Kampung Paya, Kampung Tekek, Kampung Ayer Batang, Kampung Panuba, Kampung Salang, Kampung Juara, Kampung Mukut, dan Kampung Nipah. Korang boleh nak berhenti kat mana mana kampung dengan tiket yang sama tapi sebelum pergi, ingat korang kena buat research tentang resort kat Pulau Tioman dulu taw. Baru lah tak kelam kabut nak cari tempat penginapan nanti hehe. Tapi kalau korang nak walk in pun boleh, tapi kalau nak jimat masa lebih baik buat persedian awal cari resort pilihan korang dulu taw. So bila sampai sana boleh terus buat aktiviti kegemaran korang!


BARBURA SEAVIEW RESORT
Bilik untuk 3orang, 1bilik air : Hanya RM100/day . Mar bagi 4/5bintang!

Kat Pulau Tioman Mar stay dekat BARBURA SEAVIEW RESORT di Kampung Tekek. Why Mar pilih resort ni adalah sebab resort ni betul betul depan pantai.  Hehe  Memang Mar target nak resort yang boleh view pantai. Yela, mestilah nak bercuti sambil rehatkan diri tengok keindahan pulau kan. 

Resort ni sangat cantik. Bilik yang agak luas, selesa ada aircond  & fridge.  Kadang, ada juga rasa tak nak keluar bilik sebab best sangat tidur kat bilik tu Huu . Memang keputusan yang terbaik sangat stay kat resort ni. Jom tengok gambar gambar Mar kat Barbura Seaview Resort ni.
Cantik sangat ! Ini adalah permandangan Barbura Seaview Resort dari depan pantai . Bila keluar je bilik tengok pantai, terus berlari lari sakan! Heheh Sumpah best korang! Kat sana ramai juga pelancong asing datang holiday taw. Dan resort ni juga berdekatan dengan resort lain.  Kalau korang tengok kat sebelah kanan tu adalah tempat untuk lepak makan dan ber BBQ taw.  Memang syok sangatlah kalau datang dengan family atau dengan kawan ber picnic sesama .hhe 

Wahhhhh tengok permandangan pantai tu guys! Tak tahu nak gambarkan macam mana cantiknya lahaiiiii ! Bila kat sini rasa tenang sangat, memang rasa tak nak balik hhe. Mar boleh habiskan masa 5 jam duduk kat pantai je taw. Kat pantai ni tak ramai sangat, so korang boleh fefeeling stay kat pulau ni sorang sorang! Hhiks

 Kalau korang datang holiday kat sini jangan risau kat mana mana tempat pun cantik nak bergambar. Memang full memory Mar! yelah sebab semua tempat cantik kan, dahlaa kaki bergambar sangat . hhhiks 
Oh ya, kalau korang nak tahu pasir kat pantai sini lawa gila! Tengok tu, seakan lukisan . Sebab tu la berjam jam Mar habiskan kat pantai je. Hehe . Bila korang ke Pulau Tioman ni bolehla buat aktiviti snorkeling,memancing dan banyak lagi taw. Masa Mar jenjalan kat pantai ni ada budak budak yang tengah tangkap ikan taw. Hhe so apa lagi join lah sekali. Hhe 

 Mar harap sangat lepas ni boleh datang lagi & nak pergi resort cantik lain juga.  
"More you explore, more you learn, Yey!"

Bila pergi pulau rasa release stress sangat, so mesti lah balik dengan hati yang senang. Hehe Mar syorkan kat korang semua yang nak shortvacay & nak rehatkan diri pergi lah holiday kat pulau taw.

 Hari nak balik Mar singgah satu kedai tepi jeti kampung Tekek ni. Memang sedap sangat. Mar try nasi goreng & roti canai, pergh sedap! Masa ni tengah breakfast sambil tunggu feri untuk balik dah . Permandangan kat kedai ni cantik sangat awak! Rasa macam nak duduk lama jeee. Hhe Breakfast di tepi pulau gitteww . hhiks .
Makcik kedai makan ni sempat tegur tanya menginap kat resort mana, dia banyak kongsi tentang Pulau Tioman ni, baik betul. Orang orang kat pulau ni peramah sangat! Memang rasa nak pergi lagi hhe
Bye Mersing JOHOR! Bye Pulau Tioman.  Johor ni best! So lepas balik dari pulau Mar sempat jenjalan kat Bandar Mersing taw. Memang cantik sangat. Next time kena datang lama sikit baru boleh teroka banyak tempat kat negeri Johor. Nak tau mana lagi tempat-tempat best yang boleh di explore di Johor ni, boleh check senarai unseen malaysia dan pilih negeri johor.


Sempat tangkap gambar kat artwork bangunan kat bandar Mersing! Hehe Jangan lupa taw awak semua, sebelum travel mar nasihatkan korang kena search dulu tempat yang korang nak travel, usha resort  atau hotel  yang best, berdekatan,bandingkan harga & sebagainya taw. Nak senang korang download je apps Traveloka untuk usha penginapan lagi senang kan. 
Thanks singgah baca .
Bye !



Belayar & Bercuti Dengan Kapal Mewah Dream Cruise Kini Dari Port Klang!

Hey Guys,
Thanks sape yang ikuti story instagram Mar! Okay sekarang Mar nak share gambar gambar dalam Dream Cruise! Serius mewah sangat ! Dream Cruise kini dari Port Klang ke 4 destinasi . Iaitu Penang, Singapore,Phuket Thailand and Bali Indonesia ! Wah tak sangka dah ada Kapal mewah kat Selangor!
Mesti semua teringin nak bercuti dalam kapal mewah macam ni kan!  Belayar sambil bercuti . Eh syoknya awaaaaak ! 
Okay jom masuk!! 


Mar dah sampai dalam cruise, fuh level dia!
Sebelum ni Mar tahu pasal Star Cruise yang hanya ada 9 level . Dan sekarang Mar masuk cruise yang sangat mewah & besar iaitu mempunyai hampir 20 level! Fuh , pancit . Tapi memang sangat berbaloi sesiapa yang holiday atau honeymoon sambil belayar dengan Dream Cruise ni . Mar tak larat nak round & snap gambar dalam cruise ni sebab besar sangat, Like hotel in hotel gittew , Fuh  T_T

Sekitar dalam Cruise . Jom tengok beberapa tempat yang Mar sempat snap !




Dalam Dream Cruise terdapat event space, meeting room, business centre yang sangat luas serta eksklusif!



CRYSTAL LIFE SPA dalam Dream Cruise















CRYSTAL LIFE FITNESS 
Boleh exercise/workout sambil tengok permandangan laut yang luas . Bestnya!

BOWLING , KARAOKE, PARTY SPACE & etc for entertainment 



SHOPPING DREAM 
Kat dalam cruise juga terdapat Shopping Centre untuk korang yang suka shopping barangan mewah!


TOILET dalam cruise


MAIN POOL DECK,KIDS WATERPARK,WATERSLIDE PARK & etc




best sangat bersantai kat sini, banyak tempat untuk landing landing sambil tengok anak mandi kat pool . hhiks

 PRIVATE PLACE FOR  PALACE GUEST ONLY
Okay kat bawah ni pula Pool for palace guest only!  Yey ! Mar dapat masukk . hehe


Ini lagi eksklusif nak landing bersantai dengan outdoor bed set  Belayar dengan tenang la . hhu
Memang selesa sangat! Landing sambil hirup udara segar .







GARDEN PENTHOUSE
Mar dapat snap beberapa je gambar dalam ni . Yang pastinya semua mewah!




PRIVATE CAFE FOR PALACE GUEST ONLY

Mak ai, cafe ni kami xsempat turun . Tengok dari atas pun dah nampak mewah sangat!




DREAM CRUISE CAFE
Kat dalam cruise ni sebenarnya terdapat banyak cafe & juga restaurant . Ada juga ala ala foodcourt!
Menu yang best dekat cafe ni! Mar bagi 100% Sedap . Tak sangka ada juga masakan melayu . 
Satay, Ikan bilis, Murtabak , Thai Young Mango tu sedap . Dan satu tu lagi abelone tu  Mar tak suka . Heeeee
Ayam Bertutu! Klasik nama . hahaha yang pasti Mar makan half of ayam. Anak ayam kot hahah sedap weyh awak . Sambal dia sedap . Ayam dia sangatlah lembut. 
Okay gambar sebelah (kiri) ni sedap sangat sup labu emas bersama aneka jenis makanan laut sotong pun ada, memang sedap sangat . Mar suka! Dan pic sebelah (kanan) pulak Leg Crab , Pun ranggup !


Telah dirasmikan dan kini akan belayar dari Pelabuhan Klang . Tahniah Genting Dream!

PRICE DREAM CRUISE 
Harga Promosi untuk belayar bersama Dream Cruise.
Pilih Guys! Yang bawah sekali paling murah ya ikut jenis bilik. Garden Penthouse paling mahal .
Sorry guys, kalau tak banyak gambar , Mar dah taklarat nak snap sebab besar sangat . hhe . Please vist their website for more photo okayh!


Pengalaman yang best dapat naik Dream Cruise! Ai Ai kapten . hhu 

So guys, untuk dapatkan Dream Vacation korang , 
contact travel agent atau boleh call
Contact : 03 23021288 
Email : kl.sales@dreamcruiseline.com 
Visit :

Thanks singgah! 
Much Love,
Mar