AYAM GHANTARI 1 DALAM MALAYSIA

March 25, 2014,0 Comments

Ayam Ghantari Inspirasi Citarasa Nusantara 


wOt wOt wOt !


Bunyi seakan sedap tahap dewa ! 
Sumpah Sedap wOo .

Buktinya Putery dan kawan kawan sudah rasai sendiri betapa hebatnya rasa AYAM GHANTARI ni .fUh waalaaweii ! sedap sampai jilat jari !

rasa nak pergi lagi?Oh gila kaw tak nak ! Mestilah Nak !

Nak ajak korang korang semua pula pergi ke sana .

CE CUBA TRY TEST 

Serius 1 dalam MALAYSIA .uMpph!

Okeh so putery nak ceghita pasai paa sedap sangat ni .

Macam mana boleh wujudnya Ayam Ghantari ?


Alright! 

Peristiwa dari Sebuah percutian di Bali ,telah memberi ilham  kepada Planet Grill Network merealisasikan impian mereka untuk mencipta  satu produk baru iaitu dikenali sebagai Ayam Ghantari. 

Ayam Ghantari satu lagi nama baru dalam industri F&B yang kini mengorak langkah besar untuk  memperkenalkan jenama mereka.




Ni time putery poi intai ayam dibakar .
Whoa ! lazizun jiddan .tgk ayam dibakaq pun dah terliur .Nyum Nyum !


wUUuuu ! Kentang goreng pun sedang rancak atas dapur .
Menggoda sangat !






Taraaaa! haip jangan sentuh ! ini ahmad albab yang punya ! Eh lol hhews hhe! Awesome right !? apa yang menarik hati putery adalah ayam punya sarang tuuh ! Ehh .Cantek Klasik !



oKey tuan tuan dan puan puan .
jangan risau putery tahu yang segelintir masyarakat kita pada hari ini dah mengamalkan permakanan yang sihat .Mereka hanya pilih Ayam Organik sahaja .
eH Yeke?
Ya sebab family putery pun dah start amalkan .serious ni :D

so sangat sesuai jika AYAM GHANTARI jadi hidangan sekeluarga ! Haip :)

 "Ayam Ghantari ni hanya menggunakan ayam kampung organik tanpa suntikan atau bahan terlarang yang membahayakan kesihatan. Ayam ini diambil terus dari ladang ternakan di Negeri Sembilan. Manakala Iga (tulang rusuk) pula dari pembekal yang sama dengan restoran Tony Roma’s


Haaa! pada malam tu ,putery pilih yang ni .Sedap sangat! actually before this tak pernah makan Burung puyuh .Finally ! i get this .hoo Maunya tak happy .Sangat sangat serOnok okeh .
Thanks AYAM GHANTARI! *ceh macam tercapai impian pula kan hiks*



Iga Bakar bersama kentang 






HOmaigod! Hensem Cantiknya Kotak ! Hhews ! So adorable larh .
Menyenangkan untuk kita bawa pulang ke rumah /pergi picnic okes :D


So kat sini Harga Harga korang semua boleh pilih :

Harga adalah sama untuk nasi dan kentang goreng.

Set Ayam Bakar RM7
Set Burung Puyuh RM7
Set Barongan RM20
Set Iga Bakar RM12.90

Terdapat juga set kombo untuk anda :

Pakej Berdua (2 hidangan) : RM 13
Pakej Bertiga (3 hidangan) : RM19.50
Pakej Berlima (5 hidangan) : RM32.50
Iga Bakar Full Rack (4 ketul tulang rusuk) : RM35


Dan Dan 
Korang boleh membuat pilihan taw, Samada nak

Nasi (dengan kerepek paru and kerepek tempe) atau Kentang Goreng
dan
sos Ghantari atau Sos Taliwang




Perbezaan sos yang Cukup Cun Sedap !
 haih pedas manis memang sesuai untuk Menu Orang kelantan.



"ouch ! Sedap sangat !
  jom turun ramai ramai kasi gegar ! "


Akhir Kata :
Thanks a lot to Encik  AZUHURI MUSTAQIM & ENCIK SYAM DZULKARNAIEN
kerana menjemput kami rasa sendiri keenakkan AYAM GHANTARI
*sampai terbawa bawa dlm mimpi eh *




For More Information :

Just Click





oOps! 
haaa ! Selain dari itu :
pihak Planet Grill Network juga menyediakan perkhidmatan seperti berikut kepada pelanggan mereka:
  • katering untuk aktiviti indoor & outdoor.
  • aktiviti makan-makan dan majlis jamuan persendirian, organisasi kerajaan atau swasta.
  • rakan niaga franchise.
  • membekal ayam kampung dan puyuh organik.
Bagi anda yang ingin mendapatkan perkhidmatan dari mereka bolehlah menghubungi:
Planet Grill Network (002256848-T)
D-101, Blok D, Exclusive Condo,
Jalan PJU 8/2, Bandar Damansara Perdana
47820 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan
 Telefon / SMS / WhatsApp:
019 – 5522906
012 – 9925575
Medial Sosial
Twitter dan Instagram : @AyamGhantari

Atau yang ingin mencuba Citarasa Nusantara ini bolehlah ke:
Medan Selera Lokas Makana
No 15A, Jalan PU 13/2,Tmn Puchong Utama,
47140 Puchong,Selangor Darul Ehsan
Locations Google Maps:
2.9832980, 101.608793
2°58’59.8″N 101°36’31.6″
Landmark : Carrefour Puchong Utama
Waktu Operasi: Dari jam 6.00 petang hingga 12.00 malam
Jangan lupa untuk gunakan hashtag #ayamghantari bila anda kongsikan gambar hidangan restoran ini di laman media sosial anda.


ahaa! Ore Perok mano?jange ghisaau deh 
Eh (xkeluar bahasa ibunda pulak) ohooOo
Anyway just nak mention for those orang perak, ada berita baik untuk anda. 
Franchise Ayam Ghantari akan dibuka di negeri Perak tidak lama lagi. So,xperlu garu kuku ibu jari kaki fikir nak datang jauh jauh kan?hiks 
. Jangan lupa like Facebook Ayam Ghantari untuk mendapatkan maklumat terkini daripada mereka. =)


Thanks .

Love #AyamGhantari !







0 comments:

Manusia Biasa Hati Milik Tuhan

March 21, 2014,0 Comments

  

ASSALAMUALAIKUM 



ya kalimah ini ,
aku nak ia sentiasa mendahului aku .



Mendahului untuk menterjemahkan hidup aku .

Aku bukan Manusia Sempurna .

.......................

Tapi aku 


Manusia 


suka bercerita

Tentang BAIKNYA TUHAN .


Adakah Manusia yang penuh ILMU hadith dan kalamullah

 yang Hanya Berhak bercerita MengenaiNya?

Tuhan Menduga Menguji 

Setiap Manusia Yang Baik , Setiap Manusia  Yang Baik Lebih


Tiada Kurangnya Ujian Terhadap Setiap Manusia Bumi.
.


Baik Kamu 


Baik Aku 


Baik Semua 


Hati Aku yang Kurang  sempurna  Baik

Selalu
Terfikir Kamu dan kamu kamu Manusia Dunia 


Untuk Tuhan Ampunkan 


Segala Penuh Dosa Yang Sering Di sisi .



Aku bukan Manusia Alim untuk Tuhan Ampunkan 

Setiap Keburukkan Kita Kita 

Manusia 

Hamba .



Hanya Berharap .


Sesuatu dalam Diri Menjadi Kenyataan Kebahagian Diredhai .


Ameen .




ikhlas :


Aku bukan si puitis Bijak Pandai Untuk tidak aku menulis Tentang Baiknya Tuhan 
















0 comments:

Hijrahlah Wahai Malaysia

March 15, 2014,2 Comments

Oh Malaysiaku!

Makin hari makin banyak ujian yang Allah timpakan kepada negara ini. Mula2 cuaca yang panas berpanjangan. Diikuti dengan jerebu. Seterusnya Allah timpakan pula tragedi kehilangan pesawat MH370. Dan terkini kejadian ketika konsert di Bukit Jalil yang telah menyebabkan kematian akibat salah guna dadah.
Innalillahi wainnailaihi rojiuun.


Sadis. Namun adakah segala kejadian ini terkesan pada hati kita? Atau ianya sekadar singgah di hati beberapa saat lalu hilang begitu sahaja?
"Relax la, ni sume ketentuan Allah.."

Ayat biasa yang kita dengar. Sedarkah kita bahawa ini adalah bala yang telah Allah timpakan, mengapa?

Simple. Manusia telah dikurniakan akal, dan seperti yang kita tahu, akal yang membezakan samada perbuatan itu betul ataupun salah.

Bilamana manusia tidak menggunakan akal sebaliknya menggunakan nafsu, maka terjadilah kemungkaran.

"Tolonglah jangan kata sebab kemungkaran lalu Allah timpakan bala.."
Ini adalah statement yang kurang bijak. Kita sakitkan hati ibu kita pun kadang Allah bayar cash dekat dunia. Apatah lagi manusia yang melakukan kemungkaran atas bumi Allah. Agak2 Allah redha ke?
Fikirlah sendiri.

Makanya disini, berhentilah. Berhenti daripada melakukan maksiat. Berhenti daripada melakukan sesuatu yang Allah telah larang. Kenapa?

Kerana bila bala diturunkan Allah, ianya melibatkan seluruh rakyat. Jika ia hanya melibatkan kamu seorang, tak mengapa. Senyum kambing je.

Apakah kisah para Nabi dalam Al Quran tidak ada ibrah dan pengajarannya? Bilamana Allah turunkan bala kepada sesebuah negeri ataupun suatu kaum?
Fikirlah. Renunglah. Dunia sudah tenat.

"Sebelum membuat suatu kemungkaran cuba fikir, bagaimana jika aku mati dalam keadaan begini? Bagaimana jika aku tak sempat mengucap syahadah?"
"Ah takpe pun! Allah sayang aku."
Ya, Allah sayang kamu yang selalu melakukan kerosakan pada bumi Allah. Kegilaan apakah ini? Hanya yang menggunakan akal dapat membezakan baik dan buruk. Haq dan batil. Pahala dan dosa. Kerana ianya membawa kita kepada jalan syurga ataupun neraka.

Hijrah is the best answer.

2 comments:

1MALAYSIA GRAND PRIX SALE TREKSELEBRITI

March 15, 2014,0 Comments






Media Release

Siaran Media



1MALAYSIA GRAND PRIX SALE TREKSELEBRITI





BANDAR SUNWAY:  Kempen Tahun Melawat Malaysia telah bermula dengan sambutan yang cukup meriah dan pada masa yang sama menawarkan para pelancong pengalaman kepelbagaian budaya di Malaysia. Kini bulan Mac tiba, ramai yang tidak sabar menunggu karnival jualan ‘shop till you drop’ yang pasti menjelang pabila masuk bulan Mac setiap tahun. Karnival ini lebih dikenali dengan nama 1Malaysia Grand Prix Sale. Kempen membeli-belah ini diadakan bersempena dengan Petronas Malaysia Formula 1 Grand Prix.


Bersempena dengan 1Malaysia Grand Prix Sale (1MGPS), satu majlis pelancaran gilang-gemilang akan diadakan di Kompleks Membeli-belah Sunway Pyramid. Majlis pelancaran ini akan dimeriahkan lagi dengan acara hiburan tanpa henti yang bakal diadakan pada 16 Mac 2014.  Program 1Malaysia Grand Prix Sale Trekselebriti bakal melibatkan penyertaan lebih 20 orang artis tempatan yang akan memeriahkan lagi pentas Kompleks Membeli-belah Sunway Pyramid. Antara artis dan selebriti yang akan hadir adalah Ella, Nico, VIP Group, Adam AF, Iqwal Hafiz, KOOL, A to Z, Amariz, Altimet, Modjo, Aweera dan lain lain lagi.
Acara yang berkonsepkan hiburan dan sesi ramah mesra bersama peminat  ini bakal membawa tetamu mendekati aspirasi pelancongan negara yang kian terkenal sebagai destinasi membeli-belah pilihan pelancong dunia.




Malaysia merupakan syurga membeli-belah di Asia. Dengan menawarkan pelbagai variasi seperti pusat-pusat membeli-belah bertaraf dunia, pasar malam, kedai-kedai vintaj dan banyak lagi pasti memberikan para pelancong nilai yang berbaloi untuk setiap sen yang dibelanjakan. Malaysia telah dinobatkan berada di tangga ke-4 di antara 12 Bandaraya Membeli-belah Terbaik di Dunia oleh CNN. Kuala Lumpur kini berdiri sama tinggi dengan Paris, Hong Kong, Dubai dan Milan dalam memberikan pengalaman membeli-belah yang cukup unik! Kuala Lumpur menawarkan  harga terbaik, kualiti yang bermutu, pelbagai pilihan jenama dan servis kelas dunia.



Antara aktiviti yang akan diadakan sepanjang carnival 1Malaysia Grand Prix Sale adalah ‘showcase’ Petronas Malaysia Formula1 Grand Prix yang berlangsung selama sembilan hari bermula 22 Mac di Concourse, Suria KLCC. Pelbagai aktiviti akan diadakan di sini seperti pada 23 Mac, Petronas akan mengadakan ‘Motorsport Demo Run’ di perkarangan KLCC. Selain di Lembah Klang, sambutan 1MGPS turut diraikan di Gurney Plaza Penang, Johor Bahru City Square, Cityone Megamall Kuching, dan Suria Sabah Shopping Mall.



Buat para peminat F1, kempen Petronas Formula 1 Grand Prix bermula di Pavilion Kuala Lumpur, Queensbay Mall Pulau Pinang, Johor Bahru dan Sunway Pyramid. Tarikan utama adalah F1 Simulator Challenge yang terbuka kepada semua pemegang tiket F1. 10 pemandu dengan masa terpantas di setiap lokasi akan bertanding pada pusingan akhir di Litar Antarabangsa Sepang pada 29 Mac dan sebuah kereta Nissan Almera NISMO bernilai RM92,000 menunggu pemenang utama! Jangan lepaskan peluang untuk mendapat tawaran diskaun terhebat sepanjang karnival 1MGPS 2014. 






1 Malaysia GP Sale Trekselebriti
- Tentative Program -  Event Flow





Time

Program


01.40 pm

Arrival of Celebrity & Media

01.50 pm

Celebrity & Media

02.00 pm

Welcome Address by MC (Richie Rachman)

02.05 pm

Opening Show by 10 Dancers with Nico G – Song Belia Perwira / Video Clips @ LED Screen

02.20 pm

Trekselebriti Showcase with Bocey, Along & Angah and Handyblack

02.35 pm

Performance by Iqwal Hafiz - 2 songs and Video Clip @ LED Screen

02.45 pm

Performance by VIP Group – 2 songs – Melia / Ryan / Yandy /

02.55 pm

Performance by Adam AF – 2 songs

03.05 pm

Interlude Radio Ewana FM with Ewana DJ’s & Video @ LED Screen
Man / Elly / Shah Arshah / Nizal /Teguh / Putri / Lia Omey / Azz / Kozz

03.20 pm

Nano Records Artistes : 6 artistes – 2 songs
Syaya Solero / Putri Awani / Ammar / Azmir Arif / Anne Farina AF8 / Ikin AF 3

03.55 pm

Performance by Kool Group ( Hairee / Yan / Brader Jobot / Amir ) – 2 song

04.10 pm

Performance by AtoZ Group ( Lan / Jeff / Chap ) – 2 songs

04.20 pm

Performance by Amaris @ Amran Ismail – 2 songs & Video @ LED Screen

04.30 pm

Performance by or Altimet

04.40 pm

Interlude Santai Travel & Slidejam & Video with Azlie Halim

04.50 pm

Performance by Aweera (Mojo)

05.00 pm

Performance by Ella – 2 songs & Video Clips

05.10 pm

Group Photo session





1.     LED Screen for video clipping
2.    Internet line for Radio Ewana FM untuk bersiaran
3.    Codeless Mic – 6 set
4.    Artistes Holding room
5.    Security
6.    Sunway Pyramid Shopping Voucher
7.    Logo  : Ewana FM / Trekselebriti.Com / Santai Travel
8.    Sunway Pyramid Parking
9.    Hi – Tea space



thanks !

     Selamat membeli-belah!!! :D








0 comments: