Fashionista

10 Gambar Perkahwinan Asyallie | Insta Famous

February 26, 2017,0 Comments

Majlis Perkahwinan Adik Comel Asyalie yang viral sebab " Video Macam comel je" . Tahniah Asya . Moga ke syurga bersama Suami. Pernah jumpa Asya kat luar sangat comel macam anak patung heyy!  















Firman Allah: 

Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya),lagi Maha Mengetahui. (An-Nur;32)


Alhamdulillah :)
Credit pic : https://www.instagram.com/asyalliee/
Follow : https://www.instagram.com/puterymemory/





0 comments:

aksesori

Asia Silver barang kemas murah untuk dijadikan hadiah!

February 21, 2017,2 Comments

Hey korang | Rindu Mar? 
Hari ni Mar nak share satu tempat untuk buat barang kemas yang boleh ukir nama taw . Korang tahu Mar suka sangat pakai Silver . Dan Emas lagi laa favourite semua wanita kan? Mar ada  jumpa satu kedai yang sangat best ni iaitu ASIA SILVER yang sediakan servis untuk ukir nama ni . Rasa macam nak tempah banyak banyak bagi hadiah! hhe 
Kenapa Mar cakap kedai ASIA SILVER ni menarik sebab ASIA SILVER  menawarkan servis menjual dan menerima tempahan barang kemas perak 925 ukir nama , Lagi best bila ada item pre order, item custom made dan juga tempahan mengikut citarasa dan design tersendiri.Segala jenis perhiasan wanita ada dijual,cincin ukir nama,rantai ukirnama,gelang,brooch,dan macam2 lagi,malah untuk laki2 pun ade butang baju melayu dan neck tie clip yang boleh ukir nama. Tambahan design baru dah keluar sempena raya Aidilfitri 2017 .
Jomla pakat beli . Mar pun nak beli jugaaaa!
Koleksi dia buat orang rambang mataa laaaaaa 
                         Koleksi yang Model gayakan semua menarik kan? Aduh berkenan semua !
Okay sekarang korang boleh baca sedikit fakta pasal PERAK 925 ni .

FAKTA TENTANG PERAK 925 :
Untuk pengetahuan, Perak 925 bukanlah 100% diperbuat daripada Perak. Sebaliknya peratusan Perak yang digunakan ialah 92.5% dan selebihnya adalah tembaga iaitu sebanyak 7.5%. Ini kerana 100% logam Perak terlalu lembut dan amat sukar untuk dibentuk.

Selain itu, kilatan dan kilauan pada Perak 925 tidak kekal kerana ia mudah teroksida menjadi kekuningan, coklat dan adakala menjadi kehitaman.  Lapisan Oksida ini hanya di permukaan sahaja. Jadi Perak 925 ini dapat dikilatkan semula dengan cara merendamkannya ke dalam cecair pencuci  ( elektrolit ) kemudian dikilatkan dengan mesin pengilat.Ada juga kain khas untuk mencuci perak yang teroksida.

Berikut adalah cara untuk menjaga Perak 925 :
1. Perak akan teroksida dan jadi tidak Kilat sekiranya:
a) Terkena Garam
b) Minyak Wangi
c) Cecair Pencuci Silver
d) Clorox Bleach
e)Bahan kimia yang terdapat di salon rambut
f) Peluh pemakai yang mempunyai Toksik badan yang tinggi
g) Peluh Pemakai yang mempunyai bahan kimia berpunca daripada pengambilan Alkohol, pengambilan ubat yangbBerterusan sepeti anti depresen, darah tinggi dan sebagainya ) dan pengambilan Dadah

2.Perak 925 patut disimpan secara :
a) Simpan di tempat yg kering tanpa udara yg lembap.
b) Jangan bercampur dgn bahan logam yg lain spt duit siling, kunci,pemutar skru dan sebagainya.
c) Balut dgn tisu kering dan simpan dlm beg plastik kecil.
d)Elakkan mencampur perak asli atau perak yang disadur emas 916


APA ITU BARANG KEMAS PERAK SADUR EMAS?
Untuk pengetahuan rakan-rakan juga,barang kemas perak ukirnama sadur emas ialah perak yang telah ditempa membentuk barang kemas mengikut design yang dikehendaki. Kemudian kemasan akhir akan disudahi dengan sadur emas. Sadur emas pula menggunakan bancuhan air emas dimana Perak yang telah siap ditempa dan dicuci akan dicelupkan ke dalam cecair emas yang dibancuh kemudian dicelup sehingga rata seterusnya mengenai semua permukaan yang dikehendaki.
Tempoh hayatnya pula bergantung kepada cara penjagaan dan pemakaian. Sekiranya ia dijaga dengan baik, Insyaallah mampu bertahan sehingga berbulan-bulan. Mungkin juga bertahun-tahun.Jika sudah pudar, ia boleh dibaikpulih dan disadurkan semula.Wahhh memang murahlaaa! berpatutan sangat ni .
KEBAIKAN BARANG KEMAS PERAK UKIRNAMA SADUR EMAS :
Ia selamat dipakai, maknanya tidak terlalu risau kalau dicuri atau dirompak,atau hilang. Jimat duit sebab design emas original mahal berganda-ganda, contohnya gelang silang yang menjadi kegilaan ramai wanita, kalau emas original harganya boleh mencecah 10 ribu ringgit,tapi jika perak,paling mahal RM2 ribu, tetapi dengan harga RM500-RM100 pun sudah boleh miliki barang kemas yang hampir sama dengn emas 916.
Emas betul harganya mahal,dan upah juga terlalu mahal serta gst. Boleh bertukar-tukar aksesori. Lumrah wanita ni kan dia suka bertukar-tukar baik pakaian,mahupun tudung, walaupun ada tudung & baju berlambak pun rasa macam takde baju kan. Sama juga dengan barang kemas dan perhiasan atau aksesori. Harga yang tak berapa mahal ni boleh selalu bertukar-tukar ikut keseuaian majlis dan trend semasa.

SESUAI DIJADIKAN HADIAH
ASIA SILVER ni memang sesuai dijadikan hadiah untuk kawan kawan sebab rare okay hhe
lagi-lagi terukir nama diorang kan, mesti diorg akan lebih menghargai. Lebih lebih lagi ASIA SILVER ni ade design utk baby, utk kanak-kanak perempuan,lelaki, untuk suami, ayah,emak, boleh kata semua golongan ada design-design yang sesuai .
AKSESORI SADUR EMAS:
Pergh, Mar nak ajak satu famili beli koleksi macam ni je nanti . 
Simple murah . Cantik ofcourse la kan . hhe

KOLEKSI KANAK-KANAK :



Tengoklaaa semua cantik cantikk , boleh ukir nama anak anak nanti hhe .

ASIA SILVER KOLEKSI LELAKI: 


TIE CLIP
*ehem, bolehlaa jadikan hadiah utk di dia hehe
Mereka selalu buka booth di merata tempat.
ASIA SILVER pernah join banyak event contohnya di
TIMOR FEST,GEGEY FESTIVAL,WEDDING FEST,MERIAH RAYA BAZAAR,BEAUTY FEST, dan banyak lagi la.Ramai sangat yang serbu sebab harga berpatutan . Fuhh . hebaaaat
ehem Hafiz Hamidun pun adaa!
ALAMAT :

ASIA SILVER
G-L1-22, GROUND FLOOR, BAZAR TUAN PADANG, LOT 962,
SEKSYEN 11, 15000, Kota Bharu,KEL

Instagram: @asiasilver
Official instagram : asiasilverhq_official


CONTACT:
016 940 3330 (sha) – produk custom made
012 813 7330 (azi)-customer service
017-9496330 (fatin)-produk ready made

_____________________________________________

2 comments: