be lofa

Surat Terbuka Kepada Hajjah Neelofa dari Mufti Wilayah Persekutuan

February 27, 2018,0 Comments

Allahu, menitis air mata baca ni. Mohon kita semua hadam T_T . 
Jom check diri sendiri baik lelaki mahupun perempuan . Tuhan buka mata semua bukan sebab individu tersebut tapi, sebab banyak benda lagha yang dah berlaku sebelum ni yang kita buat buat tak nampak, tak amik peduli pun. Kutuk tindakan mereka tak apa, jangan kutuk individu tersebut, mungkin sekarang tuhan uji mereka,  kita tak tahu masa kita nanti, Moga kita & mereka ambil pengajaran & buat perubahan dalam diri masing masing. Sama sama lah kita jaga diri & hati #LetsSelfCheck .
Sumber : http://muftiwp.gov.my
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Semoga Hajjah Neelofa dalam keaadan sihat sejahtera hendaknya.
Alhamdulillah kami merafa’kan setinggi kesyukuran ke atasnya, selawat dan salam ke atas Nabi SAW, keluarga, para sahabat yang mengikut jejak langkahnya hingga ke hari akhirat. Kami telah menerima berita yang hangat melalui Facebook, Instagram dan media sosial lain berkaitan isu pelancaran produk Naelofar Hijab di Zouk, Kuala Lumpur.
Kami mendapat pelbagai pandangan sama ada yang mengecam dan tidak kurang juga yang menyokong tindakan tersebut. Justeru kami terpangil untuk menulis surat terbuka kepada Hajjah Neelofa berkenaan hal ini. 
  1. Tudung adalah lambang kehormatan wanita. Tudung adalah simbol kepatuhan seorang hamba kepada perintah Tuhannya. Tudung juga adalah salah satu bentuk kesempurnaan dalam beragama. Sebenarnya, tudung adalah simbol sifat malu seorang wanita, simbol akhlak Muslimah yang perlu dipelihara dan simbol kemegahan Islam yang wajar dibanggakan.
  2. ‎Pemakai tudung tidak semestinya sempurna, namun sentiasa berusaha untuk menjadi lebih baik dari hari sebelumnya. Indahnya pemakai tudung bukan hanya kerana memelihara auratnya, tetapi lebih daripada itu, mereka sebenarnya memelihara agama-Nya dan mematuhi Allah dan Rasul-Nya.
  3. ‎Sangat sukar sebenarnya untuk konsisten bertudung dengan memelihara perilaku dan adab kesopanan. Sehinggakan ada yang menolak untuk bertudung kerana tidak mahu hipokrit. Sedangkan perubahan daripada tidak bertudung, kepada bertudung bukanlah satu bentuk hipokrit kerana ia tidak hanya melibatkan penghijrahan diri tetapi juga penghijrahan hati dalam usaha menggapai redha Ilahi. Jika bukan redha-Nya yang kita impi, apa lagi yang hendak kita cari di dunia ini?
  4. ‎Tidak salah untuk kita mencari kelainan. Malah, kadangkala kelainan itulah yang melorongkan seseorang ke jalan Tuhan. Namun, fitnah dan tohmahan perlulah sentiasa dielakkan. Satu kaedah yang masyhur di dalam Islam “Matlamat tidak menghalalkan cara”. Benar, perniagaan untuk mendapatkan keuntungan adalah matlamat yang murni. Namun begitu, kaedahnya juga wajib diraikan agar terhasilnya keberkatan.
  5. Kami sangat khuatir, apa yang terjadi baru-baru ini bakal membawa satu fenomena normalisasi dalam bertudung. Apa sahaja boleh dan dibenarkan asalkan bertudung. Kekhuatiran ini bukan bermakna agama mengongkong wanita, tetapi agamalah yang sebenarnya membebaskan wanita daripada penjara keterbukaan tanpa had, kepada mendapat hak kebebasan yang bersyariat.
  6. Kepada para ikhwah dan akhawat, masyarakat Muslim Malaysia yang memberi teguran dan saranan, kami merasakan banyak manfaat dan istifadah yang dapat dikutip. Dalam keadaan seperti ini, alangkah baiknya kita mempunyai nada yang sama, penuh rahmah dan hikmah dalam memperbaiki diri sesama kita. InsyaAllah itulah yang terbaik. Memalukan, mengaibkan dan memberi tohmahan dan fitnah kepada beliau, bukanlah akhlak seorang Muslim. Semoga amar ma’ruf dan nahi mungkar yang dijalankan dengan kaedah dakwah yang baik akan membekas dalam sanubari kita.
  7. Kami mengenali Hajjah Neelofa sebagai simbol Muslimah yang berjaya. Tidak ramai yang mampu menggalas tugas sebagai “wanita besi” dan “gergasi” dalam perniagaan dan kerjaya. Tetapi anda sudah membuktikannya, malah membanggakan Malaysia dan dunia Islam. Akhir kalam, kami berpesan kepada Hajjah Neelofa untuk sama-sama menghayati syariat Islam yang sebenarnya. Kami noktahnya disini 3 perkara: (i) Tanyalah ulama’ sebelum bertindak (ii) Sentiasa memelihara imej wanita bertudung (iii) Carilah rezeki yang diberkati Allah SWT.
Kami berdoa semoga Hajjah Neelofa terus maju di dalam kehidupan dan kerjaya serta sentiasa memperoleh taufiq, hidayah dan rahmat-Nya. 
Akhukum fillah,
Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri
Mufti Wilayah Persekutuan


0 comments:

be lofa

Pendapat Putery Memory isu Neelofa & Kelab Malam

February 27, 2018,3 Comments

Hey guys!, Thanks sudi singgah baca .
Cantik gila awak tengok semua koleksi Neelofa tu kan. Semalam pula Lofa dah launched koleksi terbaru iaitu Be Lofa Turban & Be Lofa Shawl . Omg So cantik . Tapi Mar tak sesuai pakai turban laaa, hhu best sangat kalau muka korang bulat,kecik,comel camtu mesti cantik pakai turban. 




Neelofa selaku pemilik Neelofa Hijab telah membuat pelancaran Koleksi Be Lofa semalam di Zouk Club sempena birthday beliau yang ke 29 tahun .  Congratulation Pretty Mek Kelate Neelofa! Day by day you improved your business very well and great, so proud with your smart and intelligent in business! Boleh tak i nak tahu apa lagi achievement yang you nak buat lepas ni? hhe . Peratiii je si pretty with brain nih . Idola sangat dalam bisnes! Oppps. try awak semua pandang tentang bisnes jap, bukan fikir pasal event tuh . hhu 





Okayla , semalam jadi issue gila tentang pelancaran koleksi tudung Lofa dekat Zouk Club. Okayla why Lofa memilih Zouk Club katanya sebab nak buat pelancaran dengan theme Neon. So yeah dia dah booked the whole club tu tanpa sebarang hidangan arak . Tapi ramai sangat netizen yang bagi pendapat yang baik serta kecaman yang agak melampau.  Betul, memang betul pun Lofa boleh jee sebenarnya cari tempat lain. 

Bagi pendapat Mar pula.
Kalau ikutkan zaman sekarang rasanya tak salah pun Lofa nak buat kat Zouk Club, Sebab kadang bila buat di tempat yang 'panas' macam tu mana tahu ia salah satu cara untuk orang orang yang 'clubbing' tu boleh nampak jalan untuk mereka memakai tudung juga. perbaiki diri slow slow walaupun nak bertudung tp stylo melebih lebih. TAPI TAPI , haa ada tapi okay, tak bermakna korang bertudung tiket untuk korang masuk club & bergelek lepas ni. 

Yang mana ada berlaku sebelum ni, salah sorang ustaz yang letak posternya dekat club, dan akhirnya orang orang kat sana ramai hadir ke majlis beliau. You guys ada nampak tak benda yang positif dari situ?

Okay fine mesti dah ramai yang nak kecam Putery Memory pulak bagi komen macam ni. Okay walaupun Mar bagi pendapat macam ni, tak semestinya 100% Mar setuju .


Okay berbalik pada benda negatif yang berlaku. Such ada perempuan bertudung menari nari galak macam orang gila tu, memang salah perempuan tu, why buat performance terlajak galak macam tu, pendapat i memang benda tu salah dari segi performance, i think orang yang handle event atau buat performance perlu ambil sensitif benda tu. Banyak lagi performance yang tak menonjol boleh korang buat.  

Sambil i taip entri ni, 
Tetiba i dapat berita yang gelek kemahen tu kawan blogger i. Pergh, pedih la jugak nama blogger tercalit ni. Yang identiti wanita bertudung masuk kelab pun da panas sebab i pun bertudung. Okayla bila dia sendiri dah minta maaf di atas kelakuan yang tak senonoh tu dan sedar benda tu tak seharusnya berlaku. Kita as masyarakat perlu lah ambil semua tu sebagai pengajaran supaya tak kan terjadi lagi lepas ni. Dia da mintak maaf guys! mohon elakkan dari share video tersebut, lagi banyak kita share lagi mendapat kita kat akhirat . So sama je la level kita dengan mereka. 

Sebenarnya, kalau nak tengok benda maksiat kat dunia ni, kat mana mana je berlaku. Kadang, bukan tempat syaitan bertandang tu pun ada yang buat maksiat, lagi lagha . Cuma kita je yang tak nampak. Sebab apa? sebab tuhan tutup aib kita. 

Jom jaga diri sendiri. 

And to those women berhijab termasuk i sendiri, jom check balik why kita as a women bertudung and how to jaga identiti tu.

Oh ya, bukan itu je, yang lelaki pun kena lah jaga. Orang lelaki bukan setakat kena jaga diri juga malah kena jaga dan guide kami as a wanita juga, maklumlah kadang perempuan ni tak kuat sebab tu lah perlu ada pembimbing . 

Sorry la guys, Mar bukan a good person pun nak bercakap pasal agama, tapi kita cuba perbaiki, jaga semua . Jaga hati. Thankyou . 
Follow @PuteryMemory . 


Huk alos Lofa, Lets do positive marketing strategy okes lepas ni,  i'll support you as always!


3 comments:

ayamas

Shopping Keperluan Dapur di Kedai Ayamas

February 25, 2018,0 Comments

Biasalah kalau tinggal bujang ni mesti kita nak cari barang dapur kan, 
Mar biasanya akan cari tempat tempat yang best dan murah untuk cari barang barang masak, 
Heyy of course la Mar suka masak. hhe Hidup di KL ni kena lah berjimat cermat kan awak. 
Tapi tinggal di mana mana pun mestilah kena selalu masak bagi perempuan, 
nanti takdelah dah kahwin kekok nanti hhe 
#RoadtobeWife gittew hehhe.

KEDAI AYAMAS
Sebelum ni, Mar memang suka makan fast food AYAMAS, tapi baru tahu kat Kedai Ayamas ni 
ada keperluan dapur lain, bukan hanya fast food rupanya ada juga ayam segar, makanan 
sejuk beku(frozen food), aneka jenis perencah serta sos, minuman dan banyak lagi . 

FAST FOOD
Dari dulu hingga sekarang Mar suka menu ayamas sebab mereka
mengekalkan menu menu yang best tu, so takdelah bila pergi je out of stock dah kan hhe
dan kedai Ayamas juga dah perkenalkan menu baru taw, 
nak tahu apa? baca smpai habis

FROZEN PRODUCTS
Tertarik tengok pelbagai jenis nugget, sosej, karipap dan banyak lagi kat Kedai Ayamas ni dalam pelbagai saiz taw, nak yang kecil atau besar semua ada, harga pun memang mampu milik . Biasanya Mar akan beli untuk simpan dalam freezer kat rumah, so Mar pilih nugget & bebola untuk dijadikan makanan segera hhe . Ambil & goreng je!



FRESH CHICKEN
Ayam segar pun ada, yang paling Mar suka bila tengok harga taklah mahal sangat hhe. Nampak tak lepas ni dah boleh beli ayam dekat sini je . Nak size M, L semua ada. Ayam yang dah perap, yang siap potong pun ada taw tso yah la penat penat nak carik pisau tajam lagikk hhe. Okaylah  Mar ambil ayam saize M je dua plastik tak boleh banyak banyak nanti tak muat freezer kat rumah.








Antara barang barang lain yang dijual, Mar dah bandingkan harga sos kat sini  memang lagi murah dari pasaraya taw. Ada santan kotak, sardin, eh banyak lagi lah hhe


Tak sangka juga bila tengok dalam freezer ada nasi siap masak segera taw. Bermacam macam jenis lauk pulak tu, lepas ni pergi pejabat nak makan lunch dengan 'easy and delicious' pun okay. Alang alang nak tunggu turn lama, ambil je yang ni kan. hhiks 
Segala jenis pes Mar dapat tangkap dekat Kedai Ayamas ni, sangat senang bila bizi kerja, ambil je pes pes siap ni untuk masak. 
 ''GOLDEN SESAME ROASTER"
MENU BARU KEDAI AYAMAS
 Yey! Menu baru Kedai Ayamas iaitu Golden Sesame Roaster, Mar dah try taw!


 Mar try menu baru ayam masak dari minyak bijan ni not bad lah, sedap macam yang lain juga . 
Tak ketara sangat perbezaan dia. Ayam tak yah cakap memang cukup empuk awak . hhe
BUKU RESEPI 
"Nak Masak Apa Mak, Meh Mak Tunjuk"
Kat Kedai Ayamas juga ada terjual buku resepi ni taw, memang cukup mudahlah untuk belajar masak nanti. Mar dah belek belek banyak sangat resepi mudah. So masakan pertama esok apa ya? 

Alhamdulillah !
Mar suka sangat dengan Kedai Ayamas ni sebab cukup lengkap dengan keperluan dapur
dan makanan pun sedap. Okay next month nak shopping barang dapur 
dengan housemate dekat sini lagi lah! 

INSTAGRAM: @kedai_ayamas
FACEBOOK@Kedai Ayamas




Thanks singgah baca awak!
xoxo


0 comments:

Althea Korea

Make Up Set Althea Korea Black Box Jadi Pilihan Hati

February 25, 2018,0 Comments

Bila buka website (Althea Malaysia) , 
Mar paling tertarik sangat dengan Althea Korea Black Box. So yah, finally i got mine! 
Bila parcel sampai rumah tak sabar sangat nak buka. Nak try semuanya! 
Alhamdulillah taw bila try Mar puas hati sangat dengan setiap barang make up dalam box ni, So memang tepat pilihan hati Mar hhe 


Everything from @altheakorea best & gorgeous!
So guys, dalam Althea Black Box ni ada : 
_
•April Skin Magic Snow Cushion
•Smoky Kit Eyeshadow
•Missha The Style 4D Maskara
•Luxe Gel Eyeliner



•April Skin Magic Snow Cushion
Produk dari April Skin semua orang tahu memang best pakai, Mar da try rasa dia smooth sangat, yeah sekarang kalau make up, Mar just alas dengan April Skin Magic Snow Cushion . Nak tengok? try usha instagram Mar @Puterymemory taw .

•Smoky Kit Eyeshadow
Okay yang ni paling seronok sangat, setiap warna ni memang untuk smoky make up look taw! So Mar xperlu lagi nak cari add beli warna lain . hhe Its enough to be beautiful smoky eyes!

•Missha The Style 4D Maskara

Awak! tahu tak, ni kali kedua Mar repeat Missha The Style 4D Maskara.  Sebab sebelum ni dah pernah pakai memang best sebab clean je, tak comot, plus memang buatkan bulu mata kita lentikk. 

•Luxe Gel Eyeliner
Eyeliner roll macam ni Mar suka sebab mudah, hhe so Mar pilih Luxe Gel Eyeliner, hitam menawan!
Bertambah koleksi make up Mar yey! Next nak shopping apa pula dekat website favourite Mar ni? Jom ladies,reward ourself :) 

Layari website make up favourite Mar taw
#MarShare #MakeupWebsiteFavourite

WEBSITE: http://my.althea.kr/ 
INSTAGRAM : @Altheakorea
FACEBOOK : @Altheamalaysia
YOUTUBE: @AltheaKoreaTV

Guys, korang 
juga boleh download Apps Althea di Playstore taw!
So yah sangat easy kan!


0 comments:

Food

Nasi Lemak Sedap Kuala Lumpur - Nasi Lemak Zaleha Keramat Mall

February 09, 2018,2 Comments

Salam Alayk awak semua.
Tetiba je housemate Mar ajak breakfast sama, so kitorang decide nak makan nasi lemak. Tak sangka dia ajak sarapan tempat makan best!. Nasi lemak ni kan favourite semua rakyat Malaysia , bukan orang melayu je yang suka, cina, india semuanya suka. Hebat penangan Nasi lemak ni kan. Mar dan housemate pun memang hantu nasi lemak. hhiks. 
Kedai Nasi Lemak Zaleha menyajikan pelbagai menu sarapan pagi bukan nasi lemak sahaja, ada juga sup tulang, nasi berlauk  pun ada, nasi kerabu, mee goreng, rendang, kuih muih, minuman dan banyak lagi .
Mar & housemate order Nasi Lemak berlauk. 
Mar Nasi Lemak Ayam Goreng dan housemate Nasi Lemak paru. Sambal boleh minta lebih taw. Nasi banyak sangat dia bagi . Tengok tu kemahen banyakkk sangatT_T hhu Memang tak kedekut la akak jual ni. Kami suka sangats sambal dia , manis pedas masin cukup rasa . Adeh patotlaa ramai orang suka makan kat sini
Dan kat kedai ni juga orang suka order sup tulang taw . Eh pagi pagi pun layan. Kitorang kongsi order satu mangkuk je risau takut tak habis sebab banyak sangat dia bagi . Bila try, Allah Sedap sangat, rempah sup dia pekat dan daging sangatlah empukkkkk . Harga pulak murah rm6.00 je .

HARGA  NASI LEMAK ZALEHA 
( linkungan anggaran harga)

NASI LEMAK BIASA : RM1.50
NASI LEMAK +TELUR MATA : RM3.00
NASI LEMAK +AYAM : RM5.00
NASI LEMAK KERANG : RM4.00
LONTONG : RM5.00
SUP TULANG : RM6.00




WAKTU JUALAN
 7.00 - Tengahari .

ALAMAT:
NASI LEMAK ZALEHA
Level bawah, Keramat Mall, 
UTC Keramat, Kuala Lumpur



2 comments:

Asyikin Exclusive Setapak Central

Akhirnya Butik Asyikin Exclusive di Setapak Central, Kuala Lumpur

February 08, 2018,0 Comments

Sebelum ni selalu tengok Butik Asyikin Exclusive dekat media sosial. Satu daripada butik muslimah yang agak terkenal di Malaysia. Kalau korang nak tahu, Asyikin Exclusive mempunyai dua cawangan di Melaka iaitu di Kota Fesyen Air Keroh dan Pusat Beli Belah Mahkota Parade. Dan kini, pemiliknya Puan Nur Asyikin telah merealisasikan impian untuk melebarkan cawangan ketiga di Kuala Lumpur.
PEMBUKAAN CAWANGAN BARU DI SETAPAK CENTRAL
Akhirnya dah ada kat Kuala Lumpur! Alhamdulillah, Mar berkesempatan untuk bersama sama menjayakan  pembukaan butik baru ASYIKIN EXCLUSIVE di SETAPAK CENTRAL MALL. 
Teruja sangat, sebab dekat dengan Mar taw . Tahniah ! 
Puan Asyikin & Suami Ishak Tang @ Guohua Tang yang merupakan warganegara China dari keluarga muslim. 
Mereka sangat peramah dan humble orangnya. Walaupun merupakan founder butik terkenal tapi tetap nampak rendah diri je. Suka sangat tengok mereka ni. Hehe Mungkin itulah rahsia kejayaan Puan Syikin dan suami . Masa ni mereka menceritakan bagaimana boleh tercetusnya untuk buka butik di Kuala Lumpur iaitu di Setapak Central,yang mana Puan Syikin mengatakan bahawa kat sini merupakan tempat tumpuan warga malaysia & juga pelancong luar negara yang bermastautin di Malaysia membeli belah, terutamanya warganegara china di Malaysia.

Oh patutlah, Mar tengok ramai pelancong china datang shopping time pembukaan hari tu. Dan bila Mar jalan jalan kat Setapak Central ni memang rata ratanya adalah pelancong asing muslim yang datang beli belah kat Mall ni. Bagus juga idea Puan Syikin . 


FESYEN TERKINI DAN MEMPUNYAI IDENTITI SENDIRI
Bila ke butik ni, Mar dapat lihat sendiri koleksi koleksi baru seperti jubah, blaus, tudung, seluar palazzo serta banyak lagi. Kain yang digunakan memang sangat berkualiti tinggi. That's why la ramai yang suka shopping dekat butik ni. Asyikin Exclusive juga ada  koleksi artis Malaysia taw iaitu  koleksi Puteri Sarah Liyana, Sherry Alhadad dan Shila Amzah. Mar suka sangat sebab koleksi fesyen mereka lain dari yang lain taw. Dekat sana juga ada pelbagai jenis saiz dan sesuai untuk semua peringkat umur. So jangan risau memang sesuai sangat untuk shopping satu family.

Bila usha usha pakaian kat sana, rasa macam semua outfit Mar berkenan sebab style yang ikut trend semasa dan harga pula sangat berpatutan. Nasib baik lah dekat ! hhe 
so anytime boleh datang singgah sini. 






Nampak tak seluar jeans yang Mar pegang tu? Cantik sangat, bukan senang nak jumpa seluar jeans yang longgar macam ni, sesuai sangat untuk muslimah .  Kalau pakai longgar longgar pun boleh berfesyen taw awak.  Asalkan kita tahu matching matching kan outfit, then kena selalu up to date dengan trend semasa & juga tempat taw. InsyaAllah akan nampak sopan mengikut syariat asalkan tak berlebih lebih. 

Best pulak dapat borak borak dengan Puan Syikin ni semalam, tak sombong . Mar doakan semoga Asyiking Exclusive ni berkembang maju & dapat buka cawangan lain lagi ke seluruh Malaysia . InsyaAllah . Ameen. 
So korang yang berdekatan boleh singgah terus kat butik Asyikin Exclusive di Setapak Central okay, dan untuk tengok koleksi lain lagi korang boleh usha terus media sosial Asyikin Exclusive ni .  
Bye guys. Thanks singgah baca :)

FACEBOOK : AsyikinExclusive
INSTAGRAM: Asyikin_exclusive

ALAMAT :
Asyikin Exclusive, Level G, sebelah coffee Bean,
Setapak Central Mall, Kuala Lumpur.



0 comments: