Showing posts with label Make up Murah. Show all posts

Elianto Make Up Membership | You Beli You Dapat Cash!

Hai Everyone | Untuk korang semua yang ikuti sosial media Mar, minggu lepas Mar ada ajak awak semua ke ELIANTO Make Up Store dekat Sunway Piramid kan? Haa rugi lah korang tak pergi . Kenapa? Sebab korang memang akan bawa balik produk ELIANTO berserta dengan Pendaftaran Membership PERCUMA taw. Jom baca lagi. 
ELIANTO MAKE UP salah satu make up kegemaran Mar sampai sekarang, Mar suka sebab range harga dia tak mahal sangat, around RM20 & ke atas, alaa sesuai sangat kalau nak beli basic make up tu. Harga berpatutan & make up dia best! 
Okay, On that day, 
Mar ke ELIANTO Make up store Sunway Piramid bersempena dengan MEMBERSHIP DAY . Ia membuka peluang kepada korang untuk mendaftar MEMBERSHIP secara PERCUMA taw. Selepas ni korang yang ingin mendaftar perlu membayar RM100 untuk menjadi ahli. 
Mak ai! Mahal sangat kan.
Okay tak pe, sesiapa yang tak sempat pergi hari tu, ada berita baik buat korang semua, korang boleh mendaftar secara percuma lagi, sebelum ianya ditutup! . Korang boleh tengok cara mendaftar dekat gambar di atas. . Cepat ikut step tu okay! . 
oh ya! 
MEMBERSHIP REWARD PROGRAMME ELIANTO MAKE UP 
banyak keistimewaannya untuk kita semua.
sebab 
"YOU BELI YOU DAPAT CASH"
konsep dia, 
"the more you buy the more you earn"
Wohooo! sape tak nak kan? Mar dah daftar taw! :D
Okay macam ni, bila korang beli mana mana produk ELIANTO secara talian atau kat mana mana store, secara automatik korang akan enjoy 10% cashback. Ia akan masuk dalam e-wallet korang dan yang paling best korang boleh guna pulak untuk beli barang lain atau withdraw cash! Wuuu
Bestttt kan?! 
Dan korang juga boleh menjana pendapatan sampingan dengan ELIANTO membership ni taw, Meh mar ajar, Korang boleh share pasal ELIANTO Membership dekat kawan kawan untuk korang dapat commission juga. Setiap kali kawan buat pembelian, korang pun akan dapat point jugak Ahaaa, syok KAN?! So apa tunggu lagi cepat lah daftar. ehe!

Sambil sambil korang usha website Elianto tu, Mar nak share 6 produk best ELIANTO :
6 Produk ni sangat best & hot sale dekat ELIANTO sekarang, kalau korang pergi kat mana mana store korang boleh cuba dulu, memang best. Mar suka sebab bila pakai rasa natural & tiada bahan kimia yang digunakan. 

(1)GLOWING PRE MAKE UP AMPOULE
Produk pertama korang perlu apply sebelum memulakan make up, Ia menggantikan serum taw, ia sangat mudah menyerap ke kulit wajah & memberi effect glowing. 

(2) PORE COVER Face Primer
Dan apply primer ni untuk menjaga kesihatan kulit, 
ia juga boleh buatkan make up nampak smooth & kulit kelihatan cerah. Oh ya! ia kaya dengan vitamin E sebab tu lah ia akan menjamin kulit kita dalam kondisi yang sihat.

(3) PERFECT COVER Fixing Cream Foundation SPF 35 PA++ 
Foundation paling best yang Mar jumpa, sangat pekat. 
Ambil secalit je dah boleh apply satu wajah. Ia membantu untuk hilangkan kesan kesan jerawat atau cela. Berbaloi sangatlah kalau yang nak make up tebal untuk photoshoot atau mana mana majlis.

(4)LUMINOUS 3D Cushion SPF 50 PA+++ 
Untuk korang semua yang kulit okay tiada masalah atau tak nak pakai foundation korang boleh apply 3D Cushion ni je, kombinasi warna yang buatkan kulit kita nampak sekata! Fall in love weyhhhhh!

(5)HD POWDER 2WAY CAKE
Okay benda paling wajib untuk bawa ke mana mana adalah powder kan? Sangat mudah nak apply , bila ada pula 2 way cake ni lagi lah special. Jimat & berbaloi kan? Hiks nak satu 
yang ni. 


(6)PRO MAKE UP FIXING MIST
Okay, make up mist perlu untuk bagi make up tahan lama, Mar dah cuba make up nampak lagi natural & kulit rasa fresh , yang penting ia siap dengan sunblock UV protection  taw. 

TIPS UNTUK BERTUKAR PRODUK :
Okay Mar selitkan siket tips untuk korang semua yang nak try produk baru,sebelum cuba produk baru untuk kulit muka, pastikan kulit korang relax dulu seminggu, means tak pakai mana mana produk, lepas tu baru lah korang cuba produk baru okies. InsyaAllah, ni biasa Mar buat untuk elakkan kulit dari jerawat atau 'terkejut'. Eh? hee



Korang yang nak dapatkan aplikasi mudah untuk 
shopping ELIANTO boleh terus download melalui :
Apple Store: 

Google Play:

Untuk dapatkan maklumat lanjut boleh ikuti sosial media mereka di :
Facebook: Elianto Make Up
Instagram: @elianto_make_up

Dan untuk buat duit dengan ELIANTO boleh terus klik SINI taw! Bila dah daftar, jangan lupa share dekat kawan kawan korang okies! Bye! Moga murah rezeki korang! xoxo



Koleksi Make Up Berkualiti Tinggi & Harga Mampu Milik | ZV Beauty Collection

Hi, Salam Guys! 
Mar percaya setiap dari kita mesti suka nak kelihatan cantik, mesti suka sangat make up kan?  Hey kadang tak beli pun suka je masuk kedai kedai make up kan. Haha tengok tengok dah siap 1muka main make up. hahha Mar pun suka, especially sephora!
Tak sangka guys, this ZV BEAUTY Collection bakal masuk beberapa store yang famous tak lama lagi taw.
Semalam Mar dapat lihat demo make up dari Make up artist yang terkenal kat Malaysia ni sape tak kenal kalau bukan Ady Razak, Sahir Sabri & Razzi Musa. Mereka menggunakan produk ZV Beauty ni taw. Terujaaa bila dah siappp tuuuuu T_T . Semua Model nampak sangat felolessss  bila apply produk ZV tu taw.
ZV BEAUTY ni terhasil dari impian dua founder ni iaitu  V   dan kakaknya . Mar dengar semalam V bekerja di bank negara & sekarang a bisneswoman , dari banking beralih arah ke beauty. Wahhh hebat . Kita suka tengok orang orang hebat ni taw. Rasa macam nak jadi macam beliau hhe. 





FACE BASE PRIMER
Kalau korang nak tahu Face base primer ZV ni ada effect glowing taw, means dalam primer ni ada glitters, so bila pakai nampak glammmm gittew.HHE cantik sangat! Memang sesuai sangat untuk 24hour make up protection. Dalam dia ada Argan Oil,Marula Oil & juga Vitamin E.
TREATMENT FOUNDATION
Okay foundation pula bila korang pakai, rasa ringan je macam tak pakai foundation pun. Ia juga dari Argan oil, Marula Oil, Vitamin C untuk mencerahkan kulit kita, serta Vitamin E. 24hours untuk UV protection dengan SPF 35. Banyak lagi kelebihan foundation dia, korang should try lah.
LOOSE POWDER
Saiz Loose Powder ZV ni sangat cute & comel taw, so senang sangat nak bawa ke mana mana, biasa Mar jumpa loose powder yang saiz besar jadi nak bawa ke mana mana pun susah. Ia juga diperbuat dari Argan Oil, Marula Oil, Vitamin C dan juga Vitamin E. Bila apply Loose Powder ZV ni make up kita akan nampak lagi natural taw. That's why kita perlu guna loose powder pada akhir make up taw.

EYESHADOW
Kalau korang nak tahu nama eyeshadow ni adalah nama anak anak 
founder taw. Sweet sangat kan? Warna warna pun favourite Mar ni . Eyeshadow ni juga dihasilkan dari Argan Oil, Marula Oil, Vitamin C, dan juga Vitamin E
Mungkin jadi favourite make up Mar la lepas ni hehe. Kalau ada masa terluang Mar buat video tutorial pakai ZV Beauty ni untuk korang semua okes! :)
Harga ZV BEAUTY ni sangat affordable taw. Around RM60 je. Alaa standard harga make up sekarang la awak. Takmahal pun eheks. Mar tak kisah kalau mahal & berkualiti tinggi, sanggup je beli sebab Mar memang sangat sangat jaga kulit. Jadi kena la pilih make up yang berkualiti taw guys. Jangan beli yang fake atau fufu tawww. hhu

Untuk pembelian segera korang boleh ke :
INSTAGRAM : ZVBEAUTYCOLLECTION

Bye! xoxo