Daerah Kuala Selangor

Tempat Wajib Singgah Bila Ke Kuala Selangor

September 02, 2018,0 Comments

WAJIB SINGGAH SINI BILA KE KUALA SELANGOR
Hai korang, kali ni Mar akan share korang tempat best kat Kuala Selangor yang korang wajib pergi! 

(1)SKY MIRROR
Sebelum ni Mar tengok je orang post gambar cantik cantik kat Sky Mirror ni, dan akhirnya Mar pergi jugak hehe. Sangat best dan rasa nak pergi lagi! Tak puas bergambar taw sebab Sky Mirror ni lawa sangat. Yes! Pergi sendiri baru lah tahu.
Kalau korang nak tahu SKY MIRROW ni jarang berlaku, ia berlaku ikut musim juga dan tak semua tempat ada.

Korang ke Jeti Pekan Lama Kuala Selangor, dan naik bot kat sana. Bersiap sedia taw sebab bot tu sangatlah laju hahha. Best taw naik bot laju ni, rasa macam nak cakap kata abang driver bot tu “Laju Lagi bang!” Hahaha 

Bila sampai kat sana, abang bot tu yang akan guide korang untuk bergambar cantik macam mana & dia akan sediakan props, bila kat sana kalau korang pegang payung pegang kuat kuat taw sebab angin kuat, masa Mar pergi 3 payung props kitorang habis jahanam hahhaa. tapi memang best sangat bergambar kat sana sebab view dia sangat cantik!

HARGA :
DEWASA : RM80
KANAK-KANAK: RM60














(2)FIRE FLY KG. KUANTAN PARK
Malam Mar terus bertolak ke Fire Fly yang terletak di Kampung Kuantan, ni pun first time Mar nak tengok kelip kelip hehe. Oh ya guys! Kelip-Kelip dengan Kunang- Kunang yang selalu korang tengok tu lain taw, huhu. Kelip-kelip ni dia hanya akan singgah di pokok berembang je taw.

Dan kalau nak kenal yang mana betina yang mana jantan adalah dari cahaya yang dikeluarkan, kalau kelip kelip jantan lagi terang dari kelip kelip betina. Haa gittew!.  Bila sampai kami kena naik sampan. Dalam sampan hanya 4 orang sahaja  & ada pendayung yang akan bawa untuk tengok kelip kelip. Bila sampai di pokok pokok tempat kelip kelip tengah bercahaya tidak boleh memasang mana mana lampu atau flash kamera sebab kelip kelip akan lari. Jadi kalau nak tangkap gambar memang kurang jelas. Sebab tu korang kena datang sendiri kat sini untuk tengok sendiri betapa cantiknyaaaaa cahaya yang dikeluarkan serentak oleh kelip kelip ni taw.













(3)RAMADAS POTTERY @ LOCAL HANDICRAFT (TEMBIKAR)
Keesokkan hari, Mar singgah tempat buat tembikar, rasa teruja juga sebab dah lama teringin nak belajar buat tembikar ni hihiks. Nampak macam susah tapi memang susah la korang. Eh TAPI TAPI, bila Mar buat sendiri menjadi la jugak. Hehe Tapi banyak kena belajar lagi untuk bentuk ukiran ukiran lain .











(4)SASARAN ART (Galeri Seni)
Okay lepas dah dapatkan buah tangan tembikar untuk Ibu, Mar ke tempat cantik untuk bergambar. Ramai yang tak tahu kan ada tempat cantik untuk tangkap gambar  kat Kole Selengor ni? Kat Sasaran Art ni korang boleh masuk je untuk tangkap gambar secara PERCUMA . Tarikan kat sini adalah korang boleh lihat pelbagai jenis bentuk/art yang dihasilkan oleh artist pelbagai negara. Kat bawah ni antara art yang sempat Mar snap. Sangat lawa!














(5)KEDAI KEK DAN ROTI 
Oh ya, walaupun kedai ni tak termasuk dalam list untuk Mar jejak, Mar nak share jugak dekat korang, bila ke Sasaran Art jalan lupa singgah kat Kedai Roti ni kat tepi galeri tu je. Tak tahu pulak ada Kedai Roti lama yang sedap kat situ, apa lagi wajib try & beli, memang sangat sedap roti & jem dia buattt. Aduhh menyesal tak beli banyak banyakk T_T




(6)BUKIT MALAWATI SIGHTSEEING
Oh ya, kat Bukit Melawati memang terkenal kat Kuala Selangor kan? salah satu tempat sejarah yang wajib dikunjungi, bukan itu je taw, view dari bukit melawati ni pun sangat lawa dan bila ke sana korang juga boleh bagi makan monyet monyet yang sangat jinak. Oh ya, masa Mar pergi tak sempat nak berhenti kat tempat monyet tu sebab masa tak mengizinkan. Kalau korang nak pergi better pergi petang sikit baru lah monyet monyet tu ramai yang keluar taw. Wajib tangkap gambar dengan monkey tu okayy! sebab depa comel & jinak sangat! heeee





(7) LOCAL MARKET PASIR PENAMBANG
Datang Kuala Selangor wajib singgah beli belah kat sini sebelum berangkat pulang okay, kat sini boleh dapat bahulu panas dan semua jenis ikan kering, ikan pekasam dan banyak lagi. Mesti Mar beli ikan pekasam sebab kat KL susah nak dapat ikan pekasam. heee . Balik terus masak makan dengan nasi panas! ouch sedapnyaaaa.





TEMPAT MAKAN BEST
(1) RESTORAN DE CORAL SEAFOOD & IKAN BAKAR , PASIR PENAMBANG
Oh ya, cakap pasal tempat makan best mula mula sampai di Kuala Selangor Mar food hunting kat restoran ni dulu taw, Restoran De coral ni agak terkenal dengan menu menu seafood yang sangat best & segar jadi mestilah Mar nak rasai sendiri. Korang patut try memang FRESH! Mar bagi 5/5 bintang untuk semua menu.


(2)WARUNG IBU NASI AMBENG
Sesiapa yang datang Kuala Selangor wajib datang try nasi ambeng okay? Nasi ambeng kan nasi putih bersama dengan mee goreng di gabungkan dengan kelapa dan lauk pauk, bila makan gaulkan semua tu, barulahh bangkit selera tu heheh. Sedap korang should try. Kalau makan dalam talam ramai ramai lagi best taw lagi berselera, Mar ingat lagi Mar pernah makan beramai ramai ketika masih belajar dulu. Oh ya, menu lain pun ada kat sini, menu lain pun sedap. Tak rugi datang dahla murah.








So, next destinasi negeri mana pulak agak agak? rekemen kat Mar okies! Mar nak explore 1 Malaysia. My wishlist . Thank you 
Tourism Selangor

Thanks reading xoxo.
Bye!

You Might Also Like

0 comments: