Ayam penyet sedap

Ayam Penyet Sedap di Wisma Central KL (Tepi Klcc)

October 30, 2017,3 Comments

Assalamualaikum Kaki Foodies,
Sape kaki foodies kita geng. Hehe . Bagi Mar tak semua orang boleh jadi kaki foodies walaupun dia makan untuk hidup . Hhehe . Orang yang boleh  dipanggil kaki foodies ni adalah :
-Orang Yang Suka Makan
-Suka cuba macam macam makanan 
-Sanggup pergi cari makanan yang dia nak/ cari kedai makan tu sampai dapat . hhehe
Contohnya macam dak Mar ni! > < hehe

Mar dari rumah ambil GRABCAR RM4 je, semata nak pergi lunch ayam penyet ni. Sebab mengidam sangat lama tak makan! Haha inilah dipanggil #KAKIFOODIES . Dan Mar sanggup je p makan sorang sorang . Hm, ada ke orang sanggup? No need teman Mar, Mar okay je. Nak tunggu kawan? berabad . hehhehe 

Okay korang, ini ayam penyet lain dari yang Mar pernah makan . Sebelum tu Thanks untuk kawan Mar Ilham sebab pernah ajak Mar try kedai ni. 
Ini lah kedai dia dalam Wisma Central,Tingkat bawah . 
RESTORAN SELERASA 
Kalau taknak order ayam penyet, kat sana ada macam macam jenis laukkk .
Boleh tahan . Memang buat korang terliur nak try semuaa kalau lunch . Hahaha
Kebetulan Mar pergi depa baru siap masak & orang tak keluar lunch lagi . hehehe Heaven!
AYAM PENYET RESTORAN SELERASA
Pergh Ayam penyet diaaa. Nampak simple tapi sedap!
Ayam penyet , sambal,kobis ,Asam limau .Bila order, dia akan bagi sup sekali, Air tu korang boleh ambik sendiri (LAYAN DIRI) 
Bismilllah . Gulp! Dah tertelan air liur dah? hhu
Okay Korang, Kenapa Mar cakap Ayam Penyet kat sini lain dari yang lain & sedap? 
Sebab dia punya sambal tu lain bukan sambal dari cilimerah yang pekat tu . Walaupun sambal simple macam ni tapi serius sedap! Pedas+ Manis + Masam (kena perah asam limau) memang rasa sebati . Ugh! Nak p makan lagi lah. 
Makan dengan tangan je baru syok! hhe
Okay , Kalau korang nak makan . Ada cara dia hhehe 
Pertama : Korang perah dulu limau dalam sambal dia .
Kedua :Then baru ambil ayam tu
Ketiga : Dan cicah dengans sambal tu . Pastikan sambal dah sebati dengan asam limau tadi baru laa makan dengan nasi , Kobis tu korang boleh buat ulam cicah sekali dengan sambal . Jangan lupa makan dengan sup yang dia kasi . Wuuu Sedapnyaaa!
Ni suasana dalam kedai dia sebelum orang keluar lunch, hey kalau time lunch korang memang takde seatla nak dudukkkk T_T . Serius cakap . hhu . Sebabtu la Mar pergi awal awal. 
Hhe tengokla Dak Putery Memory ni pakai simple2 je nak p lunch kat sana, then balikk dengan kenyaaang! hehhe Syabasss girl! Next time nanti nak pergi lagi . 

Lokasi :
Restoran Selerasa, Wisma Central KL
(Tepi KLCC)

Bye all the kaki foodies
Much love,
Mar

3 comments:

beauty

#AsianicHalal : Produk Pilihan Untuk BerSPA Dirumah

October 29, 2017,0 Comments

Hello guys,
Korang pernah dengar tak produk ASIANIC ni? Sebelum ni Mar pernah tengok Reen Rahim yang menggunakan produk ni. So sekarang ni Mar try sendiri. Produk yang Halal dan Lulus KKM! .
ASIANIC hadir dengan dua pilihan iaitu SUSU BERAS & BUNGA SAKURA. So Mar pilih ASIANIC Susu Beras punya! Mar kan peminat susu! Produk yang berasaskan susu semua Mar nak pakaiiii. Heheh #MilkAdict 

Syoknya, ada shower krim, Body Scrub, BodyLotion . Yes! Mar dah cuba . Memang best . First sekali korang boleh pakai krim mandian dulu, lepas tu korang pakai pula skrub badan,dan bila dah siap mandi korang boleh susuli dengan memakai losyen badan Asianic ni. Untuk dapat kesan yang terbaik korang kena pakai secara konsisten iaitu hari hari . Memang sesuai sangat jadikan penjagaan badan korang & family.


ASIANIC produk ni terdapat campuran estrak dari Susu Beras & Bunga Sakura. Ia diformulasikan pula dari bahan bahan terbaik seperti daun lidah buaya dan Akar Kayu Manis . So korang semua mesti tahu kan, semua bahan bahan tu membantu menanggalkan lapisan kulit mati dengan lembut & berkesan . Dan yang pasti, akan buatkan kulit kita lebih cerah dan nampak muda. Ehem mestilah nak awek muda kan . hhe .



(1) KRIM MANDIAN  
Bau dia sangat wangi. Bila pakai mandi rasa macam berSPA je! A,ah cam sama pulak bau kat SPA tu. hhu. Bestt sangat krim mandian susu beras. Ini first time Mar guna produk yang berasaskan susu beras taw. 

(2) SKRUB BADAN
Bila mandi skrub badan ni macam wajib pakai taw. Itu kalau Mar la. Sebab bila pakai skrub ni rasa macam semua daki daki kat badan hilang . Hhehe. Lagi best bila pakai skrub badan dari susu beras ni. Memang rasa bersih sangat lepas pakai . 


(3) LOSYEN BADAN
Bila da siap mandi, Mar wajibkan diri untuk terus pakai losyen badan taw. Kalau korang nak dapatkan badan yang sentiasa wangi, kulit yang lembut terus pakai losyen sebagai rutin harian taw. Bagi sesiapa yang dah kahwin mesti suami tak lepas punya! Ehhh ahhaha . Yup betul la kan, sebagai seorang wanita memang kena jaga badan biar wangi wangi. Sebab itu juga untuk kebahagian hidup kita . Tengok review produk sekali pakej bagi kaunseling motivasi rumah tangga . HEHHE . Kbye . 

Dah siap nak mandii tuuu! Hehe

So untuk korang yang tercari cari produk best ni korang boleh dapati di semua pasaraya besar di Malaysia seperti Aeon Big, Aeon Wellness, Giant, Guardian, Tesco, farmasi dan kedai runcit.  Ia juga boleh dibeli melalui talian Aladdinstreet.com, Lazada, Zoomall, 11 Street, Shopee, coopmall.my taw. 

Dan korang juga boleh terus membeli melalui:

Facebook : Asianic Halal
Instagram : Asianic Halal

0 comments:

beauty

#Makeup : Cubaan Kali Pertama Make Up Muka Orang

October 27, 2017,3 Comments

Assalamualaikum guys,
Dah lama Mar nak try make up muka orang ni . hehe . Kalau before this nak make up muka orang takde barang make up sangat. So tak dapatlah main conteng conteng ni. Then sekarang bolehla try dengan barang make up Mar yang tak seberapa nak banyak ni. Biasa la kalau barang make up kena beli sikit sikit sebab mahal , then alhamdulillah ada yang bagi product make up review kat Mar so bolehlaa jadi koleksi hhe .

Korangg! hhe Actually Mar tak pandai make up muka orang sebenarnya . Kalau muka sendiri bolehlaa . Bila muka orang ni faham faham laa, agak kekok siket kan . hhehe. Kadang nervous! huh .


Hari tu, Mar minta kawan tadahkan muka beliauuu. Hhe Terima kasih babe sudi tadahkan mukaa . Mar make up dekat rumah je sebab kebetulan kawan Mar datang nak lepak lepak.

Tadaa! Hahaha . Okaylaa ni first time kan. Hahah . Next time nak belaja banyak lagi look! 
Kalau nak make up skin tone macam ni Mar gunakan foundation yang tak terlalu putih , pakai beige code punya pun okay. Kadang kalau nak jadi MUA kena ada banyak foundation . Sebab kita akan jumpa macam macam jenis skin tone kan. Dan kulit muka kawan Mar ni licin so agak senang sikit nak make up tak perlu taruk foundation tebal tebal. Dan kalau kulit muka yang berjerawat Mar rasa Mar tak reti nak bagi flawlessss. So nanti Mar nak try belaja lagi untuk macam macam jenis kulit .


Nampak tebal ke tak tebal? Hhe nampak biasa je kan. Tapi ni pun dah tebal .hhehe



MAKE UP MUKA SENDIRI
 Hehe . Okay Korang , ni Mar make up sendiri . Lulus ke idok? hhhe
kalau make up muka sendiri Mar rasa boleh bagi rate 50/50 kot . Ceh bagi sikit jaa. Sebab banyak lagi perlu diperbaiki. Tapi bagi Mar kalau make up muka sendiri tak susah sangat kalau make up muka orang jeee takotttt! hhe  Mar biasanya suka make up pinkish pinkish camtu then natural look. Tak suka sangat kalau orang make up kita jadi mukaa orang lainn. Uwaaaa . Setiap kali photoshoot mesti rasa tak bestt je kalau orang make up. hahah Oppss. Fahamfaham je la. So lepas ni Mar nak belajaa Make up so senanglaa kalau nak phoshoot make up sendiri. Then kalau sesape nak suruh Mar make up kan nanti bolehlaa PM tepi . hhe . Murah je. Newbie kan . Eh ahhahah.

Bye awak semua.
Thanks taw singgah!
Jangan lupa follow blog & instagram Mar 

Much Love,
Mar
xoxo

3 comments:

Akasa

Light Up Together di Akasa Cheras South pada 28 Okt 2017

October 26, 2017,0 Comments


Hi Guys!,

Jom ajak kawan kawan & famili memeriahkan lagi Light Up Together event yang akan diadakan di Akasa Cheras South Sales Gallery hari sabtu ni taw! Banyak aktiviti menarik & menyeronokkan disediakan seperti persembahan , bengkel tanglung kreatif, 3D Doodle Pen, seni & kraf, snek berasap dan foodtruckk! Wooow . 







Semalam Mar pergi ke Akasa Cheras South Gallery ni dapat tangkap gambar dengan lampu lampu tanglung yang cantikkk ni .  Rugiiii tak bawak kameraa. Opppss lupa sabtu ni kan ada lagi! hhee Dan yang paling syokkk dapat makan banyak banyak Snek berasap! hhe siap 4x tambah lagi .



Tengokk sampai keluar asap ikut hidunggg . hehehe

Dan kat sana Mar dapat lihat Akasa Cheras South dekat bilik pameran. Memang sangat cantik & luas! Ia adalah pembangunan yang eklusif di Cheras Selatan dari pemaju terkemuka Hap Seng Land. Mar percaya ini adalah penginapan paling mewah sebab di Akasa ni juga akan ada satu kolam renang berpasir buatan manusia yang pertama . Wah syoknya! Mereka juga menyediakan semua kemudahan seperti gimnasium,taman permainan,gelanggang badminton juga tempat parking yang sangat besar.  


Memang sangat cantik, Mar siap dapat masukk tengok sendiri showroom Akasa Cheras South tu, memang sangat mewah, ada rumah yang sederhana serta ada rumah yang besar sesuai untuk famili yang ramai. 





Untunggnyaaa sape dapat memiliki rumaaah kat sini nanti! Woot Woot!

Untuk info tentang AKASA CHERAS SOUTH ni boleh layari ke : 
Facebook : www.facebook.com/pg/AkasaSouthCheras 
Facebook : 
 www.facebook.com/hapsengland/

Website : www.akasa.com.my 

AKASA Sales Gallery  
1, Jalan Balakong Jaya 24B, 
Taman Balakong Jaya, 
43300 Seri Kembangan.





Jumpa korang sabtu ni okay! Mar nak turun makan biskut berasap tu lagi hhe ! Bye guys!


AKASA Cheras South - Light Up Together This 28th October



Info Event : 
Date: 28th October, 2017
Time: 6pm to 10pm
Venue: AKASA Cheras South Sales Gallery


1, Jalan Balakong Jaya 24B, 

Taman Balakong Jaya, 
43300 Seri Kembangan, Selangor.

0 comments:

Food

#ClassicSeafood : Kedai Makan Sedap Kg Baru

October 25, 2017,1 Comments

Holla Guys,
Minggu lepas sempat Mar & kawan kawan jumpa lepak lepak sesama. Biasa la depa ni sibuk bekerja jadi takde masa sangat nak lepaklepak . Mula mula kitorang decide nak p makan kat Gobox tu tapi kemahen siap kena beratur sakan kat sana. So kitorang tukar plan ke kg.Baru.

Bila sampai Kg. Baru, kawan Mar, si faizal bawak ke Classic Seafood ni . Mar tak pernah try lagi kat sini sebab kalau lalu jeee area kedai ni mesti penuhh je, nampak cam xde seat so malas nak singgah. Then, hari tu nasib baik ada juga seat untuk kitorang . So lapar sangat kan apa lagi order nasi la! hhe
TOMYAM (2 orang makan)
Okayla notbad, tomyam dia perghh banyaknyaa cili api tuu, hha itu first impression bila sampai kat meja . Hhe tapi memang sedap.  Mar ni sampai tak muat perut dahhh nak masukk. Kalau order takbanyak malam tu mesti dah habiss dah tomyam tu *kan dak Mar ni hantu tomyam.hhiks*
KERABU SEAFOOD
Sedap weiii! Nyakutt  kalau org kelate cakap. ahahha
Biasalah kalau kedai Thai ni, kerabu apa apa pun depa buat sedap memang takleh lawan . Angkat tangan kawe. hahaha . Mar nak belajaqqq masak masakan Thai laaaaa. hhu
SOTONG PAPRIK
Sotong Paprik ke guyss? Eh? Hahha lupa pulak nama diaa. Sotong dia bestt! kuah diaa terbaikkk manis pekat dan semua rasaa lah!

SUP DAGING
Sup diaaa sedap, daging dia sangat empuk fuhh! Risau jugak masa nak makan tu biasaalaaa pakai braces kan. hahaha try makan. Sangatlaah lembuttt oi! Terbaikk bro . hhu 
KERABU MAGGI *Chipmunk* 
hhaha korang jangan order cakap nama chipmunk pulak . 
hhe. Kerabu maggi dia pun sedap, kitorang siap bedal lagi yang si faizal order, dahlaaa chipmunk ni dia nak makan tu je, kemahen diettt. Tapi memang sedap patotla diaa sukaa.
Ahaaaa korang datang sini wajib order air ni jeee! rasa macam nak order tapau jeee hahhahahah
MANGGA SUSU 
Sangatlah sedap! 100% . Tetiba lupa rasa mangga susu kat kedai lain macam mana hahha . Memang sedap yakmatttttt. Datang sini memang wajib cari ni je lepas ni . Pekat, Mangga dia manis , terbaiklaaa sis!
Memang ramai orang datang makan kat sini. Sebelum ni tak singgah kat sini sebab nampak ramai dak dak lelaki melepak hhu. Biasa la kalau ramai lelaki kadang Mar ni malas nak jejak . hhuhu So lepas ni boleh jadi port melepak dah kat sini. 

Syafeera (Kicap manis) , Natrah & Faizal (chipmunk) ahha . nak jugak letak nama chipmunk sebab takut org salah order kerabu maggi chipmunk nanti . hhiks Ni la kawan kawan Putery Memory . Depa ni la yang Mar selalu dok lepak makan kat kl ni . Anyway, Thankss Nat belanja . Moga dimurahkan rezeki taw. Doa yang ditulis ni kekal lama . Eh, Moga kita semua dimurahkan rezeki guys. hehe. Ameen. Next Port lepak makan? hahaha

Bye Guys,
Lokasi : 
Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur, Malaysia


Much Love,
Mar 
#kakifoodies


1 comments: