foodreview

Laksa paling sedap kat Bangi

September 28, 2016,1 Comments

REDUP RIMBA CORNER

Korang nak tahu tak . ahha Kawan kawan Mar sekarang kalau nak cari tempat makan mesti akan rujuk kat Mar taw . hahha macam ada cop tempat makan best pulak atas dahi Mar ni . hhiks  . Yelah kalau tak best Mar tak kan share kat blog . 


Okay Mar bagi pic lama  kat korang . Pic tahun lepas . Kalau nak cari gambar terbaru memang tak de la sebab selalu sangat pergi sampai tak sempat nak snap pic . Layan Laksa sampai terlupa nak tangkap gambar  weihh . Hhew tu kawan universiti Mar ,
 kiri : Lt. M. Saifa & kanan : Lt.M Nurul . Always lepak makan dengan depa ni laa kat sini sebab semua hantu LAKSAAAA!hha


KEDAI LAKSA & CENDOL Sedap di Bangi 


 Serius sedap , Kalau ada 10 bintang . Mar bagi 10 bintang , kalau 5 bintang Mar bagi 10 bintang jugak . hhu . Makan kat kedai la best .  Selalu kalau makan Mar akan order yang special . 




 Ahaaa! 
yang ni pic Mar bungkus bawa balik kat rumah . kat bangi ni kalau lalu sini memang selalu berhenti bungkus Laksa dulu taw . Wajiblah berhenti . 


Korang makan Laksa tu bolehlah order Cendol kat sana . Boleh tahan sedap jugaklah . Pekena dengan laksa pulak . Peh ! Jeliro sangat kalu ore kelate oyak . Ehh . hhe 


Alhamdulillah . 
Harap Redup Rimba Corner ni kekalkan kesedapan Laksa tuu . Nanti Mar nak pergi lagi . Mana tahu owner Laksa ni nak belanja Mar nanti hahahha .

Lokasi : 
Sebelah perpustakaan awam & Berhadapan pejabat Pentadbiran Daerah Hulu Langat (Pej Tanah), Bandar Baru Bangi .

Gerai Cendol & Laksa
Gerai No2,Kiosk Tasik Cempaka, Persiaran Pusat Bandar, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

Waktu perniagaan: 
Sabtu-Khamis 11.00 a.m-7.00pm
Jumaat : Cuti

Facebook :


1 comments:

Wanita hebat

Bila aku rajin baiki selipar jepun putus

September 26, 2016,0 Comments

Aku pelikk jugak dengan Housemate aku ni . Haha . 
2 Hari aku tak de kat rumah . Balik tengok selipar dapur boleh putus.Yang helokk je selama ni . Eh korang gigit eh selipar dapur tu? ke korang potong? haha baik je terputus macam kena potong pisau.


 Bila masuk dapur takde selipor ni . Tak best jugak . Kalau rumah sendiri okay je . Ni rumah sewa lain macam sikit rasa . Biasanya kalau selipar putus wat tak heran je . Beli la baru selipar jepun je kot kan . 
Tah macam mana aku boleh rajin fikir macam mana nak baik pulih selipar ni . 

Hurmmm . Cari punya cari tali dalam rumah jumpa pun . Tali Rafia ni . ahhaha  Tali rafia eh nama dia? Kalau aku, aku panggil tali ropia . Haaa loghat kelate gittew .


Then , amik amik garfu untuk cucuk lubang hidung dia  . Opps . Panas kan dulu kat api dapur gas tu . Then cucuk! yeahh . Akhirnyaaa . Hhew bukan lubang hidung lah . kat selipar yang terputus tu buat lubang untuk sangkut tali kat situ . hhew 

Tarrra siap! tak yah nak membazir sangat p beli selipar jepun baru. Kemahiran baik punya . hahha . Orang perempuan pun kena ada skill jugak . Kalau yang ni pun malas nak baikpulih . Susahla nanti . Aku ni kadang bukan rajin pun nak betulkan  then tah kenapa tetiba TERRR insaf . ehhh . hew 

Ok bye . Tu je nak cite sebab takde cite .

0 comments:

Artis Malaysia

Manfaatkan masa dengan KEKK 2016

September 26, 2016,1 Comments

Hello semua! buat apa weekend ? 
Mar ahad lepas ke Karnival & Ekspo Kemahiran Kebangsaan (KEKK) . Siapa yang nampak Mar  post status kat Mar Mokhtar Facebook? 

Ahah, jangan kata Mar tak hajak pulak kay . Tak kan nak tidur makan kat rumah je . Eheh .
Sometimes, we need something good & benefit for our day ! 

Mar nak ajak korang kat Pentas Utama KEKK ni , sambil layan konsert kat sini banyak benda yang best kita akan dapat . Kat sini banyak pameran & pertandingan kemahiran kebangsaan yang korang boleh tengok . So first kita enjoy dulu dengan Artis Undangan Noraniza Idris (NIPVSB) kat pentas utama! 

Ayda Jebat performance 
Salute lah kat Ayda Jebat, dia ni kemain buat penonton terpukau taw . Aku pun terpegun tengok dia hebat tarik perhatian penonton dengan nyanyian & petah bercakap tu .  Haih, panas panas terik orang makin ramai . 
Khai Bahar . Artis baru yang makin meningkat naik . Kenal Khai ni sebab dia duet lagu dengan Siti Nordiana . Untunglah badan . Hehe Memang suara dia power . Hai Khai awak umur berapa yerk? Eh tetiba nak berkenalan . hahah .  







Tarian Seni adik adik cilik ni . Kakak tak pandai menari dik . Hebatnya korang buat kakak terpegun dengan macam macam tarian tu . 



FADZLEE SUFRI
artis baru NIPVSB dari Singapore taw .




  Kemain Fee Haiqal , Adik Dalili Amerda & Ihab Ismail buat persembahan . 
Ada video klip ! Nanti nak search . Kalau korang nak tahu mereka artis bawah naugan Noraniza Idris Production Ventures Sdn. Bhd  taw . ( NIPVSB)

Hari tu masa sidang media sempat aku zapin, huh kemain tak pandai. ahhahah . Dah kena belajar zapin lepas ni . Mohon la sesape ajar . ahha . Keras macam kayu batu angat ni . El-Ihab pulak cakap ahah zapin jerk . memang aku belasah la zapin . ahhaha 



Congrates Noraniza Idris Production Ventures Sdn Bhd 
kerana memartabatkan lagi genre etnik & tradisional dalam industri Muzik Malaysia . Kalau takda Kak Ani , Aku rasa pupus wal mati dah keunikan tradisional Malaysia . Jomlah kita support sama sama untuk selamatkan genre etnik kat Malaysia . Huh korang orang Malaysia zapin pun tak pandaiii . Aihh . aku nak p belajaar dah . korang? ahhaha segan jugakla tak pandai ni . Krik krik je aku rasa hhu .



Thanks reading . 
I love you more silent readers!


1 comments:

breakfast

Sarapan Dutch Lady : Bubur Nasi Sayur campur + Susu Dutch lady

September 26, 2016,0 Comments


Breakfast 7day Challenge by Dutch lady .
Day 1 


Bahan-Bahan yang sangat simple :

Beras + Sayur Campur + Perasa



Macam mana nak masak sarapan simple sangat ni?:
 Awak senang sangat ni tak kan tak tahu ? hehew

Masak nasi biar sampai mendidih & masukkan sayur campur . kacau sampai sebati .
Masukkan sikit garam . No need more salt okay . Kurangkan masin dalam masakan itu lebih baik kan. Kalau uolls nak letak ayam pun boleh .


Then hidang .
Kalau rushing nak ke office, ini masakan breakfast paling sesuai korang boleh siapkan cepat .

Dan .
Jangan lupa ambil satu SUSU DUTCH LADY okay. PERFECT !


Bila sarapan ada susu dutchlady ni rasa kenyang sampai lunch .

Selamat Mencuba untuk esok !
Love healthy life style .



0 comments:

Deeja Cosmetics

Deeja Cosmetic buat i jadi terlebih confident !

September 21, 2016,7 Comments

Hai  Cantik Hensem semua!
macam mana penjagaan kulit muka korang? okay ?
Kenapa cantik hensem? sebaaaab Mar nak share produk kecantikkan khas untuk lelaki & wanita ni. Yang paling menarik produk ni sang lelaki pun boley pakai . 
Heyyy Heyyy! bolehla korang kongsi dengan husband korg kan, Mar ni nak kongsi dengan sape T_T Okay bye jealous hihikkss! *menyorokdalamtudungperiukk*


DEEJA COSMETIC 
Keayuan Semula Jadi Dalam 5hari
Deeja Cosmetic ni kalau korang nak tahu ia  dirumus khas dari bahan-bahan semulajadi dan herba-herba terpilih. Memang sesuai untuk semua jenis kulit okay . Take noted! So korang janganla risau taw, kalau korang ada kulit sensitif pun boleh pakai, sangat sesuai untuk hilangkan jerawat,jeragat,pimentasi,berminyak di zon T, black head, bintik-bintik halus dimuka & banyak lagi la. Kira mampu merawat segala masalah kulit wajah . 

Yang paling penting Deeja Cosmetics ni lengkap dalam 1set, tak perlu lah nak beli satu satu . Lagi lagi orang lelaki , kadang, kaum Adam ni malas nak fikir banyak . Sesuai sangat terus amik set Deeja Cosmetic ni je . Bukan setakat lelaki je malas , Mar pun kadang malas nak beli satu satu . hhe .

Thank you lah Deeja Cosmetic
Dalam 1set ada .
Sabun pembersih muka, krim siang, krim malam , krim nano(malam) & toner . PERFECT! *Naknangesssshappylompatlompattttt* heee


1)SABUN PEMBERSIH MUKA 

Sabun pembersih muka ni paling best, bukan Mar sorang je cakap best kawan dalam group whatsapp yang guna Deeja ni semua cakap nak repeat balik beli sabun ni lagiikkkk . Fuh! bangun pagi rasa lembut je  kulit rasa macam sentuh kulit baby  Ehhh!wait ! rupa rupanya  kulit muka sendirikk T_T . Wuuuuu . Besttnyaa rasa nak sentuh sentuh buat macam iklan kat tv jugakk huhu okay sis bukan Duta iklan . Bye .


Sabun Pembersih ni ada vitamin A , that's why la ia melembutkan kulit muka kita sepanjang hari Mar suka sangat, after pakai feeling dia rasa segar seolah olah keluar dari peti ais . Eh , peti ais pun boleh la hahha freshh gitew !




Korang boleh potong dadu, letak je dalam bekas . Ahaa, kadang Mar lebih prefer yang dalam botol sebab apa, senang tak perlu cari bekas bekas bagai dah . Hehhe . Ini kalau berbulan bulan pakai pun tak habes . Sebab Mar potong kecik kecik bila nak pakai .btw, cantik tak bekas comel Mar tu? hee




2)TONER NANO 

Then, lepas keringkan muka, korang kena pakai toner pula okay .

Oh yaa, kalau nak tahu Mar memang suka pakai Toner . Always pakai untuk segarkan muka . Kira benda wajib, bukan sunat sunat tak . hahhaew . Sebab pakai toner ia akan serap masuk dalam kulit muka buat kita rasa besttt sejukkkk je. Anyway, korang kalau rasa pedih pedih sikit don't worry , biasa la tu, just kita pakai dap dap sikit sikit je kat kulit . Just ambil kapas muka,sapukan kat muka , jangan sapu terlalu kuat okay . Lembut jee taw .


Kalau korang ada masalah lebam bawah mata macam seorang Mar ni , memang sesuai pakai . Toner Nano ni juga agent anti penuaan taw . Boleh jadi awek muda laa uolls kalau always pakai . 



3) KRIM SIANG (spf 50)

Lepas cuci muka, pakai toner semua . Sapukan krim siang ni okay . 
Mar sapu krim siang ni pakai nipis nipis je, best tak perlu nak pakai tebal tebal dah nampak aura tu . haaa kemain auraaa dia . Taknakla nampak tebal tebal pakai produk kan . 

So nak keluar tak perlu calit calit foundation lain dah . Pakai krim ni je tak perlu pakai bedak pun okay . Serious, ini barang wajib yang ada dalam handbag Mar, senang uolls nak bawak sebab kecik comel camni . 



Tengok kemain feeling bila pakai krim siang Deeja Cosmetic ni . 
Best lah share dengan korang, nanti korang share la jugak bila pakai produk ni taw :) 
Nak cantik sama sama kan :)


4)KRIM MALAM 

Malam pula Mar sapu krim malam ni . 
Yang ni korang pakai time nak tidur okay . Lepas dah siap bersih muka nak tidur , calitt krim ni sikit . Jangan malas pulak . Kena lah ada disiplin taw . Mar kadang memang malas nak pakai kalau malam tapi kalau nak cantik kena laaa pakai . haip! jangan malas malas! *cubit pipi sendirikkkkk huhu*


Krim malam  ada Vitamin E  akan buatkan kulit muka kita rasa segar esoknya , boleh mengatasi masalah kulit yang kering , bila pakai ia akan menghaluskan tekstur kulit dan rawat kulit normal kering taw . 


5) KRIM NANO(Malam)

Ahaaa, ini pula krim Nano untuk pakai di malam hari , 
nak buat kulit korang naik seri , pakai ni okay. Ala Mar pakai gilirgilir dengan krim malam yang satu lagi. Kalau Mar pakai yang ni rasa nak pakai tebal tebal je biar muka macam hantuuu kunyitttt Arghhh hantuuu ! Eh bukan bukan buat muka persis macam pakai mask! ahhahaha . sebab krim dia bestla korang . tapi sapu sikit sikit pun dah okay lah .


Krim Nano ni akan menghilangkan lagi jeragat kat kulit muka kita taw, sape kata kulit Mar halus nampak tak de masalah, ada okay jeragatt kemainn menyorokkk dia , bila ada krim Nano ni rasa tak da masalah lagi , dapat serap dengan cepat . Terbaik !
Bila ada Deeja Cosmetic ni memang Mar agak disiplin sikit . Set dalam kepala , awak kena pakai, pakai , pakai . haa jangan ikutkan hati yang malas tu . hhe . Thanks la Deeja buat seorang Mar ni jadi disiplin hhe! 
TESTIMONI 
Pengguna Deeja Cosmetic :
P/s : Kalau kulit korang sensitif /berjerawat banyak, first korang pakai sabun , toner & krim malam dulu untuk 1 minggu pertama taw. Kemudian masuk minggu kedua baru korang pakai krim malam & krim nano . Hokay . Jomlaa cantik sesama!  :)

 Product ni kemain femes skrg! Pagi pagi kalau Mar bangun bukak radio , always dengar iklan ni . Whoaa kemain seronok pulakkk hhe yelah sebab kita Deeja Cosmetic User kan . Ewahh

Nak selfie gayakan tudung muka dekat dekat kamera pun tak segan, 
ni after Mar pakai lepas 2 minggu . Memang rasa sihat ja kulit ni . Alhamdulillah best . Yes , calit sikit je krim siang , ni Mar tak pakai bedak pun taw .  
Korang yang nak try , nak cantik cantik pergi beli cepat taw . 
Kalau tak best Mar tak story . 
IG :  Deeja_Cosmetics_HQ
Contact: 0196945950


7 comments:

KEKK2016

Karnival dan Ekspo Kemahiran Kebangsaan 2016 - KEKK2016

September 20, 2016,3 Comments


Hello semua, Sebenarnya Mar dah ternampak iklan KEKK ni baru baru ni, tertanya -tanya jugak apa KEKK ni? Karnival apa ni?  Kebetulan semalam Mar dijemput bersama sama kat sidang media Pelancaran  Karnival dan Ekspo Kemahiran Kebangsaan (KEKK) .
  

KEKK ini adalah merupakan acara  kemahiran terBESAR di Malaysia dan Noraniza Idris ProductionVentures Sdn Bhd (NIPVSB) diberi mandat untuk membentuk satu konsep pengisian acara persembahan yang dinamakan Skills of Brilliance@ Rhythm of Unity.




 Majlis pelancaran ini dirasmikan oleh YBhg. Datuk Dr. Pang Chau Leong, 
yang merupakan Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia 2016 kat Serdang. 

Katanya :
“Bidang kemahiran adalah bidang yang telah diterima oleh masyarakat . Itu sebab tema kali ini di pilih adalah sangat bersesuaian iaitu “ Skill For The Brighter Future”.
Haa, korang yang ada pelbagai kemahiran tu perlulah berbangga taw, sebab dengan kemahiran yang kita minat itu boleh jadikan satu kerjaya yang profesional . Dengan adanya Karnival ni memang sangat terbaik untuk memartabatkan lagi para masyarakat yang berkemahiran tinggi dalam negara kita.
Menurut wakil Noraniza Idris Production Ventures Sdn Bhd“Sebagai penggiat seni  tanah air Malaysia yang telah berkecimpung dalam industri muzik selama lebih 30 tahun, Noraniza Idris  dan NIPVSB komited untuk mengangkat  dan mengetengahkan industry muzik dalam kesenian dan kebudayaan  ke peringlat Global. Beliau berharap agar KEKK 2016 ini menjadi medium yang boleh menyatukan masyarakat antarabangsa menerusi pertukaran budaya dan seni”.
Banyak aktiviti menarik yang akan diadakan kat sana nanti . Antaranya : 
  • Pertandingan Kemahiran Peringkat ASEAN
  • Seminar dan Bengkel Kemahiran
  • Konferens TVET Peringkat Antarabangsa
  • Malaysia Book of Records
  • Demonstrasi Kemahiran
  • Temuduga dan Carian Kerja
  • Pameran ILKA/S
  • Ceramah KerjayaPertandingan Robot
  • Konvokesyen
  • Pertunjukan kereta
  • Servis Motosikal RM1
  • Servis Gunting Rambut RM1
  • Gerai jualan
  • Try A skill
  • Battle of The Band   

Untuk kawan kawan Mar yang masih mencari peluang pekerjaan bolehla datang sini untuk sesi temuduga . Ouwahh . Kemain menarikk! Ehem Mar nak pegi ahad ni bawak resume siap siap hha.

Sedikit schedule untuk korang :
24 September 2016, Sabtu
 : Pengunjung dapat menyaksikan slot persembahan kebudayaan multiracial Malaysia, Thailand, Filipina dan Cambodia. 

25 September 2016, Ahad : Slot ini diwarnai dengan persembahan Vietnam, Brunei dan Indonesia.

26 September, Isnin : Slot diwarnai dengan Myanmar, Singapura dan Republic Of Laos selain multiracial Malaysia. 

 Tahniah Noraniza Idris Production Ventures Sdn Bhd. (NIPVSB) 

Rugilah kalau tak datang nanti . Artis pun akan ada kat sana taw .
Antara artis terlibat seperti Noraniza idris,Ihab Ismail, Fee Haiqal, Liza Kool fm, Fedtri Yahya, Dalili Amerda, Fadzlee Sufri, Azmir Arif, Khai Bahar, Achey, Eka Syarif, Ayda Jebat, Pengasas Zapin Selat Panjang dan Pengasas Zapin Lenga. Selain itu, artis tari Sanggar Budaya Malaysia dan juga kumpulan Buskers akan turut mewarnai acara pentas sebagai tarikan pengunjung yang datang ke Karnival ini. 

Bertempat :
Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS), 
Serdang, Selangor


P/S : Slot persembahan kebudayaan ini akan diadakan di pentas utama seawal 
jam 9.00 pagi dan 2.00 petang setiap hari tahu . So guys, datang beramai-ramai nanti & kalau jumpa Mar say hi taww! hhe . 

3 comments:

Benang Hijau Wakaf Che yeh

Pembukaan cawangan baru Butik Benang Hijau Wakaf Che Yeh, Kelantan

September 13, 2016,2 Comments

BENANG HIJAU ,
Wakaf Che Yeh, Kota Bharu


Hai korang !
Balik kelantan raya hari tu kemain excited taw . Penggemar tudung Benang Hijau wajiblah excited . Kebetulan pembukaan cawangan baru Benang Hijau di Wakaf Che yeh hari jumaat . So memang sempatlah Mar nak pergi shopping kat Benang Hijau .

Time pembukaan butik macam ni lah best nak pergi shopping taw . Sebab harga time launch ni kemain buat Mar nak beli semua! hhe . Lagi lagi minggu depan nak raya pulak . Jumaat tu Mar & kawan (Syazwane Fauzi ) nak lepak lepak kat KB, jadi before kitorang lepak kat KB kita lepaklah Benang Hijau dulu . Hoyay! Thanks Wane luangkan masa dgn aku! hahha Dia pun kemain cuci mata kat Benang Hijau . Hihiks .

Kitorang sampai awal jugak dalam pukul 10 pagi . Tengok kat luar macam tak de orang . Tapi bila sampai je pintu masuk . Huh kemain penuh butik! huuu 



Apa lagi jom! Semua staff staff Benang Hijau ni peramah . Kemain bersemut senyum tu. Hhew. Terbaik pembukaan benang hijau hari ni ! Nak shopping pun seronokk . :)

Okay korang , mula mula aku masuk Dress Autumn ni yang aku nampak dulu! Haippp , berdegup kencang jantung ni . Meleleh ayaq liur hhu . Cantikkkk sangat hokay!!! Okay sabar tarik nafas jap . Jalan jalan dulu cari benda yang lagi cantik ..

Okay dress Melissa pun boleh tahan ! Sampai hati buat mata aku jadi hijauuu . hhu i love u lah Benang Hijau . Semua cantik cantik . Tak rugi datang jauh jauh dari kuala Krai taw .











Huk alos pening palo nk pilih hok mano adik kakok wei. Hhew. Semo comel comel jubah kat Benang Hijau,  . Hari first pembukaan ramai betul seronokk pulak! Kalau orang lain tak suka sesak saesak ramai orang kan . Tapi aku lagi happy tengok ramai orang . Jadi semangat jugak nak memilih . HHEW

Alahai blous blous pun ada , apa lagi yang korang nak . hahah .Sebelum ni tak tahu pun blous& dress ada jugak . lepas usha dekat butik di Bangi baru tahu memang benang hijau ni ada semua yang aku nak . hhew tak yah p carik tempat lain dahhh .




Yuhuuu ! Shawl kesukaan kat Benang Hijau tempoh hari .

Banyak lagi shawl & tudung promo untuk september taw . Korang yang nak tengok pergi usha dekat web dia atau walk in okay .

Aku nak nasihatkan korang, pergi walk in lagi best sebab korang boleh pilih banyak lagi pilihan yang best best taw . Jangan risau korang pergi lah cawangan butik benang hijau yang berdekatan okay . 

Kalau sesiapa warga kelantan nak pergi cawangan wakaf che yeh yang aku pergi ni . Senang je . 
Korang waze : Benang Hijau Wakaf Che Yeh . 

Orang kelantan wajib tahu pasar wakaf che yeh yang tersohor tu kan . Orang luar pun kenal . Aha, Butik ni dekat situ . Sederet Old Town dan Ariani.





Untuk membeli secara online korang boleh lawat 

website Benang Hijau :

 Follow :
instagram :
Facebook :


Thanks reading korang!

2 comments: