Food

Steamboat Paling Murah Di Shah Alam | D'kayangan Steamboat

December 15, 2018,1 Comments

Hey Guys, untuk korang yang tertanya tanya restoran steamboat yang murah kat mana, 
ni salah satu restoran steamboat yang paling murah dekat Shah Alam Mar pergi baru baru ni . 
Nak share ni kali kedua Mar ke Dkayangan steamboat taw!


Steamboat BBQ Buffet D’Kayangan | Sesuai untuk dikunjugi bersama satu keluarga & kawan kawan yang ramai. Orang kata baru syokk makan ramai ramai! hhiks. Kali kedua Mar ke sini sebab bagi Mar kedai ni sangat murah & best untuk layan steamboat taw!. Heyy lagi lagi sekarang ni musim hujan, ofcourse best layan steamboat panas panas . hehe . 

Kat sini pengunjung diberi 2 pilihan sup atau tomyam sebagai kuah rebusan untuk nikmati bersama-sama aneka makanan laut yang segar. Pilihan Mar mestlah tomyam, memang hantu tomyam sangat kan. hehe Sape geng suka tomyam? 

ANEKA JENIS LAUK 
Pilihan yang tersedia SANGATLAH BANYAK taw, tentunya udang besar, kupang, kepah, kerang, sotong, isi ikan, bamboo lala dan banyak lagi. Pelbagai bebola, sayur-sayuran, aneka mee dan juga fucuk turut disediakan untuk pilihan pelanggan.  Mar tak tahu nak ambil yang mana satu, semuanya nampak sedap, and lastlyy Mar try semuaaaaa! HAHA . Semuanya bestttttt T_T

Terdapat juga pelbagai pilihan sos yang dibuat sendiri oleh Chef seperti Sos Cili Pedas, Sos Thousand Island, Sos Cili Thai, Sos Cili Manis, Sos Bawang Putih, Sos Lada Hitam, Sos Yong Tau Foo dan macam-macam lagi. Datang sini korang try la semua okay, nanti balik rumah nyesaal. huhu


Chef Shahnizam iaitu seorang Chef yang berpengalaman lebih 25 tahun didalam bidang kulinari telah membuat pembaharuan dengan menu grill perapan istimewa ayam / daging, udang, sosej, ikan dan sotong di DKayangan Steamboat taw. Jenis-jenis perapan yang digunakan adalah campuran daripada Cili Giling, Bawang Putih, Lada Hitam dan beberapa rempah-ratus herba yang lain bagi menaikkan lagi rasa dan bau perapan tersebut. Diantara menu grill yang disediakan adalah seperti Chicken Mozza, Chicken Castello, The Toretto Meat, Cappucino Meat, The Krusty Crab, Super Prawn, Squidward, Keli Yolanda, Dory Drive, Patin Annabel, Pari Perry dan paling menarik Kambing Grill yang diperam dengan 15 jenis rempah. Chef Shahnizam yang arif tentang rasa makanan telah membuat pembaharuan dengan menggunakan masakan stail Cina dan India didalam bahan-bahan perapannya. Pengunjung boleh merasai sendiri kelainan perapan tersebut dengan bahan-bahan asli yang digunakan. Kesemua ini amat bersesuaian untuk dimasak menggunakan grill yang disediakan kerana aroma rempah ratus dan bahan-bahannya menjadi lebih harum dan memikat selera. Fuh patotlah sedap!



Beberapa menu yang menarik juga ditambah di dalam buffet seperti, hirisan ikan segar bersama sos Air Asam, Ikan Pari Assam Nyonya yang diperap didalam kertas aluminium, Kepak Ayam BBQ dan juga 12 jenis ais krim termasuk perisa Oreo dan Mint sebagai pencuci mulut. Yang paling terbaru, ada juga menu tenpayaki (takde dalam gambar) dekat sini. Pada yang suka makan teppanyaki boleh cuba makan dekat sini specialnye dimasak secara panas-panas ayam, daging dan sayuran semua segar .

Pelbagai aneka mee, Mar penggemar mee taw.
Rojak serta buah buahan Segar.
Kat sini juga ada makanan berat seperti nasi, mee/kueh teaw goreng, spagheti. Jadi kalau sejenis yang macam tak boleh tak makan nasi atau makanan berat bolehlah datang sini.  Sangat menepati citarasa lah.
Sayur Sayuran Segar
ABC Kegemaran Mar
Aiskrim pun ada taw, banyak perisa kegemaran anak anak kecil. 

READY UNTUK MENIKMATI 
Yummy! TASABAR! . Mar makan berdua je, Mar try semua jenis lauk kat sini taw, memang sangat menepati citarasa. Next time kena bawa famili makan ramai ramai baru lagi best. hehe!



RUANG MAKAN LUAS & KUANTITI MEJA BANYAK
Kat sini meja disediakan sangat banyak untuk para pelanggan, ada di luar & juga di dalam. Jadi untuk korang yang nak booking meja pilihan kena la call awal awal sebelum datang taw. Mar sebelum pergi memang buat tempahan awal awal taw takut penuh! 
Suasana ruang makan kat dalam
Suasana ruang makan kat luar

Susasana meja di ruang tengah, santai untuk berdua.


ELAKKAN PEMBAZIRAN
Okay guys, kalau datang ambil makanan yang nak dimakan sahaja atau ambil sedikit sedikit, sebab kalau dah kenyang semuanya membazir betul tak? Sayang pulak kalau makan tak habis T_T . Mar sokong sangat Dkayangan buat denda macam ni hhiks! Siap awak kalau membazir . heeee 

Nampak tak Suasana Dkayangan Steamboat pada malam hari? Kalau korang nak pergi better pergi petang lagi taw, malam Mar nak balik memang kedai ni dah sesak sebab ramai orang . Huhu

Thank you DKayangan Steamboat . Makanan sedap servis pun terbaik.
*Eh asal muka Mar kat sini macam muka budak spm je* huuuu
Steamboat BBQ Buffet D’Kayangan menawarkan lebih 150 jenis hidangan bagi pengunjung setiap hari. Dengan ruang makan yang santai, restoran ini boleh menampung sehingga 600 orang dalam satu masa iaitu seramai 200 orang dibahagian dalam dan 400 orang di bahagian ruang terbuka.

APA YANG KORANG KENA TAHU ! : 

Apa yang menjadikan restoran ini lain dari yang lain : 
🌝12 jenis seafood segar disediakan setiap hari
🌝Pelbagai pilihan Yong Tau Fu yang boleh di pilih
🌝Menu 'rare' seperti ABC, aiskrim dan kek turut disediakan. Yummy!
🌝15 Jenis pilihan jenis sos 🌝2 pilihan sup seperti tom yam dan sup ayam
🌝24 jenis perapan yang terdiri daripada ayam,Ikan, daging dan kambing

Kenapa anda wajib datang ke restoran Dkayangan Steamboat :

✨'Refill' soup unlimited!! 

✨Suasana makan yang tenang dan selesa sama ada dalam atau luar 
✨Boleh bersantai bersama kawan-kawan dan ahli keluarga.
✨Ruang parking berlambak
✨Kemudahan Surau disediakan di dalam premis

Steamboat & Grill BOOK NOW!!!




🥘All You Can Eat Steamboat & Grill !!!!!!
Harga:

Dewasa: RM33.00 nett 
Kanak2:RM 12.50nett
Kanak2 bwh 4thn : PERCUMA !!
 Waze : 
Dkayangan Steamboat & Grill
(2 mins from Stadium Shah Alam)

⏱5pm - 11.30pm (Mon & Fri)
⏱3pm - 11.45pm (Sat & Sun)
📞012-2971091 


Instagram : D'Kayangan Steamboat  

1 comments:

Kawal Kencing Manis

Milagro Kopi Patawali Penawar Kencing Manis

December 02, 2018,2 Comments

COFFEE PENAWAR | Hi Semua! Mar pasti korang semua mesti suka sangat minum coffee kan? lagi lagi suka lepak di kedai kedai kopi hipstur sekarang ni. hehe TAPI kalau dapat kopi yang boleh buat sendiri kat rumah lagi best KAN?! tak payah lagi bersesak sesak hadap jem semata nak minum coffee. Lepas tu lagi best bila dapat Coffee yang Sihat pulak KAN? Mar share dekat korang semua, coffee sedap dan sihat ni iaitu MILAGRO COFFEE PATAWALI .


Mesti semua tertanya tanya kenapa minum coffee ni boleh sihatkan tubuh badan kita? 
Ya BETUL! Korang 
Minum 2 Sachet Je Lepas 3 Jam Bacaan Gula Dalam Darah Dah Turun !



Milagro Coffee Patawali | Milagro coffee adalah minuman biasa, 7 in 1, halia garam gunung dan lada hitam bersama robusta dan arabica dan bahan istimewanya adalah EXTRACT PATAWALI . Woah! Patutlah ianya memberikan kesihatan terbaik terhasil dari PATAWALI rupanya.

Satu penyelidikan saintifik telah dibuat mengenai rawatan bagi pesakit kencing manis menggunakan herba dalam Milagro Coffee yang telah dilakukan oleh penyelidikan dari UITM Puncak Alam, Selangor, Mereka mendapati bahawa terdapat pengurangan yang ketara pada bacaan gula dalam darah selepas meminum Milagro Coffee secara konsisten selama sebulan.


Fakta kajian UITM dari Puncak Alam Shah Alam :




Kajian Patawali/akar seruntun/ batangwali adalah unsur seperti unsur insulin  tetapi secara asli insulin tumbuh-tumbuhan. Ia membantu untuk menurunkan gula, control dan maintain bacaan gula dalam darah, mencegah darah tinggi, alahan, asthma, gout, sakit sendi, demam malaria, tenaga batin, awet muda (antioxcidant) dan meningkatkan sistem imune dlm badan. Khasiatnya juga seperti makan ulam ulaman.

💥Ada Halal Jakim
💥Tested Nutrition fact By SIRIM
💥KKM di Bawah BERVERAGE & FOOD lulus under trial 1 year
💥100% safe dan natural tumbuh-tumbuhan.
💥Buatan Malaysia
💥Minuman berformula sangat di rekemen


 Milagro Coffee Patawali Di TV Al Hijrah

CARA MINUM:
Perlu di amalkan secara teratur setiap hari .  .
Cara minum 2 x sehari . Pagi & juga Petang
1) Pagi Perut kosong sebelum sarapan
2) Petang pukul 2-6 petang sahaja jangan minum malam hari.

TINDAKBALAS


Cara pengambilan dan Tindak balas atau Healing Crisis
                                                                                                                                                            Cara pengambilan:-
Jika bacaan gula lebih drpd 8 di syorkan 2 kali sehari pagi perot kosong sebelum sarapan dan minum petang antara pukul 2 -6 petang . Jangan minum malam sekiranya tidak melakukan aktiviti berat.

Jika bacaan bawah 7 keatas, di syorkan 2 kali sehari.( Bila dapat bacaan Dan cantik hendaklah tetap maintain minum Milagro Coffee 1x sehari pun cukup memadai)

Jika ada makan ubat hospital/insulin,jarakkan masa pengambilan 1-2 jam, minum panas2  (jika Ada tindak balas itu biasa untuk menserasikan dan membuang segala yg toksid  tersimpan di badan. Beberapa Hari akan hilang. Kerana sebenarnya Khasiat Patawali sedang berkerja, Sekiranya gula tiba2 tinggi jangan risau kerana proses pemecahan lemak sedang berlaku dan minggu ke2  atau ke3 akan ada penurunan . Dan penurunan level by level( berperingkat2) Ada yg penurunan drastik dan kurangkan ubat hospital. Dan tetap minum teratur dan konsistant, Mengikut tahap seseorang punya ubat-ubatan.

Simton tindak balas Seperti:-

1)Muntah-muntah.
2)Sakit-sakit badan.
3)Sakit kaki, hujung tangan, hujung kaki, sakit sebelah tangan, sakit kepala serta pening sedikit atau membuang air besar dan kecil, sekirannya yang ada sakit jantung akan ada rasa getaran di jantung ketika minum hendaklah mundar mandir khas untuk pesakit jantung, agar jantung berfungsi proses pengepaman secara normal, dan agar jantung tidak terkejut dengan proses penerimaan khasiat patawali. Setelah itu mengambalikan tenaga dan akan ada perubahan selepas 2 atau 3 minggu. Ada 3jam ada 3 hari ada yang 6 hari seminggu atau 3 bulan.  Mengikut tahap serious sesuatu penyakit yang ada di dalam tubuh badan pesakit itu sendiri.

Selalunya bukan kerana tidak sesuai dengan produk kerana itu bertanda baik yang mana sistem sel-sel bergerak memperbaiki saraf-saraf yang rosak dan membuang toksid2 kerana khasiat patawali sedang berkerja memperbaiki sistem didalam tubuh badan yang rosak

TESTIMONI MILAGRO COFFEE :
Korang semua boleh tengok semua testimoni di bawah, yang mana Milagro Coffee Patawali ni memang membantu  mereka yang ingin dapatkan kesihatan terbaik . Alhamdulillah . Mar pun tumpang gembira taw. Nanti nak bagi ibu Mar sendiri cuba. Moga moga boleh turunkan kadar gula dalam darah.


















KLIK UNTUK VIDEO:


Mar beli hadiahkan untuk ibu taw! Sesiapa yang nak cuba Milagro Coffee ni boleh terus dapatkan  sebab ianya sangat murah. Mar sendiri pun dah cuba rasa sangat berkhasiat & pekat. 

HARGA :-
1) 1 KOTAK RM66 (20 sachet 10 hari) termasuk pos

2) 2 kotak (40 sachets 20 hari) RM125 DARI RM139 termasuk pos


3) 3 kotak ( 60 sachets 30 hari) RM186 DARI RM198 termasuk pos


Harga tersebut di atas adalah untuk Sememanjung Malaysia


 Sabah, Sarawak, Bruneindan Singapore ikut Post Code postage





CONTACT : 
 60192702676 
012-3702676 
013-5122676
INSTAGRAM milagro_coffee
TWITTERMilagro Coffee



ATAU

Check out Kopi Patawali
( Milagro Coffee ) for RM57.00. 

2 comments:

Alkhatiri Travel

Jakel Tunaikan Hasrat Umrah Percuma Kepada Pelanggan

December 01, 2018,1 Comments

Umrah Percuma Dilaksanakan | Jakel Trading merealisasikan impian seramai 200 orang pelanggan bertuah dari seluruh Malaysia untuk menunaikan ibadah Umrah secara PERCUMA bagi memenuhi hasrat mereka yang ingin menjejakkan kaki ke Tanah Suci Mekah. Majlis taklimat ringkas dan penyerahan sebagai tanda penghargaan kepada 200 bakal jemaah Umrah. Selain itu pemberian mock-up turut diserahkan kepada pihak Alkhatiri Travel & Tours Sdn Bhd bagi simbolik kepada majlis tersebut.


Kalau korang nak tahu, hadiah Umrah Percuma ini adalah dari Peraduan Beli & Menang Cabutan Hadiah 2017/2018 yang diadakan pada Jualan Akhir Tahun 2017 sehingga bulan Jun 2018 di semua cawangan Jakel seluruh Malaysia sebelum ini . Ahaa memang sangat rugi lah sape yang tak join tu kan? hhuk. Nak jugaaaaaa!

Kempen Beli & Menang tersebut menggunakan kaedah dimana pelanggan yang berbelanja produk Jakel dengan pembelian RM1000 ke atas layak untuk menyertai dan mengisi maklumat di kupon penyertaan serta memasukkan kupon tersebut ke dalam kotak yang disediakan di bahagian kaunter pembayaran. Kesemua penyertaan dikumpulkan selama 30 minggu sehingga cabutan hadiah dilakukan. Cabutan tersebut dilakukan bersama-sama dengan Ketua Bahagian Cawangan Jakel seluruh Malaysia.

Best sangat! Jom lah kita berbelanja RM1000 dan ke atas nanti ya?! Mar pun nak juga dapat Umrah percuma ni T_T. Boleh bawa pasangan pula taw. Tak rugi sangat. Kalau Mar dapat, Mar nak bawa ayah! Hhehe. 

Perlaksanaan penganjuran kempen ini adalah salah satu alternatif bagi Jakel untuk menghargai & meraikan sokongan kepada para pelanggan yang sentiasa menyokong perniagaan Jakel selama bertapak di Malaysia. Oleh itu Jakel menggunakan medium ini sebagai tanda terima kasih dengan mengembalikan semula sokongan dan berkongsi semula keuntungan bersama para pelanggan.

Atas dasar keprihatinan, Jakel mengambil platform ini dengan memberi peluang kepada mereka yang bertuah untuk menunaikan ibadah Umrah, di mana ianya ditanggung sepenuhnya oleh pihak Jakel. Memandangkan majoriti pembeli di Jakel merupakan bangsa Melayu dan beragama Islam, ini membolehkan Jakel membantu untuk membawa pelanggan bertuah mengerjakan IBADAH UMRAH secara PERCUMA. Selain itu, ianya adalah untuk memenuhi tanggungjawab sosial korporat (CSR) Jakel kepada pelanggannya, menandakan ketelusan Jakel dalam memenuhi janji yang ditawarkan.

Kesemua para pemenang akan berangkat ke Tanah Suci untuk menunaikan ibadah umrah pada bulan Januari 2019. Tahniah Mar ucapkan kepada semua pemenang yang bertuah! Mar tumpang happy sangat, bila dekat majlis tersebut boleh tengok wajah wajah mereka yang sangat happy, terharu & teruja! Mar pun sebak. Moga moga ada rezeki Mar juga nanti. Allahumma Ameen. :)


Sekarang ni, Jakel turut mengadakan jualan akhir tahun 2018 di semua cawangan Jakel yang kini sedang berlangsung bermula pada 23 November sehingga 6 Januari 2019. Potongan separuh harga diberikan dengan menawarkan koleksi kain kain terbaru untuk tahun 2019. Jualan akhir tahun kali ini lebih menarik dengan kemasukkan kain kain baru dengan corak yang lebih fresh dan trendy sesuai untuk semua golongan terutamanya wanita & keluarga. Koleksi terkini seperti koleksi Hanis Zalikha Ramadan 2019 antara yang menjadi pilihan ramai. Jomla kita menyoping ye adik kakok semuo? hhe

Heyy! Mar tumpang bergambar semangat dekat bagasi untuk para pemenang ni, ambil berkat la juga! hehe Moga selamat tiba semua! Jomlah kita shopping seribu tahun depan! hhe
__________________________________
Untuk maklumat lanjut tentang Jakel Textile korang semua 
boleh layari media sosial jakel di :

INSTAGRAMJakeltextile
FACEBOOK: Jakeltextile 



1 comments:

Syarikat Terkemuka Malaysia Menetapkan Pembinaan Kapal Berkuasa Pertama di Malaysia!

November 23, 2018,0 Comments



        MTCMS Design Sdn B
 
SYARIKAT TERKEMUKA MALAYSIA SYNERGY MARINE MENETAPKAN
PEMBINAAN KAPAL BERKUASA LNG PERTAMA DI MALAYSIA
Synergy Marine berpadu tenaga dengan MTCMS Design Sdn Bhd dan Shin Yang Shipping Corporation Berhad mengambil langkah proaktif bagi menerajui dan merintis teknologi hijau di dalam sektor kapal sokongan luar pesisir.

HEBATNYA! Malaysia bakal mencatatkan satu detik penting dalam industri maritim apabila Synergy Marine (M) Sdn Bhd, jenama terkemuka pengurusan kapal bersepadu, mengumumkan kerjasamanya dengan syarikat tempatan, MTCMS Design Sdn Bhd dan Shin Yang Shipping Corporation Berhad (menerusi anak syarikatnya Shin Yang Shipyards Sdn Bhd) bagi mereka bentuk, membina dan menjayakan Pembinaan Kapal Berkuasa LNG pertama di Malaysia, yang akan merevolusikan sektor maritim di negara ini. 




Kapal berkenaan bukan sahaja kapal pertama di Malaysia dan di seluruh Asia, ia juga merupakan kapal pertama yang dibina di pesisir Malaysia. Synergy Marine telah menyahut cabaran untuk membuat pelaburan dalam penyelidikan dan pembangunan bagi melaksanakan evolusi dalam mereka bentuk kapal dengan menggunakan teknologi 3D yang tercanggih dan termaju, termasuklah teknologi digital twin untuk kapal baru, lengkap dengan teknologi realiti maya untuk tujuan penyelenggaraan, ujian keselamatan dan latihan.

Synergy Marine akan menggunakan kapal berkenaan bagi memberikan perkhidmatan kepada pelbagai syarikat Minyak dan Gas global yang bakal mendapat manfaat daripada kapal yang terkenal ini yang bukan sahaja mematuhi peraturan IMO, tetapi dengan penggunaan kapal Berteknologi Tinggi dan Hijau di dalam operasi Minyak dan Gas mereka, kapal tersebut dapat menjimatkan penggunaan bahan api di dalam mana-mana operasi Minyak dan Gas.

Pengarah Urusan Synergy Marine, Dato’ Roslan Ahmad berkata penggunaan sistem enjin gas asli cecair atau LNG dapat mengurangkan pelepasan sulfur dioksida, nitrogen dioksida, karbon dioksida dan zarah terampai dengan ketara, menjadikan alam sekitar lebih hijau dan pada masa sama mematuhi peraturan pertubuhan maritim antarabangsa.

“Berbekalkan pengalaman luas kami di dalam perniagaan serta operasi marin dan luar pesisir, ditambah pula dengan pengetahuan mendalam, rangkaian kerja yang luas dan keupayaan yang kukuh, penjagaan alam sekitar adalah salah satu daripada nilai teras kami, dan kami mengambil langkah proaktif untuk menerajui dan merintis teknologi hijau di dalam sektor kapal sokongan luar pesisir,” kata Dato’ Roslan.

“Selepas kemelesetan ekonomi yang panjang dan kemerosotan harga minyak sejak 2016, ketika ini kami dapat melihat kebanyakan syarikat Minyak dan Gas telah memulakan semula kerja-kerja eksplorasi dan pengeluaran di seluruh dunia. Ini adalah petanda bagus kerana ia menunjukkan bahawa industri maritim dan perkapalan telah berkembang semula. Sehubungan itu, kami telah mengambil langkah seterusnya di dalam perjalanan ini untuk menjadi penyedia Kapal Sokongan Luar Pesisir pilihan bagi menyokong kerja-kerja eksplorasi dan pengeluaran Minyak dan Gas dengan etika perniagaan yang tinggi bagi memenuhi jangkaan pelanggan kami.”

Dengan adanya kapal baru berukuran 76.8 meter panjang, 19 meter lebar, kapasiti dek 600 meter persegi, dilengkapi dengan sistem enjin dwi bahan api iaitu LNG dan diesel, kerjasama ini terbukti menjadi detik terpenting antara Synergy Marine, MTCMS Design Sdn Bhd dan Shin Yang Shipping Corporation Berhad, dengan pembangunan di dalam kedua-dua bidang Teknologi Tinggi dan Teknologi Hijau. Ketiga-tiga syarikat bereputasi tinggi itu juga menandatangani satu Memorandum Persefahaman bagi menggabungkan kepakaran dalam membangunkan Kapal Teknologi Hijau, disaksikan oleh Timbalan Ketua Pengarah 2 (Operasi) Jabatan Marin Malaysia, Tuan Hj. Ir. Ahmad Khairuddin Bin Ismail.

“Kami amat berbangga kerana dapat bekerjasama dengan MTCMS Design dan Shin Yang Shipping untuk kapal berkuasa LNG pertama kami. Sistem pendorong kapal kami yang baru direka menggunakan enjin penjimat tenaga dan mesin serta peralatan cekap tenaga. Oleh itu, berdasarkan kepada kepakaran mereka dalam mereka bentuk kapal dan penggunaan Teknologi Digital Twin, kami telah memutuskan untuk melantik MTMCS Design untuk menjadi pereka bentuk kapal kami dan bekerjasama dengan Shin Yang Shipping untuk membina kapal berkenaan berdasarkan kepada kepakaran mereka dalam pembinaan banyak Kapal Sokongan Luar Pesisir (OSV) dan keupayaan serta kapasiti mereka yang tinggi di dalam bidang ini.”

“Rekod prestasi yang cemerlang di dalam profil mereka itu digabungkan dengan sejarah kami yang mantap di dalam sektor perkapalan maritim, perjanjian perintis ini membuka peluang yang besar ke arah revolusi pembangunan kapal berkuasa LNG,” kata Dato’ Roslan.


Pembinaan kapal berkenaan akan dimulakan pada Januari 2019 dan dijangka siap sepenuhnya menjelang suku keempat tahun 2020. Selepas disiapkan, kapal ini akan sedia untuk disewa mengikut kontrak oleh mana-mana kontraktor Minyak dan Gas, dan ia akan digunakan untuk operasi tertentu di dalam pasaran global.

Hebat kan? Bila Mar hadiri MOU ni, rasa sangat sangat bangga dengan negara sendiri . 
Goodjob Synergy Marine!



0 comments: