List barang untuk travel.

Stay up at KLIA waiting for flight

October 30, 2016,1 Comments

Bila korang kena overnight kat KLIA, korang dah tak kisah tidur kat mana je asalkan lelap sambil bermimpikan Mr Pilot datang melamar . Ehhh .
Kenapa stay up kat KLIA Sebelum travel baca sini? - 
Travel Penang Day1 )
Boring jugak overnight kat KLIA, bila nak lelap susah sebab ramai orang jadi korang buatlah benda berfaedah macam Mar buat ni , kejap tudung ni bulat macam ustajah, kejap tudung jadi muncung cam kapal selam. hhiks.
Okay sambil lepak lepak kat sana Mar terfikirkan apa yang Mar dah bawak untuk travel ni . Cukup ke idok, atau barang apa yang tertinggal? urmm. nak travel kena juga ada list barang barang yg korang nak bawak okay supaya tak de lah tertinggal itu ini. 

LIST TRAVEL ikut personal : 
  • Telekung + sejadah ( mini)
  • selipar /kasut + stoking 2
  • sweater/cardigan
  • toothpaste , toothbrush ( huh, barang wajibbb)
  • toiletries
  • towel
  • sunglasses
  • tshirt
  • kemeja/blous
  • jeans/trousers
  • shawl +scarf 
  • mini bag 
  • purse
  • make up 
  • sunblock 
  • jam
Urmm,apa lagi ya, Mar dah lupa apa yg Mar bawa. Then kertas list barang travel Mar dah hilang, mmg always kena list before gerak ke mana mana taw korang . Alhamdulillah tak de barang yg tertinggal ! hhe . 

Guys, Jom Mar bagi tips sikit kalau nak overnight kat Airport : 
  • *Jaga semua barang barang penting, beg korang , sebab kat mana mana je ada pencurikkkk. Kalau nak tidur pastikan beg kat tangan korang dan ada di depan mata.Bukan di belakang atau jauh.
  • *Bawa small bantal & selimut. Atau pakai sweater Kalau tak tahan sejuk kat Airport. 
  • *Jangan buat bising bila tidur kat tempat orang rehat, please respect people. Kalau nak melepak borak borak sampai pagi kena cari kedai kopi macam Mar hhe lepak staaabakkk ja.
  • *Elakkan tidur dalam surau.
  • *Bangun awal pagi untuk prepare yourself, solat & mandi .There are actually a few airports that have shower facilities . 
  • *Bila nak cari port tidur cari tempat ramai orang, jadilah traveller not a homeless okay. Better korang tidur kat seat yg diorang sediakan. Jangan tidur atas lantai melainkan tak ada ruang!
And for Single travellers listen up : 
Travelling solo can be a pain in the ass, especially when you are an airport sleeper. Remember that in the airports where few, if any, other people camp out, you will have to take your luggage with you wherever you go. Even though you don’t have to worry about people stealing your belongings, you can’t just leave your stuff sitting there unattended .If you do you may see the bomb squad taking apart your bag by the time you return from the washroom. Hurm , So sebab tu lah ,kadang Mar fikir juta kali kalau nak traveller solo just sebab inilah . Nak angkut semua barang ke toilettt? Hmm.

Tidur bangun Tidur bangun dah termimpi mimpi putera turun dari langit pun rasa macam lamanya nak pagiiiiii . Memang tak selesa hahah.
And ... HI Morning koranggg hhe . Lets read my entry travel : 
Just click :
Love xoxo

1 comments:

teamsingle travel

Travelog : Day 1 at Penang

October 30, 2016,0 Comments

Hello awak :) . 
Okay semua nak tahu pasal Mar Travel bajet ke penang hari tu kan?
 3days 2 night - RM300 only termasuk tiket flight. Wohaaaa mestilah best ! 
Flight pukul 8 pagi . Jadi rasanya macam tak sempat nak bekejar pagi esoknya untuk ke Airport . Jadi Mar decide untuk stay up kat KLIA terus je malam hari khamis. Jumaat flight pagi so tak yah la rushing rushing kan. Klik sini - (Lepak KLIA
Oh yaa, Mar travel dengan kawan Mar, Mera . Ehem #Teamsingle #MeraMar only okay hhew. Nak backpakers berdua je senang . Itu pun dah lama plan baru ada masa free . hhe So yah lets enjoy!
Dah sampai KLIA2 , kebetulan nak makan , we decide lepak kat starbucks sampai pagi . Coklat Ais for two . Ahaaa kan nak travel bajet hhew . Kat sini ada jugak la yang melepak sampai pagi sebab ada waktu close jugak . Bila kaunter dah open , waiter akan kejut kita bangun untuk order ahhaha . Kena pandai pandai la okay nak hidup. 
Okay lets go . Time to fly!! Tak mandi pun tak pe always beauty with wuduk ecehhh haha  Aasal mulut tu? masuk lalat  . ke terpegun tengok pramugara hensem . EH? ekekkeke

Alhamdulillah . Da sampai kt Red Inn . Dari Airport Penang tadi Mar ambil grabcar RM 20 ke sini. Boleh baca pasal Red Inn, Just klik -( Red Inn Penang  ) . 
Benda pertama sampai Penang, mestilah cari transport hahha . kita kan datang backpakers & travel bajet . Jom decide nak sewa moto ke beskal . Mestilah basikal datang Penang memang plan dah nak ronda ronda dengan basikal je . Yeah  pengalaman yang dah lama nak ada dalam hidup hhe akhirnya tercapai! Happy sangat sangat .
Murah je RM20 untuk 1 hari . Ronda puas puas ! Nak yg murah lagi boleh tengok atas basikal taw. Mar ambil basikal kegemaran Mar : D hhi
Ahaa, kat tempat kita menginap akan ada peta untuk kita jelajah tempat best kat  Penang ni . So dont worry , kalau sesat akan jumpa jalannya . Peta ni kami dapat kat kedai sewa basikal tadi. Bagus sangat layanan diorang , tanya je nak p mana, diorang akan bagitahu semua.  So guys jom nak kemana kita ni!?
Mestilah isi perut dulu , lapar yang amat . Rasa nak gigit gigit ja mejaa ni . ahhaha . 
First target nak makan Mee Sotong yang famous kat Penang ni. Sedap jugak . Boleh bagi 4 bintang dari 5 . RM5.00 sepinggan berbaloi banyak pulak tu.  
Yang kelakarnya Mar ingatkan Mee Sotong tu Mee celup Mee berkuah soup ke yg ada sotong berenang renang macam tu , rupa rupanya mee dia kuah pekat, dia letak sotong macam sotong dah digoreng kering . Ahaa Mar tak sure . tapi best lah . hhiks !
Pasemboqqqq guys!  Ini Mera yang ngidam nak makan Pasemboqq kat Penang, ahaha Mar on je sebab benda xpernah makan kan mestilah nak cuba . Rasa macam biasa je . Tekak lain lain mungkin sebab Mar tak makan sangat yang kuah kuah pekat macam ni . Dia macam Mee Rojakk giteww. hhu
Muka macam tak makan doblas hari hhehehehew T_T . 
Penat okay tak rehat lagi dari turun flight . Terus jalan jalan cari makan .      
Tempat dia waktu lunch memang ramai gila . Banyak gerai gerai lain lagi korang boleh try . Mar nak je try semua tapi apa kan dayaa fulll dahh . 
Petang pulak ada pasar malam kat sini . so dua gadis ni suka la merayau cari makanan sedap lagi . Jumpa Laksa Penang! Datang penang rugi kalau tak makan laksa penang hhew . walaupun hari hari boleh makan kat KL , nak jugak try yang kat Penang kan. 
Laksa Penang RM4.OO ABC RM4.00






Dah kenyang jomlah jalan jalan takkan nak balik tidur kat bilik . Rugi masa . hhe 
Mar ke Muzium . Seriously kat sini banyak betul muzium sampai tak tahu nak masuk muzium mana dulu hhu . Walaupun bukan lawatan sambil belajar mohla kitaa tengok muzium bersejarah hhe . 




Ehh,  itu sebelah kiri pun patung zaman dulu kala jugakk . HAHAHH . Dah dah kembali ke alam nyata Mar! ekeke . 








Banyak sangat barang barang lama yang Mar dapat tengok , gambar gambar bersejarah . Bagus jugak sebenarnya luangkan masa sekejap tengok tempat bersejarah macam ni . Bukan nak enjoy je . Now kita dapat pengalaman & ilmu disebalik muzium ni . Nanti nak bawa anak anak datang sini . Heyyy impian tu kena ada Okay hhew !






Batwoman rempittt sopann :D
Hai abang, boleh teman? :P
Hahah naik kereta ni yg paling kelakar , muka dua dua macam tengah drive lalu kawasan berhantuuuuuu jerkkk . hhiks 
Hmm. Tidur pun boleh terapun apung macam ni alahaiii bestnyaaaa .
Huh, buat apa laa Mar dgn Mera nih . 
HAHAHAHAH . Kemain org depan ni main tarikkk tali ngn Mr Beann ekekkek


Lepak Minum kopi dulu , hope pakcik sebelah tak menegurrr sapaaa . haaaaa Seram makk kalau tiba tiba dtg tanya nak order apa cikkk hhha




Huh Kemahenn!
Okay not bad lah masuk muzium ni . RM11 sorang taksilap sekali masuk . So berbaloi lah dapat kenangan kat sini . Nanti Mar listkan bajet kat sana taw. 
Okay dah penat , balik rehat . Tunggu Next entri okay .
Korang nak layan lagu untuk pic pic kat Penang boleh klik : 

     
Bye Love ! :)

0 comments: