Showing posts with label buffet ramadhan 2018. Show all posts

Meriah Buffet Ramadhan di KLCC 2018 !



MENGHIDUPKAN SEMANGAT RAMADAN PADA BULAN YANG MULIA!
Kuala Lumpur Convention Centre Anjur Majlis Amal Berbuka Puasa Ke-11 Berturut-Turut untuk Kanak-Kanan Kurang Bernasib Baik dan Pesakit NKF serta Keluarga Mereka

Alhamdulillah, Mar dapat turut serta dalam Majlis Amal Berbuka puasa di KLCC bersama dengan Kanak Kanak Kurang Bernasib Baik & Pesakit NKF serta keluarga mereka. Best! Sangat meriah!Pusat Konvensyen meraikan seramai 94 kanak-kanak dari Living Hope dan Yayasan Generasi Gemilang (GG), serta 32 pesakit Yayasan Buah Pinggang Negara (NKF)

Sebagai permulaan, wakil-wakil Batik Guild, kakitangan Pusat Konvensyen dan rakan-rakan media mengetuai tetamu VIP kecil dalam aktiviti melukis batik berwarna-warni bertema Hari Raya!  Selepas itu, mereka semua diraikan dengan jamuan pelbagai sajian makanan kegemaran ramai yang lazat, disediakan khas oleh kumpulan chef Pusat Konvensyen yang memenangi anugerah.

 Pengurus Besar Pusat Konvensyen, Alan Pryor, berkata, “Kami sentiasa teruja untuk menganjurkan acara bermakna ini dan kami menantikannya setiap tahun. Kami terharu melihat dewan kami diselubungi kegembiraan dan keseronokan apabila kanak-kanak ini menyertai aktiviti dan menikmati juadah berbuka puasa yang kami sediakan. Kami berbangga kerana dapat menganjurkan majlis berbuka puasa kami buat kali ke-11 berturut-turut dan kami percaya kerjasama kami dengan Living Hope, Yayasan Generasi Gemilang and Yayasan Buah Pinggang Negara (NKF) Malaysia akan berterusan untuk selama bertahun-tahun yang akan datang.”

ANTARA MENU BUFFET RAMADHAN DI KLCC
Menu yang disediakan sangat membuka selera Mar taw, semuanya sedap ! 











Pengasas dan Pengerusi Living Hope, Dr Peggy Wong, berkata, Pusat Konvensyen benar-benar telah berusaha setiap tahun untuk membawa kegembiraan dan mengukir senyuman di wajah kanak-kanak ini dengan aktiviti mereka yang kreatif dan menyeronokkan. Kami terharu melihat sebuah organisasi seperti Pusat Konvensyen menghidupkan semangat Ramadan dan berkongsi kegembiraan musim perayaan dengan mereka yang kurang bernasib baik. Kanak-kanak ini seronok dapat datang ke Pusat Konvensyen untuk berbuka puasa, terutama mereka yang pertama kali mendapat peluang berbuka puasa di luar rumah mereka.”

 Pengasas GG, Encik Daniel Tan, berkata, “Aktiviti Pusat Konvensyen yang menyeronokkan dan sajian makanan yang lazat sentiasa dinantikan oleh kanak-kanak ini. Lebih penting lagi, mereka diberi peluang untuk mengalami budaya berbuka puasa bersama rakan-rakan beragama Islam, menyemaikan nilai saling menghormati dan memahami sejak kecil.”



Alhamdulillah, Mar pun turut gembira bila tengok adik adik yang datang ke majlis ni nampak enjoy & gembira sangat, lebih lebih lagi bila dapat menikmati menu IFTAR lazat yang disediakan oleh KLCC ni. Harap tahun depan boleh meraikan mereka lagi. 


Untuk semua maklumat lanjut , 
sila layari:
 www.klccconventioncentre.com 

*Living Hope ialah pertubuhan kebajikan dengan misi untuk memberikan makanan dan pendidikan, dan bertindak sebagai pusat sumber pendidikan untuk kanak-kanak dari keluarga miskin tegar di seluruh negara.

*Yayasan Kebajikan Generasi Gemilang (GG) ditubuhkan dengan visi yang berilhamkan Kesungguhan untuk melahirkan generasi akan datang yang boleh dicontohi dan membina keluarga yang lebih kukuh. GG berusaha menambah baik kehidupan kanak-kanak dan keluarga yang kurang diberi perkhidmatan dengan meningkatkan akses kepada pendidikan berkualiti. Mereka terdiri daripada kanak-kanak dan keluarga dari masyarakat luar bandar dan golongan berpendapatan rendah di bandar, institusi dan sekolah yang terabai dan kurang diberi perkhidmatan. Ditadbir oleh Lembaga Pemegang Amanah, GG berpangkalan di Lembah Klang dan mengendalikan perkhidmatan di seluruh Malaysia. 

*NKF idalah pertubuhan amal tidak mencari untung yang membuka pusat dialisis pertamanya di Jalan Hang Lekiu, Kuala Lumpur pada 1993. Lama-kelamaan, NKF telah membesar dengan sokongan banyak pihak. NKF telah meluaskan peranannya daripada pembekal rawatan dialisis semata-mata untuk menjadi pusat sumber setempat bagi hal-ehwal yang berkaitan buah pinggang.                                                                                   





Menu Masakan Diraja Thailand di Chakri Palace Sangat Sedap!

Salam Ramadhan Semua!
Korang tahu kan Mar memang penggemar makanan Thai, kalau korang salah seorang follower instagram Mar, mesti tahu Mar selalu post kedai makan Thai kan. Okay ramadhan kali ni Mar & kawan kawan decide untuk berbuka puasa di satu kedai makan Thai yang sangat terkenal di Kuala Lumpur iaitu CHAKRI PALACE ( Royal Thai Cuisine)

 Kalau korang nak tahu ini adalah salah satu branch CHAKRI PALACE di PAVILLION KUALA LUMPUR yang terletak di Level 4. Sebelum ini Mar selalu makan CHAKRI PALACE dekat KLCC je, tak sangka kat PAVI pun ada, lepas ni senang lah bila shopping dekat pavillion nak singgah makan kat sini.  Ofcourse sedap sebab tu, first day puasa kami semua decide untuk berbuka kat sini. 
WITH FRIENDS FOR 1STDAY IFTAR . ALHAMDULILLAH

NASI BERIYANI
 Nasi beriyani kat Chakri ni lembut sangat dan bau rempah dia sangat sedap. Dalam nasi beriyani penuh dengan lauk & aneka bahan bahan yang membuatkan kita nak semua hahha. Okay dua kali Mar tambah nasi ni taw. Kawan Kawan Mar pun sama, sampai licin nasi ni kami tambah. hhe 
AYAM GORENG DAUN PANDAN
(
Deep Fried Chicken with Pandan Leaf)
 First time kot Mar cuba ayam goreng daun pandan ni, rempah ayam dia sedap then cicah pula dengan pencicah tu lagi ngam rasa dia, mula mula ingatkan biasa je, bila try perghh sedap, nak ambikk satu lagii alaaaa dah habisss dah semua kawan kawan Mar kebas hhe. Sedap sangat sampai semua nak tambah kan. 
TOMYAM CHAKRI PALACE
 Okay ini adalah penyebab utama kami nak makan dekat CHAKRI PALACE, Tomyam dia sangat WOW, tak tipuu memang sangat sedap, Mar selalu makan kat klcc tu Mar selalu order Tomyam. Rasa tomyam dia memang memikat hati semua yang sukakan Thai food. Sedap sangat kami order dua mangkuk sebab semuanya suka tomyam kat CHAKRI ni. 
DAGING MASAK BLACK PEPPER
(
Crispy Prawn with Butter Sauce)
 Okay yang ni pun sama sedap dengan tempat lain, maknanya daging masak black pepper dia notbad okayy. Rasa nak belajar buat kat rumah nanti!
UDANG RANGUP DENGAN BUTTER SOS
(
Crispy Prawn with Butter Sauce)
Udang dia sangat ranggup, dan rasa udang sangat segar. Sos butter dia Mar try sikit je sebab Mar bukan penggemar butter sos, tapi rasa dia boleh tahan sedap taw. Kawan Mar yang lain siap tambah lagi sos ni sebab sedap. 
KERABU MANGGA
Harap betul lah nama dia, hhe . Yang ni favourite Mar juga, lepas makan dengan nasi, siap ratah lagi taw. Memang suka masam then ada kacang pula bila makan rasa sangat cruchy dengan mangga nya yang sedap tak lembik, hirisan mangga ni pun sangat elok senang bila kita nak makan. 
SOSEJ GULUNG (Sausage Roll
Mar lupa nak tanya apa yang ada kat dalam, nampak macam telur kan? Mar main makan je sebab sedap sampai lupa nak tengok inti dalam gulung tu hhe. Sumpah sedap, kalau buat moreh ni sedapnya lahaiii. 
POPIA GULUNG (Spring Roll)
 Kulit popia dia Mar suka sebab ranggup tapi tak terlalu keras taw, so bila makan tu senang je nak ngapp, wajib cicah dengan sos dia sebab sos pencicah dekat Chakri ni sedap.
MIENG KAM
Siapa tak pernah makan mieng kam ni angkat tangan? rugi taw kalau tak cuba,  ini makanan dari thai, ia seakan makan sireh . Ambil daun kaduk tu then taruk semua bahan bahan dengan sos then lipat daun kaduk tu dan makan! sos mieng kam kat sini pun sedap. Kalau nak tahu sedap tak mieng kam tu tengok pada sos yang dia buat. Heheh
PULUT MANGAA & RED RUBY WATER CHESTNUT 
Alahai pulut mangga dia sangatlah sedap! tapi lain dari yang lain taw, macam ada hirisan roll berwarna hijau tu kan menaikkan selera nak makan, dan Red Ruby tu pun sedap rasa lemak berkrim! Urm!
CHAKRI PALCE PAVILLION KL
 Ini adalah suasana dalam CHAKRI PALACE dekat PAVILLION memang sangat selesa untuk bawa family dan kawan kawan makan dekat sini. Staf staf dekat sini pun sangat peramah. 


WITH MANAGER CHAKRI PALACE
Jadi sesiapa yang nak rasa buffet ramadhan dekat CHAKRI PALACE ni cepat cepat booking taw! Jom cepat cepat rebut peluang untuk berbuka puasa dengan Menu Thai yang sangat sedap & harga yang berpatutan! Mar pun rasa nak pergi berbuka dekat CHAKRI lagi ni T_T hhu 




LOCATION: 
[Chakri Palace Pavilion] 
Level 4 Connection, Pavilion KL, 55100 Kuala Lumpur.

CONTACT : 03-21431141



Buffet Ramadhan RM60 & Promosi Perkahwinan RM30 di The Grand Campbell Hotel

Hai awak semua, minggu lepas Mar try Buffet Ramadhan dekat The Grand Campbell Hotel Kuala Lumpur, first time Mar ke hotel ni rupa rupanya ia berada di tengah tengah Kuala Lumpur taw. Siapa kenal Shopping Complex Sogo? Aha tepi Sogo je awak ! hehe So memang sangat senang siapa yang nak berkunjung dekat sini.

Alhamdulillah  menu buffet Ramadhan yang berkonsepkan sajian nostalgia kat sini semua sedap sedap, rasa macam nak menginap kat sini je Ramadhan nanti hehhe. 
BUFFET RAMADHAN 2018

















 Semuanya menyelerakan & sedap . Ramadhan nanti siap ada live stall taw, lagi lah syokk dapat makan makanan panas panas. Uwwww tasabar!


Siapa yang tercari cari Buffet Ramadhan dekat KL ni boleh cepat cepat booking dengan harga Early bird ni taw. Sangat berpatutan hanya RM60 sahaja. Rugi lah kalau lambat. Ia bermula pukul 7.30 malam sehingga 9.30 malam yang boleh memuatkan 700 orang pada Ramadhan nanti . 


PROMOSI RM30 UNTUK MAJLIS PERKAHWINAN
Oppps. Mar & Naff siap posing di pelamin kat The Grand Campbell hotel ni . hhe

Gambar tu hanyalah lakonan semata mata, Mar nak share kat sini The Grand Campbell Hotel ada promosi RM30 untuk buat majlis perkahwinan dekat sini taw. 

The Grand Campbell Hotel menyediakan Dewan Bunga Raya berkeluasan 13,800 kaki persegi mampu memuatkan 1000 orang tetamu untuk hidangan buffet. Bagi memberi pilihan kepada raja sehari, hotel ini tampil dengan pakej perkahwinan serendah RM50 per pax. 

Yang paling best pada tahun 2018, Hotel ini menawarkan promosi istimewa buat 50 orang terawal yang menempah pakej perkahwinan di sini. Harga istimewa yang ditawarkan ialah RM30 per pax untuk 1000 orang tetamu termasuk kemudahan lain. Wah. warga kl cepat cepatlah booking taw!

Bagi sesiapa yang berminat boleh terus hubungi The Grand Campbell Hotel 
Email : sales@grandcampbellhotel.com
Contact : 011-26062560/0126871518/01162034457 
Facebook@grandcampbellhotel 


Terima Kasih Sudi Singgah Baca Sini.
Follow @puterymemory
xoxo