Showing posts with label Travel. Show all posts

Berkhemah Gaya Moden Di Glamping LOWT, Perak

GLAMPING DI LOST WORLD OF TAMBUN

Hi semua, antara banyak banyak tempat untuk bercuti Mar suka sangat tempat yang penuh kehijauan dan tenang. Lain orang lain citarasa kan? Tapi kalau korang suka tempat kehijauan juga boleh ke LWOT taw sebab kat sini ada glamping best!
Okay jom Mar share dengan korang semua. Glamping adalah khemah moden yang serba lengkap. Kat LWOT ada beberapa buah glamping yang mana kita boleh pilih nak tepi tasik atau pun berdekatan dengan toilet.  Jadi Mar & kawan Mar pilih glamping yang tepi tasik. Kat situ nampak ala ala dalam hutan sikit. Hhiks! 
Mar & kawan kawan
Bestnya rasa macam nak lompat lompat hehe!

GLAMPING 
Okay guys!, Ni la glamping taw. Cantik & sangat besar kan? Mar teruja sangat dapat menginap kat sini. Antara impian Mar tahun ni adalah untuk berkhemah kat sini taw,  akhirnya tercapai, yey!
Glamping ni dipasang atas rumput karpet, jadi takperlu risau takut lecak ke apa taw, hehe
Dalam glamping yang Mar duduk ni ada 3 katil, 2katil single & 1katil king. Dalam ni juga terdapat aircond,kipas,rak kecil, cermin serta tempat penyangkut baju haha memang seakan hotel dah taw, cukup lengkap! Ofcourse tuala pun disediakan okay. Dont worry!


Okay dah ready nak tidur ke Mar? hehe muka tasabar sangat!

GLAMPING DI PERMUKAAN TASIK ( Bagi Mar Kat sini paling cantik! ) 

Kat tasik ni banyak aktiviti yang boleh buat sebagai contohnya kayak/ aktiviti team building -water confident & sebagainya.
Kat LOWT ni ada buggy disediakan untuk pelancong taw, jadi tak risau nak pergi mana mana tempat dalam LWOT ni kita naik buggy okies! Jalan pun syok juga .


BBQ TIME
Bila menginap kat Glamping LWOT ni ada pakej untuk BBQ taw, best sangat. Staf LWOT akan buat semua preparation untuk BBQ, siap dengan bakar sekali, bagus sangat. Semuanya sedap & sangat banyak. Heyy! sampai kekenyangan kami dibuatnya. Tu pun tak habis sebab banyakkk T_T kalau perut ada space lagi Mar makan sampai habis! hhiks . 
Masih teringat ingat lagi makanan BBQ ni sedap sangatttttt T_T

Okay Jom Dinner dengan Mar!

AKTIVITI DI LWOT
Kat sini juga ada macam macam aktiviti, Mar decide untuk cuba panjat ni sebab rindu gila
nak hiking taw T_T












Heyy! Nampak je lembut tapi kita tak lembik taw. heee
Bila naik sangat cuak jugak sebab ada tempat yang sangat sangat curam & susah nak pegang, tapi Mar berjaya naikk juga. haha paling susah part untuk naik sebenarnya.
Dan, finally. Mar berjaya untuk turun dengan jayanya hehe. Bestttt! Time nak turun ni mula mula rasa juga gayat, bila da rasa selesa best pulak nak turun lelaju hehe

HAUNTED CHAMBERS
Yuhuu! Rumah hantu paling takut hhu . Nak nangis T_T haha walaupun kecik tapi seramm. Siapa yang datang sini kena try masuk okay. Best. Lagi seram dari NOF Sunway Lagoon taw. Kalau nak tengok Mar kena prank bila dah keluar dari rumah ni tengok kat instagram LWOT taw. hahah jahat gila hantu tong sampah tu!
Tengah usap dada lagi Mar? haha T_T 

ZOMBIE ZONE





IT's ZOO?
Hehe best kan?! kat sini pun boleh berseronok dengan haiwan yang comel!. Berebut taw nak bagi makan untaaa tu dengan kawan kawan Mar haha, jadi sesiapa yang datang dengan famili & anak anak boleh lepak chill dengan haiwan yang sangat jinak kat sini taw.


Paling comellll & sangattt jinakkkk taw. Alahai rasa macam nak bawaa balikkkk jeee geram!

GARDEN OF LIGHT
Kat LWOT ada Garden Of light taw, korang boleh tengok taman ni berwarna warni dengan cahaya yang sangat cantik & ada juga muzikal!



Mar percaya sesiapa yang datang ke sini memang akan rasa nak datang lagi, tak puas nak main kat theme park ni! Hope dapat datang lagi nanti!


Untuk anda semua yang nak tahu harga & semua maklumat tentang
Lost World Of Tambun ni boleh layari ke :

WEBSITE :
https://sunwaylostworldoftambun.com 
INSTAGRAM:
 sunwaylostworldoftambun 
FACEBOOK:
 lostworldoftambun 

ALAMAT :


SUNWAY LOST WORLD WATER PARK

No 1, Persiaran Lagun Sunway 1, Sunway City Ipoh, 
31150 Ipoh, Negeri Perak.

Theme park tel: +605 542 8888
Hotel tel: +605- 540 8888
Fax: +605- 542 8899

Email
lostworldoftambun@sunway.com.my


Hotel Jen Puteri Harbour Hotel Mewah Di Johor

Antara Hotel yang paling terbaik di Johor adalah Hotel Jen Puteri Harbour ni. 
Tersangat ekslusif, Mar round satu hotel taw, Jom Mar kongsi gambar yang sempat Mar snap kat sana. Macam rugi sangat stay kejap je. Huhu T_T





Permandangan di bahagian tengah Hotel .


Permandangan di bahagian luar, Cantik sangat!
Nak rest & relax kat sini pun boleh. Fall in Love lah!
Of course la ada SPA juga, untuk yang berkunjung nak rasai dibelai dimanjai mesti singgah di SPA ekslusif ni taw. Semua staf SPA ni sangat peramah, Mar pasti korang akan dapat layanan 5star! hhe

TAMAN TEMA SANRIO HELLO KITTY TOWN
Mar tak sangka hotel ni macam macam ada, ala ala mall & ada taman tema. Tak rugi datang sini boleh bawa anak anak main dekat Taman Tema Hello Kitty ni. Bila masuk ke sini umpama mengembara dalam dunia Hello Kitty taw, orang dewasa macam Mar pun teruja! hhiks.
Ada juga cafe Hello Kitty, ouch comel kan?
Kat sana korang akan temui karakter2 kartun favourite, bukan hello kitty je ada taw, ada Angelina Ballerina, ada Pingu, ada Bob And The Builder, ada Barney, ada Thomas & Friends dan macam macam lagi. Taman tema ini juga menyediakan pelbagai hiburan seperti persembahan pentas, tarian menarik, teroka binaan hebat, susun suai gambar, meneroka rumah comel hello kitty, tea cup ride dan bermacam macam lagi. 

Pembelian tiket pula boleh dibuat di website : www.puteriharbour.com
FACEBOOK: Sanrio Hello Kitty Town
INSTAGRAM: Sanriohellokittytown

ANTARA BILIK MEWAH YANG DISEDIAKAN DI JEN PUTERI HARBOUR : 
Mestilah ada bilik bertemakan hello kitty juga, untuk anak anak yang sangat menyukai hello kitty. hehe comel kan? :D
Dan kat bawah ni Mar kongsikan jenis bilik bilik mewah lain, semuanya sangat ekslusif & Mar pasti korang tak tahu nak book bilik yang mana satu nanti . heheh . 














CAFE HOTEL 
Cafe dalam Hotel Jen Puteri Harbour ni sangat memuaskan, semua menu sedap. Kalau korang nak tahu dekat sini juga terdapat banyak cafe-cafe lain di bahagian bawah, jadi kalau malam malam nak lepak ambil angin boleh makan di cafe & restoran di bahagian bawah . 


Jadi sesiapa yang berminat untuk berkunjung di Hotel Jen Puteri Harbour Johor ni, Bolehlah membuat tempahan dengan segera taw. Antara hotel yang paling besar & mewah yang Mar pernah kunjungi Hotel Jen Puteri Harbour ni taw! :)

PHONE: (60 7) 560 8888
EMAIL:
hjph@hoteljen.com
ADDRESS
Persiaran Puteri Selatan, Puteri Harbour, Iskandar Puteri,79000 Johor Darul Takzim, 79000, Malaysia
CHECK-IN / CHECK-OUT
Check-in: 3PM
Check-out: 11AM