Food

Puas Puas Puasa dengan California Raisins

May 31, 2018,0 Comments


Hi Assalamualaikum semua. Baru baru ini Mar sempat menghadiri satu event Puas Puas Puasa bersama dengan California Raisins. First time Mar try kismis california taw! Mula mula Mar rasa cam tak nak datangg event ni tawwww nak tahu tak sebab apa? hhe kena baca sampai habis. 
KISMIS CALIFORNIA
Korang mesti tahu kismis banyak sangat khasiatnya, Ia sangat membantu untuk memberi kita semua tenaga pada bulan puasa ni lebih lebih lagi bila kita mempunya jadual yang agak padat. Untuk you guys yang mementingkan kesihatan, kismis adalah makanan yang kurang gula taw, jadi tak perlu risau untuk mengambil kismis dalam kuantiti yang banyak. Kismis juga mempunyai nutrient serta vitamin untuk tubuh badan kita.
Kat event ni turut ada demo masakan oleh Chef taw, dan mereka ajar menu yang boleh masukkan kismis. First time Mar tahu banyak menu yang kita boleh masukkan kismis sebenarnya! Its so wow kan! Menu kat bawah ni semuanya ada kismis. Lepas ni boleh Mar buat kat rumah pulak. hhe
SPAGHETI TOMYAM PES WITH RAISIN


Ahaaa! Ini sebab why Mar rasa tak nak datang sebab tak reti nak deco cupcakeeeeeT_T alaaa hahaha. Tapi akhirnya datang juga untuk join contest ni kat sini . Yang paling best sebab kena deco dengan kismis taw! . 
Akhirnyaaa tak sangka Mar one of winner untuk deco ni. Hehhe taksangka taw. hhu . Cupcake Mar yang ke tiga! LAWA TAK? hhe simple but nice . Alhamdulillah . Suka sangat! hhe
Thankyou California Raisins! Mar dah amalkan makan kismis taw untuk bulan puasa ni. 
Memang sangat bertenaga walaupun bersahur hanya dengan kismis & air masak. 

Korang pun boleh dapatkan kismis california ni & amalkan makanan yang berkhasiat taw.
Happy Ramadhan & Selamat Beribadah taw .

Bye 
xoxo


0 comments:

Apa itu Haqqi

Butik Haqqi di Bangi Sentral Meriah Serta Murah!

May 29, 2018,1 Comments

Assalamualaikum Ramadhan :)
Hai pembaca blog Mar yang setia! Siapa yang mengikuti perkembangan blog Mar, Mar ada berkongsi platform fesyen yang Mar suka tahun lepas adalah Haqqi.Com.My. Kalau korang nak tahu 
 HAQQI merupakan pusat sehenti yang mempamer, menjual dan menawarkan barangan kelengkapan Haji & Umrah serta fesyen patuh syariah taw. 

 Sekarang ni HAQQI dah ada 4 cawangan taw, antaranya adalah HQ di SHAH ALAM, BANGI SENTRAL, TTDI & TERENGGANU. So tahun ni Mar sempat pergi shopping kelengkapan ramadhan di Bangi Sentral. So yeah nak tahu tak Mar shopping apa kat sini? hhe
 Kat sini ada pelbagai kelengkapan haji & umrah antaranya telekung, kurta, jubah, beg haji umrah, sarung lengan, niqab, kasut, alquran, dan banyak lagi.





BAJU RAYA DI HAQQI
Kat sini juga menjual fesyen baju raya patuh syariah, kalau korang ingat baju raya tahun lepas, Mar beli dekat HAQQI taw jenama Zareeth Zehra, kat sini terdapat pelbagai jenama yang terkenal antaranya, EL by Elfira Loy, Izzuexlusive, Al Mukarramah, An najwa, elhajj dan banyak lagi. 

KOSMETIK UMRAH HAJI
Jangan risau kat sini barangan umrah & haji memang lengkap, ada juga kosmetik untuk umrah haji taw, so lepas ni senanglah untuk ayah ibu kita yang nak menunaikan haji datang je beli belah dekat HAQQI semua ada taw taw ! 

 Aha, Kawan Mar sempat shopping baju raya dekat HAQQI ni, Mar shopping apa pulak? hehe
Alhamdulillah, Sangat cantik & selesa, Mar shopping TELEKUNG untuk ramadhan lah awak! kalau raya nak baju baru, ramadhan mestilah nak tarawih nak ada telekung baru juga tawww baru lah semangat sikit heheh. 

PORTAL BELI BELAH 
Korang juga boleh layari haqqi.com.my untuk membeli belah keperluan ibadah dan fesyen kegemaran korang taw! Jika ingin melihat sendiri koleksi pilihan terbaik, korang boleh kunjungi butik fizikal di alamat berikut:

Butik Haqqi Bangi Sentral,
8-23-01, JALAN MEDAN PUSAT BANDAR 7A, BANGI SENTRAL, 
43650, BANDAR BARU BANGI, SELANGOR

Ikuti perkembangan Haqqi di Media Sosial:



     XOXO

1 comments:

buffet ramadhan 2018

Meriah Buffet Ramadhan di KLCC 2018 !

May 24, 2018,2 Comments



MENGHIDUPKAN SEMANGAT RAMADAN PADA BULAN YANG MULIA!
Kuala Lumpur Convention Centre Anjur Majlis Amal Berbuka Puasa Ke-11 Berturut-Turut untuk Kanak-Kanan Kurang Bernasib Baik dan Pesakit NKF serta Keluarga Mereka

Alhamdulillah, Mar dapat turut serta dalam Majlis Amal Berbuka puasa di KLCC bersama dengan Kanak Kanak Kurang Bernasib Baik & Pesakit NKF serta keluarga mereka. Best! Sangat meriah!Pusat Konvensyen meraikan seramai 94 kanak-kanak dari Living Hope dan Yayasan Generasi Gemilang (GG), serta 32 pesakit Yayasan Buah Pinggang Negara (NKF)

Sebagai permulaan, wakil-wakil Batik Guild, kakitangan Pusat Konvensyen dan rakan-rakan media mengetuai tetamu VIP kecil dalam aktiviti melukis batik berwarna-warni bertema Hari Raya!  Selepas itu, mereka semua diraikan dengan jamuan pelbagai sajian makanan kegemaran ramai yang lazat, disediakan khas oleh kumpulan chef Pusat Konvensyen yang memenangi anugerah.

 Pengurus Besar Pusat Konvensyen, Alan Pryor, berkata, “Kami sentiasa teruja untuk menganjurkan acara bermakna ini dan kami menantikannya setiap tahun. Kami terharu melihat dewan kami diselubungi kegembiraan dan keseronokan apabila kanak-kanak ini menyertai aktiviti dan menikmati juadah berbuka puasa yang kami sediakan. Kami berbangga kerana dapat menganjurkan majlis berbuka puasa kami buat kali ke-11 berturut-turut dan kami percaya kerjasama kami dengan Living Hope, Yayasan Generasi Gemilang and Yayasan Buah Pinggang Negara (NKF) Malaysia akan berterusan untuk selama bertahun-tahun yang akan datang.”

ANTARA MENU BUFFET RAMADHAN DI KLCC
Menu yang disediakan sangat membuka selera Mar taw, semuanya sedap ! 











Pengasas dan Pengerusi Living Hope, Dr Peggy Wong, berkata, Pusat Konvensyen benar-benar telah berusaha setiap tahun untuk membawa kegembiraan dan mengukir senyuman di wajah kanak-kanak ini dengan aktiviti mereka yang kreatif dan menyeronokkan. Kami terharu melihat sebuah organisasi seperti Pusat Konvensyen menghidupkan semangat Ramadan dan berkongsi kegembiraan musim perayaan dengan mereka yang kurang bernasib baik. Kanak-kanak ini seronok dapat datang ke Pusat Konvensyen untuk berbuka puasa, terutama mereka yang pertama kali mendapat peluang berbuka puasa di luar rumah mereka.”

 Pengasas GG, Encik Daniel Tan, berkata, “Aktiviti Pusat Konvensyen yang menyeronokkan dan sajian makanan yang lazat sentiasa dinantikan oleh kanak-kanak ini. Lebih penting lagi, mereka diberi peluang untuk mengalami budaya berbuka puasa bersama rakan-rakan beragama Islam, menyemaikan nilai saling menghormati dan memahami sejak kecil.”



Alhamdulillah, Mar pun turut gembira bila tengok adik adik yang datang ke majlis ni nampak enjoy & gembira sangat, lebih lebih lagi bila dapat menikmati menu IFTAR lazat yang disediakan oleh KLCC ni. Harap tahun depan boleh meraikan mereka lagi. 


Untuk semua maklumat lanjut , 
sila layari:
 www.klccconventioncentre.com 

*Living Hope ialah pertubuhan kebajikan dengan misi untuk memberikan makanan dan pendidikan, dan bertindak sebagai pusat sumber pendidikan untuk kanak-kanak dari keluarga miskin tegar di seluruh negara.

*Yayasan Kebajikan Generasi Gemilang (GG) ditubuhkan dengan visi yang berilhamkan Kesungguhan untuk melahirkan generasi akan datang yang boleh dicontohi dan membina keluarga yang lebih kukuh. GG berusaha menambah baik kehidupan kanak-kanak dan keluarga yang kurang diberi perkhidmatan dengan meningkatkan akses kepada pendidikan berkualiti. Mereka terdiri daripada kanak-kanak dan keluarga dari masyarakat luar bandar dan golongan berpendapatan rendah di bandar, institusi dan sekolah yang terabai dan kurang diberi perkhidmatan. Ditadbir oleh Lembaga Pemegang Amanah, GG berpangkalan di Lembah Klang dan mengendalikan perkhidmatan di seluruh Malaysia. 

*NKF idalah pertubuhan amal tidak mencari untung yang membuka pusat dialisis pertamanya di Jalan Hang Lekiu, Kuala Lumpur pada 1993. Lama-kelamaan, NKF telah membesar dengan sokongan banyak pihak. NKF telah meluaskan peranannya daripada pembekal rawatan dialisis semata-mata untuk menjadi pusat sumber setempat bagi hal-ehwal yang berkaitan buah pinggang.                                                                                   





2 comments:

Baju Raya 2018

Fashion On Wheels Trak Fesyen Pertama di Malaysia !

May 22, 2018,1 Comments


FOWHEELS
Assalamualaikum, wbt.
Mar tak sangka tahun ni ada trak bergerak jual baju raya. Sebelum ni Mar tahu ada trak yang jual tudung je. Bila ada trak jual baju raya rasa macam excited taw. Sebab kita tak perlu susah susah nak ke butik dah nak pilih baju raya . Yang best bila dalam trak ada 15 jenama popular di Malaysia taw! 




Konsep trak ni memang biasa kita tengok kat luar negara, tapi ini yang pertama di Malaysia taw guys!. Mesti semua dah tak sabar nak pilih baju raya kat trak bergerak tu kan, nantikan trak merah jambu FOW yang akan berhenti di 10 lokasi di sekitar Lembah Klang taw! 

Bestnyaaa! Ia memang memudahkan kita semua untuk membeli busana raya menjelang musim perayaan Aidilfitri ni, Mar suka konsep yang macam ni sebab kadang Mar malas nak pergi butik butik untuk pilih satu persatu dan Mar juga tak minat nak pergi bersesak sesak dalam Event Jualan Besar- Besaran seperti Moodrepublik tu, dahlaa ramai, panas lagi, sangat tak suka. Bagus sangat bila trak ni akan berkunjung tempat tempat yang berhampiran, jadi Mar akan pergi kat destinasi FOW yang paling dekat je nanti. 


Kalau korang nak tahu FOW ni menggunakan konsep vendor, kesemua jenama di bawah satu bumbung trak FOW . Ada pelbagai baju raya antaranya pakaian untuk lelaki dan wanita, kanak-kanak, tudung serta aksesori. 15 Jenama terkenal yang ada di FOW adalah Minaz, Jameqha, Bella Ammara, Locka, By Fatin Suhana, Shawl Publika, Jannahnoe, Cattleya, Scarfeya, Alkhautar, Zarra Sinar Puteri, Teruna by Hafiz Mahamad, Riaz Arshad, Jelitasara, Sofea Rose, Mummu Scarf, Kaizer Scarf, Syafiqah Aina Hijab, Ravaka dan Rumah Manik.  Wah semua jenama yang Mar suka ada kat FOW ni, bestnya tak sabar!


Trak FOW akan bergerak ke lokasi pertama pada 21 Mei 2018 di Surian Tower, Damansara bermula pukul 10 pagi hingga 5 petang. Jelajah FOW akan berakhir pada 9 dan 10 Jun 2018 di Pullman Lakeside, Putrajaya bermula pukul 4 petang hingga 10 malam. Kat bawah ni Mar lampirkan  jadual pergerakan FOW, korang take note okay, jangan terlepas pula . hhhe


Antaranya adalah :

TARIKH LOKASI WAKTU :

21 Mei 2018 Surian Tower, Damansara 10am – 5pm 
22 – 24 Mei 2018 Menara TM, Bangsar 10am – 5pm 
25 Mei 2018 Surian Tower, Damansara 10am – 5pm 
26 – 27 Mei 2018 ShangRi-La, Kuala Lumpur 4pm – 10pm 
28 – 29 Mei 2018 JKR Tower, Kuala Lumpur 10am – 5pm 
30 Mei 2018 Sri Pentas, TTDI 10am – 5pm 
31 Mei 2018 NSTP, Bangsar 10am – 5pm  
1 – 3 Jun 2018 SACC, Shah Alam 4pm – 10pm 
4 – 5 Jun 2018 Avenue K, KL 10am – 5pm 
6 – 8 Jun 2018 Kompleks Kerajaan, Putrajaya 10am – 5pm 
9 – 10 Jun 2018 Pullman Lakseide, Putrajaya 4pm – 10pm



Untuk maklumat lanjut boleh kunjungi : 



INSTAGRAM :


Bye Guys!
Selamat Membeli Belah di FOW!




1 comments:

Berbuka Puasa di Chakri Palace.

Menu Masakan Diraja Thailand di Chakri Palace Sangat Sedap!

May 21, 2018,1 Comments

Salam Ramadhan Semua!
Korang tahu kan Mar memang penggemar makanan Thai, kalau korang salah seorang follower instagram Mar, mesti tahu Mar selalu post kedai makan Thai kan. Okay ramadhan kali ni Mar & kawan kawan decide untuk berbuka puasa di satu kedai makan Thai yang sangat terkenal di Kuala Lumpur iaitu CHAKRI PALACE ( Royal Thai Cuisine)

 Kalau korang nak tahu ini adalah salah satu branch CHAKRI PALACE di PAVILLION KUALA LUMPUR yang terletak di Level 4. Sebelum ini Mar selalu makan CHAKRI PALACE dekat KLCC je, tak sangka kat PAVI pun ada, lepas ni senang lah bila shopping dekat pavillion nak singgah makan kat sini.  Ofcourse sedap sebab tu, first day puasa kami semua decide untuk berbuka kat sini. 
WITH FRIENDS FOR 1STDAY IFTAR . ALHAMDULILLAH

NASI BERIYANI
 Nasi beriyani kat Chakri ni lembut sangat dan bau rempah dia sangat sedap. Dalam nasi beriyani penuh dengan lauk & aneka bahan bahan yang membuatkan kita nak semua hahha. Okay dua kali Mar tambah nasi ni taw. Kawan Kawan Mar pun sama, sampai licin nasi ni kami tambah. hhe 
AYAM GORENG DAUN PANDAN
(
Deep Fried Chicken with Pandan Leaf)
 First time kot Mar cuba ayam goreng daun pandan ni, rempah ayam dia sedap then cicah pula dengan pencicah tu lagi ngam rasa dia, mula mula ingatkan biasa je, bila try perghh sedap, nak ambikk satu lagii alaaaa dah habisss dah semua kawan kawan Mar kebas hhe. Sedap sangat sampai semua nak tambah kan. 
TOMYAM CHAKRI PALACE
 Okay ini adalah penyebab utama kami nak makan dekat CHAKRI PALACE, Tomyam dia sangat WOW, tak tipuu memang sangat sedap, Mar selalu makan kat klcc tu Mar selalu order Tomyam. Rasa tomyam dia memang memikat hati semua yang sukakan Thai food. Sedap sangat kami order dua mangkuk sebab semuanya suka tomyam kat CHAKRI ni. 
DAGING MASAK BLACK PEPPER
(
Crispy Prawn with Butter Sauce)
 Okay yang ni pun sama sedap dengan tempat lain, maknanya daging masak black pepper dia notbad okayy. Rasa nak belajar buat kat rumah nanti!
UDANG RANGUP DENGAN BUTTER SOS
(
Crispy Prawn with Butter Sauce)
Udang dia sangat ranggup, dan rasa udang sangat segar. Sos butter dia Mar try sikit je sebab Mar bukan penggemar butter sos, tapi rasa dia boleh tahan sedap taw. Kawan Mar yang lain siap tambah lagi sos ni sebab sedap. 
KERABU MANGGA
Harap betul lah nama dia, hhe . Yang ni favourite Mar juga, lepas makan dengan nasi, siap ratah lagi taw. Memang suka masam then ada kacang pula bila makan rasa sangat cruchy dengan mangga nya yang sedap tak lembik, hirisan mangga ni pun sangat elok senang bila kita nak makan. 
SOSEJ GULUNG (Sausage Roll
Mar lupa nak tanya apa yang ada kat dalam, nampak macam telur kan? Mar main makan je sebab sedap sampai lupa nak tengok inti dalam gulung tu hhe. Sumpah sedap, kalau buat moreh ni sedapnya lahaiii. 
POPIA GULUNG (Spring Roll)
 Kulit popia dia Mar suka sebab ranggup tapi tak terlalu keras taw, so bila makan tu senang je nak ngapp, wajib cicah dengan sos dia sebab sos pencicah dekat Chakri ni sedap.
MIENG KAM
Siapa tak pernah makan mieng kam ni angkat tangan? rugi taw kalau tak cuba,  ini makanan dari thai, ia seakan makan sireh . Ambil daun kaduk tu then taruk semua bahan bahan dengan sos then lipat daun kaduk tu dan makan! sos mieng kam kat sini pun sedap. Kalau nak tahu sedap tak mieng kam tu tengok pada sos yang dia buat. Heheh
PULUT MANGAA & RED RUBY WATER CHESTNUT 
Alahai pulut mangga dia sangatlah sedap! tapi lain dari yang lain taw, macam ada hirisan roll berwarna hijau tu kan menaikkan selera nak makan, dan Red Ruby tu pun sedap rasa lemak berkrim! Urm!
CHAKRI PALCE PAVILLION KL
 Ini adalah suasana dalam CHAKRI PALACE dekat PAVILLION memang sangat selesa untuk bawa family dan kawan kawan makan dekat sini. Staf staf dekat sini pun sangat peramah. 


WITH MANAGER CHAKRI PALACE
Jadi sesiapa yang nak rasa buffet ramadhan dekat CHAKRI PALACE ni cepat cepat booking taw! Jom cepat cepat rebut peluang untuk berbuka puasa dengan Menu Thai yang sangat sedap & harga yang berpatutan! Mar pun rasa nak pergi berbuka dekat CHAKRI lagi ni T_T hhu 




LOCATION: 
[Chakri Palace Pavilion] 
Level 4 Connection, Pavilion KL, 55100 Kuala Lumpur.

CONTACT : 03-21431141



1 comments: