Food

Suraya Seafood Kg.Baru Sedap sampai takcukup meja!

May 29, 2017,3 Comments

Happy Fasting awak semua!
 Tempat best kat kg baru yang ramai duk puja haihh. Ni la diaa Suraya Seafood. Tak faham betul kenapa ramai sokmo kat sini! hhew  Ada dua kedai pun ramai jugakk sampai tak cukup mejaa . Ada satu kali tu Mar pergi lama jugak nak menunggu sampai give up cari kedai lain T_T hhu . K bye . Nampak sangat Mar selalu ke sini kan .
Yesssss, for sure memang sebab ni la Mar ni selalu jejak kat sini. 
KERABU SEAFOOD & KERABU MAGGI paling favourite gila awakkk! 
Kerabu maggi ni pun menarik perhatian betul . Hurm ! Sedap tapi kenapa sikit sangat? T_T Tahu tak seorang Mar ni makan banyak . hhu
Hermm, Kaki ayammmm tuu laaa berhantu . Datang sini wajib nak makan tu . Eh takboleh jadi .
Ni satu sebab jugak, dia ada cendawan best ni laa buat hati Mar berdegup meronta ronta nak lagi . Mencik!
Akhirnyaaaa Kerabu Kaki Ayam Favourite is mine is mine ! 
Kat sini somtam pun hado . 
Oh . Okay yang paling banyak pilihan adalah mee celup/sup , segala jenis mee, dan segala jenis lauk ada, tunggu hampaa pilih jaaaaa T_T . Jangan terkejut kalau Mar nak order semua lauk . Eh hahha takla ni Mar order sup perut kue teaw. Nyumm Nyum!
Kerang bakaq dia pun boleh tahan, sabarlaaa wahai perut kalau datang sini . .
Air dia ofcourse wajib order Mangga susu, boleh tahan jugak kat Suraya seafood ni sedap . Kat kg baru ni memang famous kat semua kedai ada mangga susu.


Holla baby! Orang jauh datang lepak kg baru . Hhe She's Natrah . BFF dari Johor . Jumpa lepak kat kg baru akhirnyaaaa. Next time lepak lagi okayyy awaa! 
ALAMAT: 
18,, 12, Jalan Raja Muda Musa, Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur, Malaysia

Bye Thanks  reading . 
Much love, Mar !

3 comments:

Food

Resepi : Puding Karamel Mudah!

May 16, 2017,2 Comments

BAHAN BAHAN
1)Telur
2)Gula
3)Susu


CARA CARA
-Masukkan gula panaskan sehingga cair di dalam periuk. Selepas air gula itu dah bertukar perang & cair, masukkan ke dalam bekas karamel yang sesuai . Biarkan ianya sejuk .

-Seterusnya pecahkan 5biji telur ke dalam mangkuk & kacau hingga sebati .

-Panaskan periuk masukkan 1tin  susu cair bersama 250ml air (air nak senang ikut sukatan  1tin susu tersebut  ) kemudian kacau dan masukkan gula 1sudu kalau nak manis lagi & masukkan 1/2 sudu kecil esen vanila . Da siap semua . Angkat dan masukkan ke dalam mangkuk telur tadi dan kacau kesemuanya .

-Kemudian, masukkan semua itu kedalam bekas kecil tadi (bekas yg dah dimasukkan air gula) . Dan sejukkan di dalam peti ais . Bila dah sejukkk boleh makan . Sedappppnya! hahah *angkatbakulke Mar* Eh

Korang cuba okay! .














 Selamat Mencuba! :)

2 comments:

Fashion

Vincci Sale gila gila RM39 sepasang!

May 09, 2017,5 Comments

Hey guys! Boleh pitam bila masuk vincci ni. Setiap kali public holiday , hari cuti pape vincci ni selalu ada sale. Korang niat nak beli 1 je tapi keluar mesti amik 3 atau lebih . Huwarghhhh . Taknak masuklah! berhantu!






Kasut ni ada 1pasang je tapi ramai yang nak. Kat sini kalau korang cepat korang dapat dulu la, saiz pun sama . Yang Mar pegang ni ada yang datang tanya . Kat mna u dapat ni? hahah . Ada 1 jeeee . Hoyay!


Okay jam ni beli 2 dapat rm50 . Okay bestt ! Tapi Mar beli 1 rm39 . Takyah la membazir beli banyak banyak hhe . Kalau kongsi dengan member okayla hhe 
Vincci memang favourite semua kan! Mar taknak lalu tepi kedai vincci ... Takot! memang seram hhe 
Bye Semua . Jom membeli dengan berhemah okay . Ini acah acah je shopping banyak tapi beli tak pun . Eh hahahha  Nak beli 1 je lah awakT_T

Much Love; Mar

5 comments:

beauty

Promosi Shizens Visage Collection!

May 07, 2017,1 Comments

Hai semua . Hai cecantik kat luar sana!

Cepat dapatkan Shizens Visage Collection. Yang paling syokk! Harga 1set Visage Collection ni sangatlah murah. Sekarang hanya RM199 sahaja taw. kalau harga sebenar memang boleh cecah sehingga RM1503, memang murah sangat! rugilah kalau tak beli sekarang . Dann korang kena ingat promosi ni dari 1/3/2017 sehingga 31/5/2017 je . Mar dah ada 1set ! korang pun dapatkan juga kay .

_
Untuk pembaca blog Putery Memory, korang sangat bertuah taw. Korang boleh guna unik kod (VISAGE01) untuk dapatkan  Visage make over kat mana mana Shizens Stores taw!.So cepat cepat rebut peluang ni okay .
_
dan lagi satu ada Contest ! Fuh berpeluhh nak habaq kat semua ni .

SYARAT SYARAT CONTEST VISAGE COLLECTION :
-Tangkap gambar selepas di make over tunjukkan make up effect.
-Hantar gambar ke Facebook Shizens (inbox) . Mana tahu ada rezeki korang untuk menang :

*GRAND PRIZE: RM2000 cash + produk shizens  & hadiah bernilai sehingga RM6000
*1 Runner UP : RM1000 cash + produk shizens & hadiah bernilai sehingga RM4000
*2 Runner up : RM500 cash + produk Shizens & hadiah bernilai sehingga RM3500

Contest ini bermula 15 April - 15 Mei 2017 . So cepat join okay!










Awak semua yang nak tengok cara pakai . Boleh tengok kat youtube Mar okay.
Jangan lupa subscribes ! Thank you! 
               

So Awak semua . Cepat Visit Shizens stores okay
dan tunjuk kod : VISAGE01

-
Shizens Stores di Malaysia : 
Shizens One Utama,Shizens Pavilion Flagship Store,Shizens Mid Valley,Shizens Genting Sky Avenue, Shizens Sunway Pyramid, Shizens Gurney Plaza, Shizens Parkson Pavilion, Shizens Sogo KL, Shizens Isetan KLCC, Shizens Isetan The Gardens Mall, Shizens Parkson KLCC
For more info &
International can purchase on Shizens website :
www. shizens.com

Much Love; Mar

1 comments:

Food

Resepi: Kerabu Maggi Mudah Ala Thai

May 01, 2017,9 Comments

Hai Semua! Happy Labour day! Masak apa cuti cuti ni?! hhe
Sempat Mar buat kerabu maggi hari ni . Yayy! Jom Mar kongsi resepi kerabu Maggi kegemaran Mar!
BAHAN-BAHAN: 
1 paket maggi thai
udang -4 ekor
sotong -4ekor 
cendawan enoki -1plastik kecik
bawang merah - hiris baji nipis
tomato - hiris nipis/dadu
lobak merah-hiris nipis
serai- hiris nipis
(terpulang kalau taknak letak pun takpe)
daun ketumbar /daun sup- hiris nipis
cili padi - potong kecikkecik

CARA-CARA: 
Didihkan air, Masukkan udang,sotong, sayuran. Rebus hingga lembut. Masukkan maggi siam,Lepas mendidih toskan semua bahan. Ambil mangkuk besar yang senang untuk digaul , masukkan perencah . kemudian masukkan semua bahan yang ditos tadi dan gaulkan semua. Kemudian masukkan 1senduk air rebusan tadi. Masukkan daun ketumbar/daun sup beserta cili & tomato yang siap dihiris. Kemudian akhir sekali perahkan asam limau  Masukkan air gula sikit. Gaul rata semua . Siap! 
















Sedapnyaaaaaaaaaaaa!


Selamat mencuba okay!
Thank you singgah sini :)
Follow Instagram : @puterymemory

9 comments: