Showing posts with label Novelplus. Show all posts

Novel Plus : Aplikasi Online Jimat Bajet Pembaca Seluruh Dunia


Hai you , 
betapa canggihnya dunia hari ini kan. Tengok! nak baca novel pun tak perlu susah susah beli novel bagai, sebab sekarang dah ada satu aplikasi online yang kita boleh download kat Google play store taw .
Apa lagi jom download sekarang,search je : Novelplus.
Senang kan tak perlu kita berhabis duit. Jimat bajet 2016 . Eh hehe



NovelPlus Tarik Perhatian Lebih 230 Penulis Indie Malaysia
Ia juga menjadi perintis buat penulis Indie dan pembaca novel tegar dengan menawarkan ekosistem lengkap buat penerbit Indie dan pembaca.

Novelplus ni tak seperti cara lama dalam self-publishing taw .
Sehingga kini, NovelPlus telahpun mempunyai lebih dari 500 karya yang telah dihasilkan oleh penulis bukan sahaja dari Malaysia bahkan juga dari Indonesia, Singapura dan Brunei, dan semua konten yang ada dalam aplikasi ini boleh dibaca secara percuma oleh pengguna NovelPlus.  

Wah , hebat kan! 
doakanlah Putery Memory boleh jadi one of Novelist untuk Novelplus taw . Bismillah . mudah-mudahan .

“Kami teruja untuk membantu mereka yang gemar menulis mengasah kemahiran menulis mereka sambil merapatkan jurang di antara karya mereka dan pembaca setia. Bukan itu sahaja, aplikasi ini juga menggalakkan maklum balas dan interaksi di antara pembaca dan penulis melalui perincian ulasan dan perkongsian yang dibangunkan di dalam aplikasi ini,’’ ujar pengasas NovelPlus, Dato’ Lim Thean Keong.

Antara barisan yg telah bertungkus lumus untuk NOVELPLUS .
 Goodjob and congrates !
NovelPlus mensasarkan 2 perkara: 
membantu orang ramai menceritakan kisah mereka dan membolehkan mereka berkongsi karya mereka secara langsung dengan audiens. Dengan adanya kecanggihan teknologi, pembacaaan menjadi lebih mudah berbanding membawa senaskah buku untuk dibaca ketika anda dalam pengangkutan awam, ke kampus atau tempat kerja :)

“Menariknya lagi, di NovelPlus sesiapun boleh menjadi penulis, tanpa mengira had umur. Hanya dengan menghantar karya anda di NovelPlus, karya anda secara automatik akan disiarkan secara digital dan setakat ini penulis termuda yang menghantar karya kepada kami berusia 12 tahun,” tambah Crystal lagi.

           NovelPlus boleh dimuat turun menerusi 
Lepas balik pelancaran Novelplus , saya sempat baca 1 novel dalam LRT taw . 

Rasa macam best pulak .


Selamat berkarya & Selamat Membaca semua :)
Sungguh menyeronokkan  !