Izeara Extravaganza

Viral : Produk Kurus tak panas produk Izeara Extravaganza

May 26, 2016,0 Comments


Hey Si cantik semua . 

Hari tu viral produk kurus yang tak panas kan ? Tak panas sampai buat laporan polis . . Rasa macam nak tahu pulak produk apa sebab first time dengar kes macam huhu . Kelakar pun ada . 

Rupa-rupanya produk Izeara Exvtravaganza . 

Cool Serum 15x More Burn Fat !
Contain Doa & Zikir

Viral Bella hina produk Melayu siap buat rakaman video lagi . walhal dia baru guna sekali je . Peliklaa la kan . Apa masalah sebenarnya Bella ni . Mar pun terfikir macam tu . Takkan lah sebab terlalu obses nak kurus sampai menghina perniagaan orang kan . Tak helok la canggituu . hhmmm .

Semua orang nak produk yang tak panas kan . Means tak menyakitkan kulit kulit kita ni, selesa tak pedih sape la yg tak nak . So bagi Mar produk extravaganza ni hebatlah . 

Tapi lepas kejadian tu . Bella buat video pengakuan  maaf . Bagusla kalau macam tu . Sedar kesilapan diri . Mar respect sebab Bella berani minta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia dan terutamnya kepada owner produk serum kurus Izeara Extravaganza ni .


Mar try direct google & instagram produk @IzearaXtravaganza ni memang ramai yang tak puas hati. 
Sebab nak sangat tahu cerita yang sebenarnya .

Oh rupa rupanya disalah anggap oleh Bella . Hm itulah Bella . Jangan terlalu emosi dalam ambil tindakan .

Mar tengok kat facebook dah ramai yang nak mencuba produk ni taw . Sebab tak panas . Memang best then, boleh jugak sapu sapu kat bawah dagu sape sape yang berdagu duaa tuuu . HHE .


Antara kelebihan SERUM IZEARA XTRAVAGANZA ialah :

-Merupakan serum kurus PERTAMA di pasaran yang tidak panas, tidak melekit 100% dan pastinya harga serum ini MAMPU MILIK . 
-Serum kurus pertama di Asia yang ada Cafeisilane C. Ini adalah bahan yang paling pantas mencairkan lemak di bawah kulit.
-Melawaskan pembuangan air besar selepas 1jam menggunakan Serum Izeara Extravaganza ni . Hilang stretchmark lama dan baru melahirkan sekirannya korang menggunakan secara KONSISTEN selama 7hari .
Lemak lemak tepu dan degil akan disingkirkan dengan cepat.




Kat bawah ni boleh tengok Testimoni Customer produk ni . Memang hebatlah .
InsyaAllah mudah mudahan kan .






Salah seorang  Pengguna produk ni di facebook , Azlinda pun guna hari hari
(Click sini -  http://bit.ly/1WoD3We

 Sesiap yang guna produk ni rasa macam  rawatan perlangsingan bernilai ribuan ringgit selepas menggunakan serum kurus Izeara Xtravaganza ni taw . Rasa macam nak try jugaklaaah . hee .

Di samping korang guna produk kurus . Jangan lupa untuk jaga permakanan dan selalu bersenam jugak taw . InsyaAllah makan produk ni dengan BISMILLAH . 

InsyaAllah berkesan . 

Korang boleh contact terus 0145241224 atau 0137773617 untuk buat pembelian taw .
Check out Instagram : izearaxtravaganza



0 comments:

anak kelantan

Fatin juara Clever Girl Pertama Malaysia wakil negeri kelantan !

May 22, 2016,3 Comments

Tahniah Fatin Juara Clevergirl Pertama Malaysia !
Walaupun terkeluar di saat akhir, tapi Fatin berjaya sertai ke pusingan akhir hasil vote/undian rakyat Malaysia dan akhirnya berjaya bergelar juara . Alhamdullillah so proud of you sister .

Fatin is a meaning of all these program objective. Beautiful off course. Kelantanese, Islamic origin, foremost  Clever . InsyaAllah . 




Fatin Nuraisya Binti Mohd Hanipha

Umur: 28 tahun

Wakil: Kelantan

Pekerjaan: Peguam

Setiap ahad memang wajib tengok rancangan terbaik ni . Moga realiti TV ni memberi impak kepada masyarakat kita untuk lebih berilmu pengetahuan .

By the way, 
Congarats jugak untuk kawan Model Mar . Sofea . Wakil negeri johor . Walaupun terkeluar awal, i always support you .  Lain lain negeri kita tetap bersatu . Betul tak? .


Moga ada realiti TV Clever Girl untuk next year . 




Congrats semua Clever girl Malaysia .
Beauty with brain .

All of you also clever !

3 comments:

baju raya

Baju raya 2016 dari Rina Salleh Clothing - Beat of la donna klasik raya!

May 19, 2016,4 Comments

Assalamualaikum awak .
Mar banyak post gambar kat event fashionshow raya by Rina Salleh clothing kan sebelum ni . So hari ni Mar nak share semua yang best pasal event ni .


BEAT OF LA DONNA RAYA COLLECTION 2016
Date :May 12th,2016
Time:2pm-5pm
Venue : White Box at Publika Solaris Dutamas Kuala Lumpur.
 Pada hari exclusive ni, Rina Salleh Clothing kenalkan koleksi klasik Raya 2016  .
 Thanks invite Putery Memory taw .




Ta sabar kan nak tengok koleksi raya Rina Salleh clothing ni. Mar sebelum ni selalu usha instagram @Rinasallehclothing . Baju Baju dia Mar suka lah . Nak tahu tak kenapa .? 
Sebab nampak ringkas patuh syariah . Alhamdulillah memang sukaa sangat. 



Okay bila first model keluar . SubhanaAllah cantiknyaaa . Heliza Helmi rupanya yang jadi model untuk fashionshow kali ni . Kak ija pakai jubah/dress tu terletak je kat badan dia, simple cukup kemas. Terpegun jap .
Memang ramai yang suka baju yang corak simple je kan, tapi dia tetap nampak exclusive 


Ahaaa, tengok yang ni laa yang Mar paling berkenan . Nak nanesss tengok cantik , simple je kan . 


Wajib korang nak order cepat cepat sebelum habis kan . Jomla jomlaa kita geng ! .

KENAPA PRE-ORDER 20 May - 6 June 2016 ?
Harga istimewa dengan penjimatan berganda + FREE kotak eksklusif + FREE sampul raya + FREE paper bag raya + Dijamin saiz dan warna pilihan anda dah tentu ada + Koleksi terhad dan eksklusif . 

Macam mana nak PRE-ORDER ? 
2. Melalui Official Personal Shopper Rina Salleh Clothing: 

  • ps.seha +60176742877 
  • ps_wana +601132986986 
  • almariburok +60136781696 
  • msdelivery_ +60132723867 
  • psmiewaa.official +60173859240 
  • stailista.my + 60126643545 
  • ps.fiefiezaibrahim89_ +60139578708 
  • ps_lenajwaa +601123808266 
  • personalshopperjb +60102413591




  Ini antara fashion blogger yang dapat menggayakan Dress Zehra dari Rina Salleh Clothing . Semua cantikcantik . Dari kiri Emas Putih, Fatin bella, Putey Memory, Iena Eliena, & Yayanatsumi
Boleh check it out di www.rinasalleh.com .


 Bila dah habis event , sempat jumpa dengan owner butik butik fashion Malaysia, antaranya pemilik tudung ruffles. Hanis . & baby comel tu anak blogger top yuyuzulaikha . 
Kemain habib kalau selfie . hee

Gbob pun hadir event fashionshow ni, ada shooting kat sini katanya .





 Alhamdulillah terima kasih Rina Salleh clotthing hadiah goodies cecantik untuk Putery Memory . Shawl + Gelang Pandora+ diarybook . THANKSS .



So hakak hakak dah teruja tengok koleksi Rina Salleh? boleh terus check it out kat website www.rinasalleh.com


Tahniah kak Rina Salleh & suami . Memang koleksi patuh syariah yang ramai orang suka . Mar nak suggest kat famili suh beli ramai ramai pakai sesama raya nanti ,mesti nampak anggunnyaaaa hehe . Warna dia kalau orang berumur pakai mesti nampak muda kan .


Kalau nak tengok banyak lagi koleksi Rina Salleh Clothing ni korang boleh terus intai intai dress cecantik kat facebook, instagram dan website okei . Wajib korang jatuh hati macam Putery Memory lah . hhe .


Facebook : rinasallehclothing

Instagram : rinasallehclothing
Website : www.rinasalleh.com


4 comments:

Harga skybox

SKY BOX tarikan terbaru di Menara Kuala Lumpur !- Sky box KL Tower

May 16, 2016,12 Comments

Hai semua .
Ramainya nak tahu pasal SKYBOX .

Putery Memory pun teruja sangat sangat nak pergi sini .
Yes . memang suka sangat lepak tempat tempat tinggi ni. Bila ada skybox satu satunya di Kuala Lumpur wajiblaah naaaaaakkkk pergiiiiiii .
Okay sampai sana dah petang , memang kena cepatlah nanti tak dapat view Kl waktu petang . Memang target nak view petang & malam . Alhamdulillah cuaca mengizinkan . Hoyeh.


SKYBOX MENARA KUALA LUMPUR

Skybox salah satu tarikan pelancong untuk melihat keindahan KL, bukan setakat pelancong luar negara je teruja nak view KL, orang Malaysia pun excited.  Putery Memory antara orang terawal dapat rasai pengalaman best ni . Thanks CEO KL Tower. En Meor Shahril .


SKY BOX KL TOWER
Kotak kaca ni boleh memuatkan 6 orang dalam 1  masa . Putery Memory berpeluang merasai pengalaman berada dalam skybox ni secara individu & berdua . Seronoknya . Dengan ketinggian 300 meter di awan dan boleh view 360° .  Howaaaaaah  . 
Korang tahu kan Menara KL adalah menara ke-7 tertinggi di dunia & paling tinggi di Asia Tenggara . Hebatkan .
Rasa nak bergambar puas-puas . Selfie in the sky guysss . 




 SubhanaAllah . Cantiknyaa . Itu je yang tergambar dalam hati bila naik sini . Hee 
Takut jugak tapi besttt .
pic insan google satu .
NIGHT VIEW KL TOWER

Korang tunggu sampai malam taw . Baru lah puas hati . Heeee

 Kalau naik sky deck , memang semua taknak lepaskan peluang untuk menunggu waktu malam jugak nak tengok lampu kan . HHee.  Tengoklah betapa ramainyaa nak view KL . Wohaa .

Kuala Lumpur Malaysia , so Amazing guys .


Thanks CEO Menara Kuala Lumpur bagi Putery Memory rasai pengalaman best Sky Box di KL Tower ni . Jom korang bawak kamera datang ramai ramai kat sini .
Jangan lepaskan peluang best ni taw. 

Saya nak kongsi apa yang korang patut bawak, kalau tak rugilaah tak dapat gambar cantikkk :
-Kamera DSLR + Wide lens
-Gopro
- kamera hp yang cantik .
-Tripod/monopod 

# kalau xde kamera tak pe, sebab ada photographer kat sana . So korang boleh beli kat kaunter bila keluar nanti . Just enjoy guys :)

P/S :
Jangan pergi waktu hujan sebab skybox akan ditutup waktu hujan & kilat .


HARGA :
RM75 - Warganegara
RM105 - Bukan Warganegara Malaysia 

Ia akan dirasmikan pada 20 Mei 2016 , Tapi now dah ramai yang berkunjung ke sini . Putery Memory pun kena tunggu turn okay sebab ramai . Yang paling best boleh masuk banyak kali . Tak puassss . Heee 
Korang boleh menikmati permandangan kat sky deck dulu sebelum tunggu turn untuk masuk sky box . Memang betul betul enjoy lah dapat merasaaaai pengalaman ni . Hoyeh.


SKY DECK KL TOWER




Thanks reading . A rushing entry for you Malaysian.

12 comments:

Tips jaga rambut panjang . Rambut panjang sangat

Tips jaga rambut panjang sampai lutut

May 14, 2016,4 Comments



Hai girls . 
Ramai yang pening kepala nak jaga rambut panjang kan . Last sekali potong pendek . 
Mar nak kongsikan tips Mar jaga rambut panjang . Mesti tak percaya kan kalau mar cakap rambut Mar dah cecah lutut hhe . 

A,ah betul , simpan dari umur 17 lagi hhe taknak potong taknakkk . Nak potong nanti dah kahwin hahah . Itulah selalu jawapan yg Mar bagi kalau kawan kawan tanya.

Lagi lagi kita yang bertudung ni mestilah kena fokus untuk jaga rambut .  Rambut kan mahkota seorang wanita . Khas untuk bakal suami je . Ceyh . hhe .


"Pening kepala la nak jaga rambut panjang dan kusut . Arghhh

Okay first sekali kalau rambut kusut Mar akan gunakan syampu rambut bersama dengan conditioner dia . Yang Mar pegang tu . Lepas dah cuci rambut dengan syampu . Kena pakai tu jugak barulah rambut akan turun dengan sopannyaaaaa.



"Kusut kat tengah tengah rambut , macam gul gula getah melekat . Nak potonglahh "


Janganlah potong , better awak mandi syampu rambut , biarkan rambut panjang tu bawah paip hujan. Dia akan lurus sendiri . Biasanya akan ada rambut yang akan putus kan . Tak pe , tarik je rambut yg putus tu buang sampai rambut tu kembali lurus . 
Kalau nak cepat, sambil mandi ambil sikat rambut sikat . Biasa mar akan cuba cuba sikat dengan jari jemari je .



Korang jangan anggap Mar promote syampu sunsilk pulak . Taklah . Itu yang Mar selalu guna . Selesa dengan sunsilk . Lepas habis pakai sunsilk akan pakai syampu lain jugak .
Sebab banyak stok pulak syampu ni . Alhamdulillah rezeki tak payah beli syampu dah . Thanks yang sponsored syampu Mar untuk setahun .

Ini syampu yang Mar belum guna lagi . 


Okay , kalau dah mandi, siap keringkan rambut , terpulanglah guna hair dryer ke guna kipas ke guna towel ke . Mar akan sikat rambut dengan sikat yang macam ni dulu sebab kepala tak lah sakit nak maaatikkk . hhe . Sakit taw kalau kusut hhuk .










Then, baru lah Mar akan guna sikat biasa yg straight macam ni . Baru lah rasa kepala tu best sikit . Kalau sikat macam dua gambar kat atas ni hanya untuk hilangkan kusut , kalau nak rasa puas sikat rambut best guna sikat rambut macam gambar kat bawah ni .



So girls, yang banyak duit , nak rasa fresh bolehla pegi saloon . Macam macam korang boleh buat . 
Tapi Awasssss, kalau korang yg ada rambut yg teramat panjang, lady saloon tu mesti akan hasut korang utk potongg . HAHHAHAH . jangan termakan pujukan mereka . hehheh .



Awaak . 
Masa bujang ni lah nak rasa rambut panjang taw, kalau dah kahwin, dah ada anak nanti memang wajiblah potong . Tak ada masa nanti nak jaga . hhe .



Ini rambut favourite Mar . 
Jom sayangi rambut kita kita .  

Thanks baca #tipsbyMar


4 comments:

happy mothers day .

Selamat Hari Ibu buat Ibu sedunia

May 07, 2016,1 Comments

Selamat Hari MA.



Semua orang di muka buku wish Selamat Hari ibu dah. Alhamdulillah semua orang ingat ibu yang melahirkan .  Hm . Tiba tiba airmata ni jatuh . . tapi nak taip jugak entri ni.

Baru je balik jumpa ibu , tapi hati aku tak kuad . Allah rasa rindu . Rindu tuhan saja yg tahu . Nak borak borak dengan Ma, Nak cerita macam macam dengan Ma .
Ibu yang melahirkan 15 orang anak.
Ibu yang tak pernah lelah jaga 13 orang anak.
Ibu yang tak pernah rasa penat jaga anak anak hingga waktu tua pun .



Jap … Kenapa rasa sebak sangat-sangat .
Aku tak boleh sambung tulisss …

Bagi aku 5 minit lagi aku sambung .










Hm, maaf . Everything pasal ibu aku tak kuad . aku tak kuad untuk cerita .

Ibu yg paling aku syg ,
Ibu yg tak pernah rasa putus asa dgn tuhan,


Ibu selalu pesan :

" Jadi orang baik-baik,
Jaga solat "


Kadang time ibu solat, aku dengar apa yg ibu pohon . 
Semuanya untuk anak anak. Buat aku sebak sendiri ........ hm


Tiada ibu yg tak ingat anak anak . kita sebagai anak , ingat tak mereka dlm doa kita?

Doa pertama aku untuk Ma Ayah . tiada yg lain .

"Panjangkan umur mereka  ya Rabb"
 Baru lah,
 "Panjangkan umur aku ya tuhan" .

Aku nak mereka tengok aku berjaya . Aku nak Ma Ayah rasa duit aku . Means aku nak buat mereka  happy dengan pencapaian anak anak . Bangga dengan anak anak .



Hm, awak perasan sesuatu tak pada raut wajah ibu saya? .
Tak?
Hm, ibu saya ada sebelah mata je awak . Try awak tengok betul2 .
Saya tak malu nak share untuk semua . Tahun 2010 , waktu tu ibu selalu sakit mata, tiba masa doktor kata ibu ada barah mata . Bahaya kalau tak operate .

Operate apa doktor?
Operate buang sebelah mata mak awak .

Korang tahu tak apa rasa hati aku waktu tu . Hmmph.  Allahu…..

Tapi .
Tanpa aku sedari, tanpa aku masuk dalam hati ibu aku sendiri . aku baru sedar . ibu aku lagi rasa sedih . Allah . Maa . Betapa redhanya Ma waktu tu.... . MUka dia biasa je tapi aku tahu disebalik senyuman tu ….



*sebak* jap korang ....
*letak lappy,duduk bersandar di dinding*
*aku tak kuad nak taip,maaf…




kalau aku sedih, aku tahu Ma lagi sedih kan Ma? Masa first aku tengok ibu sebelah mata je, hati kecil rasa tak boleh nak menerima semua tuuuu . Cuba bygkan macam mana .
Hati rasa macam nak menangis . Maaaaaa … macam mana ma nak melihat ..

Tak boleh nak menerima keadaan . Tapi kena redha kalau ma redha dengan semua tu . Isk aku pun kena kuad . aku cuba kuatkan hati . tepuk dada . kau kena kuad . Cuba tengok ibu .. 

Allah kuadnya dia menerima qada & qadar .
Aku kuad sebab beliau .
Sampai sekarang dalam apa jua sekalipun . Aku kuad sebab Ibu .
Ibu yg paling tabah di dunia . 



Love,
Mashitah Bt Rahmat .
Sayang sampai syurga .
Selamat hari ibu . Hari hari hari ibu  :’)
Panjangkan umur ibu ibu kami ya Rabb .



1 comments:

filem indonesia

REVIEW : Kenapa AADC2 tak mencabar?

May 04, 2016,7 Comments

Hey korang,sihat? 
Ramai pulak suh Mar review cerita AADC2 ni. Ramai yang tanya best ke idok .. Hm.
Bagi yang follow AADC dari zaman sekolah lagi memang akan rasa nak tengok sangat sangat… kan AADC2 ni , nak tahu sambungannya macam mana, Fuh . Kenapa si Rangga tinggalkan Cintaaak. Arghhh . Huhu .

Macam aku lah tak sabar nak tengok AADC2, kemain kan . Hebat betul penangan cinta dia tu. Rasa macam feeling habis. Ekekke .

Aha, korang follow tak AADC yang first dulu?
Best gila kan, sebab layan time zaman feeling2 cinta monyet memang best lah , mandi tak basah , makan tak kenyang ibaratkan macam tu lah . HAHHA .








Oh kali ni, aku layan AADC2 ni hanya boleh bagi 3/10 lah . Sebab apa? Ok kalau nak dibandingkan dengan AADC yang first tu cerita dia agak happening sikit kan ,sebab ada muzikal, dance, tu yang enjoy layan cerita tu. Kalau AADC2 ni menceritakan zaman mereka dah dewasa. Dah bekerja . Agak slow sikit penceritaan dia macam tak banyak part. Tak da idea ke hape . hhu Pegi holiday,terserempak dengan rangga, borak borak then bersatu . Eh 


Si Rangga tu tetap macam dulu lah . Hensem , pendiam dan misteri . haha rasa nak ketuk2 je dengan perangai si Rangga ni . hhe Cinta xyah cakaplaa , lawaaaaa sangaaat >< Makin berseri bila dah besau ni . Dulu masa zaman sekolah, selekeh jek . Sekarang boleh buat manusia lelaki jatuh cinta . Ewah .




AADC2 .

Aku nak cakap aku p layan AADC2 sorang sorang je sebelum balik Kelantan hari tu, sempat habiskan sisa sisa waktu kat the mines hee . First cerita tu start nampak macam slow je jalan cerita dia, boleh dikatakan agak hambar sikit . Biasalah cerita dia dmulakan dengan kisah persahabatan diorang . Peh geng cinta semua cun cun bila dah matang ni . Cantik Cantik semuaaaa . 

Tapi bila start part Rangga & Cinta berjumpa tu baru laaa rasa WOW . Part ni la yang ditunggu-tunggu sebenarnya . Bestlaa . Siyes best part ni HAHAH . Kalau orang yg sedang hangat becinta aku rasa part ni korang akan rasa korang yang duk dalam ceghita tu rasa feeling yg saamaaa . hAHHA peh feeling dia rasa nak bercinta . Ouch. Ewah ewah kemain . heeee
Tapi , cop cop . Aku tak bercinta .
Tapi aku tak tahula aku boleh layan macam orang bercinta sakan . HAHHA .

Mungkin pernah rasa apa yang Rangga & Cinta rasa kot . Eh . hhu .

Haaaa , Part Rangga & Cinta berjumpa tu kalau sesiapa hayati memang best bahagianya rasa . Kau nak berjumpa dengan orang tu 2 jam je . tapi bila dah jumpa kau rasa nak borak borak lagi . Bila dah nak stop pun . kau tak rasa puas lagi . Rasa nak sambung borak borak . Then ko tak perasan yang kau dah borak borak sampai subuh .Kemain lamaaaaa diorang borak berceritaa . Sebab apa mereka rasa bahagia borak2 sampai tak ingat waktu? sebab adanya rasa tu, rasa cinta.

Sebenarnya kau takkan puas borak borak sampai mati dengan orang yang kau ada 'rasa' .

Bagi aku cerita ni best kalau korang betul betul minat puisi . A,ah aku sebenarnya suka puisi  & seni . Kalau asyik tulis pusi indie kat Facebook status aku rasa korang akan cakap aku jiwang . Tapi sebenarnya puisi banyak types dia . 

Then,
Yang paling aku rasa tak best sangat sangat & hambar adalah :

sebab jalan cinta diorang dalam AADC2 ni agak tak mencabar . Yelah 9 tahun kot merana kena tinggal kat bekas pakwe *ye kot 9 tahun* . Hanya dengan 1 puisi kau mudah mudah je terima si Rangga tu balik  . Ceyh . Marah ni . Emo jap bab2 ni  ahahhaha .

Bagi la part part yang agak mencabar sikit huu . Memang lah semua orang nak tengok Hero & Heroin bersatu kan . Tapi tak kan semudah tu je . Mahal taw bayar tiket . Hhaha .
Apa apa pun . Aku enjoy je dengan AADC2 . sebab cerita ni buat aku tersenyum sorang sorang  heee .  

Puisi-Puisi yang best dalam AADC 2 & aku suka :


“APA PUN DAPAT TERJADI HANYA DALAM SEHARI SAJA, DAN DALAM WAKTU SEHARI ITU DAPAT MEMBERI BANYAK ERTI”


“KADANG-KADANG KAU PIKIR, LEBIH MUDAH MENCINTAI SEMUA ORANG DARIPADA MELUPAKAN SATU ORANG”


“JIKA ADA SESEORANG MENYENTUH INTI JANTUNGMU MEREKA YANG DATANG KEMUDIAN HANYA MENYENTUH KEMUNGKINAN”
    -RANGGA .


“BILA KAU ADA RASA SAYANG KAT SATU ORANG ITU, KAU TAK KAN PUAS UNTUK BERCERITA SAMPAI MATI”
 -MAR

Eh, yang last tu sedikit kata dari aku . ahhaha . 



Thanks reading korang .
Nak release tension penat kerja .
Boleh la layan AADC2  dan rasa bahagia jap . HEEE




7 comments: