Showing posts with label event. Show all posts

Jakel Tunaikan Hasrat Umrah Percuma Kepada Pelanggan

Umrah Percuma Dilaksanakan | Jakel Trading merealisasikan impian seramai 200 orang pelanggan bertuah dari seluruh Malaysia untuk menunaikan ibadah Umrah secara PERCUMA bagi memenuhi hasrat mereka yang ingin menjejakkan kaki ke Tanah Suci Mekah. Majlis taklimat ringkas dan penyerahan sebagai tanda penghargaan kepada 200 bakal jemaah Umrah. Selain itu pemberian mock-up turut diserahkan kepada pihak Alkhatiri Travel & Tours Sdn Bhd bagi simbolik kepada majlis tersebut.


Kalau korang nak tahu, hadiah Umrah Percuma ini adalah dari Peraduan Beli & Menang Cabutan Hadiah 2017/2018 yang diadakan pada Jualan Akhir Tahun 2017 sehingga bulan Jun 2018 di semua cawangan Jakel seluruh Malaysia sebelum ini . Ahaa memang sangat rugi lah sape yang tak join tu kan? hhuk. Nak jugaaaaaa!

Kempen Beli & Menang tersebut menggunakan kaedah dimana pelanggan yang berbelanja produk Jakel dengan pembelian RM1000 ke atas layak untuk menyertai dan mengisi maklumat di kupon penyertaan serta memasukkan kupon tersebut ke dalam kotak yang disediakan di bahagian kaunter pembayaran. Kesemua penyertaan dikumpulkan selama 30 minggu sehingga cabutan hadiah dilakukan. Cabutan tersebut dilakukan bersama-sama dengan Ketua Bahagian Cawangan Jakel seluruh Malaysia.

Best sangat! Jom lah kita berbelanja RM1000 dan ke atas nanti ya?! Mar pun nak juga dapat Umrah percuma ni T_T. Boleh bawa pasangan pula taw. Tak rugi sangat. Kalau Mar dapat, Mar nak bawa ayah! Hhehe. 

Perlaksanaan penganjuran kempen ini adalah salah satu alternatif bagi Jakel untuk menghargai & meraikan sokongan kepada para pelanggan yang sentiasa menyokong perniagaan Jakel selama bertapak di Malaysia. Oleh itu Jakel menggunakan medium ini sebagai tanda terima kasih dengan mengembalikan semula sokongan dan berkongsi semula keuntungan bersama para pelanggan.

Atas dasar keprihatinan, Jakel mengambil platform ini dengan memberi peluang kepada mereka yang bertuah untuk menunaikan ibadah Umrah, di mana ianya ditanggung sepenuhnya oleh pihak Jakel. Memandangkan majoriti pembeli di Jakel merupakan bangsa Melayu dan beragama Islam, ini membolehkan Jakel membantu untuk membawa pelanggan bertuah mengerjakan IBADAH UMRAH secara PERCUMA. Selain itu, ianya adalah untuk memenuhi tanggungjawab sosial korporat (CSR) Jakel kepada pelanggannya, menandakan ketelusan Jakel dalam memenuhi janji yang ditawarkan.

Kesemua para pemenang akan berangkat ke Tanah Suci untuk menunaikan ibadah umrah pada bulan Januari 2019. Tahniah Mar ucapkan kepada semua pemenang yang bertuah! Mar tumpang happy sangat, bila dekat majlis tersebut boleh tengok wajah wajah mereka yang sangat happy, terharu & teruja! Mar pun sebak. Moga moga ada rezeki Mar juga nanti. Allahumma Ameen. :)


Sekarang ni, Jakel turut mengadakan jualan akhir tahun 2018 di semua cawangan Jakel yang kini sedang berlangsung bermula pada 23 November sehingga 6 Januari 2019. Potongan separuh harga diberikan dengan menawarkan koleksi kain kain terbaru untuk tahun 2019. Jualan akhir tahun kali ini lebih menarik dengan kemasukkan kain kain baru dengan corak yang lebih fresh dan trendy sesuai untuk semua golongan terutamanya wanita & keluarga. Koleksi terkini seperti koleksi Hanis Zalikha Ramadan 2019 antara yang menjadi pilihan ramai. Jomla kita menyoping ye adik kakok semuo? hhe

Heyy! Mar tumpang bergambar semangat dekat bagasi untuk para pemenang ni, ambil berkat la juga! hehe Moga selamat tiba semua! Jomlah kita shopping seribu tahun depan! hhe
__________________________________
Untuk maklumat lanjut tentang Jakel Textile korang semua 
boleh layari media sosial jakel di :

INSTAGRAMJakeltextile
FACEBOOK: Jakeltextile 



New Year Countdown 2018 di Citta Mall bersama Artis & Kpop Malaysia !

SAMBUT TAHUN BARU DI CITTA MALL 

Hey korang, Mar tak pernah sambut tahun baru . hhe  . Tahun ni apa kata jom sambut tahun baru kat Citta Mall Ara Damansara ! Korang mesti suka shopping kat sana kan? So Mar decide lepas lepak lepak makan sana nak tengok bunga apiiii tuuuuuuuu!

Paling best, tahun ni Citta Mall akan menyajikan persembahan dari para artis & juga kpop! Howwah awak yang suka kpop tuu mesti sukaa gila kan. Heheh . Dan bukan itu sahaja kat sana ada banyak lagi aktiviti & persembahan yang menarik  antaranya  street magician,romantic mushroom,kpop dancers, fire eater show & ada banyak hadiah yang disediakan taw!

Korang jangan lupa bawa kamera okay , snap banyak banyak firework tu! Wuuu syoknya! Hhe Mar wajiblah bawa kamera . Nak amik gambar & juga videooo! Kita tunggu fireworks sama sama okay!!
CITTA Mall 2018 New Year Countdown
TENTATIF
TARIKH : 31 Disember 2017 -1 Januari 2018
MASA : 20.00 malam -00.30 pagi
TEMPAT  : CITTA MALL, ARA DAMANSARA

Sebelum ni Mar dah pernah lepak makan sana . Korang mesti ada baca blog Mar kan ada banyak kedai makan best kat Citta Mall! . Antaranya adalah BUBBA GUMP SHRIMP CO ni!  Korang pun boleh try makan kat sini nanti taw . Mar paling suka rekaan dalam restoran ni . Memang cantikkkk sangat! Menu dia pun best woooo . hehhehe



Sedapppp nyaaaaa! Sambil tunggu fireworks nanti nak lepak sini lagii T_T .. 
Meleleh air liurr  . Wuuuu
Boleh klik blog Mar utk baca details Makan Makan Di Citta Mall



So korang yang berhampiran & semua yang  ingin menyambut tahun baru , Jom beramai-ramai ke Citta Mall bawa kawan kawan & juga family taw ! Jangan risau korang boleh tengok event kat facebook juga taw .   Boleh klik :

Citta Mall Address: 
1, Jalan PJU 1A/48, PJU 1A, Ara Damansara, 47301 Petaling Jaya, Selangor
Telephone: 03-7662 5000
Website: 
www.citta.com.my
Facebook: 
www.facebook.com/CITTAMall

Guys! Kalau korang nak tengok video countdown party kat Citta Mall tahun lepas boleh tengok kat youtube taw . Memang syok habis!
So jumpa kat sana guys!

xoxo



Markets21 Jaya One kembali lagi!

Hi korang, tahu tak MARKETS 21  kembali lagi ! Mungkin korang terlepas nak lepak lepak kat MARKETS 20 kan ? It's okay tahun ni MARKETS akan berlangsung lagi di JAYA ONE taw. !





Kat Markets ni banyak benda korang boleh cari taw. Makanan, baju , aksessori, buku, cenderahati dan banyak lagi. Sebab MARKETS 21 is the largest lifestyle bazaar in Klang Valley taw! syoknyaaa. Ada foodtrucks  & lebih 80 vendors join Markets ni fuyoh! Excited .
Okay guys yang nak tahu MARKETS kat Jaya One tu macam mana. 
Jom tengok throwback MARKETS20! #Markets20 Shots!




Wow, taksabar nak shopping, korang yang kaki shopping tu jomlah datang sini . Window shopping pun okay girls! 



Korang boleh tengok video ni, memang seronok weih boleh cari benda benda yg rare , tak pernah jumpa! 

Banyak acara kat pentas Markets ni rugilah kalau tak join. Korang boleh tengok kat SINI 


To those Vendors yang takde Kedai or onlineshop like blogshop/instashop, 
why not go & see Pop by Jaya One??  Jumpa kat sana okay!!

Follow: 
Facebook  :  @Markets  & @POP by JAYA ONE