Buffet Halal Hatyai

Pergi HATYAI Balik Hari !

February 08, 2020,0 Comments

Hai Awak Semua | sebelum ni  Mar ada share insta story ke HATYAI HANYA SATU HARI. Jadi ramai yang tanya macam mana nak pergi Hatyai Balik Hari, macam mana cara nak pergi Hatyai dan macam mana cara nak travel solo. Eh Mar pergi sorang je ke? Heee dan kalau nak tahu bajet paling murah kesana baca sampai habis taw.

Yes, Mar Travel Solo ke Hatyai . Why not? hehe
Mar ke Hatyai semata mata untuk MAKAN je . Yes! Satu Hari for food hunting guys!
Wehoo! On that day Mar pergi on my birthday 8 Sept 2019
Tak nak cerita panjang sangat. Korang take note info je kat bawah ni.

TRIP TRAVEL SOLO
Bas Jumaat malam dari TBS - HATYAI RM 55.40 ( harga dari RM 55-68 camtu so korang pilih la nak harga berapa dgn masa yg berbeza ada pukul 9,10,1030,11pm )  i pilih pukul 11 sebab kalau ambil awal sampai awal then  kena tggu lama pulak imigresen bukak , imigresen bukak around pukul 8-9am camtu . So i decide la  amik paling lewat .


Bila dah naik bas, bas akan berhenti dekat Border Document Service Changloon ( For Border Pass Checked tak silap ) , So prepare pasport korang & duit RM5 ( insuran) sebab driver akan collect . I sampai kat sana dalam pukul 4.45 a.m . So kat situ boleh makan atau toilet sat bas stop dalam 20 minit .

Bila dah sampai kat Imigresen Malaysia tu semua kena turun bawa passport masing masing. Lepas tu akan sampai di Imigresen Thailand pulak . Yup 2 imigresen la korang akan tempuh nak masuk dan nak balik .Bila dah masuk Thailand . Wehooo! Rasa nak joget-joget sebab perut dah lapar . HAHA . Tak sabar nak pergi makan .

Bus stop dekat dia punya kedai yang jual tiket bus. Tepi jalan camtu bukan kat stesen bas. Bila sampai benda wajib kena buat adalah cari Simcard Thailand untuk Internet . If pergi tak ramai just beli 1 & share je la internet buat hotspot ke hp masing masing.

Bila dah sampai . Teka Mar pergi mana? Dah la sorang sorang kan. JENG JENG JENG!
Mar buka map tengok satu hotel yang agak famous kat situ . I ikut map terus jalan jeee . Then sampai! Akhirnya jumpa jugak dengan kawan kawan i yang kaki travel backpakers kat sana. diorang dah ada kat sana . Hehe . 
Actually Travel Solo ke Travel reramai yang bagus?

Ni la dia otai otai backpakers Malaysia. 

Dari segi nak jimat, travel reramai la bagus sebab tu la I jumpa depa ni kat sana nak tong tong naik TUK TUK. HAHA. For your information guys, kat sana ada GRAB so korang boleh decide nak naik TUK TUK atau GRAB taw. Oh ya, If travel SOLO pun best juga, korang kena bawa duit lebih sikit untuk transportation la, bila ambil GRAB so bayar sorang je, memang senang la nak travel solo ni sebab ada GRAB. If nak naik TUK TUK sorang sorang boleh cuma tak syok la kan. And boleh cari alternatif lain korang tunggu je orang ramai yang nak naik TUK TUK ke destinasi yang sama dengan korang cuma ambil masa la pulak nak tunggu kan. And Yup, dont worry juga sebab you guys akan selalu jumpa orang Malaysia kat sana. Suka eh orang Malaysia masuk hatyai sokmo! hehe.


(1)DIMSUM CHABURA HALAL 
Tempat pertama persinggahan untuk food hunting adalah kat sini . 
Murah & sedap. Breakfast Dimsum okay apa? hehe tapi jangan risau nak makan berat 
( makanan panas) ada je kat sini taw. 
HARGA : RM2 & ada RM3 semangkuk Dimsum

tengok kecik & comel kan? 
Aneka jenis pau !

Fuh Banyak tak? Kitorang pilih yang comel comel! hee

Penuh mejaaa untuk 5 orang makan. 
Bila makan baru tahu, apa yang buatkan dimsum ni best sebab 3 sos ni taw, combination 3 sos manis, masin, masam ni memang rasa tak nak stop makan, sedap sangat. Pandai betul orang thai bab bab bikin sos ni!Ehhh  * jeles* k bye
Yes, for sure, makanan panas pun ada kat sini. 


Ni member kitorang order nasi goreng apa tah lupa . hahah dia punya deco tu letops kan memang nak sambut tetamu gittew. Yes! sedap jugak!
Sangat ramai so korang pergi awal awal taw.


(2)FLOATING MARKET
Okay destinasi kedua pula ke floating Market,  sape yang tak pernah pergi kena la pergi suasana makan makan jual jual  dalam sampan tepi sungai tu best! I kalau datang sini mesti cari mee tomyam, kerabu maggi, udang celup tepung, aiskrim kelapa . Favourite! Eh tapi banyak lagi semua sedap sedap. Jangan terkejut I boleh makan banyak bila jumpa makanan fav taw HAHAHA. Gila Mar. Kihkihkih. Yela susah nak jumpa dah kan. Makan je la wahai perut. hehe Cheat day yes!

Uwwwwww sedapnyaaaaaa ><

Kakak comel ni jual kerabu maggi fav i!



Kat sini juga ada barang barang kering camni, sebab takcukup tangan malas nak beli bawa balik kan. Maggi siam yang kotak tu sangat murah kat sana.


(3)KHLONGHAE SEAFOOD | BUFFET HALAL HATYAI
 (STEAMBOAT MURAH HATYAI)
Okes, tempat persingahan  ketiga & last pergi before balik . Yang ni wajib pergi guys. Tolong pergi sebab murah & sedap! HAHA . Satu kepala around RM38/rm48 camtu, lupa lak .  Pastikan korang pergi perut tu kosong sikit, I pergi masa ni perut dah full sebab makan dekat Floating Market tadi byk sangat, shooo rugi hahhaa. Yela bila sampai sini banyak makanan fav takleh nak masuk dah sbb perut FULL T_T. huhu Nanti nak plan pergi sini je. Jom sape nak join?.



kat sini, i sampai bila kedai start bukak, masuk masuk dah ramai dengan pelancong taw. Kedai ni bukak petang camtu . kul 4 tak silap. 
Semuanya fresh fresh & saiz yang agak besar. That's why i cakap pergi bila lapar memang syok sangat hhe


Nasi campur, aneka jenis mee yang dah siap masak pun ada. 
Sate & sos tu sedapnya!


Okay ikan masak garam ni please try, sedap gila sebab ikan dia fresh bila makan rasa manis manis ikan tu. Ya Allah naak lagi. hhu *terliur la pulak tengok gambar ni T_T* 
Ni semua apa yang i makan . Opps makan dengan kawan lah bukan makan sorang HAHA. Dan siap p hantaq balik sebab tak habis. hhe tak habis sebab perut kenyang sgt taw. Memang nyesal datang kenyang kenyang . hhiks. 
I akan datang lagi , janji datang dengan perut kosong lepas ni . hee
____________________________

Okay lepas dah habis makan i order grab dari sini. Memang senang sangatlah. Terus ke kedai tiket pagi tadi. Oh ya tiket balik KL i dah beli siap siap masa sampai pagi tadi untuk elakkan tiket habis! Tiket around RM60 xsilap .
Yeyy , semuanya dipermudahkan. Tiket pukul 6.30 petang so tunggulah kat kedai ni. Diorang akan sediakan TUK TUK ke bas, masa ni I tertinggal makanan i tapau kat sini . Tetiba orang kedai tiket ni datang hantar sampai dalam bas taw. Baiknya lahai, i dah redha dah sebenarnya makanan tertinggal tu. Tapi alhamdulillah boleh sambung makan dalam bas lagi Hee .


So guys! Jangan risau korang boleh pergi HATYAI balik hari taw. Harap info ni membantu korang semua. Oke yang penting kena ada info & berani oke. 
Bye! Take care ! xoxo

Oh ya! sampai kl tak silap pukul 3 atau 4 pagi ahad, so memang nice la tak penat nak pergi kerja hari isnin sebab ada masa nak rehat ahad tu. 
TOTAL semua : RM250 . 
Murah kan? Hari tu i prepare RM300 je. So untuk you guys i cadangkan prepare la RM400 RM500 camtu takut ada kecemasan ke apa kan. 

Thanks sudi singgah baca !
Love @puterymemory .


0 comments: