bazar ramadhan putrajaya

VIRAL : Pau cendawan berintikan cendawan Bazar Ramadhan Putrajaya

June 18, 2016,7 Comments


VIRAL : PAU CENDAWAN
Beberapa hari lalu, Kawan Mar post gambar screenshot pasal cendawan viral ni, kebetulan semalam kami plan nak berbuka sesama so decide nak iftar kat Putrajaya terus . Sampai Bazar Ramadhan Putrajaya terus cari pau cendawan ni . Memang excited sungguh ! Lebih lebih lagi Mar yang suka sangat mushroom ni . Hee

Bila merondaa satu bazar tetiba kami terkandas dek laluan jalan da dipenuhi dengan manusia yang beratur sakan. Eh panjanggnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa . Apa laa yang diorang ni dok beratur panjang, sebab memang tak nampak kedai tu. Kami pun apa lagi try berjalan ikut laluan orang duk beratur panjang tuu, dalam hati nak tahu lahh apa yang mereka duk tunggu . panjang sangat , aihh mana punca diaaa ni . dalam hati membebel sendiri huu. Lastly , huh jumpa pun rupa rupanyaa kedai cendawan yang depa ni duk beratuqqq panjang kalah keretapi tanah melayu .HUH.




Aku : Firaa, macam mana ni ? give up laa kalau nak beratur jugak, panjang sangat ni . hmm (dalam hati dah sedih)
Fira : Entahlah, panjang sangat ni Mar .

Tetiba dapat call dari kawan dua orang lagi yang kami dah berpisah tadi .

Shauki & faizal : Korang kat mana? kami dah dapat pau cendawan tu . 
Aku & fira : Eh yeke, macam tak caya jee . Howaaaa sukaaaa gila ! 
-Korang nak tahu macam mana kami dapat tanpa beratur panjang? ok teruskan membaca . heee .










 Ini  rupa dalam pau cendawan ni . Ada cendawan yang tu paling heaven!  tak silap mar dia letak isi paha ayam & sup cendawan pekat bersama cendawan . Pehh awaaak sedapnnyaaaaaa . Memang berbaloi & tak mengecewakan Mar & kawan kawan . 
 ( Sorry gambar pau dah kena gigit siket heee)


Korang nak tahu macam mana kami boleh beli tanpa beratur panjang kan?
Sebenarnya kawan Mar ( shauqi & faizal )terserempak dgn sorang brother lingkungan lewat 30 an , pakai baju hijau & jeans biru yang baik hati tawarkan cendawan ni .

Brother baik hati : Nah cendawan ni abang beli nak rasa je , kira rm10 jer la .

Mungkin brother tu beli lebih sebab tu lah  tiba tiba nak bagi kat kami . Ada satu plastik lagi kat tangan brother tu . Apa lagi si coki & chip ni terus ambil lah . Tak sangka ada jugak rezeki kitorang nak makan pau cendawan ni .


So kat sini, kami nak ucapkan terima kasih kat brother yang baik hati tu . Kalaulah dia terbaca blog Mar kan . Thanks abang! Alhamdulillah .


So untuk pembaca blog Putery Memory yang teringin sangat nak try, boleh cari di bazar ramadhan putrajaya okey, weekend memang sangat sangat ramai, kalau nk pergi mungkin kena pergi sebelum gerai-gerai  bukak , haha  so tak de lah kecewa datang jauh jauh kan . Hari biasa Mar tak sure. 
 Have Fun korang ! Serius tak mengecewakan . 

Lokasi : Bazar Ramadhan Putrajaya 2016
Presint 3, Putrajaya .


7 comments:

Buffet ramadhan

Mimpi nak makan akhirnya tercapai- Restoran Mohammad Chow Chinese Muslim Kitchen

June 09, 2016,6 Comments


RESTORAN  MOHAMMAD CHOW 
CHINESE MUSLIM KITCHEN

Korang tahu Mar siap mimpi lagi nak makan makanan chinese, 
 Dah lamaaaaa sangat teringin . Hmm, Bila agaknya dapat makan . Tapiii ...
Bila balik photoshoot hari tu . Howaah . dapat singgah kat Restoran Mohammad Chow kat Damansara . Hoyehh . Suka sangat . 
Nak pergi sana senang pulak, waze je , terus jumpa , tak de la nak sesat bagai .
Bila Mar sampai sana, wahhhh apakah?
 penuhnyaaa orang. Dalam hati,  kedai ni mmg dapat sambutan ni . kadang, orang cakap kedai yang ramai customer ni sedap, tapi tapi .. taknak dengar apa orang cakap, nak try sendiri baru puas hati kan . Sebab lain orang lain citarasa.



Bila sampai restoran, Mar suka usha cara layanan pada customer . Memang bagusla, tanya banyak banyak pun layan je . Apa yang Mar oder hari tu? jom tengok . Arghh melelehhh .


1) Kerapu Ala Thai Fried - RM6.00 (setiap 100 gram)

 Menu ni paling suka kuah dia .hheheh Mar kan suka makan kuah . kalau tak de lauk pun xpe . hahha . tapi lauk diaaa  memang ohsem . Yes , tinggal tulang jawabnya . heee

 2) lupa pulak nama .heee


Comel je itikk ni kemain sedap, masa owner tanya Mar menu apa yg Mar suka kat sini , Mar cakap itikkk ni . Gelak kawan kawan yg lain . ahhaha sebab masa tu mar tak pasti nama sejenis makanan yg comel ni . Hayyyaa . ahhahaha . Serious sedap yg ni sebab itik dia tak liat .


3) PRAWN BUTTER FLOSS- RM35.00




Udang ni pun sedap , masa dia hidang, rasa tertipu jap bila tengok bekass terhidang comel, Mar ingatkan bekas bakul apaa yg comel . TAPI huh . bukan bukan . Ia sejenis makanan . hahha nampak tak itu su un laaa awak. Siap boleh cubit makan lagik . Heee . Memang cantik kan idea restoran ni . Good Idea .


4) LAK CHI CRAB (RM15/100g)


 Ketam nipah ni memang menipu la kalau makan tak habis, yang ni laa paling lajuu habis taw .


5) FU YONG OMELLETE - RM10.00

Telur banyak laukkkkkkkkkkkkkk . Dalam telur ni macam macam ada , mesti korang nampak macam telur dadar biasa je, tapi rupa rupanya telur ni agak special , jangan pandang sebelah mataa okay . hee




6)HK Roasted Duck @ Rendang Itik
 Itik Rendang ni macam hari raya pulak bila makan. teringat kat kampung halaman uwaaaaa . Ibu.


 7) Ying Yong Kailan - RM15.00



Haa ini Mar nak tanya korang. Korang pernah try tak kailan rangup??. Mar tak pernah try. Allah sedapnyaa. Only at Mohammad Chow taw. Memang licin disedut Mar . Dia pun tak kedekut share cara masak kailan ni . Terbaik . Tak tahu pulak kailan ada resepi best macam ni . Nak try buat kat rumah jugakkkkk .

8) SOTONG NYONYA - RM18.00


Mar suka makan sotong taw , sotong yang dia buat rasa fresh .  Then dia letak pulak sayur sayur macam kacang panjang dan bendi ni memang terpikatlah . Opppsss ada terung . Memang nampak moden ala ala kampung . sedaaaaap  Ibuu .




Lepas makan semua jangan risau kat sini macam macam air ada, jangan lupa try teh cina taw . Rasa best penghadaman nih . Gosok perut jap .Ehhh hhe .



So encik cik,tuan puan, mak cik pakcik, orang kampung, rugilah kalau tak datang try kat sini. Bila ada set untuk ramadhan lagi terbaik boleh iftar 1famili kat sini , pilih je nak menu yang mana taw . Korang takkan menyesal lah . Sedap . Kalau tak sedap Mar tak recomend taw .

MENU BEST UNTUK SET RAMADHAN
Set a rm 98.00 3-4
Chicken butter milk sos
Fish fillet nyoya
Sotong salted egg
Chip choy soup



Set b rm 198 4-6
Rendang itik @ hk roasted duck
Prawn butter floss
Fish fillet ginger
Tomyam seafood
Brocolli mushroom oyster sos



Set c rm 298 6-8
Siakap ala thai steam
Rendang itik @ hk roasted duck
Chicken ying yong
Hot plate tofo
Sotong salted egg
Prawn butter milk sos
Tomyam seafood



Set d d 398 (8-10)
Kerapu ala thai fried
Ketam nipah
Prawn nestum butter
Sotong nyoya
Tofo claypot
Mix vege garlic
Ying yong garlic
Omellte fu yong



Siap ada promosi sahur lagiii .
Promosi sahur
Mereka sediakan set lunch sedia ada
Detail : dibuka dari 3am-azan setiap hari
Servis Delivery di sediakan
Hanya untuk cawangan damansara perdana



Tapoww! XL
Delivery for 8-10pax
Min 3 tray
Order one day earlier before 6pm daily

Alamat :

Mohammad Chow Restaurant
Address  3-1, Jalan PJU 8/5H Damansara Perdana Business Center 47820 PJ
Phone : +603 773 16383
Mobile : +6010 701 5221

Visit :-

Instagrammohammadchow
Foursquare: Mohammad Chow Chinese Muslim Kitchen

6 comments:

AADK

OPS DADAH bersama AADK Malaysia

June 02, 2016,0 Comments

Assalamualaikum.

Hari ni Mar nak kongsikan pengalaman Mar sertai Ops Dadah bersama AADK beberapa bulan lepas . Mar tak update status atau buat live update di facebook kan? so semua orang tak tahu . Sebab ia adalah privasi . Wuhuuu . Excited. 

Excited lah .  sebab nak sertai dan lihat sendiri macam mana kerja pihak berkuasa untuk membasmi najis dadah ni . Seperti yang kita semua tahu , dadah musuh nombor satu negara yang akan memusnahkan masa depan negara . Hm .

Dadah atau "drug" 

adalah bahan atau kimia yang amat merbahaya kepada individu yang menggunakannya kerana ia mengubah cara minda dan tubuh manusia berfungsi.


Dadah merupakan satu istilah khas yang merujuk kepada sejenis bahan yang mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan seseorang dari segi fizikal, mental dan emosi serta tingkah laku pengguna apabila digunakan. Akibat daripada kesan ini, seseorang yang menyalahgunakan dadah akan menjadi ketagih dan akan terus bergantung hidup kepadanya. 
Tempat berkumpul semua pihak berkuasa di Kuala Lumpur

Pada malam operasi, sampai di tempat berkumpul rasa macam uhh seram pulak tengok ramai penguatkuasa turun beramai-ramai . HHE . rasa macam kerdilnyaaaa diriiiiii . ahhaha .  tapi dalam masa tu rasa macam nak melompat-lompat sebab best tak sangka tercapai jugakk nak join mereka


 Sesi taklimat AADK, kami pun turut serta, diperkenalkan sebagai blogger . 
Terima kasih En. Kamarul . 


Antara penguatkuasa yang turun adalah anggota polis, imegresen, AADK , Jakim dan ramai lagi . Kalau tak silap Mar lebih 400 orang anggota yang turun . Fuhh . 
Selepas taklimat barulah kami bergerak ke lokasi. Masa tu Mar tertanya-tanya kat mana laa nak pergi ni . tak sabau nak tahu operasi kat mana, jeng jeng ... ikut je . Mata melilau lilau dah ni . hhe  rasa jakun gila . Mungkin sebab tak nak bagi kantoi so sebab tu lah kitorang tak tahu lokasi mana yang akan 'diserang'. Hiks .
Mar dan kawan kawan blogger bersama pihak AADK . Kami dalam satu van bercermin gelap. Best pulak konvoi ramai-ramai ni . hhe . Driver kami pulak kemain cekap memandu van . Memang kena pantas dan cekap . Nak g tangkap orang kan .  Eh heeee

Antara barangan yang dijumpai ketika serbuan .

Lokasi pertama kami adalah PPRT Beringin, bila sampai kat sana ada pulak mamat india buat kecoh biasalah tu , mungkin tak mahu pihak berkuasa ganggu tempat mereka . Tapi kat sana Pihak berkuasa dan AADK berjaya menahan beberapa suspek dadah . Mar boleh masuk tengok dalam bilik tahanan. Ramai yang bukan warganegara Malaysia . Tetiba rasa macam nak buat sesi kaunseling jekkk . hhe 






Lepas PPRT Beringin, kami terus ke lokasi berikutnya . Tak silap Mar kawasan Bukit Bintang , bila lalu laluan rumah rumah urut ramai yang dah lari lari . Semua cepat melarikan diri kiri kanan jalan . Fuhh macam dalam filem pulak . ahhaha . Semua tutup premis masing masing . Hm tahu pun takut . 
Lepas buat rondaan , kami ke sebuah kelab malam . First time masuk kelab malam . Ouch. hhu . Masa sampai beberapa pelayan di kelab malam ditahan untuk siasatan dan ujian air kencing . 








Tapi apa apa pun Mar respek lah pihak AADK sebab korbankan masa untuk membanteras najis dadah ni . Tengoklah dah pukul 2pagi 3 pagi masih bekerja . Memang Mar rasai sendiri macam mana penat lelah mereka dan korbankan waktu tido . Sanggup tahan mengantukkk . hhu  memang mencabarrrrrr. Mar rasa macam nak tertidur jeee atas van . hahhaa tapi disebabkan teruja tengok semangat pihak AADK kembali bersemangat balikk. hehheh .

Pukul 4.30pagi kami selesai operasi . Sampai rumah pukul 5 . Fulamak . Hebat lah mereka . Walaupun operasi sampai pagi . Tetap kuat untuk bekerja keesokkan harinya . 

Thanks pihak AADK bagi kami peluang untuk turut serta :) 
Jom sama sama kita membasmi najis dadah okayy .
p/s : maaf sbb xbyk gambar yg boleh dipaparkan .


SAY NO TO DRUG .

0 comments:

Buffet ramadhan

Buffet Ramadhan sedap di Bangi Golf Resort 2016

June 02, 2016,3 Comments

Excitednya bila Bangi Golf Resort sediakan buffet Ramadhan best macam tahun tahun lepas . Alhamdulillah Mar berpeluang lagi menikmati juadah kat sana . Arghh , Sedapppp . Ehem nak cari makanan kegemaran Mar kat sini . Eheh.

BANGI GOLF RESORT (BGR)


Alamat: 
No1 Persiaran Bandar, Bandar Baru Bangi, Selangor 43650, Malaysia
Koordinat GPS : 2.95716N, 101.76518E





















Dewasa : RM58/pax 
                                                Kanak-kanak : RM29/pax

Tempahan & Pertanyaan untuk tempahan 
buffet ramadhan : + (60) 3-8925 3728 / + (60) 3-82100265

Waktu Beroperasi: 
6:30 pagi sehingga 9:30 malam setiap hari.
Additional Contact :
Nurul Atikah (012-343 1375)

Thanks Bangi Golf Resort jemput Putery Memory lagi tahun ni . Kalau boleh nak berbuka puasa kat sana tiap tiap tahun . Of course sedap . Jom Mar nak berbuka kat sana awal Ramadhan ni :)

Kalau nak baca entry sebelum ni  click : Buffet Ramadhan Bangi Golf Resort 2015

3 comments: