Showing posts with label Thai Food. Show all posts

Menu Masakan Diraja Thailand di Chakri Palace Sangat Sedap!

Salam Ramadhan Semua!
Korang tahu kan Mar memang penggemar makanan Thai, kalau korang salah seorang follower instagram Mar, mesti tahu Mar selalu post kedai makan Thai kan. Okay ramadhan kali ni Mar & kawan kawan decide untuk berbuka puasa di satu kedai makan Thai yang sangat terkenal di Kuala Lumpur iaitu CHAKRI PALACE ( Royal Thai Cuisine)

 Kalau korang nak tahu ini adalah salah satu branch CHAKRI PALACE di PAVILLION KUALA LUMPUR yang terletak di Level 4. Sebelum ini Mar selalu makan CHAKRI PALACE dekat KLCC je, tak sangka kat PAVI pun ada, lepas ni senang lah bila shopping dekat pavillion nak singgah makan kat sini.  Ofcourse sedap sebab tu, first day puasa kami semua decide untuk berbuka kat sini. 
WITH FRIENDS FOR 1STDAY IFTAR . ALHAMDULILLAH

NASI BERIYANI
 Nasi beriyani kat Chakri ni lembut sangat dan bau rempah dia sangat sedap. Dalam nasi beriyani penuh dengan lauk & aneka bahan bahan yang membuatkan kita nak semua hahha. Okay dua kali Mar tambah nasi ni taw. Kawan Kawan Mar pun sama, sampai licin nasi ni kami tambah. hhe 
AYAM GORENG DAUN PANDAN
(
Deep Fried Chicken with Pandan Leaf)
 First time kot Mar cuba ayam goreng daun pandan ni, rempah ayam dia sedap then cicah pula dengan pencicah tu lagi ngam rasa dia, mula mula ingatkan biasa je, bila try perghh sedap, nak ambikk satu lagii alaaaa dah habisss dah semua kawan kawan Mar kebas hhe. Sedap sangat sampai semua nak tambah kan. 
TOMYAM CHAKRI PALACE
 Okay ini adalah penyebab utama kami nak makan dekat CHAKRI PALACE, Tomyam dia sangat WOW, tak tipuu memang sangat sedap, Mar selalu makan kat klcc tu Mar selalu order Tomyam. Rasa tomyam dia memang memikat hati semua yang sukakan Thai food. Sedap sangat kami order dua mangkuk sebab semuanya suka tomyam kat CHAKRI ni. 
DAGING MASAK BLACK PEPPER
(
Crispy Prawn with Butter Sauce)
 Okay yang ni pun sama sedap dengan tempat lain, maknanya daging masak black pepper dia notbad okayy. Rasa nak belajar buat kat rumah nanti!
UDANG RANGUP DENGAN BUTTER SOS
(
Crispy Prawn with Butter Sauce)
Udang dia sangat ranggup, dan rasa udang sangat segar. Sos butter dia Mar try sikit je sebab Mar bukan penggemar butter sos, tapi rasa dia boleh tahan sedap taw. Kawan Mar yang lain siap tambah lagi sos ni sebab sedap. 
KERABU MANGGA
Harap betul lah nama dia, hhe . Yang ni favourite Mar juga, lepas makan dengan nasi, siap ratah lagi taw. Memang suka masam then ada kacang pula bila makan rasa sangat cruchy dengan mangga nya yang sedap tak lembik, hirisan mangga ni pun sangat elok senang bila kita nak makan. 
SOSEJ GULUNG (Sausage Roll
Mar lupa nak tanya apa yang ada kat dalam, nampak macam telur kan? Mar main makan je sebab sedap sampai lupa nak tengok inti dalam gulung tu hhe. Sumpah sedap, kalau buat moreh ni sedapnya lahaiii. 
POPIA GULUNG (Spring Roll)
 Kulit popia dia Mar suka sebab ranggup tapi tak terlalu keras taw, so bila makan tu senang je nak ngapp, wajib cicah dengan sos dia sebab sos pencicah dekat Chakri ni sedap.
MIENG KAM
Siapa tak pernah makan mieng kam ni angkat tangan? rugi taw kalau tak cuba,  ini makanan dari thai, ia seakan makan sireh . Ambil daun kaduk tu then taruk semua bahan bahan dengan sos then lipat daun kaduk tu dan makan! sos mieng kam kat sini pun sedap. Kalau nak tahu sedap tak mieng kam tu tengok pada sos yang dia buat. Heheh
PULUT MANGAA & RED RUBY WATER CHESTNUT 
Alahai pulut mangga dia sangatlah sedap! tapi lain dari yang lain taw, macam ada hirisan roll berwarna hijau tu kan menaikkan selera nak makan, dan Red Ruby tu pun sedap rasa lemak berkrim! Urm!
CHAKRI PALCE PAVILLION KL
 Ini adalah suasana dalam CHAKRI PALACE dekat PAVILLION memang sangat selesa untuk bawa family dan kawan kawan makan dekat sini. Staf staf dekat sini pun sangat peramah. 


WITH MANAGER CHAKRI PALACE
Jadi sesiapa yang nak rasa buffet ramadhan dekat CHAKRI PALACE ni cepat cepat booking taw! Jom cepat cepat rebut peluang untuk berbuka puasa dengan Menu Thai yang sangat sedap & harga yang berpatutan! Mar pun rasa nak pergi berbuka dekat CHAKRI lagi ni T_T hhu 




LOCATION: 
[Chakri Palace Pavilion] 
Level 4 Connection, Pavilion KL, 55100 Kuala Lumpur.

CONTACT : 03-21431141



Banngkok Bukan Di Thailand, Banngkok Di Kuala Lumpur!

Assalamualaikum Semua ;)
Okay kali ni tempat lepak makan best mana pula yang Mar jumpa? Tahu kan seorang Mar ni sangatlah suka makanan Thai dan Mar baru tahu ada kedai makanan Thai di Setapak! Yes, paling best sebab dekat. Sebelum ni Mar suka cari makanan Thai/ menu thai food dekat kampung baru je . Itu pun kena jejak satu satu kedai, sebab tak semua menu ada.  
RESTORAN BANNGKOK 
 Dan kali ni, teruja sebab Mar jumpa Kedai Makan Banngkok yang ada macam macam menu makanan thai! Tak sangka kedai ni tersangatlah besar. Dan kedai makanan thai ni so hipstur sisturrrrrrr gittewww . hehehhe Ala awak awak yang kaki kedai hipstur tu mesti nak makan sini punye, hhiks . 

Mestilah tengok deko kat kedai Banngkok ni sangatlah unik, klasik, urban, hipstur, vintage apa lagi yang seangkatan dengannya heheh . Dan lagi menarik bila tengok staf staf diorang pun sangatlah style! hehhe 
 Bila masuk je, mesti tak tahu nak pilih seat mana satu, semuanyaa cantik cantik. Yes cantik nak snap gambar la wahai instagramer. Mar lah kaki bergambar kan, awak tak. hhu 


Ada juga seat luar, if korang nak lepak makan kat luar taw.
Okay Jom tengok antara Menu Songkran yang menarik dekat Banngkok ni

MENU MENU DI BANNGKOK
Guys, menu menu thai kat sini semuanya sedap & ada juga menu yang tak pernah Mar rasa lagi, tapi alhamdulillah semuanya okay. P/S : Sorry if Mar lupa nama Menu hehe

Menu ikan kat bawah ni Mar lupa nama, rasa dia sangat terbaik. antara banyak banyak lauk, Mar makan nasi dengan ikan ni je sebab sedap , yes sos dia sedapp. 


HOYTOD (CRISPY OYSTER OMELETE)
Dapat telan satu oyster hari tu, fuh sedapnyaaaaa sos dia sangatlah memainkan peranan. Orang Thai ni memang pandai buat sos kan .
MIX LUK CHIN 
( Grilled Squid, Fishball, Meatball, Prawn Ball, Crab Stick)
Pun sedap, kalah masakan sendirik. Eh hhe
 KHAO YAM 
( SOUTHERN THAI NASI KERABU WITH FRIED CHICKEN)
Nasi kerabu ni Mar sentuh sikit je sebab kenyang sangat hari tu, ayam goreng dia sangatlah sedap boleh tahan.
HOYTOD 
(Crispy Oyster Omelete)
Heyyy, telurrr pun sedap, apa rahsia ni?
YAM MAMUANG KAI KROB 
( Green Mango Salad, Crispy Chicken, Sweet Sour Spicy Dressing)
Menu ni macam rare juga, simple je tapi nice.
PUU OB WOON SEN 
( Baked River Water Crab, Glass Noodles, Spring Onions)
Rempah masakan ni macam lain sikit, Mar cuba makan okaylah boleh makan, cuma rempah dia terlalu kuat, ada juga orang yang tak suka mungkin sebab tak biasa dengan rasa ni, tapi kalau dah terbiasa okay je. 


PULUT AYAM 
Yang ni kegemaran kawan kawan Mar berselera diorang makan, Mar try ayam dia sangat sedap pandainya lahai buat rempah sedap!
 KRAPAW SET 
( BRASIL MINCED LAMB, CRISPY EGG, NACHOS, RICE, BREAD, VEGE, THAI SAUCE)
Ini pula, sangat rare juga hehhe. Sebab ada macam macam dalam 1 menu, Mar suka masakan daging dia, sedap weyh tak tipu. 
BANGTO 
( Cashew Chicken, Chap Chai, Omelete, Rice)
Ini presentation dia sangat klasik, suka lah! teringat pula kat kampung kan. Ini pun boleh tahan sedap. Order set ni pun dah kenyang boleh makan 2-3 orang taw.
 SOTONG STIM
Sotong stim dia sedap, cuma sotong je Mar kena struggle sikit nak kunyah hahah
QUAIL EGG ( with Thai Fish Sauce)
Telur puyuh ni ada pencicah dia, on that day, Mar je yang habiskan telur puyuh ni hahah

 BIHUN CELUP & KUAY JAB 
Kat sini pun ada bermacam macam mee celup. Rasa dia macam kat luar juga, Tapi Kuay Jab dia lain, rasa dia sedap walaupun first time try. 


TOMYAM
Okay tomyam ni, sedap & sangat pedas hhe. 
TOMYAM 
Tomyam yang ada santan Mar kurang sikit, sebab tak makan yang bersantan sangat, ada rasa sikit hari tu okayla not bad.

KERABU MAGGI
Kerabu manggi kat sini rasa dia manis taw, Mar suka kerabu maggi yang masam masam pedas, siapa yang suka manis okay sangat. 

 BURGER 
Favourite! if tak makan nasi, Mar dah habiskan semua ni hehhe. Nanti pergi lagi nak makan ni je hee
CUCUK CUCUK
Sos dia Mar suka!

MIANG KHAM
Ini favourite, Should try sape yang jakun tak pernah makan, hhe Kat sini sambal dia sangatlah sedap, sebelum ni Mar tak pernah lagi rasa yang bersambal macam ni taw, biasanya hanya ada sos ikan yang seakan madu tu. hhu bila makan dengan sambal lagi sedap. P/S : Daun kaduk bukan daun sireh ya. hehe

PANCAKE BANANA SPECIAL
Oh so sweet! Sedap gilee heeeeeeeee


DURIAN ICE CREAM ( WITH STICKY RICE, KUEH BUNGA ROS)
Antara banyak banyak desserts, yang ni paling sedap. Rasa durian dia power!


MANGO BING COOL
( MANGO, YOUNG COCONUT, CEREAL,MILK,SHAVED ICE)
Wajib order juga kalau datang sini.

 JACK BLACK ( BLACK RICE ICE CREAM SMOOTHIE)
Yang ni Mar try aiskrim je hari tu, So yummyyyy! lain dari yang lain kan?


COCONUT SHAKE
Pekat sedap, tak tahu nak cakap apa lagi sebab sedap sangat haha


BIG TOM MOJITO
Air paling rare Mar jumpa, hehe tak pernah okay minum air bercili macam ni heeew
(Rasa dia masam + manis + pedas)

GREEN TEA
Paling best, sebab rasa dia 2x kaw air dekat starbuck tu . hhu

CHA YEN YAI ( THAI ICED TEA SERVED IN THERMOS)
Teh Thai kat sini pun power hehhe


 Ini range harga dekat kedai ni, maaf la Mar tak sempat nak snap semua harga dekat kedai ni. Harga yang berpatutan. Tak murah & tak mahal sangat hehe!


Alhamdulillah, seorang Mar makan dengan jayanya kat Banngkok ni, banyak menu yang sedap sedap dan ada banyak lagi menu yang Mar tak cuba lagi, Haih kena pergi lagi ni. Jom guys! Sangat Recommneded taw !

More info visit : 
INSTAGRAM: @BANNGKOK 
BANNGKOK SONGKRAN BAZAAR : 3pm-12am Everyday 
Location : Platinum Walk Setapak KL

Bye!
xoxo