Showing posts with label foodreview. Show all posts

Menu Masakan Diraja Thailand di Chakri Palace Sangat Sedap!

Salam Ramadhan Semua!
Korang tahu kan Mar memang penggemar makanan Thai, kalau korang salah seorang follower instagram Mar, mesti tahu Mar selalu post kedai makan Thai kan. Okay ramadhan kali ni Mar & kawan kawan decide untuk berbuka puasa di satu kedai makan Thai yang sangat terkenal di Kuala Lumpur iaitu CHAKRI PALACE ( Royal Thai Cuisine)

 Kalau korang nak tahu ini adalah salah satu branch CHAKRI PALACE di PAVILLION KUALA LUMPUR yang terletak di Level 4. Sebelum ini Mar selalu makan CHAKRI PALACE dekat KLCC je, tak sangka kat PAVI pun ada, lepas ni senang lah bila shopping dekat pavillion nak singgah makan kat sini.  Ofcourse sedap sebab tu, first day puasa kami semua decide untuk berbuka kat sini. 
WITH FRIENDS FOR 1STDAY IFTAR . ALHAMDULILLAH

NASI BERIYANI
 Nasi beriyani kat Chakri ni lembut sangat dan bau rempah dia sangat sedap. Dalam nasi beriyani penuh dengan lauk & aneka bahan bahan yang membuatkan kita nak semua hahha. Okay dua kali Mar tambah nasi ni taw. Kawan Kawan Mar pun sama, sampai licin nasi ni kami tambah. hhe 
AYAM GORENG DAUN PANDAN
(
Deep Fried Chicken with Pandan Leaf)
 First time kot Mar cuba ayam goreng daun pandan ni, rempah ayam dia sedap then cicah pula dengan pencicah tu lagi ngam rasa dia, mula mula ingatkan biasa je, bila try perghh sedap, nak ambikk satu lagii alaaaa dah habisss dah semua kawan kawan Mar kebas hhe. Sedap sangat sampai semua nak tambah kan. 
TOMYAM CHAKRI PALACE
 Okay ini adalah penyebab utama kami nak makan dekat CHAKRI PALACE, Tomyam dia sangat WOW, tak tipuu memang sangat sedap, Mar selalu makan kat klcc tu Mar selalu order Tomyam. Rasa tomyam dia memang memikat hati semua yang sukakan Thai food. Sedap sangat kami order dua mangkuk sebab semuanya suka tomyam kat CHAKRI ni. 
DAGING MASAK BLACK PEPPER
(
Crispy Prawn with Butter Sauce)
 Okay yang ni pun sama sedap dengan tempat lain, maknanya daging masak black pepper dia notbad okayy. Rasa nak belajar buat kat rumah nanti!
UDANG RANGUP DENGAN BUTTER SOS
(
Crispy Prawn with Butter Sauce)
Udang dia sangat ranggup, dan rasa udang sangat segar. Sos butter dia Mar try sikit je sebab Mar bukan penggemar butter sos, tapi rasa dia boleh tahan sedap taw. Kawan Mar yang lain siap tambah lagi sos ni sebab sedap. 
KERABU MANGGA
Harap betul lah nama dia, hhe . Yang ni favourite Mar juga, lepas makan dengan nasi, siap ratah lagi taw. Memang suka masam then ada kacang pula bila makan rasa sangat cruchy dengan mangga nya yang sedap tak lembik, hirisan mangga ni pun sangat elok senang bila kita nak makan. 
SOSEJ GULUNG (Sausage Roll
Mar lupa nak tanya apa yang ada kat dalam, nampak macam telur kan? Mar main makan je sebab sedap sampai lupa nak tengok inti dalam gulung tu hhe. Sumpah sedap, kalau buat moreh ni sedapnya lahaiii. 
POPIA GULUNG (Spring Roll)
 Kulit popia dia Mar suka sebab ranggup tapi tak terlalu keras taw, so bila makan tu senang je nak ngapp, wajib cicah dengan sos dia sebab sos pencicah dekat Chakri ni sedap.
MIENG KAM
Siapa tak pernah makan mieng kam ni angkat tangan? rugi taw kalau tak cuba,  ini makanan dari thai, ia seakan makan sireh . Ambil daun kaduk tu then taruk semua bahan bahan dengan sos then lipat daun kaduk tu dan makan! sos mieng kam kat sini pun sedap. Kalau nak tahu sedap tak mieng kam tu tengok pada sos yang dia buat. Heheh
PULUT MANGAA & RED RUBY WATER CHESTNUT 
Alahai pulut mangga dia sangatlah sedap! tapi lain dari yang lain taw, macam ada hirisan roll berwarna hijau tu kan menaikkan selera nak makan, dan Red Ruby tu pun sedap rasa lemak berkrim! Urm!
CHAKRI PALCE PAVILLION KL
 Ini adalah suasana dalam CHAKRI PALACE dekat PAVILLION memang sangat selesa untuk bawa family dan kawan kawan makan dekat sini. Staf staf dekat sini pun sangat peramah. 


WITH MANAGER CHAKRI PALACE
Jadi sesiapa yang nak rasa buffet ramadhan dekat CHAKRI PALACE ni cepat cepat booking taw! Jom cepat cepat rebut peluang untuk berbuka puasa dengan Menu Thai yang sangat sedap & harga yang berpatutan! Mar pun rasa nak pergi berbuka dekat CHAKRI lagi ni T_T hhu 




LOCATION: 
[Chakri Palace Pavilion] 
Level 4 Connection, Pavilion KL, 55100 Kuala Lumpur.

CONTACT : 03-21431141



Pak Chu Tomyam Keramat Kedai Makan Wajib Pergi!

Assalamualaikum korang!
Setiap orang mesti ada satu kedai best yang dekat dengan rumah kan. Okay Mar nak share satu kedai best dekat area rumah Mar kat keramat . Kalau korang yang stay keramat KL ni mesti familiar dengan kedai ni .

Kat sini Mar paling suka  MEE CELUP . setiap kali datang kedai ni WAJIB Order hhe .

Sedap, kuah dia best, lauk pun banyak dia taruk ayam,daging, limpa macam macam lagi la , always Panas! hhe Then taruk pulak lada jeruk & cili serbuk tu . Perghh lengkap! Sedapnyaaaaa Sekarang ni pun rasa nak pergi kedai tu. Diri sendiri cerita pun tertelan air liur huh! . hahaha

Okay ada satu hari tu Mar try Nasi Kerabu. Sedapnyaaaaaaa pandai akak tu buat dia punya bahan bahan dalam kerabu tu , dari isi kelapa yang digaul bersama ikan tu, dari budu dia, tambah sambal dia pulak. Fulamak . Minta pulak ayam bahagian paha . Mar nak habaq kat korang nak best makan nasi kerabu amikla paha ayam hhi . Mesti termimpi mimpi punya . Sedap & Sedap . Then nasi kerabu nak makan kena gaul kesemua bahan bahan tu baru sedap , then kalau Mar , Mar tambah satu lagi cara iaitu Mar akan perahkan asam limau dan gaul semua . Cuba korang buat , memang menyengatlah semua rasa ada . Hurm , dapnyaaaaaaaaaaa T_T .

Haish kaki foodies betul budak ni!


Bab Makanan Mar bagi 100% sedaplah . Kalau tak, xde Mar nak datang selalu kat sini . Hehe. Pekena pulak air bandung cincau ni . Hmm . Dahla nak p makan sat! hhe  Oh ya, Mar tak try lagi tomyam dia, kawan cakap sedap jugak. So korang pergi la cuba okay . 
credit pic : zomato.com
LOKASI :
Near, Masjid, Al Akram, Kampung Datuk Keramat, 54000 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur (Near LRT Damai)

Bye awak semua .
Love,
Mar



Ayam Penyet Sedap di Wisma Central KL (Tepi Klcc)

Assalamualaikum Kaki Foodies,
Sape kaki foodies kita geng. Hehe . Bagi Mar tak semua orang boleh jadi kaki foodies walaupun dia makan untuk hidup . Hhehe . Orang yang boleh  dipanggil kaki foodies ni adalah :
-Orang Yang Suka Makan
-Suka cuba macam macam makanan 
-Sanggup pergi cari makanan yang dia nak/ cari kedai makan tu sampai dapat . hhehe
Contohnya macam dak Mar ni! > < hehe

Mar dari rumah ambil GRABCAR RM4 je, semata nak pergi lunch ayam penyet ni. Sebab mengidam sangat lama tak makan! Haha inilah dipanggil #KAKIFOODIES . Dan Mar sanggup je p makan sorang sorang . Hm, ada ke orang sanggup? No need teman Mar, Mar okay je. Nak tunggu kawan? berabad . hehhehe 

Okay korang, ini ayam penyet lain dari yang Mar pernah makan . Sebelum tu Thanks untuk kawan Mar Ilham sebab pernah ajak Mar try kedai ni. 
Ini lah kedai dia dalam Wisma Central,Tingkat bawah . 
RESTORAN SELERASA 
Kalau taknak order ayam penyet, kat sana ada macam macam jenis laukkk .
Boleh tahan . Memang buat korang terliur nak try semuaa kalau lunch . Hahaha
Kebetulan Mar pergi depa baru siap masak & orang tak keluar lunch lagi . hehehe Heaven!
AYAM PENYET RESTORAN SELERASA
Pergh Ayam penyet diaaa. Nampak simple tapi sedap!
Ayam penyet , sambal,kobis ,Asam limau .Bila order, dia akan bagi sup sekali, Air tu korang boleh ambik sendiri (LAYAN DIRI) 
Bismilllah . Gulp! Dah tertelan air liur dah? hhu
Okay Korang, Kenapa Mar cakap Ayam Penyet kat sini lain dari yang lain & sedap? 
Sebab dia punya sambal tu lain bukan sambal dari cilimerah yang pekat tu . Walaupun sambal simple macam ni tapi serius sedap! Pedas+ Manis + Masam (kena perah asam limau) memang rasa sebati . Ugh! Nak p makan lagi lah. 
Makan dengan tangan je baru syok! hhe
Okay , Kalau korang nak makan . Ada cara dia hhehe 
Pertama : Korang perah dulu limau dalam sambal dia .
Kedua :Then baru ambil ayam tu
Ketiga : Dan cicah dengans sambal tu . Pastikan sambal dah sebati dengan asam limau tadi baru laa makan dengan nasi , Kobis tu korang boleh buat ulam cicah sekali dengan sambal . Jangan lupa makan dengan sup yang dia kasi . Wuuu Sedapnyaaa!
Ni suasana dalam kedai dia sebelum orang keluar lunch, hey kalau time lunch korang memang takde seatla nak dudukkkk T_T . Serius cakap . hhu . Sebabtu la Mar pergi awal awal. 
Hhe tengokla Dak Putery Memory ni pakai simple2 je nak p lunch kat sana, then balikk dengan kenyaaang! hehhe Syabasss girl! Next time nanti nak pergi lagi . 

Lokasi :
Restoran Selerasa, Wisma Central KL
(Tepi KLCC)

Bye all the kaki foodies
Much love,
Mar

#ClassicSeafood : Kedai Makan Sedap Kg Baru

Holla Guys,
Minggu lepas sempat Mar & kawan kawan jumpa lepak lepak sesama. Biasa la depa ni sibuk bekerja jadi takde masa sangat nak lepaklepak . Mula mula kitorang decide nak p makan kat Gobox tu tapi kemahen siap kena beratur sakan kat sana. So kitorang tukar plan ke kg.Baru.

Bila sampai Kg. Baru, kawan Mar, si faizal bawak ke Classic Seafood ni . Mar tak pernah try lagi kat sini sebab kalau lalu jeee area kedai ni mesti penuhh je, nampak cam xde seat so malas nak singgah. Then, hari tu nasib baik ada juga seat untuk kitorang . So lapar sangat kan apa lagi order nasi la! hhe
TOMYAM (2 orang makan)
Okayla notbad, tomyam dia perghh banyaknyaa cili api tuu, hha itu first impression bila sampai kat meja . Hhe tapi memang sedap.  Mar ni sampai tak muat perut dahhh nak masukk. Kalau order takbanyak malam tu mesti dah habiss dah tomyam tu *kan dak Mar ni hantu tomyam.hhiks*
KERABU SEAFOOD
Sedap weiii! Nyakutt  kalau org kelate cakap. ahahha
Biasalah kalau kedai Thai ni, kerabu apa apa pun depa buat sedap memang takleh lawan . Angkat tangan kawe. hahaha . Mar nak belajaqqq masak masakan Thai laaaaa. hhu
SOTONG PAPRIK
Sotong Paprik ke guyss? Eh? Hahha lupa pulak nama diaa. Sotong dia bestt! kuah diaa terbaikkk manis pekat dan semua rasaa lah!

SUP DAGING
Sup diaaa sedap, daging dia sangat empuk fuhh! Risau jugak masa nak makan tu biasaalaaa pakai braces kan. hahaha try makan. Sangatlaah lembuttt oi! Terbaikk bro . hhu 
KERABU MAGGI *Chipmunk* 
hhaha korang jangan order cakap nama chipmunk pulak . 
hhe. Kerabu maggi dia pun sedap, kitorang siap bedal lagi yang si faizal order, dahlaaa chipmunk ni dia nak makan tu je, kemahen diettt. Tapi memang sedap patotla diaa sukaa.
Ahaaaa korang datang sini wajib order air ni jeee! rasa macam nak order tapau jeee hahhahahah
MANGGA SUSU 
Sangatlah sedap! 100% . Tetiba lupa rasa mangga susu kat kedai lain macam mana hahha . Memang sedap yakmatttttt. Datang sini memang wajib cari ni je lepas ni . Pekat, Mangga dia manis , terbaiklaaa sis!
Memang ramai orang datang makan kat sini. Sebelum ni tak singgah kat sini sebab nampak ramai dak dak lelaki melepak hhu. Biasa la kalau ramai lelaki kadang Mar ni malas nak jejak . hhuhu So lepas ni boleh jadi port melepak dah kat sini. 

Syafeera (Kicap manis) , Natrah & Faizal (chipmunk) ahha . nak jugak letak nama chipmunk sebab takut org salah order kerabu maggi chipmunk nanti . hhiks Ni la kawan kawan Putery Memory . Depa ni la yang Mar selalu dok lepak makan kat kl ni . Anyway, Thankss Nat belanja . Moga dimurahkan rezeki taw. Doa yang ditulis ni kekal lama . Eh, Moga kita semua dimurahkan rezeki guys. hehe. Ameen. Next Port lepak makan? hahaha

Bye Guys,
Lokasi : 
Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur, Malaysia


Much Love,
Mar 
#kakifoodies