Projek Raya Shaheizy Sam Syatilla Melvin dan Elle Zada

March 23, 2016,8 Comments


PROJEK RAYA ELLE ZADA & SAM SYATILLA 2016

Ahad baru baru ni, Mar ke pelancaran koleksi  raya Butik ELLE ZADA  yang berkolaborasi dengan Shaheizy Sam & Syatilla Melvin. Wah sape tak nak berkolaborasi dengan pasangan pelakon hebat ni kan.
____________________________________________________________________________

Kalau korang nak tahu ELLE ZADA adalah satu butik islamik pasangan muda yang memulakan bisnes ketika di universiti lagi taw.Semangat dengar mereka bercerita. 
Pada tahun 2012, Puan ELLE RASIF dan Tuan ZADA KHAN mengambil satu langkah besar untuk memasuki bisnes fesyen dalam dunia online ni. Dengan komitmen yang tinggi dalam bisnes, mereka berjaya membuka satu butik fizikal pada tahun 2014. Hebatnya kan !








Dan yang paling Mar suka, Butik ELLE ZADA sebuah butik yang ‘Patuh Syariah’, Alhamdulillah suka sangat. Dalam dunia fesyen yang sentiasa berubah dengan cepat, 
ELLEZADA meletakkan konsep ni sebagai syarat pertama dalam produk yang mereka hasilkan. Sentuhan inilah yang membawa ELLE ZADA ke pasaran luar Negara seperti brunei,Singapura,UK dan Korea. Ouwaaah Hebat kan. 



Ini antara koleksi couple #ELLEZADASAMSYATILLA




Ahaaaa..Macam mana boleh berkolaborasi dengan Shaheizy Sam & Syatilla Melvin?

Seperti yang kita tahu, Sam & Syatilla adalah selebriti yang sangat aktif dalam dunia hiburan, malah Sam & Tilla ni ada pandangan yang sangat jauh dalam dunia bisnes taw.
Dari pertemuan & perkenalan antara Syatilla Melvin dengan Elle Zada dipanjangkan perkenalan dengan Shaheizy Sam selepas perkahwinan mereka baru baru ni, tercetusnya satu idea bisnes yang dapat membawa manfaat yang sangat besar kepada ramai usahawan lain. 

Yang paling best, Sam & Syatilla bersama ELLE ZADA bersetuju untuk kolaborasi koleksi untuk hari raya tahun ni . Syoknyaa kan. Maka terlahirlah Projek Raya ELLE ZADA x SAM SYATILLA 2016. Tetiba Mar rasa tak sabar nak raya. Ehem.


Antara Koleksi Raya #ELLEZADASAMSYATILLA
                   
                 


                  

Smart kan? . Bergetar tulung rusuk Mar taw. Eheh .
 Rasa nak beli untuk suami. kalaulah da kahwin  kan. heeee 

Kalau kita tengok kombinasi idea mereka menampilkan ciri ciri sofistikated, moden namun kekal praktikal. Ilham sentuhan Sam & Syatilla ni menyerlahkan personality peribadi selebriti ini bercitarasa tinggi ni taw. Fabrik yang digunakan sangat berkualiti pendek kata ini satu koleksi wajib raya tahun ni. 

Harga yang ditawarkan sangat berpatutan yang mana koleksi premium bermula dari RM150-RM250 manakala koleksi premium ekslusif pula daripada RM299-RM599.

Antara koleksi raya  #ELLEZADASAMSYATILLA 

               

Mar dah jatuh cinta dengan baju raya ni. Nak preOrder cepat cepat lah. Lebih lebih lagi warna merah tu , cair hati kakak . 


tengok! performance dari kumpulan barisan dengan memakai baju Elle Zada, fuhh . Memang sangat lasak la baju ni. Patotlah ramai yang suka ! .


Projek ini juga mewujudkan "KELUARGA BISNES" yang besar taw.  
Ia menawarkan 20% pulangan dengan bermodalkan hanya RM150 taw.
Murahnyaa!

 Sasaran ELLEZADA seramai 650 agen menjelang JUN 2016. Ia menerima lebih 6000 permintaan menjadi keluarga bisnes dengan 1200 lebih daripadanya telah Berjaya mendaftar. Ouwahh . Dan yang paling best, mereka juga akan memberikan latihan dan sokongan keushawanan secara PERCUMA kepada semua ahli keluarga bisnes projek ini taw . So apa lagi . Jom take a part jugak ! 




JOM PRE ORDERRR !
Tak sabar beraya dengan 
koleksi ELLEZADASAMSYATILLA .


 So untuk semua! 
kita dah boleh  pre-order koleksi raya ELLE ZADA x SAM SYATILLA dari  agen bermula sekarang taw !!! 

KEISTIMEWAAN 
jika pre-order sekarang melalui agen-agen yang dilantik, para pelanggan dapat menikmati potongan harga sehingga RM20 untuk satu item. Bestnya !


Tempoh Pre-order adalah dari 20 Mac 2016 sehingga 30 April 2016
Setiap item yang di-order akan mula di pos secara berperingkat bermula dari 1-8 Mei 2016, bergantung kepada kesediaan stok. 


KELEBIHAN PRE ORDER
-Semasa tempoh pre-order, semua item yang dipromosikan layak mendapat potongan RM20 dari harga asal.
-Produk memang pasti akan dapat, kalau tungu bulan puasa baru nak beli memang tak dapat beli lah sbb sold out kan. 
-Syarat untuk dapatkan potongan adalah melakukan pembelian melalui agen


Harga Pakaian Lelaki
NO
KOLEKSI
HARGA ASAL
HARGA PRE-ORDER
1.
Baju Melayu
RM189
RM169
2.
Jubah
RM189
RM169
3.
Kurta
RM129
RM109

* Baju Melayu tidak termasuk kain songket & butang baju Melayu
* Jubah tidak termasuk butang


Harga Pakaian Perempuan
NO
KOLEKSI
HARGA ASAL
HARGA PRE-ORDER
1.
Baju Kurong
RM209
RM189
2.
Jubah
RM199
RM179
3.
Abaya
RM229
RM209


 HAPPY SHOPPING SEMUA !

Carilah agent yang sudah sah berdaftar untuk membeli hari ini juga!


Mar paling suka sebab kualiti dia sangat premium dan harga mampu milik taw . 
Untuk raya sanggup berbelanja yang cantik cantik kan. 



ELLE ZADA PRINCIPLE BOUTIQUE
No 12 &12A Ground Floor Dataran wangsa1,
Dataran Wangsa Melawati,53300,kuala lumpur.

Website :www.ellezada.com
facebook: http:facebook.com/Ellezada/
Email :ellezadaofficial@gmail.com


Happy Shopping korang! 
Nanti kita pakai koleksi Raya EllezadaSamsyatilla reramai okayyy . 
Bye !








8 comments:

Jalan pintas dari KLCC ke PAVILLION

March 10, 2016,7 Comments



Korang mesti ada yang tak tahu lagi kan . 
Ada jalan pintas untuk ke pavilion dari klcc dengan  berjalan kaki . Mar pun dah 2x ke pavilion jalan kaki dari klcc taw . Mudah tak perlu pening kepala nak hadap jem bagai .
Korang masuk je klcc, pergi ke maybank kat tingkat bawah. Ada terowong penjalan kaki sebelah kanan. Jalan je street korang akan jumpa Aquaria .


 Jalan terus je .


Sampailah korang akan jumpa tangga ni. Berdekatan dengan pintu aquaria jugak . 
Naik tangga dan keluar pintu utama terus keluar belah KANAN .

Mestilah korang akan nampak escalator sebelah kanan, naik dan terus jalan atas jejantas tu .



 Korang akan jumpa simpang . Belok kiri dan terus je. Jangan risau lah nampak signboard , kat situ pun ada pak guard tanya depa jaaa .


Haaaa, kan dah sampai . 


Sharing si caring untuk korang .
Bye .


7 comments:

Taman Negara

Resort best di Taman Negara -Han Rainforest resort

March 10, 2016,3 Comments


Travel To Taman Negara & stay at the Han Rainforest Resort

wah tajukkk english tetiba . Ramai sangat  jumpa pelancong luar negara kat sana . hhe .
Hai awak.
Pergi Taman Negara hari tu, Putery Memory stay kat Han Rainforest Resort taw. Resort dia simple je tapi complete. Selesa sangat stay kat sana .
Resort Han mempunyai 130 bilik, ada premier bilik & juga bilik budget. So bagi badan korporat,family dan pelajar sekolah pun sesuai menginap kat sana.

Masa putery memory menginap kat sini, Saya amik bilik premier taw, boleh kongsi 2 orang atau 3 orang sebilik. 1katil single & 1katil king .
Roomate putery memory kat sana Mera Hussin .
A,ah kawan blogger sekepala, seumur ,sesingle .Eh . tak tak . Mera tak tahu single OR da berpunya sekarang  . haha

Terbaiklah Han Rainforest Resort . Walaupun banyak kemusnahan melanda dek banjir 2014 yang agak besar dua tahun lepas, tapi resort ni pulih sepenuhnya. Dah boleh tengok kemajuan Han Rainforset Resort membawa nama di kaca tv, akhbar dan banyak lagi lah. Fuh hebat . Ramai pelancong asing yang pilih untuk menginap kat sini taw bukan setakat orang tempatan je .

Suasana Resort ni sangat damai, memang sesuai untuk hilangkan penat bekerja, hilangkan stresss . Lagi lagi untuk orang yang suka aktiviti-aktiviti lasak kat Taman Negara ni . Hhe

Kalau nak buat event pun boleh , tengok tempat dia sediakan . Nampak simple & exclusive .
Laluan ke bilik bilik di Rainforest Resort .

Ahaaa, inilah dia bilik Putery Memory . Memang lena tidur dengan Mira . Landing landing atas katil sambil borak sampai tak sedar da pukul 4 pagi .HAHHAA .


Bila petang boleh ambil angin sekitar Han Rainforest ni . Tenang je . Seronok hati kakak ehehehhe .

Nak buat unggun api pun disediakan tempat. Fulamak . 

Kedai Serbaneka ada jual macam macam . 
So korang yang tertinggal pape, boleh carik kat sini taw 

Inilah cafe / restoran di resort ni . Makanan yang dia sediakan pun sedap . 
Suka tengok Mat saleh makan berselera betul  . Hee
Bila dah penat hiking, boleh dapatkan urutan kat sini . So tak risau lah kalau hiking tu sakit sakit urat lengguh lengguh badan . Sebab ada penyelesaian kat sini .  hahaha perfect .



Patot lah orang suka resort ni.
Kemudahan memang lengkap kan . Alhamdulillah tak sangka Putery Memory jadi salah sorang yg pernah berkunjung kat sini . Memang seronok lagi lagi  services yang Han Travel sediakan. Wait next entry taw untuk aktiviti apa yang saya buat kat sana . Uhuu . Covered by RTM awak mana tak happynyaaaa heeee .

Resort Han juga menyediakan transport free taw. So jangan risau dengan masalah transport untuk buat aktiviti kat taman Negara . – Destination transfer on request . HEE



ehem , ready untuk aktiviti di Taman Negara dah . 
Jeng jeng waith next entry taw awak . Bye .

Untuk hubungi dan menempah Resort boleh terus hubungi :

HAN RAINFOREST RESORT SDN.BHD
Kuala Tahan, 27020 Jerantut, Pahang Darul Makmur.
Tel :09-2667888/2667241 Fax: 09-2666982/2667637
H/Phone: 016-2196908/012-6838208/012-9882022

www.han-rainforestresort.com

3 comments:

Cafe best di pavillion

CAFÉ DALAM BUTIK PAKAIAN - ZANG TOI CAFÉ PAVILLION KL

March 04, 2016,5 Comments



Korang pernah pergi tak Parkson Pavillion?
Tak sangka rupa rupanya ada café exclusive dalam tu . Yes tahu kan brand ZANG TOI.
Mar baru tahu Zang toi ada café taw. Café dia agak meriah jugak sebab dalam shopping mall .

Sambil shopping korang boleh singgah kat café ni .




Tengok, lawa gila kan cafe butik dia? 
Memang meriah kat sini. Suasana cafe dia nampak mewah sangat .






Bismillah . Hehe Jom kita menjamu seleraaa .

Yang paling best di Zang Toi Café ni .
Mar order roti dengan salmon nih. Kemain seksi kan salmon dia. 
Then tambah pulak chicken chop. 
Intai Intai meja sebelah ramai yang order chicken chop. sedap rupanyaaaa . FUHHh .




Kalau korang nak tahu desert kat sini banyak yang dia letak pishang taw. Eh pisang . hhe .
Yang Putery Memory rasa best dan sedap sangat banana chocolate cake taw. Rasa pisang dia peh . Meleleh ayaq liur .




Dan korang kena jugak tahu selain pada makanan .
Toilet dalam pavilion dekat zang toi butik ni pun exclusive taw. Heee excited nak cite. SangatSangat bersih. Siap boleh tidur lagi feeling diaa . Heheh .  Dalam toilet dia ada ruang tempat menunggu dan berehat . Bagusnya .
Boleh lena macam ni sebab sejuk . Huhu




Kalau korang nak berkunjung kat sini, boleh masuk terus dalam parkson pavillion taw. Tempat dia memang WOW. Nak booking sit pun boleh just call mereka. Then, Zang toi cafe jugak boleh hias tempat makan korang cecantik kalau nak celebrate pape kat sana . Memang terbaiklah dia punya servis. Sebab tu Putery Memory suka lepak sambil shopping sana . 

Zang Toi Café , Parkson Pavillion,
Lot 4-42, Level 4 Pavillion, Kuala Lumpur

Tel :03-21103701
Website : zangtoicafe.com



Thanks reading korang .
Kalau nak tengok video boleh tengok dalam instagram Putery Memory taw .
Follow je 

5 comments: