Clevergirl

Mar Lulus Ujian Clever Girl 2017

September 28, 2017,6 Comments

Assalamualaikum Semua,
Semua mesti nak tahu kan pengalaman Mar ke Audition Clever Girl . Okay jom baca. Mar share untuk korang yang berminat ♥ 


Mar tak sure bulan berapa . Masa tu kawan Mar ajak teman ke Ujibakat Clever Girl . Mar cakap okay je tapi taknak join pun . Mar ni bukan suka sangat sebenarnya cast sbb faham ramai lagi yang hebat . Eh rendah diri lak . hehe Tapi memang Mar pergi untuk teman kawan .

Tiba kat Sri Pentas, kena beratur untuk ambil no giliran dan isi butiran peribadi . Kawan Mar dah siap pujuk suh Mar masuk join teman dia jugak. Hm, taknakklaaa . Memang dah cakap taknak join  masa otw tu . Huhu  tapi bila sampai kawan Mar ajak lagi suh teman. Ayyoo.. masa Mar sampai tengok tak ramai sangat lagi, Hurm okaylaa Mar temanlah  kawan ni beratur siap dengan Mar sekali isi borang . Adehh . Okaylaa isi je la. Tapi isi pun malas malas ja . Haha.

Lepas dah siap isi borang, tunggu depa panggil turn naik kat level atas untuk Task . Fuhh mesti korang berdebar masa tu. Huhu tapi Mar tak berdebar pun sebab macam saje saje ikut kawan naik jugak.

Kalau korang nak tahu, 
Kat sana ada banyak task jugak untuk lepas.

FIRST, kena exam bertulis dulu . kalau lulus layaklah ke peringkat audition depan juri & para sponsor serai mas tu . Task 1(Exam bertulis) kami kena masuk dalam bilik macam bilik mesyuarat  untuk ambil exam. Sebelum ambil exam semua peserta perlu keluarkan handphone masing masing. Fuh kemain. Hehe . Masa tu tak rasa pape pun berdebar pun takda sebab memang saja teman kawan Mar tu kan.  Sebelum start exam lama jugak kami kena tunggu. Sempatla borak borak kenal dengan peserta yang datang ujibakat clever girl . Biasa lah mesti nak tahu kerja apa & umur berapa kan. Antara yang sempat tegur, ada yang kerja engineer, lawyer, student of course ramai ada yang tengah amik master, kawan Mar pulak lecturer kat sebuah kolej kt KL. Hebakkk semuaaa hhe.

Then, lepas taklimat sikit kami diagihkan dengan soalan . Tak silap soalan tu 40 soalan semuanya . Alaaa soalan seakan PTD gittew. Hehe . Maksudnya . Soalan tu macam macam ada, ada soalan bentuk fakta,isu semasa dan juga kbkk.

"SOALAN UJIBAKAT CLEVER GIRL apa? macam mana?" mesti semua nak tahu kan. Hhe

TASK1 (EXAM BERTULIS)
Soalan dia korang mesti tahu EVERYTHING PASAL DUNIA NI. Hahahha
Maksudnya korang kena lah clever. Bukan clever di SPM, atau di RESULT UNIVERSITY taw. No and No.

Korang semua kena lah AMBIL TAHU SEMUA ISU & SEMUA INFO. Yes, tak kisahla pasal apa pun. Yang penting korang kena tahu dari A-Z dalam kehidupan korang ni. Kalau korang belajar sains tak kan belajar tu ja , benda lain tak amik kisah langsung. Korang kena amik kisah semuaaa. Ya semuaaaa, Amik tahu semuaa isu semasa dalam kehidupan korang . Kalau korang belajar agama takkan tak nak amik tahu langsung pasal isu isu gossip hot. Oppps. Haa itulah kalau korang nak masuk clever girl means korang kena tahu dari segenap segi.

P/S : Korang kena amik tahu, kaji & faham semua.

Okay okayla, Mar share, Soalan yang Mar dapat hari tu adalah  berbentuk soalan Isu Semasa, Geografi Dunia(bukan geografi Malaysia okay) haaaaa nampak tak? hahahaha, Sejarah dunia, matematik, sains & lupa dah . Yang penting soalan dia ada juga pasal artis luar Negara. So faham faham lah kalau korang yang tak amik tahu. Dan satu soalan bocor yang Mar nak bagi kat korang .
Siapakah Miss Universe 2016? Haaa canggitu pun ada taw tak. Mar ada la jugak amik tahu pasal dunia modelling ni. Hehe

Lepas dah siap jawab semua, soalan dikutip dan hampir setengah jam mereka datang kembali untuk bagi result & bagitahu sape yang lepas untuk ke TASK 2 iaitu audition bersama juri .Fuh masa tu baru start debor Mar. huihu.

Sorang sorang nama dipanggil, tetiba ,

macam silap dengar pulakk, nama Mar pun lulus. Alhamdulillah cam tak sangka masa tu!Hehe 

Dan ada beberapa orang yang tak lulus termasuk kawan Mar sendiri. Alaaa sedih plk, sebab Mar nak teman dia, tetiba dia pulak kena teman Mar . Hm. Nasib tak menyebelahi dia .  K tibaa takda mood nak bercerita kat korang,yelaaa sebab tak best kawan Mar tak dapat ke task seterusnyaa. :(  Hmm

Lepas dah siap semua, peserta yang layak terus dipanggil untuk ke ruangan menunggu audition . Masa tu da takda mood jugak. Tapi rasa excited pun ada la sikit sebab tak sangka boleh jawab soalan  tadi. Yes memang susah sangat soalannya!

Lama jugak nak menunggu sampai giliran . Lepas lunch pukul 3 macam tu baru giliran Mar, kalau petang petang dah juri pun dah takda mood.. Bila tiba giliran kena pakai mic then di arah untuk masuk bilik juri. Mar masuk tu memang la konfiden. Tapi bila tengok juri tinggal dua ketul je rasa macam xde mood dah . Yela yang ramai ramai juri para sponsor apa semua tadi dah balik . Sedih tau kita nak ramai yang menilaii baru best .  . hhu Eceh . 


APA SOALAN TASK2 ( AUDITION) ?
Masa masuk tu bagi salam apa semua. Juri akan suruh perkenalkan diri . Then cerita secara ringkas kerjaya & why nak masuk clever girl & apa yang kita nak bawa bila kita bergelar clever girl kelak.
Bla bla bla bla Mar jawab mestilah dengan penuh konfiden gittew .

Juri tanya kalau diberi pilihan nak tak Mar wakil negeri lain. ?
Soalan yg agak terkejut la jugak .
Mar join mestilah Mar nak wakil negeri kelahiran sendiri. Yes Sure Mestilah Kelantan. Kalau dapat masuk tibaa wakil negeri lain buat apaaaa kan . OMG . No, Mar bukan nak masuk untuk popular semata (kalaulah dapat kaan) . Mestilah nak banggakan negeri kita . Yela dah semua wakili negeri masing masing kan. Ofcourse la.

Then, Mar cakapla saya nak wakil Kelantan. Juri cakap, walaupun Kelantan ramai dah finalist yang berjaya masuk awak tetap nak wakil Kelantan?
Sebab Juri bagi pilihan untuk wakil negeri yang kurang finalist lagi sebagi contohnya wilayah persekutuan . Hm. Mar cakap tak nak, saya tetap nak wakilkan Kelantan .Hhu.

Wahai Ore Kelate Semoo! berbanggo lah Mar pertahankan jugak untuk wakil Kelate tau dokkkkk. Hidup Mar Hehe

Tak tahula kalau cakap wakil negeri yang sikit finalist tu kemungkinan akan dapat kan.
Tapi rezeki sampai disitu sahaja .
Sebenarnya sesapa yang berjaya memang akan ada ujian lagi . So Mar dah tak tahu ujian apa seterusnya . Sampailah mereka pilih 1 sahaja yg layak untuk wakili setiap negeri .

P/S: 
Weyhh ramai sangat dah yang berjaya jadi finalist . So kalau nak tercalon . pergi lah ujibakat first negeri yang dia buat . Kat sri pentas tu dah ke 3 atau 4 dah sebenarnya . Ujibakat pertama & kedua da buat kat pulau pinang/ johor tak silap.

Fuhh . memang susah la camtu nk tercalon kan . hhu.

Itu sahaja perkongsian pengalaman Mar . Doakan Mar berjaya dunia akhirat okay.
Yang ni dunia semata mata . Hehe . Bye awak..


Much Love! 
terima kasih sudi baca :)
yang ikhlas ♥, Putery Memory




6 comments:

beauty

Enchanteur Wangian Paling Legend Dari Zaman Sekolah

September 27, 2017,2 Comments

Assalamualaikum Semua,
Kenapa wangian sangat penting untuk kita semua? Kadang, kita fikir takperlu lah nak pakai wangi wangi sangat. Sebenarnya ada sebab dia. Sebab, dengan wangian boleh buat orang rasa senang dan selesa dengan kita taw. At least kita pakai sikit untuk bau yang menyenangkan. Dan kalau nak tahu wangian ni ubat untuk release stress taw :) 

ENCHANTEUR
Korang, ini lah wangian Mar since dari zaman hingusan lagi taw hehe Since sekolah rendah. *Tetiba pulak ingat zaman kencing dalam kain time sekolah rendah ahhaha* Shhhh jangan cite kat sesape .Malu maluu >..< . Nampak tak Enchanteur ni wangian paling legend? hehe .

WHY MAR SUKA ENCHANTEUR?
Sebab yang utama mestilah sebab WANGI! . Mar suka bau dia sebab soft & menyenangkan sangat. Berbanding dengan wangian lain agak memeningkan kepala, bau pun kasar . Tapi bila dengan ENCHANTEUR ni all of types Mar rasa selesa . Sebab tu la sampai sekarang Mar stay dengan Enchanteur . Urmmm Muah ciked Hehe
Baru baru ni tak sangka ENCHANTEUR buat surprise untuk Mar. Wohooo ! Yela seronok sangat dahla september ni birthday Mar, memang hadiah birthday la ni kan. Alhamdulillah . Thanks a lot ! Sampai je siapppp dalam kotakkk cantik pulak . Fall in love nak peluk peluk tido jee awaak . hehe
Bila open je. Wahhhhh Surprise ada cermin comel lagi. Semuanyaaa favourite Mar . Kali ni wangian yang baru taw. Sebelum ni Mar selalu pakai yang warna kuning tu. So this time Mar try yang baru pulak . Hoyey! Ada Perfume, Body Lotion, Powder,Deodorant Roll on & Spray.


Okay Mar bagi info sikit siapa yang taktahu tentang ENCHANTEUR ni.

Enchanteur ada tiga koleksi taw :
1. Enchanteur Paris
2. Enchanteur Love
3. Enchanteur

Dalam tiga koleksi ni ada produk-produknya tersendiri:
Enchanteur Paris (Fragrance, Lotion, Deodorant)
1. Belle Amour Triple Whitening
2. Mon Amie Light Fresh
3. Adore Antibacterial Care
4. Men Amie Double Moisture
Enchanteur Love (Perfume sahaja) 
1. Celebrate Love
2. Forever Love
3. Passionate Love
Enchanteur (Fragrance, Lotion, Shower Gel, Deodorant, Bedak)
1. Stunning (Terkini) 
2. Charming
3. Romantic
4. Alluring

So sekarang Mar try yang STUNNING . Bau dia masam manis beri camtu. agak lembut, bau yang buat kita rasa fall in love sangat. Bolehla pakai untuk suami kan. Eh . Heee *Lupatakkawinlagi*

STUNNING -PERFUME
Barang wajib yang ada dalam handbag ini la dia perfume. Kali ni ada perfume baru untuk dibawa kemana mana. Kadang time kita stress or serabutnya kepalaaa, pakai jeee perfume ni rasa release sangat taw. Betul tak tipu. Korang try la taw .
STUNNING-BODY LOTION
Losyen ni bau dia best sangat rasa lembut je bila pakai kat tangan . Ianya daripada  Aloe Vera & Olive Butter . Patotlaa bau dia natural je. Setiap pagi setiap malam Mar pakai taw. 
STUNNING-POWDER
Bedak ni la Mar pakai zaman hingusan lagi taw . Hhehe . Mak la yang pakaikan . Then dah besau siket sekolah menengah dah pandai beli sendiri buat koleksi . 
STUNNING- DEODORANT ROLE ON & SPRAY
Deodorant role on tahan selama 48hour & Deodorant Spray tahan selama 24hour. Semuanya buatkan kita rasa freshh je dah tak risau bau badan . Hehe . Lebiu lah <3

So, Korang yang nak tahu maklumat lanjut tentang ENCHANTEUR boleh ke :

Website :
Instagram: 
Facebook:

Much Love! 
terima kasih sudi baca :)
yang ikhlas ♥, Putery Memory

2 comments:

hair technical

Penjagaan Rambut Bagi Wanita Bertudung Di Hair Depot

September 25, 2017,1 Comments

Assalamualaikum semua,
Beberapa hari lepas Mar ke HAIRDEPOT kat Melawati Mall Gombak taw. Kedai untuk penjagaan rambut yang paling heaven sangat . Tujuan Mar ke sana sebab nak cari produk fav Mar untuk kesihatan rambut . Ce angkat tangan sape tahu panjang rambut Mar? hhhe 
Kita sebagai wanita yang bertudung mestilah kena jaga  kesihatan rambut, bayangkanlah rambut kita terkepam dek tudung 5-7 jam sehari kan T_T  memang kekurangan oksigen laa. A,ah mestilah kena lebih titikberatkan penjagaan rambut. Lebih lebih lagi rambut Mar yg tersaangatlah panjang ni kan.hehe
Kalau nak tahu HairDepot kat Melawati Mall ni adalah outlet yang baru je dibuka taw. Hair Depot juga ada kat mall lain seperti One Utama,Amcorp Mall,Nu Sentral,IPC Mutiara Damansara, dan banyak lagi .
Bila ke HAIRDEPOT ni offcourse bahagian yang Mar akan pergi adalah bahagian yang Natural . Sebab Mar memang pengguna produk produk yang natural semulajadi ni. Bestttt!
MEA NATURA OLIVE
Produk MEA NATURA OLIVE memang Mar paling suka! Produk ni dari GREECE dan dihasilkan dari buah Zaitun taw . Yang mana kita semua tahu buah Zaitun mengandungi zat antioksidan . Dan aktioksidan adalah bagus untuk akar rambut & juga kulit kepala kita. So bila kita guna MEA NATURE Olive ni rambut kita akan sihat dan berada dalam environment yang seimbang. Yes, that's why Mar cakap ianya sangat sesuai bagi kita yang bertudung ni :) 
_________________________ 
Kalau nak tahu produk ni memang banyak sangat sambutan di HAIRDEPOT ni taw. 
Harga pulak sangat murah dengan bahan bahan yang berkualiti tinggi. 
Mar akan terangkan secara details kat bawah taw . Korang baca nanti okay . (Full Details kat bawah)



MEA NATURA POMEGRANATE
Dan ini pula satu jenis yang seakan sama MEA NATURA POMEGRANATE berwarna merah pink ni diperbuat dari buah delima. So sama juga ia terdiri syampoo, conditioner, mask & jugak body care. So bila korang berkunjung di HAIRDEPOT ni korang boleh pilih ikut citarasa korang k.

Why Mar cakap HAIRDEPOT ni best? 
"sebab semua jenis produk untuk semua jenis permasalahan rambut ada dekat sini taw" 
Masuk je korang akan tengok bermacam macam jenis produk rambut dari bermacam macam negara ada taw. Dan HairDepot juga sesuai untuk lelaki & perempuan semua peringkat umur. Yup, penjagaan rambut untuk baby & kids pun ada. So memang sesuai untuk 1 family lah!





Tengok yang ni Head Spa pun ada, memang tak perlu nak p SPA la awak awak. Beli ni buat sendiri kat rumah je heheh
ARGAN OIL
 Korang pernah perasan tak,
 bila pergi memana nampak rambut orang tu berkilatnyaa wangi pulak tu. Haaaa inilah jawapan dia. Korang pun boleh cuba Argan Oil dekat Hair Depot ni. Minyak ni bau dia seakan pakai perfume dekat rambut taw. Wangi & shiningkan rambut . Bukan tu saja, bila ada kulit kulit kita yang merekah kat bahagian tumit atau telapak kaki pun boleh pakai ni . Memang banyak sangat kegunaan . Ini antara produk yang Mar suka kat Hair Depot taw.

HAIR APPLICIANCES
Kat HAIRDEPOT juga ada bermacam macam peralatan rambut contohnya sikat, hair dryer & banyak lagi . Boleh katakan All about Hair semua ada kat HAIRDEPOT ni . Bila masuk je sini semua penyelesaian rambut terjawab . Fuhh hhe


Sekarang pula banyak promosi, Mar recommend korang pergi sekarang taw, tengok murah murah je harganya .
____________________________________________
DETAILS : MEA NATURA OLIVE 
Produk ni sangat best sebab dia natural je. Mar suka pakai produk yang semulajadi takdela banyak bahan kimia . Bagi wanita berhijab seperti Mar ni memang sangat sesuai .  Sebab apa? sebab kita yang bertudung ni kekurangan oksigen untuk kulit kepala kan. 

SYAMPOO 2in1 -untuk Rambut & Kulit Kepala
Okay ini syampoo MEA NATURA OLIVE dari buah ZAITUN. Sangat elok untuk kulit kepala bila pakai korang takkan rasa pedih taw. Biasanya kalau pakai syampoo lain rasa pedih pedih je sebab terlalu banyak bahan kimia kan. Bila pakai syampoo ni Mar rasa sedang pakai bahan semulajadi kat rambut hehe. Texture dia gel ringan , bila syampoo yang jenis gel ni memang elok untuk bersihkan kulit kepala taw.


Bahan bahan : Korang boleh tengok kat atas tu. Semuanya bebas dari PARABENS, ALCOHOL,SILICON, dan lain lain. So memang selamat pakai produk ni untuk rambut . Yes! that's why la Mar suka . Dah tak risau dah lepas ni kan.

HAIR MASK 
Okay bila korang dah apply Syampoo & conditioner(takdedalamreview) , korang apply HairMask pulak. Pastikan rambut korang masih lembap taw. Sapu & ratakan je di seluruh rambut . Hair Mask punya texture sangatla lembut seakan losyen macam tu . 


BODY MILK
Kalau nak tahu produk ni ada juga mandian  Bukan setakat penjagaan rambut je . Dia didatangkan juga Body Milk untuk mandian yang lebih segar & semulajadi . 
Mar dah pakai body milk dari buah zaitun ni, seakan mandi dengan susu je. hehe sebab natural sangat bahan bahan dia letak. Memang tak memedihkan. Bau dia Mar paling suka sebab rasa fresh semulajadi . A,ah macam pakai susu . Serius seronok rasa nak taruk banyak banyak pulakkkk . hhe


So inilah dia jawapan bagi yang komen kat blog Mar tanya macam mana Mar jaga rambut.  Mar memang suggestkan korang ke HAIR DEPOT & try produk ni taw . Jangan risau bila ke HAIR DEPOT ni mereka akan guide korang ikut permasalahan rambut taw. So bagitahu je apa yang korang nak untuk rambut korang okay. Kalau Mar , Mar suka pakai MEA NATURA tu. 


Facebook : Hairdepot
Instagram: Hairdepot_MY
Website :  http://www.hairdepot.my/



Thank you HAIR DEPOT .
Much Love! 
terima kasih sudi baca :)
yang ikhlas ♥, Putery Memory

1 comments:

Food

Jom Makan & Menang Hadiah Kat Klang Parade !

September 19, 2017,0 Comments

Hi Gais! Korang yang suka sangat makan tu, Mar nak ajak korang Lepak Makan dekat KLANG PARADE pulak! Makan makan makan & dapat hadiahhhh . Syokk nyaaa!
Yup Kalau korang pergi dari 16September - 15Oktober ada program JOM MAKAN & dapat hadiah taw. Setiap RM30 yang dibelanjakan (maksima 2resit) di mana mana restoran dalam KLANG PARADE korang boleh tebus 1Unit Micro Thermo. Best best!Then yang paling best adalah bila korang berbelanja RM80 ke atas. Korang boleh submit resit korang untuk dapatkan 1Unit Micro Thermo & layak untuk Lucky Draw taw. Mana tahu bertuahhhh . Nak join jugak T_T . Baca kat bawah lagi.
Tengoklah hadiah Lucky Draw dia memang best! :
HADIAH UTAMA x 1
Ogawa Tens Theray Electromagnetic Foot Massager bernilai RM1,999
HADIAH KEDUA x 1
Ogawa Mobile Seat XE Plus -XD Tech Massage Cushion bernilai RM1,198
HADIAH SAGU HATI  x 10
SSF cash vouchers bernilai RM50 setiap satu 
So kalau korang ke KLANG PARADE . Mar ada beberapa restoran best untuk korang try. Yang penting dalam KLANG PARADE tu banyaklaa yang best best . Ini kedai kedai yang sempat Mar jejakk .
VISION CAFE- LEVEL5
Kedai best iaitu VISION CAFE, Mar dapatla try nasi goreng dia . Pergh sedap! Nampak simple tapi okayy notbad taw .Tengok gambar ni pun dah rasa nak jilat screen kan. hihiks!



SECRET RECIPE -GROUND FLOOR
Then, lepas dah habis makan dekat vision . Mar & kawan kawan jenjalan shopping kat Klang Parade ni sebab barang barang kat sana murah murah jugak . Then lepas penat jalan rehat jap sambil makan secret recipe! Bila dah lalu kedai favourite ni wajiblah berhenti hhe sebab ada kek fav Mar! Tuu haaa Redvelvet! hhew

TEA LIVE-GROUND FLOOR
Sebelum balik Mar sempat singgah TEA LIVE . huyoy best rupanya! Macam macam perisaa. Next time pergi nak try perisa lain pulaaakkk! Tak rugi tryyyyy .

BLACKBALL -LEVEL 5 KLANG PARADE
Oh ya, kat sana ada juga kedai BLACK BALL taw. Alaa kedai dessert camtu . Disebabkan bawa kawan Mar yang hantu dessert sempatlah dia try dessert kat sana. Boleh tahan la . Sedap . Harga pun berpatutan .
#JOMMAKAN
Oh ya, korang juga boleh ke PESTA TANGLUNG yang berlangsung pada 30 September 2017 taw. 
Bolehlaa tengok bermacam macam jenis tanglung kat sanaa . Mesti bestttt punya!
So korang yang nak datang KLANG PARADE. 
--------------------
"Pergi makan banyak banyak kat mana mana kedai  then jangan lupa tebus resit tu"
Rugi lahhh macam macam hadiahh ada tawwww. Mana tahu bertuahhhhhhhh . JOM JOM!!!

Bye . See you there taw,
Much Love,Mar .

0 comments: