gadget

Vivo Nex3 Model Telefon 5G di Malaysia!

October 22, 2019,7 Comments


Vivo Menjauhi Batas dengan NEX 3, 
Menawarkan Pengalaman Mudah Alih Premium yang Terbaik

Hey Guys!  Tahu tak, tak sampai sebulan Vivo telah melancarkan satu lagi model terbaru iaitu VIVO NEX3 di Malaysia! Hebatlah, Mar baru je ke pelancaran VIVO V17 sebelum ni. Kini satu lagi ciptaan terbaru dari VIVO yang super duper canggih 

NEX 3 dilengkapi dengan paparan Waterfall FullView™ Display, persediaan tiga kamera termasuk lensa utama 64MP, dan disi penuh dengan aplikasi pintar, NEX 3 kini meningkatkan pegalaman pengguna ke tahap yang lebih tinggi dan pengalaman mudah alih yang luar biasa!


NEX 3 adalah peranti yang sempurna untuk pengguna yang inginkan peranti utama yang terhebat. Paparan POLED Waterfall FullView™ Display amat luas dimana ia memaparkan skrin yang hampir tanpa bingkai, membolehkan pengguna menikmati pengalaman visual dan interaktif yang lain daripada yang lain. Gabungan tiga kamera bertujuan untuk memberikan liputan fokus yang penuh untuk kualiti gambar yang mantap. Peranti ini hadir dengan bateri tahan lama yang disokong prestasi pengkomputeran, dan keupayaan kecerdasan buatan yang dinaik taraf. Dengan NEX 3, kami telah melampaui batas inovasi dalam industri untuk menyediakan pengalaman yang paling premium untuk para pengguna pada hari ini,” kata Mike Xu, Ketua Pegawai Eksekutif Vivo Malaysia.


Reka Bentuk Cemerlang termasuk FullView™ Display
Mar suka skrin yang fullview macam ni, nak tengok video/movie mesti best & puas hati kan?

Paparan POLED Waterfall FullView™ Display menyediakan skrin yang luas dan melengkung yang kelihatan anggun. Ditambah baik daripada rekaan sebelumnya iaitu FullView™ Display, NEX 3 mempunyai skrin dwi-lengkung dan reka bentuk yang hampir tiada bingkai yang mampu menyediakan pengalaman visual yang terbaik. Paparan 6.89 inci tanpa takuk dan lubang ini mempunyai nisbah skrin-ke-badan sebanyak 99.6%, dengan pengalaman visual yang menajubkan setiap kali mengangkat telefon mereka  

Selain itu, paparan cahaya ambien untuk pelbagai senario pada skrin dwi-lengkung peranti ini tampil dengan kebolehan mengecam irama muzik yang boleh meningkatkan lagi pengalaman audiovisual para pengguna. Pertunjukan cahaya boleh dilihat apabila pengguna memainkan muzik atau menerima panggilan.


NEX 3 diperkenalkan sebagai peranti yang tidak menggunakan butang fizikal dan mempunyai rekaan seamless dan touch-controlled unibody. Dengan teknologi X-axis Haptic Vibration, peranti ini menggunakan butang dengan sensor tekanan yang digelar Touch Sense untuk pengalaman yang selesa dan futuristik. In-Display Fingerprint Scanning membolehkan pengguna melangkah masuk ke dunia mudah alih mereka dengan cepat dan selamat.

Pengalaman Pengambilan Gambar Yang Premium dengan Gabungan Tiga Kamera.
Pada bahagian belakang peranti NEX 3 terletaknya gabungan tiga kamera dalam satu panel bulat, menciptakan Lunar Ring Camera System. NEX 3 dilengkapi dengan kamera utama 64MP, kamera sudut lebar 13MP, dan kamera teleskopik 13MP yang dilengkapi dengan keupayaan mengambil gambar dari segi wide-angle, telescopic dan macro. Sistem kamera ini amat mudah untuk digunakan dan dapat menghasilkan gambar definisi tinggi  yang mampu menonjolkan lagi keindahan dan kejelasan sesuatu gambar.

Pengguna juga boleh mencantikkan lagi gambar potret menggunakan salah satu ciri-ciri NEX 3 iaitu Portrait Master’s Hyper yang menyediakan HDR sehingga ke 7.65eV. Ia berfungsi untuk meningkatkan ketepatan jarak dinamik antara muka pengguna dan latar belakang untuk memastikan titik fokus jelas kelihatan menentang cahaya latar. Di samping itu, Pro Mode membantu pengguna menguasai fotografi tanpa memerlukan kit fotografi yang mungkin rumit untuk difahami dan berat untuk dipikul.

Dengan kamera depan 16MP jenis pop-naik, NEX 3 tetap membawa gayanya yang tersendiri. Paparan sempurna FullView™ Display memastikan pengamalan swafoto yang unik. Sistem yang direka khas untuk kamera jenis pop-naik juga memastikan operasi kamera yang stabil.

Prestasi Berkuasa Untuk Pengalaman Mudah Alih yang Optimum.  
Dikuasakan dengan Qualcomm Snapdragon 855 Plus dan memori kilat berkelajuan tinggi UFS 3.0, NEX 3 menyediakan prestasi pengkomputeran terataas dan keupayaan berbilang tugas yang lancar. Kapasiti bateri (4500mAh) membolehkan pengguna menggunakan peranti seharian tanpa risau, dan sokongan pengecasan pantas Vivo FlashCharge 22.5W dan teknologi penjimatan kuasa C-DRX memastikan peranti kekal berkuasa. Vapor Chamber Cooling System pula bertugas untuk mengekalkan suhu peranti walaupun dengan penggunaan berat. NEX 3 disediakan dengan storan dalamn 256GB.

Kecerdasan Buatan untuk Pelbagai Senario Pengguna
Penolong kecerdasan buatan Vivo iaitu Jovi telah ditambah baik khas untuk NEX 3 untuk membolehkan pengalaman pintar yang optimum berdasarkan Vivo Computation Acceleration Platform (VCAP). Platform ini meningkatkan prestasi perkakasan, dari CPU, GPU, DSP ke NPU. Ia juga mengoptimumkan algoritma kecerdasan buatan, meningkatkan kecekapan, kelajuan, dan kelancaran ciri-ciri peranti tanpa memakan kuasa yang lebih.

Dengan VCAP, tugas berasaskan kecerdasan buatan telah dinaik taraf. Jovi mempunyai beberapa aplikasi yang dinaik taraf termasuk Jovi Smart Scene yang menyokong tugasan harian, dan Jovi Image Recognizer yang kini lebih pantas dan tepat. Ia membantu pengguna mengkategorikan album, melakukan carian pintar, mengesan pemandangan dan wajah berkumpulan. Ia boleh menyempurnakan dokumen yang diimbas, dan banyak lagi.

Masa Depan Audio yang Unggul
Cip audio bebas AK4377A menyampaikan pengalaman Vivo Hi-Fi yang menakjubkan khas untuk kenikmatan audio yang unggul dimana para pengguna boleh menghidupkan semula konsert kegemaran atau merenung jauh sambil mendengar lagu kegemaran.


NEX 3 hadir dalam pilihan warna Glowing Night boleh didapati di Malaysia dengan 
HARGA RM3,899
So awak, dah boleh buat pilihan nak hadiahkan saya yang mana satu hhe xoxo


              


7 comments:

beauty

Spa Harga Murah di CPS Skin Love Bangi

October 12, 2019,1 Comments

Hellu Guys!
Tahu tak 'me time' tu sangat penting untuk wanita bekerjaya macam kita ni. Eh berkerjaya sangat kan? hehe. Disebabkan sibuk bekerja & dah lama Mar tak manjakan diri pergi SPA, so hari ni I decide for my 'me time'. Yey!

Okay i dapat tahu spa CPS Skin Love ni ada buka cawangan baru dekat Bangi, So Mar decide ke cawangan baru lah.  Actually, suka sangat pergi tempat yang baru bukak, sebab lawaa. Excited nak manjakan diri sebab semua baru kan. hhiks! Lagi lagi bila kita antara orang terawal yang merasmikan SPA tu . Wehooo .


Bila sampai tu korang tengok signboard besaq gedabak ni, haa ni lah tempat dia. Senang je nak cari.

CPS SKIN LOVE ( BANGI BRANCH)
Cantik Persis Selebriti .
SPA CPS Skin Love dekat Bangi baru sahaja dibuka  taw, 
selain di bangi CPS Skin Love juga ada cawangan di Shah Alam. So korang boleh decide nak pergi cawangan yang mana satu okay? :)

HIFU TREATMENT 
Non Surgical Lift Face Treatment atau dipanggil High Intensity Focus Ultrasound [HIFU]

Dah lama taw Mar nak buat HIFU . So Kat sini Mar decide nak buat treatment ni. Untuk apa? Jeng Jeng Jeng. hhee . Baca kat bawah..

Treatment ni adalah teknik terbaru untuk menegangkan kulit wajah, mengurangkan garisan halus, meredakan eyebag di sekitar mata. Ia berlaku disebabkan  faktor usia, keturunan atau kita kurang peka pada perubahan kulit wajah. Oleh sebab itu, CPS memperkenalkan HIFU sebagai solusi yang terbaik . Dannn ada lagi keistimewaan treatment ni taw. Baca sampai habis.

Okay dah ready let's start treatment ! .

STEP FOR HIFU TREATMENT 
Staff kat CPS Skin Love ni sangat friendly, sambil buat treatment sambil borak. Layan je hee. 
Korang boleh tengok step HIFU yang i buat dalam gambar tu . Memang rasa best bila muka dibelai ni. Tolong belai lama lama lagi bole? hee


  • -Step 1 CLEANSING MILKDia akan cuci muka kita hilangkan make up apa semua .


  • -Step 2 SCRUB kedua, muka kita akan di scrubkan . best scrub tu rasa sejuk sangat.


  • -Step 3 CLEASING GELThen, muka akan dicuci sekali lagi untuk hilangkan scrub.


  • -Step 4 STEAMEROkay steamer ni buatkan i rasa nak tidur. Rasa terbuai jeeee. Eh macam dah telelap kejap . HAHA!


  • -Step 5 EXTRACTION REMOVE BLACK HEAD & WHITE HEAD : Okay lepas dah habis steam, kena la buang black head white head dekat muka ni. 


  • -Step 6 HIFU TREATMENT: Okay dah tiba masa buat HIFU, I tak sangka boleh nampak perubahan dalam masa yang singkat taw. Tengok gambar Mar before & after kat bawah taw. 


  • -Step 7 FACE MASK : Okay last step , Mar pakai face mask pearl. Kat sini ada dua face mask iaitu 24K Gold atau pun pearl. If korang dah berusia sikit pakai 24K Gold. Besttttt hha sejuk bak peti ais giiteww. Eh Mar dah tertidur, baik p kejut dia! hhe 



KESAN SELEPAS HIFU

  • Kulit semakin menegang kerana kolagen mulai aktif dari dalam kulit.
  • Masalah kedutan semakin hilang serta ia melambatkan proses penuaan.
  • Pori semakin mengecil justeru membuatkan kulit semakin glowing!
  • Kulit wajah bertukar menjadi pinkish semulajadi
  • Kolagen baru mulai aktif untuk pembentukan sel kulit baru.


Taraaa! tengok result dia guys! before & after HIFU . Nampak tak treatment ni boleh vshape kan muka kita. So nak dapatkan jawline haruslah buat HIFU ni taw . Ehem, hai my jawline! :) 
*arghhh rasa macam nak lompat lompat* heeee

KENAPA HIFU?
  • Tidak sakit
  • Halal
  • Selamat serta bebas bahan kimia
  • Testimoni berjaya
  • Tiada pembedahan berlaku
  • Tiada suntikan di Kulit
  • Kesan serta merta


Kat bawah ni , korang boleh tengok bilik bilik treatment yang ada dekat CPS Bangi. 
Cantikkk sangat kan?. Please korang pergi rasmi cepatttttt hhe .





Ramai yang tanya pasal Jawline dekat Mar hari tu, ni haa korang boleh tengok pakej ni murah sangat. Buat pengetahuan korang semua, harga promosi atau harga murah mungkin sekejap je taw, maybe lepas ni dah naik harga . So better korang pergi time murah. Ahaaa guys! kat CPS ni ada pakej untuk bakal pengantin juga taw. Nak jadi ratu & raja sehari mestilah nak cantik di hari perkahwinan korang nanti kan? Uhuu. Hai Jodoh Mar, nanti kita  ambil pakej kat sini taw taw . Hiks!

9 IN 1 SPA BRIDAL PACKAGE 
NP RM399 | MEMBER 248 

  • Foot Soak
  • Whitening Full Body Scrub
  • Milk Bath
  • Flower Bath
  • Aura Seri Gerinum oil
  • Body Nourishing Treatment
  • Lovely Facial
  • Eye Collagen Mask
  • Drink Ginger Tea/Jamu 

Banyak benda best lah kat CPS Skin Love ni, so buat bakal pengantin baru tu datang sini lah, jimat bajet.  Benda murah sebab tu i share dekat korang semua!. Hee Selamat Memanjakan diri taw. Saya dah. Anda semua bila lagi? > <



Thanks CPS Skin Love, layanan best harga pun murah. Mar recommend 100% lah . Dekat sini juga banyak treatment lain. So untuk maklumat lanjut boleh klik dekat bawah okies! Bye xoxo


CPS SKIN LOVE ( BANGI BRANCH) 
Cantik Persis Selebriti .



Open Everyday

11.00 am - 8.00 pm
Last Call: 6.30 pm


Contact :

BANGI : 011 5120 2090 
HQ : 03 5519 4159
SHAH ALAM : 010 806 1350


Email : celebriticantik@gmail.com





1 comments:

Gadget Murah.

VIVO V17 Pro Ada 6 Kamera Dengan Harga RM1699 Sahaja!

October 08, 2019,1 Comments



Hey Guys! Minggu lepas Mar ke Pelancaran VIVO V17 Pro taw! Apa yang best tentang handphone ni? VIVO V17 PRo menyediakan 6 kamera utama di depan dan belakang untuk pengambilan gambar yang mantap, dengan sokongan dwi-kamera depan jenis pop-naik beresolusi 32MP yang terulung dalam industri, suatu pembaikan yang luar biasa bagi kamera jenis ini yang merupakan suatu ciri ikonik bagi peranti Vivo. VIVO V17 Pro juga tampil dengan Super AMOLED Ultra FullView™ Display, kuad kamera belakang beresolusi 48MP, bersama ciri-ciri yang ditambah baik khas untuk gaya hidup pengguna yang muda lagi bergaya. Fuh terbaik lah! Mar nak beli satu .Ehe!
Penciptaan V17 Pro sekali lagi mempamerkan pendekatan inovasi kami yang mementingkan pengguna. Peranti baharu dalam siri V ini tersedia dengan sistem kamera yang menakjubkan pada kedua-dua muka peranti dan ia bertujuan untuk memperkasakan pengguna untuk pengambilan gambar melampaui imaginasi,” kata Mike Xu, Ketua Pegawai Eksekutif Vivo Malaysia. “V17 Pro merupakan suatu rekaan yang amat kami banggakan kerana ia memperkukuhkan kedudukan kami sebagai perintis dalam penyediaan pengalaman mudah alih yang terbaik di Malaysia.”
VIVO V17 PRO DIDATANGKAN DENGAN 6 KAMERA UNTUK PENGAMBILAN GAMBAR YANG MANTAP
Hasilkan gambar yang sempurna dengan dwi-kamera depan jenis pop-naik beresolusi 32MP dengan sokongan kuad kamera belakang beresolusi 48MP




Dwi-Kamera Depan Jenis Pop-Naik Beresolusi 32MP Untuk Pengambilan Swafoto Yang Sempurna Pada Setiap Masa
Ciri ikonik Vivo iaitu kamera depannya kini ditambah baik. Peranti terbaharu ini tampil dengan dwi-kamera depan yang premium, earpiece, dan Selfie Softlight. Dengan reka bentuk aloi berbingkai penuh, sistem peranti yang baharu ini dibina untuk bertahan sambil menggabungkan aksi mekanikal dengan keanggunan artistik.
Kamera depan 32MP dan sudut lebar swafoto 8MP memastikan perincian yang jelas untuk setiap swafoto yang diambil. Sudut lebar swafoto 8MP mampu menangkap gambar dari sudut lebar hingga 105 darjah, menyenangkan lagi pengambilan gambar berkumpulan.
Yes, memang lebar gila taw, macam boleh masuk 1kampung kalau selfie tu . hehe
Untuk menyelesaikan masalah pengguna apabila mengambil swafoto pada waktu malam,
VIVO V17 Pro menyediakan Selfie Softlight yang menerangkan kegelapan, dan ciri ekslusif Vivo iaitu Super Night Selfie pula menyediakan penangkapan pemidang yang berbilang yang kemudiannya digabungkan untuk menghasilkan imej terakhir yang menonjolkan wajah pengguna dengan hanya satu klik.
Penghasilan kualiti fotografi yang canggih dengan AI kuad kamera 48MP
Mantapkan lagi keupayaan penggambaran anda dengan kamera utama 48MP 6P. Dikuasakan dengan algoritma kecerdasan buatan, V17 Pro menjanjikan pengalaman fotografi yang lebih jelas. Peranti ini juga tampil dengan ciri Super Wide-Angle yang mampu memperluaskan lagi penangkapan lanskap.
Untuk melengkapkan lagi pilihan penggambaran profesional, VIVO V17 Pro juga tampil dengan 2 ciri yang menarik untuk kecantikan, iaitu Pose Master yang menyediakan lagak aksi yang semulajadi untuk dipadankan dengan pelbagai jenis pemandangan, dan juga Super Night Mode yang bertujuan untuk meningkatkan kejelasan gambar yang ditangkap pada waktu siang atau malam.
VIVO V17 Pro yang didatangkan dalam dua warna pilihan iaitu Knight Black dan Crystal White boleh didapati di Malaysia SEKARANG dengan harga RM1,699 sahaja taw! . Wuuuu murah & cantikkk, Mar macam tak tahu nak pilih warna apa. Urm agak agak yang mana satu?
Pengalaman visual yang tidak terganggu dengan kamera, earpiece, dan sensor yang tersembunyi
Pengguna boleh menikmati kepuasan tontonan dengan rekaan ekslusif Super AMOLED Ultra FullView™ Display yang berukuran 6.44 inci dengan nisbah 20:9, dimana nisbah skrin-ke-badan adalah 91.65%. Paparan tanpa gangguan ini direka dengan bijak untuk menyembunyikan dwi-kamera depan jenis pop-naik, earpiece, nyalaan, dan sensor jarak ke dalam badan peranti. Ia merupakan ciptaan yang begitu cemerlang demi penghasilan kepuasan visual yang dapat meningkatkan pengalaman mudah alih para pengguna.
Peranti ini juga dilengkapi dengan teknologi pengimbasan cap jari dalam skrin. Dengan ketumpatan piksel cap jari yang lebih tinggi dan algoritma yang lebih canggih, pengguna boleh membuka kunci peranti dengan mudah dan selamat.

Prestasi perkakasan yang kukuh untuk penggunaan yang lancar pada setiap masa.

VIVO V17 Pro juga direka khas buat peminat permainan video. Ia dilengkapi dengan Game Mode untuk menghasilkan pengalaman permainan video yang lancar. Teknologi pecutan Multi-Turbo akan secara aktifnya menaikkan taraf sistem operasi peranti untuk memastikan kepuasan pengguna. 

Ahaa! Awak yang kaki game tu! 
Peranti ini dilengkapkan dengan Game Center yang membolehkan pengguna menyemak prestasi peranti untuk memastikan pengalaman permainan yang memuaskan. VIVO V17 Pro menyediakan Voice Changer untuk menyeronokkan lagi pengalaman waktu permainan dengan penukaran suara untuk menyamai watak-watak pemain.
VIVO V17 Pro dijana dengan cip Qualcomm Snapdragon 675 AIE bersama 8GB RAM + storan dalaman 128GB yang memastikan kelancaran prestasi pengendalian aplikasi dan sistem pada bila-bila masa. Kapasiti bateri 4100mAh dengan sokongan teknologi pengecasan pantas dwi-enjin memastikan peranti mempunyai ketahanan yang tinggi untuk penggunaan yang berpanjangan dan selamat. 

Jom kita cuba VIVO V17 Pro pulak okay! Tasabar nak ada satu ! xoxo



1 comments: