Aku cinta DIA

August 05, 2014,5 Comments

"Aku cinta dia kerana agamanya. Jika hilang agamanya, hilang jugalah cintaku padanya."



Selalu kita ucap benda ni. Selalu juga kita baca orang tulis begini. Aku tak kata salah, malah aku tak berapa gemar sentuh bab cinta. Sebab aku... serik? Mungkin.

Okey aku nak straight to the point. Tapi sebelum tu, aku nak bagi tahu. Entri kali ni kurang santai. Sebab ia melibatkan cinta. Felamaks.

Kalau betul kita cinta, kita sanggup buat apa saja. Itu memang semulajadinya akan berlaku. Sampai ada yang kata, 'Lautan api pun sanggup aku renangi.' Heh. Tak ada lautan api depan mata bolehlah cakap. Cuba kalau betul-betul ada? Bukan setakat redah lautan api, jumpa wali pun tak berani. Ada hati konon nak kata itu cinta sejati.

Nak tahu betul atau tidak cinta sejati, akan ada ithar yang jadi bukti. Ithar itu maksudnya mendahulukan orang lain sebelum diri sendiri.

 Ustaz Iftikhar ada cerita , kisah dua manusia yang berkasih sayang kerana Allah. Kisah Abdullah dan Umar (bukan nama sebenar)

Abdullah ketika dihisab di mizan, pahala amalannya kurang satu untuk melayakkan dia ke syurga. Manakalah Umar pula, dosanya sangat banyak, dan cuma ada satu saja pahala. Kiranya dia memang confirm sangat ke neraka.

Lalu Umar dengan rendah hati berkata, "Wahai Abdullah, di dunia kita berukhwah, juga pernah berjanji untuk sama-sama ke Jannah. Namun kini sudah terbukti, aku langsung tak layak untuk ke sana. Kau pula sudah hampir saja layak menjadi penghuni syurga. Ambillah pahala aku, tambahkan ia pada pahala kamu. Semoga timbangan amal kebaikanmu menjadi lebih berat, lalu melayakkan kau untuk ke syurga. Aku ni memang tak ada harapan ke syurga, paling kurang pun, biarlah sahabat aku merasa ke syurga, jangan masuk ke neraka bersama-sama aku."

Terjeda Abdullah ketika mendengar pengakuan sahabatnya, lalu pahala Umar beralih pada timbangan Abdullah.

Abdullah akhirnya layak untuk bergelar penghuni syurga.

Kerana ithar yang ditunjukkan, kerana pengorbanan ukhwah atas dasar cinta fillah, seluruh dosa Umar diampunkan. Lalu berjalanlah kedua sahabat itu masuk ke syurga bersama-sama.

Sekian.

Point yang boleh disampaikan sebenarnya, ukhwah fillah, ithar juga cinta yang menyebabkan kedua-dua sahabat itu berjaya ke syurga.

Berbalik kepada tujuan asal aku, betulkah kita cinta? Tahap apa cinta kita? Kerana apa cinta kita? Siapa yang lebih kita cinta? Sejauh mana kita cinta?

"Kalau benar cinta, pasti hendak bersama-sama hingga ke syurga. Apa yang membawa ke neraka, itu bukan cinta namanya." - Hilal Asyraf

Kita kata kita cinta dia kerana agama yang ada padanya. Cuba bayangkan satu hari nanti, dia tersasar daripada track dakwah dan tarbiyah. Adakah masa tu kita nak tinggalkan dia kerana hilang agama padanya? Atau kita terus bersamanya bantu dia untuk sama-sama menggapai mardhotillah?

Aku bukan kata tak boleh jatuh hati pada agamanya, tapi kerana jatuh hati pada agamanya lah, kita kena turut sama-sama serta dalam agamanya. Supaya bila satu hari nanti salah seorang tersilap arah, ada yang lagi satu hadir membantu.

Tak kenal, maka tak cinta. Kita masuk bab cinta Allah dan Rasulullah yang orang kata too mainstream pula. Sejauh mana kita kenal Allah? Kalau tak kenal, macam mana nak cinta bro? Then boleh kata ini tajuk paling mainstream pula. Haih.

Aku.. Aku tak mampulah berhujah panjang fasal cinta-cinta dan agama ni. Banyak aku nak cerita, tapi banyak yang tak terluah. Banyak yang tersimpan.dan kalau bab agama ,aku masih kering kontang ilmunya .

Bila si gadis terjatuh sebab ujian hati, memang hilanglah macho  .eh ! macho ke haaha ,mungkin macho untuk aku hanya .

*duduk di penjuru bilik*

Mana ada tarbiyah yang mudah. Mana ada tarbiyah yang tak susah. Mana ada tarbiyah yang seronok. Tarbiyah itu pahit, sebab mahar ke syurga bukannya sedikit.

*lap air mata*

Sebelum jauh aku mengarut, baik aku berhenti menulis.

Heh. Lembik sangatlah kan aku ni sebenarnya. Tapi impak cinta, bukan permainan jiwa yang biasa. Jom bekerjaya dahulu ,  lepak sama-sama bina impian sampai berjaya  .

Langkah lah wahai diri, melangkah. Kau tak boleh duduk lama-lama dalam kenangan. Hidup ni perlu diteruskan. Perlu. Perlu. Itu semua kisah lalu. Fuh.

5 comments: