Showing posts with label traveloka. Show all posts

Tips Travel Dengan Cathay Pacific Airlines!

Pssttt, musim cuti ni dah datang, know what that means? Masa untuk bercuti kan?hee Sekarang, zaman dah moden ni, maka, banyak lah pilihan pengangkutan yang boleh kita pilih kan. Kita boleh travel naik kereta, bas, kereta api tetapi nak tahu cara terbaik untuk travel jauh-jauh dengan mudah? Flight laaaa awaaak ! hahah Ya, kapal terbang sentiasa menjadi cara terbaik untuk travel, kena pula kalau destinasi korang tu memang perlukan kapal terbang untuk ke sana. Meaning, macam melancong ke luar negara ke, say, Malaysia ke United Kingdom. Sah-sah tak ada kereta api yang boleh bawa anda ke sana, right?
Not directly, I think. Pada masa kini, kita mempunyai banyak syarikat penerbangan yang berbeza untuk dipilih. Kita ada Malaysia Airlines (MAS), Firefly, Malindo dan banyak lagi. Here’s a little secret for you, ada airline yang best di Malaysia. What’s the airline, you ask? Jeng jeng jeng, Cathay Pacific Airlines. Bunyi macam gah kan? Sebab dia memang gah pun. Korang pernah naik tak airline ni? Meh Mar bagi tips sikit! Sikit je la tapi sangat berguna okay!
--
--
--
--
--
Okay, first and foremost, terutama sekali kepada mereka yang baru berjinak-jinak nak travel, dekat mana nak dapatkan tiket ni? boleh pilih antara dua, iaitu cara susah atau cara mudah. Eh ni agak cliche sikit kan? tapi tak pe Mar ajar sikit untuk orang belum biasa. Cara susah adalah dengan ke kaunter tiket untuk beli tiket yang anda perlukan. Ada banyak kaunter tiket flight di seluruh Malaysia tetapi yang paling biasa adalah dekat airport tu sendiri. Okay, kenapa Mar klasifikasikan tu sebagai cara susah? Ini sebab, anda perlu bersiap bagai dan pergi secara fizikal ke kaunter semata-mata untuk beli tiket. Bukan itu je, kadang-kadang, mereka juga lagi mahal harga dia! Nak tahu cara yang lebih mudah? Dapatkannya secara online! Semua kan online sekarang. Anda boleh buat booking bila-bila masa dan di mana sahaja di dunia ni selagi anda mempunyai Internet connection.hhiks! Apa yang anda perlu lakukan adalah akses masuk laman web mereka dan buat tempahan. Oh, ini satu lagi trick untuk dapat harga baik punya, bila anda ke laman web tu, anda clear cache sebelum buat purchase tu hah, mesti harga tu ada kurang sikit nanti. Lagi murah lagi best! Yayyy! Take note okay?

Ingat tak airline yang fancy Mar mentioned tadi? Cathay Pacific Airlines? Mereka memang fancy, dari cara pemakaian flight attendant hingga bahagian dalam kapal terbang dan ke laman web mereka sendiri. Bunyi macam tak boleh percaya kan? Jangan bimbang, sebab itu fakta dia sebenarnya.
Okay, rekaan laman web diorang sangat mudah nak navigate. Tak ada gangguan dan reka bentuk sedap mata memandang. Bukan itu sahaja, macam Mar cakap tadi, dia sangat mudah nak menavigasi dan mencari apa yang diperlukan. Apabila anda masuk laman web mereka, anda boleh memilih bahasa yang anda inginkan di sebelah kiri atas. Ini lebih mudah sebab kadang-kadang ada bahasa yang macam pening sikit nak faham. Kemudian, anda boleh mengklik butang log masuk di sebelah kanan atas. Anda perlu terlebih dahulu mempunyai akaun sebelum membuat pembelian. Jika anda scroll ke bawah sedikit, anda boleh tempah airline yang anda perlukan! Hanya pilih tarikh yang betul, berapa ramai orang yang akan pergi, maklumat lapangan terbang, tujuan anda travel dan maklumat tambahan lain yang anda perlu tetapkan, kemudian, sistem tersebut akan memproses selebihnya untuk anda dengan mudah dan cepat. Booking the Cathay Pacific Airlines flights have never been easier!

Jika anda scroll ke bawah sedikit lagi, anda akan melihat semua promosi terkini yang mereka ada sekarang. Tawaran ini termasuk semua penerbangan ke Hong Kong, Taipei, Beijing, Seoul, Tokyo dan Osaka. Ini adalah antara negara-negara yang paling luar biasa untuk lawati dan anda tidak boleh melepaskan peluang ni taw! Untuk menempah penerbangan pesawat murah ke Tokyo, anda boleh klik di bahagian promosi. Untuk kelas Ekonomi, tambang istimewa hanya berjumlah RM 1,556. Jika anda lebih suka travel dengan kelas Perniagaan.
(siapa tak nak kan?Fuhhh)
mereka juga mempunyai kadar khas untuk hanya RM 4,715 inclusive all in! Sekarang, itulah cara terbaik untuk mendapatkan super cheap flights to Tokyo. Oh, heads up untuk anda, anda boleh berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita. Di bahagian bawah laman web, anda boleh memilih untuk melanggan newsletter mereka untuk mendapatkan maklumat dan promosi terkini dari Cathay Pacific Airlines. Lapangan Terbang Antarabangsa Narita adalah lapangan terbang yang sangat unik. Selain dari kemudahan asas yang lengkap, mereka menawarkan beberapa elemen lain untuk membuat anda lebih selesa. Jika anda bosan dengan penerbangan panjang, anda boleh berehat di Narita Sky Lounge Wa. Anda hanya perlu ke terminal 2 dan nikmati kerusi selesa dan sofa baring sementara menunggu flight anda. Mereka juga mempunyai hotel kapsul sendiri untuk anda berehat berharga 1,000 yen / jam. Berasa lapar? Turun ke tingkat empat di Terminal 1 untuk memenuhkan perut anda dengan beberapa sushi dan lain-lain masakan Jepun yang lazat! eeh banyaknya info korang dapat . heee
                     
Ahaaaa, Jika anda mempunyai masalah bercakap dengan penduduk tempatan? Jangan risau, anda tidak keseorangan, Mar pun cuak gak tapi anda tak perlu gentar lagi dengan adanya aplikasi moden zaman kini. Muat turun aplikasi NariNAVI di App Store atau Google Play untuk membantu anda menjadi sebahagian daripada penduduk tempatan di sekitar lapangan terbang. Anda juga boleh menguruskan tiket penerbangan anda dengan menggunakan Apps ini juga.
Mudah kan?

So, apa nak tunggu tunggu lagi? Buat tempahan sekarang di laman web Cathay Pacific Airlines dan nikmati harga istimewa tu okay! Mar dah bagi tips rugi kalau tak usha! Mar nak travel solo nanti. InsyaAllah kalau ada rezeki . Ameen. Happy travel okies!

Bye! xoxo

CARI RESORT DI JOHOR BAHRU TAPI PILIH PULAU TIOMAN

Mar suka sangat nak teroka 1 Malaysia taw. Okay last Mar travel hari tu adalah kat Johor.  Itu adalah second time la, pertama kali Mar ke Johor Mar pergi Legoland & baru baru ni Mar ke Pulau Tioman. Best lah Johor ni taw! Banyak lagi yang Mar nak terokai .

So guys, korang semua tahu tak disebalik nama Johor adalah daripada perkataan Arab “Jauhar” yang bermaksud “Permata Berharga”. Cantik sangat maksudnya, patutlah tempat kat Johor ni cantik cantik hehe

Okay hari tu Mar buat keputusan nak shortvacay sekejap , Mar pilih Johor sebagai destinasi. Hehe so sebelum travel, mar akan search semua resort di Johor Bahru. Cari punya cari, last-last Mar pilih Pulau Tioman. Mar nasihatkan korang sebelum travel banyakkan baca blog travel & juga tanya kawan kawan yang berpengalaman  apa yang best dekat Johor  taw.


Bila tiba kat kat sana dah excited taw, hhe sebab pertama kali juga jejak ke Mersing, Johor ni. Untuk ke jeti  Mar kena berjalan dari hentian bas Mersing, macam syok pulak tengok bandar Mersing! So bila sampai kat Mersing Harbour Centre ni Mar kena tunggu pukul 8pagi untuk beli tiket feri ke Pulau Tioman.

PULAU TIOMAN
Guys, ini pertama kali Mar ke Pulau Tioman taw. Kalau korang nak tahu kat Pulau Tioman banyak kampung. So korang kena decide untuk holiday kat kampung mana sebelum naik feri.

Bila da research tentang Pulau ni, Mar buat keputusan untuk holiday kat Kampung Tekek, sebab Kampung Tekek seakan pekan, ada kedai kedai untuk beli something & ofcourse sebab ada ATM hhe.  Kalau dah tiba kat Mersing , beli tiket feri korang boleh juga tanya orang orang kat sana tentang Pulau Tioman dan apa yang best kat pulau tu. Mar bila tiba je kat Mersing jumpa orang je Mar banyak bertanya. Mereka pun banyak kongsi cara nak ke sana .

Kalau korang tengok peta ni ia adalah peta perjalanan feri Bluewater Express ke kampung kampung di Pulau Tioman ni. Ada Kampung Genting, Kampung Paya, Kampung Tekek, Kampung Ayer Batang, Kampung Panuba, Kampung Salang, Kampung Juara, Kampung Mukut, dan Kampung Nipah. Korang boleh nak berhenti kat mana mana kampung dengan tiket yang sama tapi sebelum pergi, ingat korang kena buat research tentang resort kat Pulau Tioman dulu taw. Baru lah tak kelam kabut nak cari tempat penginapan nanti hehe. Tapi kalau korang nak walk in pun boleh, tapi kalau nak jimat masa lebih baik buat persedian awal cari resort pilihan korang dulu taw. So bila sampai sana boleh terus buat aktiviti kegemaran korang!


BARBURA SEAVIEW RESORT
Bilik untuk 3orang, 1bilik air : Hanya RM100/day . Mar bagi 4/5bintang!

Kat Pulau Tioman Mar stay dekat BARBURA SEAVIEW RESORT di Kampung Tekek. Why Mar pilih resort ni adalah sebab resort ni betul betul depan pantai.  Hehe  Memang Mar target nak resort yang boleh view pantai. Yela, mestilah nak bercuti sambil rehatkan diri tengok keindahan pulau kan. 

Resort ni sangat cantik. Bilik yang agak luas, selesa ada aircond  & fridge.  Kadang, ada juga rasa tak nak keluar bilik sebab best sangat tidur kat bilik tu Huu . Memang keputusan yang terbaik sangat stay kat resort ni. Jom tengok gambar gambar Mar kat Barbura Seaview Resort ni.
Cantik sangat ! Ini adalah permandangan Barbura Seaview Resort dari depan pantai . Bila keluar je bilik tengok pantai, terus berlari lari sakan! Heheh Sumpah best korang! Kat sana ramai juga pelancong asing datang holiday taw. Dan resort ni juga berdekatan dengan resort lain.  Kalau korang tengok kat sebelah kanan tu adalah tempat untuk lepak makan dan ber BBQ taw.  Memang syok sangatlah kalau datang dengan family atau dengan kawan ber picnic sesama .hhe 

Wahhhhh tengok permandangan pantai tu guys! Tak tahu nak gambarkan macam mana cantiknya lahaiiiii ! Bila kat sini rasa tenang sangat, memang rasa tak nak balik hhe. Mar boleh habiskan masa 5 jam duduk kat pantai je taw. Kat pantai ni tak ramai sangat, so korang boleh fefeeling stay kat pulau ni sorang sorang! Hhiks

 Kalau korang datang holiday kat sini jangan risau kat mana mana tempat pun cantik nak bergambar. Memang full memory Mar! yelah sebab semua tempat cantik kan, dahlaa kaki bergambar sangat . hhhiks 
Oh ya, kalau korang nak tahu pasir kat pantai sini lawa gila! Tengok tu, seakan lukisan . Sebab tu la berjam jam Mar habiskan kat pantai je. Hehe . Bila korang ke Pulau Tioman ni bolehla buat aktiviti snorkeling,memancing dan banyak lagi taw. Masa Mar jenjalan kat pantai ni ada budak budak yang tengah tangkap ikan taw. Hhe so apa lagi join lah sekali. Hhe 

 Mar harap sangat lepas ni boleh datang lagi & nak pergi resort cantik lain juga.  
"More you explore, more you learn, Yey!"

Bila pergi pulau rasa release stress sangat, so mesti lah balik dengan hati yang senang. Hehe Mar syorkan kat korang semua yang nak shortvacay & nak rehatkan diri pergi lah holiday kat pulau taw.

 Hari nak balik Mar singgah satu kedai tepi jeti kampung Tekek ni. Memang sedap sangat. Mar try nasi goreng & roti canai, pergh sedap! Masa ni tengah breakfast sambil tunggu feri untuk balik dah . Permandangan kat kedai ni cantik sangat awak! Rasa macam nak duduk lama jeee. Hhe Breakfast di tepi pulau gitteww . hhiks .
Makcik kedai makan ni sempat tegur tanya menginap kat resort mana, dia banyak kongsi tentang Pulau Tioman ni, baik betul. Orang orang kat pulau ni peramah sangat! Memang rasa nak pergi lagi hhe
Bye Mersing JOHOR! Bye Pulau Tioman.  Johor ni best! So lepas balik dari pulau Mar sempat jenjalan kat Bandar Mersing taw. Memang cantik sangat. Next time kena datang lama sikit baru boleh teroka banyak tempat kat negeri Johor. Nak tau mana lagi tempat-tempat best yang boleh di explore di Johor ni, boleh check senarai unseen malaysia dan pilih negeri johor.


Sempat tangkap gambar kat artwork bangunan kat bandar Mersing! Hehe Jangan lupa taw awak semua, sebelum travel mar nasihatkan korang kena search dulu tempat yang korang nak travel, usha resort  atau hotel  yang best, berdekatan,bandingkan harga & sebagainya taw. Nak senang korang download je apps Traveloka untuk usha penginapan lagi senang kan. 
Thanks singgah baca .
Bye !



Pengalaman paling indah terbang bersama Malaysia Airlines

Hey guys!
hari ni i nak share korang tentang penerbangan travel best , ingat tak beberapa bulan lalu I travel ke Penang? . Dan I pilih travel dengan menaiki Malaysia Airlines (MAS) . hhe Okay semua orang nak tahu kenapa I pilih travel dengan MAS kan? Nak cite kat korang le ni hhiks .

Mas airline atau lebih dikenali sebagai Malaysia Airlines ((MH / MAS) merupakan syarikat penerbangan Malaysia, yang diasaskan pada tahun 1937 oleh British di bawah nama Malayan Airways. Pada hari ini, Malaysia Airlines adalah sebuah syarikat penerbangan bertaraf lima bintang yang disahkan oleh Skytrax  dan menyediakan laluan untuk ke Asia, laluan kangaroo (Kangaroo Route) antara Eropah dan Australasia serta penerbangan transpasifik dari Kuala Lumpur ke Los Angeles melalui Tokyo. *hey hey korang , baca ok, tahu la macam catatan sejarah tapi ini pengetahuan* hihiks
travel dengan kawan blogger i, Opps Teamsingle only :)

Dengan slogannya,Journeys are Made by the People You Travel With,sistem penerbangan ini sangat mementingkan keselesaan penumpangnya. Selain ciri keselamatan, pelbagai kemudahan asas lain juga disediakan selain sistem hiburan yang hebat bagi memastikan penumpang mendapat layanan yang memuaskan serta pengalaman penerbangan yang menyeronokkan taw :)
Ahaaa, korang kalau nak tahu, Malaysia airline system mempunyai dua anak syarikat penerbangan yang memberi tumpuan kepada lapangan pasaran yang berbeza. MASwings adalah anak syarikat yang memberi tumpuan kepada kawasan luar bandar di Sabah dan Sarawak serta kawasan BIMP-EAGA manakala Firefly adalah syarikat penerbangan serantau bajet rendah yang memberi tumpuan pada penerbangan tambang murah dengan pengurusan berasingan oleh FlyFirefly Sdn.Bhd. 


Ia menawarkan tiga kelas penerbangan: Kelas pertama, kelas perniagaan dan kelas ekonomi. Bagi kelas ekonomi, penumpang mendapat kerusi lebar 18 inci. Lebar tu, konfem sangat selesa lebih-lebih lagi bagi mereka yang dalam perjalanan jauh. Hhe :)
Airlines ini juga menawarkan lebih daripada satu cara untuk check in selain di kaunter lapangan terbang. Bermula dari 48 jam sehingga 90 minit sebelum berlepas, penumpang boleh memilih untuk melakukamelakukan mas online check in melalui website atau melalui web-to-mobile check in (tanpa kertas dengan 2D code bar mobile boarding pass) dan MHmobile di mana boarding pass penumpang dihantar melalui melalui SMS dan e-mel. Haaa mudah kan ! :)  
Bukan tu je korang, 
syarikat penerbangan ni juga menghidangkan pelbagai jenis hidangan yang enak dan lazat serta diiktiraf halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Macam-macam menu hidangan yang terdapat dalam penerbangan ni sama ada menu antarabangsa sampai la menu untuk hidangan tempatan. So memang tak risau lah i nak order apa apa makanan bila terbang dengan MAS ni . Part yang paling i suka ialah their free meal. Untuk orang yang kuat makan macam I, mesti la happy bila dapat makanan free. Sedap dan mengenyangkan, I dan kawan-kawan tak perlu order extra meal lagi taw . Wuhuuu berbaloi baloi . hhiks!

I decide dengan kawan untuk travel ke Penang dah lama dah taw.  kalau perempuan ni biasalah mesti bawa banyak barang kan . Walaupun nak pergi berapa hari je hhiks. Nasib baik Mas sangat pemurah , suka lah bersama Malaysia Airlines ni, bagi free 30 kg baggage check in, jadi tak perlu risau kot-kot kena bayar lebih untuk extra kilos weyh korang. Bukan tu je, hand carry pun dah 7 kg percuma, jadi banyak barang boleh bawak. Dah la tu, kesemua krew dalam flight tu sangat peramah dan membantu, sampaikan benda-benda remeh pun diorg layankan. Sebab tu la personally, I rasa this is the best airlines in Malaysia :)
Sebenarnya, ada sebab lain kenapa I sangat suka dengan this memorable experience. Walaupun merupakan salah sebuah sistem penerbangan yang tiptop, harga untuk tiket I tak semahal yang I sangka pada mulanya. I book Mas airline ticket kat Traveloka  . Huh So easy!!
Korang boleh search /download terus Apps Traveloka kat handphone taw .




TRAVELOKA adalah sebuah flight dan hotel searching site yang dah mula mendapat nama di kalangan travelers sejak dua menjak ni. Bukan flight tiket je tau, hotel pun I tempah kat situ. Sangat berbaloi sebab I dapat banyak diskaun! Website ni offer macam-macam jenis promo termasuk la promosi pada hujung minggu. Ada certain occasion tu, korang juga boleh pakai coupon code di payment page untuk dapatkan rebat atau diskaun sehingga RM60. Feature yang paling best ialah bagi yang takde credit card tu, korang boleh bayar guna online banking macam maybank2u dan cimbclicks. Daaan, sebab takde hidden charge dikenakan, the price you see is the what you gonna pay for!  Hoyay thanksss TRAVELOKA & HELLO PENANG !



Lets book with Traveloka guys !, 
Ahaa, jangan lupa tunggu entri pengalaman i kat Penang okayyy . 
Dah lama korang tunggu kan . hhe Stay tune k!