DREss Oh DREss

January 18, 2013,0 Comments

EllOps! U'olls .. :)

CaMat AWai Pagi .
sambil layan Setia Hujung Nyawa sempat lagi update blog yehaaa .tu laa amalan-amalan aku :p



Mihmihmihmihmih .LISTEN ! LISTEN ! HOw beauty dress kat atas? uHuu .please nak bagitahu ..
saya memang suka sangat dress .tataw kenapa suka pekena dress nak p memana .

Impian d'pagi hari nie,Hope sesangat One Day ada designer sudi design dress untuk si mata rabbit nie secara free .bahahaha .
Hello ! nak masuk tandas pun kena bayar okei .gediks nye .


oFkos la.
dalam dunia nie xde duit xde segalanya kan u;olls .
anyway its just one dream dpagi hari .
if ada designer sudi ber'collaboration' with me .i just on .
maybe untuk event3 coming soon .

oke guys .tido dulu .mata rabbit nie da gegediks nak tido ^ ^
yuhuuu .. Setia Hujung Nyawa continue tomorrow okay :)

0 comments:

ATV KUALA LUMPUR !

January 17, 2013,0 Comments


yuuuhuuuu! PENAT ! :D



Alhamdulillah ,tercapai jugak Impian Si Mata Arnab nak bersukan lasak ATV (Automatic Transmission Vehicle).Dah lame mengidam untuk ber 'ATV' with my girlFriends .Finally sampai jugak hajat ngedate di sini . Hello ! bukan orang lelaki jer boleh beraksi LASAK okay .ceY ! 



Hai Hai My GirlFriends ! Budak mata arnab nih nak kenalkan kat semua ......Mereka SAHABAT till jannah kita :P  .Sakit or susah ,jangan mengaku kalah taw,jatuh sekali tak semestinya kita jatuh selamanya kan Mira :) bangga sangat dengan awak  ..


Buat gadis2 kat luar sana ,jangan takut untuk mencuba aktiviti nie,seriesly Ohsem !

Buat semua yang ingin mencuba dan merasai sendiri ,boleh usha3 terus di laman web diorang ,Have a Nice Adventure okay ! :)
http://www.atvadventurepark.com/

BERANIKAN DIRI | ANDA TAKUT| ANDA KALAH .


goodnite SANG TERINDAH :)






0 comments:

LISTEN ! Si Mata Arnab Mahu Berbicara !

January 16, 2013,2 Comments

PLEASE LET'S ME SPEAK !

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


Saya sebagai STUDENT Islamic Science University of Malaysia sangat-sangat merayu/menggesa/mencabar   Pn Syarifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin supaya tampil di Media dan memohon maaf kepada Bawani serta seluruh Mahasiswa UUM .

Ini kerana sikap beliau yang tidak menghormati SUARA MAHASISWA /PANDANGAN MAHASISWA.
Sebagaimana yang semua maklum, Mahasiswa mempunyai Hak untuk memberi pandangan serta hujah masing-masing.



Tindakan Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin yang merupakan Presiden Suara Wanita 1 Malaysia selaku moderator menunjukkan seolah-olah beliau tidak menghormati institusi pendidikan negara yang mendokong kebebasan akademik dalam berhujah dan berbeza pendapat. 

Dalam isu ini, Saudari Bawani berhak untuk memberikan/mengutarakan  pendapat dan soalan tentang isu yang dibentangkan tanpa sebarang provokasi oleh mana-mana pihak. Tambahan lagi, Saudari Bawani sendiri telah berada di medium yang betul iaitu di Forum Suara Mahasiswa,jadi tepuk dada tanya Minda,siapa betul ,siapa salah anda mampu melihat /mengkaji sendiri dari fenomena  ini .

Sedikit Kalam yang Penuh Hikmah lagi Tersemat dari IMAM Syafie :


kata-kata Imam as-Syafie', "Aku boleh berdebat dengan 10 orang yang berilmu tetapi aku tidak boleh berhujah dengan satu orang yang jahil .



Apa yang boleh disimpulkan dari blog saya sendiri ,Bawani seorang pelajar yang Hebat dan perlu dicontohi oleh semua Mahasiswa .Salute for her ! 



Bawani berani bangkit,saya juga akan bangun .Saya tidak akan biarkan Maruah kita sebagai Mahasiswa dipandang sebelah mata.



Dari Saya ;Fikir .Renung .Kaji .


Assalamualaikum w.b.t .

2 comments:

Sampai Hati Hanis Zalika &Maria Elena Shopping xajak kite :(

January 08, 2013,0 Comments

Hello Guys ! Hai Fan Of Hanis Zalika ! Hey Fan of Maria Elena !
Assalamualaikum Peminat Si Mata Rabbit nih !
 [ehh ,aku ad peminat gak err?ane ade babe:| tok sah duk perasang  kikikik :P]
alright ! jom bukak tibi semilang /9  cOme-come-come !




Selamat pagi Malaysia! saya Hanis Zalika sebagai host dalam Mad Market akan menghiburkan hari anda dengan tempat 2menarik untuk  cik2,puan2,datin2,akak2 diluar sana untuk berS H O P P ING  sakan ,jOm saksikan ! [ooh cehh ada bakat x as a host :P]

Hanis Zalika ajak kita shopping tuh ,jom ramai2 ikut Hanis :)
http://inibelogsaya.blogspot.com/


oo rupa-rupanya dating dengan Maria ye,patot xajak kite pom ,uwaaa sadis .. hee alaa berlakon j tuh .Maria elena akan bawa Hanis Zalika jalan-jalan cari pasal kat Melaka .Saya pun taw Melaka memang best untuk shoping .Mad Market katakan ,huuuu ta sbr nak pegi lagi :D



eRKK?Maria Elena uo'ls xkenal?Hey
babe dia la blogger Peliks Blogspot tuh ,hhe haaaa Maria memang kelakar dan pelik orang nya tapi nice ,sweet i LIKE cara dia ,Maria Elena  !,i pembaca tegar u taw :))) nak kenali die singgah kat sini oke :)   --------->http://peliks.blogspot.com/  :)







Haa nie lah Terompah Melaka yang Hanis Zalika beli untuk digandingkan dengan baju kebaya raya nya tuh ,lawa kan,harga pun lawa hhe if korang nak ,jom lah menggila kat MELaka jangan sampai tergila-gila kat pakcik buat terOmpah nie sudaaa hhe :)






oKEh ! nie gula-gula ketuk ,ntahlah saya pun xpenaa makan lagi ,sedap kot ,jOm p cari area melaka mesti banyak punye :)












hah gelang tangan  Manik rm6O? yup kenapa xpercaya ,if xbelieve jom kita p cari sampai dapat .









aRe u tired?Jom pekenaa  Coconut Shake ! kat melaka memang terkenal gerai2 macam nie ,ramai student2 Utem lepak biasanya ,saya pun pena singgah dan Hot3 ramai orang xputus2 taw ,so if korang pegi Melaka jangan lupa singgah jap gerai2 tepi jalan ,sememangnya menarik ,rugi ta cuba .. mmm sedap !




Okeh kepada semua Kaum Wanita di luar sana ,shopping2 jugak ,bajet pun kena jaga taw .no boros hidup pun terurus :)) gudnite :D

0 comments:

Indah bila bersama yang HALAL

January 06, 2013,0 Comments


Indah Bila Bersama yang HALAL

Hai guys!
jemput jeles dengan pasangan romant!k ny 
Cun kan :)



bahagia bila hanya yang HALAL disisi :)


 Serasi seiras ,luv it :)


bila tengok gambar nie rasa macam sedikit teruja "Oh bahagia nya "

kadang-kadang terfikir siapa dan bahagia kah kita suatu hari nanti dengan JODOH TUHAN berikan.

Hanya Dia yang tentukan ,kita hanya menerima :')



Photo:credit to A Z M K

0 comments:

TAHAP KEPERCAYAAN DIRI SENDIRI

January 05, 2013,3 Comments

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM 1 MALAYSIA SEMUA !

Sejak akhir-akhir ini ,satu program realiti tv telah mengadakan satu program yang hangat lagi mencabar dan mendebar-debuk kan hati semua ,bukan saya sahaja,malah semua yang menonton apatah lagi sang peserta ! 

Siapa yang mendengar FEAR FACTOR pasti tertanya-tanya ,apakah,bagaimanakah,di manakah,siapakah dan best kah? okey  guys ,di sini saya sebagai host di blog saya sendiri akan kongsi serba sedikit info untuk melipatkali gandakan pengetahuan ,info semasa anda semua ! Apa yang kita semak dari info dunia ternyata FEAR FACTOR sangat dikenali ramai iaitu satu program yang membabitkan makanan jijik, ketakutan, ketinggian dan psikologi mental peserta yang mana ia  telah diadaptasi di 36 buah negara termasuk Indonesia dan kini secara realitinya di Malaysia! 


Sejarah awal Fear Factor sebenarnya berasal dari Belanda yang dihasilkan oleh Endemol USA iaitu pengeluar TV dan syarikat pengedaran antarabangsa yang berpangkalan di negara tersebut.
Di Belanda, ia dikenali sebagai Now or Neverland, namun bagi pasaran AS bermula pada tahun 2001, judulnya ditukar kepada Fear Factor.
Bagi Fear Factor versi AS yang menawarkan ganjaran AS$50,000 (RM160,000) bagi juara, ia bukan sahaja membabitkan penyertaan pasangan dalam kalangan keluarga tetapi juga sahabat.
Bagi tujuan tarikan komersial berganda, ia turut membabitkan model, ahli sukan gusti, ratu cantik dan bintang realiti daripada program The Amazing Race, Survivor, American Idol, The Apprentice dan The Real World.
Terdapat tiga cabaran dalam Fear Factor iaitu melibatkan fizikal, mental dan aksi di dalam filem. Cabaran pertama, membabitkan fizikal yang direka bentuk untuk menguji ketahanan diri setiap peserta atau pasukan. Contohnya seperti melompat dari satu bangunan ke bangunan yang berikutnya.
Cabaran kedua, ia membabitkan mental peserta iaitu makan makanan yang menjijikkan seperti makan bahagian-bahagian badan binatang yang jijik, serangga hidup atau campuran pelbagai jenis serangga dan binatang yang sudah dikisar.
Terdapat juga cabaran lain yang melibatkan mental peserta seperti membenamkan kepala atau tidur bersama dengan pelbagai jenis binatang seperti tikus, lipas, labah-labah, ular dan cacing.
Peserta dalam cabaran kedua ini juga perlu melalui ketahanan kesakitan seperti merasai asap pemedih mata, berjalan di atas kaca yang pecah dengan keadaan kaki terdedah atau makan lada paling pedas di dunia iaitu habanero.
Cabaran ketiga yang juga terakhir pula melibatkan lagak ngeri seperti di dalam filem iaitu sama juga dengan cabaran pertama. Biasanya ia melibatkan ketinggian, air, kenderaan atau gabungan ketiga-tiganya sekali.
Mungkin cabaran-cabaran pelik dan menarik yang ditonjolkan dalam Fear Factor menyebabkan ia mempunyai nilai komersial yang tinggi sehingga diadaptasikan untuk dijadikan program TV seumpamanya di 36 buah negara.

Stesen televisyen Astro iaitu Astro Ria (saluran 104) buat julung-julung kalinya membawa program Fear Factor ke Malaysia dan telah diubah suai serta diberi nafas segar mengikut kesesuaian budaya dan kehidupan masyarakat Malaysia iaitu Fear Factor Selebriti Malaysia.Kosmo telah melaporkan pada seluruh masyarat malaysia tentang kehangatan FEAR FACTOR ini,Menurut Pengurus saluran Astro Ria, Raqim Ahmad Ramli, perkara-perkara jijik dan aktiviti-aktiviti yang menyalahi budaya Malaysia tidak akan ditonjolkan dalam program Fear Factor Selebriti Malaysia ini . sebagai contonya dengan isu yang melibatkan sensitiviti penonton. Jika melihat format program asal, peserta akan diuji dengan memakan benda-benda yang menjijikkan, tetapi ia tidak akan berlaku dalam program ini,so jangan bimbang ya Masyarakat 1 Malaysia ! :)
Fear Factor Selebriti Malaysia dihasilkan mengikut kesesuaian budaya negara kita tetapi cabaran yang melibatkan rasa ketakutan, ketinggian dan psikologi mental masih dikekalkan
Biarpun tidak memaparkan cabaran makanan yang menjijikkan Fear Factor Selebriti Malaysia masih mampu menjadi daya tarikan penonton kerana cabaran yang melibatkan kekuatan fizikal dan penggunaan haiwan yang menakutkan terpaksa dilalui selebriti-selebriti tempatan.
Seramai 30 selebriti (dibahagikan kepada 13 kumpulan) menyertai Fear Factor Selebriti Malaysia antaranya Johan As'ari, Didie Alias, Zoey, Dafi, Jehan Miskin, Ezlynn, Elfira Loy, Kaka, Mejar Dr. Faiz, Hairul Azreen, Farish Aziz, Azam Pitt, Akim Ahmad, Gambit Saifullah, Zawen Anwar, Roslan Shah dan Norisham Ismail.
Menjelaskan mengenai pemilihan selebriti menyertai program tersebut, Raqim memberitahu, 30 selebriti yang dipilih diwajibkan menjalani ujian fizikal yang disediakan pihak produksi Fear Factor Selebriti Malaysia.ia adalah langkah keselamatan sebelum terjun ke cabaran hangat ini !


PENGALAMAN  AaRON AZIZ 


Aaron Aziz  telah dipilih sebagai host FearFactor jadi  actor kacak ni jugak harus melalui dunia cabaran FEARFACTOR ini terlebih dahulu :)
 Aaron sememangnya takut dengan ketinggian tetapi terpaksa juga melakukan cabaran tersebut.
"Walaupun saya seorang yang gayat dan takut pada ketinggian, saya tetap melakukan cabaran jatuh dari bangunan (free fall) setinggi sembilan tingkat," jelasnya.
Selain daripada cabaran ketinggian, kata Aaron, dia juga kena melakukan aksi di dalam kereta yang diterbalikkan, duduk dalam kontena yang penuhi dengan ular dan tergantung pada tali helikopter yang sedang bergerak.
Malah, kata Aaron, dia juga perlu melakukan aksi di dalam air namun dia tidak dapat melakukannya kerana terkena penyakit pneumonia dan doktor sarankan supaya pelakon Adam dan Hawa itu tidak lakukan cabaran tersebut.
Untuk Info selanjutnya :

-----------> Entri ini ditulis bagi Projek 10 Bloggers Eyriqazz.Com 

3 comments:

Paper mendebar-debuk kan hati !

January 04, 2013,3 Comments

Paper mendebar-debuk kan hati !

SELAMAT MALAM Sohabat Semua !


Wakakka . kecut perot ,nak kencing,mau nye nak tergelak ,semua ada .Mana tidak nya 2nd paper exam jawab petang tadi seolah-olah macam saya dalam marathOn ! hayya .. abang hensem ny ,kenapa awal sangat keluar,baru je sejam masa .Oh tidak dia dbahagian depan meja ,so itulah yang membuatkan saya cemas,gelisah,tercabar cketlaa HHe . 

Tengah syok2 menjawab paper Akidah Islamiah .oke lambat lagi masa ,calm down2 ,abang hensem depan saya terus bangkit ,capai pensil boxnya yang agak cumil ,"haaaa ! Konong2nya terkezut semut !
Maybe macam ny laa kot muka aku time terkezut semut tu kui3


 dalam ati "isk xboley jadi ny ! ... resah gelisah jadinya .rasa macam nk pancung 2 je kepala bulatnya dengan penyapu dewan .nasib baek nama manisnya sama cam bapak saya hhu hai ayah  ,rindu la pulak tetiba sebut nie :| hhu

If ada pedang samurai kat tepi pun boleh ,kasi pancung itu budak hhe


Well :) xkisahlaa kan maybe dia bijak dari dalam perot maknya lagi pandai subjek nie ,bagos2 :D 
Tiba-tiba tah bape minit saat jam ,orang di tepi kanan dan kiri mula bangun ....... uwaaaa .lagi tergugat jiwa mata nih :|,kita corang-corang j kat tengah  .alaaaaa ad saya kisah hhe "ubat hati yang luka".dengan semangat jiwa raga kentar jawab exam dengan penuh sopan santun hhu .. yey akhirnya finish ! then orang dibelakangku mula bangkit .. ooo nak tinggalkan kite jugak ye hhe xpe2 sebenarnya ramai lagi dalam dewan tuh .biasalah bila sume2 mak guard dan pak guard dtepi kita xde ,mula kita kecut perot jugak kan 

,so buat adik2 jangan keluh resah even kawan-kawan disekeliling awal meninggalkan dewan ,think positive insyaAllah ,kita dijauhkan dengan perasaan yang menggangu .goodluck ya !

3 comments:

UNSTRESS WITH Song SAMI YUSUF:)

January 03, 2013,0 Comments

Assalaamualaikum para pelajar yang lagi bijaksinisana !

Anda Stress Sangat2?
Anda Tension Teramat?
Anda Serabut Serabai?
Anda Tertekan lagi ditekan?
Anda rasa nak makan buku-buku atas meja study?
Anda nak tumbuk kawan sampai lebam?

Heee Jangan ! Nanti mak marah ,Sabar Sabar kita bukan di medan Perang seperti dMuka Bumi Palestin,yang memerlukan pengorbanan darah,Syukur kita maseh dMalaysia,yang Maseh dberi kesempatan untuk kita bina kehidupan yang lagi baik dan lagi lagi baik  .

Sejujurnya Penat study bukan perkara luar biasa ,semua orang merasa baik dsekola rendah,sekola menengah dan ipta/ipts .sO kesimpulannya kita sendiri yang harus ikhtiar sesungguh mungkin untuk mencari/berusaha bagaimana cara untuk menanganinya .

laen orang lagi ragam ,so ta perlu ikut -ikut cara orang tuh ,cara orang nih untuk memperbaik ruang-ruang rumah minda kita supaya lebih positif ,saya tekankan dsini supaya Saya/kita/Kamu Supaya berdiri di atas tapak kaki sendiri,maksudnya kita boleh memperbaik sendiri :) anda rasa dan anda yang merasa !

Mungkin bila penat study /perah otak kanan kiri atas bawah kita boleh relax/rehat sekejap dengan secubit lagu yang sloW ......... jer.. such as song by Sami Yusuf;Healing ,lagu nie saya selalu on kan  bila study sorang-sorang supaya xleka di ulik arus khayalan hhe "minda sape yang xmelayang kesana-kesini memang haibaik:) "



Song by Sami YUsuF ;love /peberet saya la nie,siyes release ,loike !

0 comments: