Fashion

HAQQI.COM.MY | Portal Online Shopping Patuh Syariah Pertama di Malaysia!

March 27, 2017,3 Comments

Assalamualaikum penggemar fesyen ! :)
Ada yang bermasalah ke dalam bab berfesyen ni? 
Ada yg cakap tak tahu nak up to date dengan fesyen macam mana, susah nak cari fesyen fesyen islamik pulak . Ahaa awak semua, jangan risau k, Mar dah jumpa portal fesyen islamik untuk kita semua taw. Dalam portal ni ada fesyen fesyen yang up to date, so takrisau lah nak berfesyen lepas ni lebih lebih lagi ada pula keperluan haji dan umrah. Sempurna sangat! 
 Mesti teruja kan hhe duk rumah je dah boleh shopping. Jom kita cuci mataaa!
Kenapa HAQQI diwujudkan
sebab ia memudahkan bakal jemaah haji & umrah mendapatkan keperluan asas ibadah melalui pembelian di atas talian taw. Terbaik sangat! Apa lagi ajak orang kampung, makcikpakcik, abangkakak, mak ayah kita online je hhe. Dalam HAQQI bukan ada keperluan asas haji je taw . Ada juga fesyen islamik  pelbagai jenama yang menepati hukum syariah. Sebab tu Mar kata best .

Try tengok website dia , perggghh lawaa lawaaa semuaaa !
Mar hari hari bukak web ni sebab nak pilih baju rayaaaa . Kemahen kan, raya lambat lagi dah start mencarikk . Heee
KLIK : 
 { www.haqqi.com.my }



Mar dah jatuhh cintaaa T_T
Tengoklah brand artis kegemaran korang pun ada kat sini taw. Apa lagi kita nak dustakan? Ehe.  Antara jenama yang menjadi vendor Haqqi ialah 
Owl by Nora Danish, Dara by Fathia Latiff, Izzuexlusive, Ameera Zaini, El by Elfira Loy, Sir Nasin , Zareeth Zehra dan korang kena stay tuned dekat website ni sebab banyak lagi jenama hebat yang bakal bertapak di haqqi.com.my taw. Tasabarnyaaaaaa!


Bukak www.haqqi.com.my boleh buat semua jatuh cinta la . Website ni semua keperluan haji umrah ada dari telekung, jubah,barang barang keperluan penjagaan diri ketika menunaikan haji umrah. Boleh katakan semua ada laaa, jadi bolehlah shopping untuk ibu ayah yang nak pergi haji umrah kan.  Mak mertua jugakk . EHHH
Tengok ni, Parcel  Mar shopping kat www.haqqi.com.my dah sampai taw.  Servis dia memang  terbaik Mar bagi 100% yay!  Jom kita ber ootd .
 BAJU KURUNG ZAREETH ZEHRA 
Dahh siap pakai dahhh awak. hhe Nasib baik baju kurung hitam ada kat www.haqqi.com.my  ni. Dah lama carik. Thank you memang boleh buat raya tahun ni sekali ! hhe Tengokk sampai tertidur dahh alahai .
Kain dia tak mudah kedut . Iloikee!  Nak duduk pun selesa. 
Alhamdulillah thank you Zareeth Zehra & Haqqi.com.my . 

________________________________________________________

Untuk korang yang nak beli kat website boleh terus daftar okay. 
Senang meh Mar ajar: 

KAEDAH MEMBELI BELAH DI PORTAL HAQQI
1.1. Daftar akaun anda dengan mengisi alamat email dan klik daftar
1.2. Click - Pilih dan klik produk pilihan anda untuk disimpan di bakul impian. Check - Periksa alamat penghantaran. Choose - Pilih kaedah pembayaran sama ada melalui kredit, debit mahupun pengelola pembayaran 7 Eleven.   
1.3. Setelah selesai dan berjaya membuat pembayaran, pelanggan akan mendapat email dari pihak www.haqqi.com.my. 


HAQQI DALAM APLIKASI 'THIJARI' 
 Korang www.haqqi.com.my ni juga boleh diakses menerusi aplikasi‘Thijari’ dan laman sesawang KTHB www.kthb.com.my taw . Memang mudah sangatlaaa!


BUTIK FIZIKAL HAQQI
Haqqi juga turut  melancarkan butik fizikal pertamanya di Seksyen 7, Shah Alam, Selangor taw . Untungnyaa yang berdekatan bolehla singgah cuci mata nanti k! Cawangan pertama ini merupakan perintis bagi pembukaan 5 cawangan lagi di Bangi, Kuala Lumpur, Kota Bahru, Kuala Terengganu dan Johor Bharu. Owwahh hebattt dok?hhe !
Mar sempat singgah kat butik HAQQI taw. Terjatuh cinta dengan telekung telekung kat sana pulak. Memang banyak pilihan. Yang penting material dia sejuk & sejuk juga mata awak memandang.hiks!  Suka suka suka suka serius. 
Bawak mak ayah awak datang sini mesti diorang suka lah .
PORTAL BELI BELAH ANDA
Layarilah haqqi.com.my untuk membeli belah keperluan ibadah dan fesyen kegemaran korang taw! Jika ingin melihat sendiri koleksi pilihan terbaik, korang boleh kunjungi butik fizikal di alamat berikut:

Butik Haqqi,

No 13 & 15, Jalan Plumbum S7/S, Seksyen 7, 40000, Shah Alam , Selangor
(Sebaris dengan JAKEL Shah Alam)
No. Telefon: +60 3-5523 4798


Ikuti perkembangan Haqqi di Media Sosial:



"Terima kasih membaca dengan hati yang indah"

3 comments:

Food

Resepi Ayam Tandoori bersama rempah tandoori sedap & murah !

March 23, 2017,2 Comments

Tahu tak masak tandoori ni sedap sangat!? Mar jarang makan tandoori kat kedai taw, sekali dua ada la. Itu pun sebab jarang lepak Mamak. Tapi tapii tapiii. Bila try buat sendiri ayam tandoori kat rumah . Perghh paduu hhe . Mar kongsi resepi simple gadis rumah sewa siket!


Mar guna bahan bahan yang ringkas simple past tense je. hhew . Ini resepi ringkas je taw.

BAHAN-BAHAN :-)

1-4 kepingan peha AYAM
3-4 sudu besar REMPAH TANDOORI @foodsandspices
2-3 sudu besar YOGURT
1sudu besar perahan LEMON
2 sudu besar PLANTA /MINYAK
Daun Salad untuk hiasan
Sedikit hirisan bawang merah besar(bawang india)

CARA CARA MEMASAK GUNA KUALI 
Ambil ayam yang dah siap dicuci, Masukkan rempah tandoori (ikut kuantiti ayam yg diguna) 1-2 sudu besar Mar guna utk 1 paha ayam, Masukkan 2 sudu besar yogurt then Mar perahkan lemon (sebab Mar suka rasa masam lemon) Gaul rata dan Perapkan selama 1jam -2jam . . Panaskan kuali dan letak planta . Baru lah masukkan ayam yg dah diperap tadi. Guna api yang perlahan & tutup kuali dengan penutup. Selang beberapa minit terbalikkan ayam tadi dan tutup balik biarkan ia masak & garing . Jangan terlalu lama kalau guna kuali yang nipis nanti hangit! heeew . 
P/S: Bagi sesiapa yang stay rumah sewa tiada oven atau pemanggang boleh guna kuali . hhiks! menjadi okayyyy . 
CARA  MEMASAK GUNA OVEN 
Panaskan pada suhu oven 200C, letak ayam dalam bekas yang tahan panas taw, Bakar dalam 40minit atau hingga masak. Selepas 20minit,  kena keluarkan dan terbalikkan ayam tu. Dan masukkan balik sehinggalah masak  : ) 
CARA MEMASAK GUNA PEMANGGANG
Bakar dalam pemanggang/kuali ajaib  mengambil masa lebih kurang 20 - 25 minit sahaja untuk masak. Sebab kuali betutup dan proses memasak lebih cepat. Isinya pun lembap dan tidak kering. Jika dibakar atas bara api, oleskan lebihan bahan pemerap atasnya sambil dibalik2kan

Yang penting korang gunalah rempah ayam tandoori dari @foodsandspices ni . Memang bestlah . Mar nak repeat lagi beli . Rempah ni boleh jugak buat masak IKAN & DAGING taw . Perghh pasni Mar buat resepi ikan tandoori & daging tandoori la pulak . hhiks! 

Fuhh. masak makan dengan nasik atau capati besttt ni. Panas panas pulak terbaiklah. Pedas dan bau rempah dia Mar suka . Kalau yang kat kedai tak terliur sangat nak makan, bila buat sendiri memang nak makan tandoori je tiap hari hhe.
Tengok Mar siap bawak ayam tandoori ni kat office sebab sedap weiyhh makan ratah macam tu je pun best. Mar dok berceghita kat korang semua ni pun tertelan air liur rasa nak p masak lagi . Hhe!
So kalau korang nak makan tandoori bolehla order dengan Food and Spices ni taw. Seriously recommeded . Nak repeat order lagii pleaseee!! Tunggu ikan & daging tandoori plk Mar masakkk. hhe

REMPAH TANDOORI FOOD AND SPICES 
CONTACT : 012-5994044 .
INSTAGRAM : @foodsandspices
FACEBOOK    : @foodsandspices


2 comments:

Fashion

Asia Islamic Fashion Week gegar Kuala Lumpur ! - AIFW 2017

March 04, 2017,1 Comments


Satu lagi Fenomena Fashion yang akan menggegarkan Malaysia dan seluruh Asia . 
ASIA ISLAMIC FASHION WEEK 2017 !
Baru baru ni Mar ke pelancaran AIFW di KLCC . Memang menarik sebab AIFW adalah satu kolaborasi fesyen islamik dengan semua fesyen line seluruh Asia . Antaranya brunei, indonesia, thailand dan banyak lagi . 
ASIA ISLAMIC FASHION WEEK berbeza dengan event sebelum ini kerana ia merangkumi 
- Fashion Trade
- Fashion Shows 
- Fashion Seminars/Workshops

Bestkan! Woot Woot, rugi sape yang tak pergi nanti . Peminat fesyen islamik memang wajib pergi dan AIFW ni pertama kali di Malaysia taw! 
Hebat! Ramai juga artis yang hadir ke Soft launched antaranya Amy Search & Mizz Nina. 


Soft Launched ni dirasmikan oleh YB. Datuk Seri Utama Tengku Adnan Bin Tengku Mansor, Minister of Federal Territories. Korang nak tahu tak? First time i dengar satu ucapan yang paling best dari Menteri di KL ni pasal syariah compliant . OMG! Sorry to say to other minister okay .

Beliau berpesan kepada semua Fashion Designer Islamic kat luar sana supaya design pakaian yang longgar longgar dan patuh syariat .

"Saya nak berpesan pada semua designer kat luar sana, design lah pakaian yang longgar longgar sikit, saya risau dengan dunia akhir zaman ni, saya risau people terpesong dengan semua , kalau pakaian islamik janganlah menonjol di depan jangan menonjol di belakang" 

"Kalau saya tak sebut, saya akan disoal di akhirat nanti, sebab saya adalah pemimpin, saya kena pegang amanah" 
                                                          -YB. Datuk Seri Utama Tengku Adnan Bin Tengku Mansor

Korang tahu, Mar sangat respect apa yang disampaikan oleh beliau , memang sangat sangat menusuk ke jantung hati jiwa paru paru limpa . Alhamdulillah. Proud of you Datuk Seri ! Kadang fesyen designer sangat sangat kena memainkan peranan untuk setiap manusia membawa imej yang terbaik . Bukan makin kurangkan benang! Please . Sama sama kita jaga. insyaAllah .


We care What we wear ! See you there all fashionista ! :)
Follow my ig : @puterymemory


1 comments: