recipe

Resepi: Sambal Tumis Udang Mudah

June 25, 2015,2 Comments

Assalamualaikum Kesayangan!
Hari ni berbuka dengan apa? 
Apakata kita tukar selera masak udang pulak?! Bestnyaaaa !
Yey! ini hasil tangkapan abang Mar . Sedapnya . Tak tahan tengok . hahha terliur!

Bahan-Bahan:
1)Udang 
2)Cili kisar
3)Bawang besar (kisar)
4)Ulas bawang putih (kisar)
5)Air asam jawa
6)Gula
7)Garam

Cara-Cara:
1)Panaskan minyak untuk goreng udang  . Angkat .
2)Tumis bahan bahan yang dikisar sehingga cili  masak.Biarkan sampai garing.
3)Masukkan gula secukup rasa. Kacau dan masukkan air asam jawa serta garam.
4)Masukkan udang yang telah digoreng tadi. Sesuaikan rasa dan kepekatan. Angkat dan bolehlah dihidangkan dengan nasi putih atau nasi lemak.

Berebutlah Kalau jumpa udang yang ada telur . Haip ! Ini Mar yang punya . Eheh .
Favourite okay,tak kira kalau ikan ada telor ke memang saya lah yang punya . Hahahha *gelakjahat* 

Kalau nak lagi sedap masuklah petai . Nyum! best jugak  .
Alhamdulillah .
Ini Masak kat kedai abang Mar taw. Kak ipar pulak ajar resepi ni. Sedapnya!

Selamat Berbuka semua :)
Bye!

2 comments:

Segmen Dress Kesayangan Putery Memory

June 24, 2015,16 Comments


ASSALAMUALAIKUM 
Kesayangan!


Happy Ramadhan .
Alhamdulillah 

Okay kali ni Saya rasa nak buat segmen untuk barang kesayangan saya .
Sape nak angkat tangan?

Dress Cantik .
Ini barang kesayangan yang Putery Memory beli dan hanya pakai 1 kali sahaja .
Sebab beli tak ngam sangat eheh .

Jadi ia sesuai untuk korang yang cantik2 
tinggi 160 kebawah dan kurus tahu .
Itulah bila jadi tinggi ni susah nak cari Dress yang sesuai dan labuh .
hhuk sedeyh !




Sayang sangat Pink Colour Dress ni . tssst 


Okay ini Brown colour . 
Dua Dua kesayangan putery memory tahu T_T



Okay kalau nak,  senang ja .
korang hanya perlu 

(1) FOLLOW BLOG : www.puterymemory.com 

(2) FOLLOW INSTAGRAM : @puterymemory
(3)LIKE PAGE : @puterymemory.com


Dan 
jangan lupa ,tinggalkan komen kat bawah .
"Saya join"

Saya akan pilih dua pemenang ikut random okay?


Selamat Mencuba !

Wajib : ikut syarat syarat di atas ya .

p/s : Dress ni sesuai untuk orang kurus taw .

16 comments:

resepi

Resepi Mudah berbuka puasa Asam Pedas Tempoyak

June 23, 2015,1 Comments



ASAM PEDAS TEMPOYAK



BAHAN-BAHAN

1)Ikan patin/ikan biasa *ikutsukahati*
2)tempoyak
3)asam keping
4)timun tua
5)kunyit hidup
7)lada
8)Bunga kantan
9)lengkuas (ketuk )
10)Daun kesum
11)tomato

Tumbuk
-Bawang merah,lada, kunyit, garam besar (utk cpt hancur/lumat)


CARA-CARA

-Masukkan air (biarkan mendidih)
-Masukkan lengkuas
-Masukkan tempoyak
-Masukkan bahan yang siap ditumbuk tadi.

-Masukkan garam secukup rasa
-Masukkan ikan
-Masukkan tomato/lada besar *hiasan bagi cantik je sebenarnya* haha

Okay biarkan mendidih .
Dan siap !



Maaf bahan bahan tak sempat nak di tangkap gambo .
heheh lelaju je nak menumbuk punya pasai .





Sesetengah tempat je ,yang suka masukkan timun taw . kalau tak nak pun tak pe. Tapi saya sangat suka la kalau masukkan timun ni . eheh best !




Kalau tak nak masukkan bunga kantan pun boleh ikut suka taw . 
p/s : psss. Ini menu campak campak taw. Awas .hahha





Okay alhamdulillah dah siap .
Ini resepi asam pedas biasa sahaja,untuk orang bujang macam saya .hahha
kebiasaan orang buat pekat kan . Tapi saya suka yang macam ni aja . 
urrmmm.sedapnya !


korang boleh tambah apa apa nak lagi sedap .


Sebab kadang ikut tekak kita sendiri lagi best kan.



Happy Ramadhan semua .
#Syukurselalu .


1 comments:

Lifestyle

[DAY 4] The Single Woman’s 30-Day Blogging Challenge!

June 22, 2015,1 Comments



Assalamualaikum awak yang setia.
Okay kali ni saya bizi sangat ! .eh selalu ja bizi. Serious lee hhu  tak tipu, disebabkan cik adik ni dah nak habis praktikal,jadi hanya Allah je yang tahu betapa bergunungnya report nak kena buat *Nangistepimeja*





4)      Your biggest fear as a single person.



okay soalan kali ni seakan sama ja jawapan yang saya nak bagi macam soalan sebelum ni . haha . Nampak tak dia da tak da idea sebenarnya nak jawab *padahalmalas*hhe. bukan apa bila dah kemain busy jadi malas nak fikir . Tak da idea taw untuk pembaca setia saya ni . Yes awaklah . jap nak pikiaq urmm ..



Okay bagi saya, biggest fear akan hadir pada orang yang pernah couple dan break , jadi dah terbiasa hidup disamping seseorang yang selalu bagi semangat ,dorongan,jatuh bangun dalam hidup ,tetiba hilang lenyap begitu saja . Haa jadi, memang akan bagi biggest fear lah untuk orang yang tak biasa hidup seorang diri ni kan .




Saya pulak? Urm , sejujurnya istilah biggest fear be a single ni tak ada lah dalam kamus hidup, sebab walau sendiri kita ada kekuatan untuk hidup,maknanya kita boleh berdikari sendiri.

Berdikari kat sini banyak makna :

Berdikari sendiri tanpa bantuan si dia untuk teman 
kemana-mana .
Berdikari ubat hati sendiri tanpa bantuan telinga si dia .
Berdikari kawal emosi sendiri bila saat sedih ada masalah dalam hidup.
Berdikari sendiri untuk capai impian kejayaan hidup .
Berdikari untuk kongsi keseronokkan gembira dengan diri sendiri !

Semua pembaca tertanya-tanya,tak kan lah saya tak da orang istimewa dalam hidup sebelum ni .

Ada lah . Kawan lelaki semua orang ada. Pasti ada salah sorang yg sangat ambil berat hal kita, tapi anggap semua itu ada had masanya.Bukan hak milik kita, mereka pasti ada ruang tanggungjawab besar lagi untuk famili, ibu ayah mereka . 

Sebab kena ingat satu je, mereka perlu pentingkan org yang paling utama iaitu Ibu bapa . Jadi tak perlu rasa dia milik kita,baru la tak akward bila sendirian taw. kita tak kan rasa down bila dia tak da. Sure!



Kena pandai bawa hati taw .

tapi , sebab utama kenapa tak lah rasa biggest fear .
sebab . 
Saya masih muda . Eheh .

kalau umur 30 akan lah rasa biggest fear gegila laa kan . 

Eh *umursayaberapa?* 

Cari laa sendiri . ahhahaha .

thanks reading .







1 comments:

menu ramadhan

Resepi Sahur Mudah untuk Hidup sihat

June 19, 2015,3 Comments


Resepi Sihat untuk Sarapan /Sahur

Bahan :

1)Roti Keping
2)Milo
3)Pisang (potong nipis nipis)
4)kurma  (buang biji)

Cara-Cara :

1)Ambil 1 keping Roti 
2)taburkan milo atas roti 
3)letak/susun cecantik pisang yang dah siap potong.
4)susun/letak kurma sekali












Siap! :)
Senang kan.

Tapi kalau nak lagi sedap,
Nak try milo jadi coklat meleleh cair?

Panaskan dalam kuali. 
Milo tadi akan cair, membuatkan korang rasa nak ngap cepat-cepat ! hehe

sedap sangat sangat ouch!






Ini menu sarapan sihat mudah saya  .

So jangan risau , 
puasa  pun kita boleh amalkan  permakanan yang sihat tw.
tapi tapiiii korang 
jangan terlalu banyak ambil milo ni sebab tak helokk jugak kalau terlebih okay, apa apa pun Mar suka milo sebab boleh tingkatkan energy . Wohaaaa  jadi semangat gitew kat ofis. hee 

Happy Ramadhan okay 
Cantik & Hensem :')

#Alhamdulillahsyukur!
Thanks selalu baca blog Mar .

Yes, yes tips untuk awak :)

3 comments:

Lifestyle

Miss & Mister Charming 2015

June 18, 2015,7 Comments


Hello Kesayangan saya !

Baru baru ni Putery Memory dapat jemputan ke Miss & Mister Charming 2015 fashionshow!

Terubat rindu catwalk .
*lamanya tak jalan jalan meow*
 hee

Dan
Mestilah happy sebab dapat seat free . 
Seat dengan harga RM50,RM80 & RM100  .


Thanks for invitation sis Fiona Sharafina .
Congratulation Kosserani . Event yang sangat gempak .


Event ni dihadiri oleh pelbagai latar belakang , para model ,artis,designer,make up artist,finalis Dewi Remaja,blogger dan ramai lagi.

Artis yang turut sama dijemput ; kak Wawa Zainal.
Comel kan. K.wawa sekarang preggy untuk anak kedua .
Sangat peramah orangnya .  


Wah ramai !.
By the way , putery memory bawa girlfriend ke event best ni . 
Siti Auni Afifah a.k.a Mek Onie . Walaupun kitorang baru kenal ,tapi dia la kawan paling Havoc ! aum sporting gegila .


Thanks my girlfriend ,nanti boleh ajak onie lagi ke event best macam ni .
perhatian : #sayabukanyuhanis .haha



Kami di meja 10 . Menu malam tu pun best . tapi tak jamah sangat sebab kusyuk je tengok fashionshow . ahaaa . 


Okay barisan Finalis Dewi remaja pun turut hadir , Deja , Farah & Nana Gomez







Antara pasangan model yang memperagakan pakaian tradisional .
 * Sorry tak sempat nak tangkap gambar semua pakaian* 
Itulah kusyuk fokus sangat tengok performance diorang kan .hee




Banyak kategori dipertandingkan dalam fashionshow ni . Antaranya ialah best catwalk model dan banyak lagi.

 Sesi penyampaian hadiah untuk pemenang  oleh penaja event ni .



Event ni ada cabutan bertuah taw . 
Tengok sape yang bertuah tu . Alhamdulillah . Tak sangka dapat hamper besar berat pulak kih kih .  . Before this, tak pernah bertuah taw. kali ni 105 my luck number . Eheh . Thanks Adabi ! 
*Aum, balik rumah kita main masak masak dengan produk Adabi okay*heee








Fashionshow yang agak sengit . 
Bila Top 5  Male & Top 5 Female Model dipilih . then ada sesi Q& A yang menentukan mereka jadi juara TOP 3 Female & Male Model.

and the last 
Congratulation to all the winner !


This TOP 3 from Male model & Female model . 


Top 3 Winner Mister Charming 2015 

Winner  : Adam Arjuna
1st Runner up : Nelson
2nd Runner up : Yusairi



Tahniah Adam Arjuna ! The Mister Charming tonight . 
Ehem . Belanja Bunga satu ! 

P/S : Dia ni kan, Dia ni kan memang suka pemes . orang hot kan  huhu * 

 - _ -*  untunglah femes. 



Okay they are Miss & Mister Charming 2015 . 

Congratulation both of you ! .

Yang paling penting hebat jawab Q& A .  

I love beauty & handsome with brain okay .


"Saya percaya  Kecantikan / ketampanan perlu seiring
 dengan kebijaksanaan kerana anda bakal menjadi idola untuk semua masyarakat di luar sana terutamanya untuk golongan belia remaja ''  -Putery Memory


Be a beauty with brain. Be successful in things you do. Always take care of your words & actions. Gain respect instead of cheap praises.


So keep it up .



Thanks reading .

7 comments:

Lifestyle

[DAY 3] The Single Woman’s 30-Day Blogging Challenge!

June 18, 2015,2 Comments


Holla everyone!
Selamat berpuasa . 
Nasiblah 1st Day puasa di perantauan. Kan best dapat puasa kat rumah . Hidangan pun melimpah . 
opps . Heee .

Okay soalan apa pulak untuk kali ini? Ehem soalan ni agak best ! 




3)      Describe a moment or a day when being single was really awesome.



Hoyey . suka suka suka sangat .
by the way korang . Single buat saya rasa happy ! Why ?
 Yes seperti yang saya mention sebelum ni, bila be a single ni buatkan hidup rasa lagi seronok . Eheh . 

 1) Bila single saya boleh capai semua impian yang saya inginkan . Tak perlu report,tak perlu mintak permission si dia . Kalau ada boyfriend/suami ,setiap saat wajiblah report dan minta izin dulu . Kadang bukan semua apa yang kita nak buat, kita akan dapat . So bila single . Alhamdulillah . rasa selesa sangat .

Bila kita in relationship,kta perlu korbankan segala kesukaan kita , yelah demi menjaga hati si dia kan ? 

Tak nak gaduh gaduh untuk benda benda yang remeh temeh . 

Jadi , single is a way . Eeheh .
Tapi ,korang yang ada partner yang memahami ,memang bonus tahu . 
Ehem . 

Jaga hubungan elok-elok . jangan gaduh gaduh. 

2)Secara positifnya , single bagi saya peluang untuk berjaya .
Sebab saya akan fokus untuk study untuk exam untuk kerja. Tanpa ada gangguan emosi dan pelbagai lah .

Tak perlu risau moody tetiba,sakit hati .  
Bila single enjoy with your life okay . 

3)then,Boleh buat semua hobi yang saya suka . Kadang sesetengah orang akan halang apa yang kita suka buat . 

eh ! ada orang nak tahu hobi apa yang saya suka buat? ehe, kena la type 1 entry lagi untuk  hobi pulak . okay salah satunya saya suka bersukan .
Kadang kalau ada pasangan yang suka apa yang kita suka kan best . Eh .
*Topiklainpulak* hee

4) Single buatkan kita jadi kawan yang paling sporting. Kawan ajak keluar. Okay jom . Ada jemputan event . Okay jom . InsyaAllah ,batas pergaulan lelaki perempuan terjaga. 

5) Tak membazir masa dan duit . haha . Actually, saya sangat sangat busy, jadi banyak masa saya perlu fokus pada kehidupan saya sendiri . Kalau ada partner nak kena bagi komitmen kat si dia lagi,call whatsapp,jumpa dan pelbagai lah. So memang tak sempat nak layan whatsapp 24 jam,nak call hari hari . 

So bila single,kita enjoy ! 

K bye .
Alhamdulillah . Saya selesa .
I love to be a single, what about you girls or boys?

p/s :wait,kalau jodoh datang awal,pasti ajak kawin terus,no need couple-couple tahu :P






2 comments:

review

Butik Muslimah Uswah Islamik Clothing

June 15, 2015,1 Comments


Assalamualaikum Muslimah Canteks !

Yey! Rayaa dah nak dekat . Eh puasa dulu .
By the way . Putery Memory nak ucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan untuk semua . Persiapkan diri & hati . 
InsyaAllah sama sama tingkatkan ibadah dalam bulan mulia ni okay?

Haa Raya dah makin hampir . Pasti semua kakak adik adik comel kat luar sana tengah tercari-cari baju raya  kan . 

Kalau nak cari yang berkonsepkan Muslimah takperlu pergi jauh jauh . 
USWAH ISLAMIK CLOTHING 
semua ada. 

Butik Uswah terletak di 
BANGI GATEWAY .





Butik ni berkonsepkan vendor butik taw; jadi jangan memalu kucing ya nak grab special thing kat sini . Ehe . Dress, Skirt ,Tudung . Okay pilih auntie,pilih .




Wahh ! Tengok . Saya dah tak tahu nak pilih dress mana,semua buat saya telan air liur lah . hahah






Bukan pakaian je ada kat sini tahu . Handbag , Kasut , Handsock ,Stoking .
Tengok kasut warna merah tu ..... Cantik gila !  Rugi tak grab terus hari tu . Kalau tak ,bertambahlah koleksi kasut Putery Memory jawabnya .




Bila beli tudung,shawl kat sini ,terus grab aksesori cantik ni taw  , pin ,jarum ,kerongsang . Lengkaplah !





Staff Uswah Islamik Clothing sangat mesra . Baik sangat . Cantik .Sopan Santun lagi .






Tengok Putery Memory dapat apa kat Uswah ni .
 Cantik kan .  Stoking . Skirt . Losyen. Pin tudung berbunga . 
Thanks Uswah Islamik Clothing .


Pastel Kaler ! Yes . Style sekarang kan .Semua dah suka Pastel colour . Hari tu saya tengok bermacam macam pastel ada. Tak rungsing lah kalau nak memilih warna apa yang you suka .



Hoyey ! shopping Time ! . Eh  cantik tak?
Ini handbag yang paling buat saya tak tidur malam . Rasa nak pergi lagi sebab harga pun berpatutan .
Jom nak raya ni kita shopping kat butik Muslimah ni .

USWAH ISLAMIK CLOTHING .
 Boleh follow instagram untuk beli online.

@uswahislamicclothing

Follow cepat cepat !


1 comments: