Showing posts with label Filem. Show all posts

CHOWRASTA Filem Melayu pertama yang best saya layan !


Assalamualakum .
Hi sayang jom tengok wayang ! :)
Korang yang suka tengok wayang jom kita layan Chowrasta pulak Disember nanti .

Filem terbaru arahan pengarah terkenal, 

Dato’ Profesor  A. Razak Mohaideen berjudul Chowrasta bakal menjadi fenomena dalam industri perfileman tempatan apabila ditayangkan di seluruh Malaysia bermula 3 Disember 2015 .


''CHOWRASTA'' Mengangkat Martabat Melayu ! 

Antara babak romantik dalam Chowrasta 

Lakonan Hebat pelakon Chowrasta 

Filem terbitan bersama FiTA Studios Sdn bhd dan Nation Film Studio Sdn Bhd ini diadaptasi daripada buku semi-biografi Naib Canselor UITM, Tan Sri Dato’ Sri Prof Ir Dr Sahol Hamid Abu Bakar yang berjudul ‘Mencorak Destini’ berkisar mengenai perjuangan dalam memartabatkan bangsa Melayu.


Chowrasta, memang best cerita dia penuh aksi , kalau korang semua yang minat filem aksi memang wajib tengok , cerita ni jugak ada elemen romantik dan juga kelakar . Yes kelakar gila , tak kering gusi tengok .  Yang paling best adalah cerita melayu yang banyak memberi pengajaran kepada kita rakyat Malaysia . Buat air mata I jatuh. menangis dalam pawagam .Isk !  .  Serious . Salute ! I love bangsa kita .  Mesej utama cerita ni adalah satu perjuangan dan perjalanan seorang lelaki mengubah nasib hidup anak bangsanya .



Antara rakan Blogger yang hadir tayangan perdana chowrasta bersama barisan pelakon di GSC Nusentrall Mall


Sinopsis ringkas :

Mengisahkan perjalanan hidup seorang pemuda Melayu miskin yang sering dihina bernama Hamid,lakonan bintang baru Chem Ammar.  Hamid telah menyertai seni pertahankan diri Muay Thai dan kongsi gelap yang diketuia pakciknya Uncle Don ( Datuk Rosyam Nor) yang kemudian menasihatinya melanjutkan pelajaran ke ITM,Shah Alam.

ITM tidak sekadar membentuk Hamid menjadi individu berguna malah turut bertemu cinta hatinnya, Hanizah ( Nora Danish ). Namun, kemiskinan memaksa Hamid membuat kerja sambilan dan sekaligus gagal memberi perhatian dalam pelajaran sehingga disingkirkan dari ITM. Hamid kemudian diberi peluang kedia apabila pensyarah sanggup membiayaainya untuk kembali belajar di ITM.

Menurut pengarah, Prof. A Razak, Chowrasta yang menelan kos penerbitan sekitar RM2 juta adalah sebuah biografi yang menyuntik semangat Melayu. 

Filem ini adalah hadiah kepada Alumni UITM agar mereka menghargai segala pengorbanan yang dilakukan oleh UITM dalam mengubah destini anak bangsa’’,katanya .

Filem yang berlatar belakang tahun 60an dan 70 an ini juga mendapat pengiktirafan dalam Malaysia Book of Records selepas berjaya mencatat jumlah penonton paling ramai iaitu 4,416 penonton semasa tayangan perdana pada awal Jun lalu.

Barisan pelakon hebat chowrasta adalah Hero Malaya Datuk Rosyam Nor, Nora Danish, Fauzi Nawawi, Wan Hanafi Su dan Nur Risteena Munim, dan memperkenalkan pelakon baru , Chem Ammar Chowrasta bakal menggegarkan 60 buah pawagam di seluruh Malaya bermula 3 Disember nanti.




Jangan lupa saksikan Chowrasta di pawagam mulai 3 Disember nanti . 
Apa yang boleh saya katakan , bukan senang untuk melakonkan watak idola ramai , 
Tan Sri Sahol (Naib Canselor UITM) . 
 U did very well Chem Amar (Hamid ) ! Congrates for your first film !



TEATER MAHKAMAH LORONG & TEATER CINTA SANG ARNAB



Hey adik adik comel  !

Eheh !
Meh meh 
akak nak promote satu teater best !
Eh,jap bukan kanak kanak ja boleh tengok taw ,
kita kita yang dewasa pun akan seronok nanti !
Mana taknya .

Teater ni lain dari yang lain pasti penuh gelak ketawa nanti .hhe


Okay 
TEATER MAHKAMAH LORONG & TEATER CINTA SANG ARNAB 

akan diadakan di 
Taman Budaya (Jalan Tun H.S LEE),Kuala Lumpur

Bertarikh 

14,15,16 Mei 

Masa 
8.45 Malam 


Harga Tiket

RM15

Wow!
Murahkan ? 
So jom kita p tengok sama sama .

Kalau korang nak tahu ,
TEATER MAHKAMAH LORONG 
adalah arahan :
Beto 
&
TEATER CINTA SANG ARNAB 
pula
arahan Faiz Mohamed .




Jadi jangan lepaskan peluang ,
sabtu lepas.
akak pegi tengok teater Raja Ku Putih taw  arahan Raja Azrey,
kat situ lah jumpa promosi teater baru ni .

Jom jumpa korang kat sana ya !


Ini barisan pelakon teater itu nanti ! jangan lupa saksikan mereka  .Semua ramah ramah !
Goodluck my adiks semua !

Bye !
See you Soon


PENGANTIN MALAM



PENGAJARAN DARI PENGANTIN MALAM


Sudah aku menelaah

 kisah sebuah cerita yang banyak memberi pengajaran buat semua manusia .
Bukan hanya lelaki malah wanita .


Si jejaka ,
kacakkah jika kamu menyeksa isteri dengan mengadakan hubungan tanpa halal
dengan wanita lain yang bukan halalmu ?
Betapa parah .
Betapa perit  diri menahan nafsu tergoda dengan wanita selain isteri .
Itu dugaan .
Tiada kemenangan dalam diri hebatmu jika nafsu menjadi tonggak dalam kehidupan .
Apa kamu rasa ia sungguh menyeronokkan sehingga lupa akan ada hati halalmu terluka .
Terluka dek kebahagian yang di cari bukan dari jalannya .

Akhirnya,
 lelaki pasrah kehendak takdir .
Iaitu Bukan nafsu akan menjadi kemenangan .
Bukan nafsu .
kerana pasti ada kebahagian disebalik agama di sisi .
Pasti beroleh syurga untuk mereka yang menyentuh hati para wanita
dengan Halal caranya .



Dengan tidak melukai walau dengan setitis air mata  .

Hati wanita terlalu nipis .
Yang boleh mengeluarkan sejuta air mata .

Jika kau si HAWA
 Pasti kau merasai apa itu kebahagian untuk hak milik diri .
Bukan dikongsi dengan sesiapa  .

Oh berhakkah seorang wanita mengatakan itu .
mungkin tidak berhak
oleh sebab ada kemampuan
 untuk para lelaki memberi peluang kepada wanita yang memerlukan kebahagian .
Wanita wanita yang berhak.Mungkin kau faham.
Wanita yang berhak diberi peluang itu siapa .

Ya contoh yg paling berhak
*ibu tungggal yg mempunyai anak 10 ,kahwinilah mereka ,dan kau isteri pasti peroleh kesenangan bila kesenangan dikongsi untuk mereka yg sangat memerlukan perlindungan seorang lelaki *



Bukan mencari halal dengan NAFSU menjadi yang Utama .
Fahamilah sedetik ia ,agama didahului tanggungjawab dilaksana
pasti peroleh nikmat dari Tuhan .

  


"AGAMA TAK PERNAH MENGECEWAKAN MANUSIA ,

TETAPI MANUSIA YG SELALU MENGECEWAKAN AGAMA "




NAFSU MENGATAKAN PEREMPUAN ITU CANTIK ATAS DASAR RUPANYA
AKAL MENGATAKAN PEREMPUAN ITU CANTIK
 ATAS DASAR ILMU DAN KEPINTARANNYA
         HATI MENGATAKAN PEREMPUAN ITU CANTIK ATAS DASAR AGAMANYA

PENGAJARAN
SUAMI : JAGA NAFSU KERASMU
ISTERI :JAGA TANGGUNGJAWABMU LEBIH UNTUK SUAMI DAN KELUARGA










 Sekian,
JIWA YG SENTIASA INGINKAN KEINDAHAN HIDUP
TUNJUKKAN CINTA KE AKHIRNYA