Showing posts with label kedai makan best. Show all posts

Banngkok Bukan Di Thailand, Banngkok Di Kuala Lumpur!

Assalamualaikum Semua ;)
Okay kali ni tempat lepak makan best mana pula yang Mar jumpa? Tahu kan seorang Mar ni sangatlah suka makanan Thai dan Mar baru tahu ada kedai makanan Thai di Setapak! Yes, paling best sebab dekat. Sebelum ni Mar suka cari makanan Thai/ menu thai food dekat kampung baru je . Itu pun kena jejak satu satu kedai, sebab tak semua menu ada.  
RESTORAN BANNGKOK 
 Dan kali ni, teruja sebab Mar jumpa Kedai Makan Banngkok yang ada macam macam menu makanan thai! Tak sangka kedai ni tersangatlah besar. Dan kedai makanan thai ni so hipstur sisturrrrrrr gittewww . hehehhe Ala awak awak yang kaki kedai hipstur tu mesti nak makan sini punye, hhiks . 

Mestilah tengok deko kat kedai Banngkok ni sangatlah unik, klasik, urban, hipstur, vintage apa lagi yang seangkatan dengannya heheh . Dan lagi menarik bila tengok staf staf diorang pun sangatlah style! hehhe 
 Bila masuk je, mesti tak tahu nak pilih seat mana satu, semuanyaa cantik cantik. Yes cantik nak snap gambar la wahai instagramer. Mar lah kaki bergambar kan, awak tak. hhu 


Ada juga seat luar, if korang nak lepak makan kat luar taw.
Okay Jom tengok antara Menu Songkran yang menarik dekat Banngkok ni

MENU MENU DI BANNGKOK
Guys, menu menu thai kat sini semuanya sedap & ada juga menu yang tak pernah Mar rasa lagi, tapi alhamdulillah semuanya okay. P/S : Sorry if Mar lupa nama Menu hehe

Menu ikan kat bawah ni Mar lupa nama, rasa dia sangat terbaik. antara banyak banyak lauk, Mar makan nasi dengan ikan ni je sebab sedap , yes sos dia sedapp. 


HOYTOD (CRISPY OYSTER OMELETE)
Dapat telan satu oyster hari tu, fuh sedapnyaaaaa sos dia sangatlah memainkan peranan. Orang Thai ni memang pandai buat sos kan .
MIX LUK CHIN 
( Grilled Squid, Fishball, Meatball, Prawn Ball, Crab Stick)
Pun sedap, kalah masakan sendirik. Eh hhe
 KHAO YAM 
( SOUTHERN THAI NASI KERABU WITH FRIED CHICKEN)
Nasi kerabu ni Mar sentuh sikit je sebab kenyang sangat hari tu, ayam goreng dia sangatlah sedap boleh tahan.
HOYTOD 
(Crispy Oyster Omelete)
Heyyy, telurrr pun sedap, apa rahsia ni?
YAM MAMUANG KAI KROB 
( Green Mango Salad, Crispy Chicken, Sweet Sour Spicy Dressing)
Menu ni macam rare juga, simple je tapi nice.
PUU OB WOON SEN 
( Baked River Water Crab, Glass Noodles, Spring Onions)
Rempah masakan ni macam lain sikit, Mar cuba makan okaylah boleh makan, cuma rempah dia terlalu kuat, ada juga orang yang tak suka mungkin sebab tak biasa dengan rasa ni, tapi kalau dah terbiasa okay je. 


PULUT AYAM 
Yang ni kegemaran kawan kawan Mar berselera diorang makan, Mar try ayam dia sangat sedap pandainya lahai buat rempah sedap!
 KRAPAW SET 
( BRASIL MINCED LAMB, CRISPY EGG, NACHOS, RICE, BREAD, VEGE, THAI SAUCE)
Ini pula, sangat rare juga hehhe. Sebab ada macam macam dalam 1 menu, Mar suka masakan daging dia, sedap weyh tak tipu. 
BANGTO 
( Cashew Chicken, Chap Chai, Omelete, Rice)
Ini presentation dia sangat klasik, suka lah! teringat pula kat kampung kan. Ini pun boleh tahan sedap. Order set ni pun dah kenyang boleh makan 2-3 orang taw.
 SOTONG STIM
Sotong stim dia sedap, cuma sotong je Mar kena struggle sikit nak kunyah hahah
QUAIL EGG ( with Thai Fish Sauce)
Telur puyuh ni ada pencicah dia, on that day, Mar je yang habiskan telur puyuh ni hahah

 BIHUN CELUP & KUAY JAB 
Kat sini pun ada bermacam macam mee celup. Rasa dia macam kat luar juga, Tapi Kuay Jab dia lain, rasa dia sedap walaupun first time try. 


TOMYAM
Okay tomyam ni, sedap & sangat pedas hhe. 
TOMYAM 
Tomyam yang ada santan Mar kurang sikit, sebab tak makan yang bersantan sangat, ada rasa sikit hari tu okayla not bad.

KERABU MAGGI
Kerabu manggi kat sini rasa dia manis taw, Mar suka kerabu maggi yang masam masam pedas, siapa yang suka manis okay sangat. 

 BURGER 
Favourite! if tak makan nasi, Mar dah habiskan semua ni hehhe. Nanti pergi lagi nak makan ni je hee
CUCUK CUCUK
Sos dia Mar suka!

MIANG KHAM
Ini favourite, Should try sape yang jakun tak pernah makan, hhe Kat sini sambal dia sangatlah sedap, sebelum ni Mar tak pernah lagi rasa yang bersambal macam ni taw, biasanya hanya ada sos ikan yang seakan madu tu. hhu bila makan dengan sambal lagi sedap. P/S : Daun kaduk bukan daun sireh ya. hehe

PANCAKE BANANA SPECIAL
Oh so sweet! Sedap gilee heeeeeeeee


DURIAN ICE CREAM ( WITH STICKY RICE, KUEH BUNGA ROS)
Antara banyak banyak desserts, yang ni paling sedap. Rasa durian dia power!


MANGO BING COOL
( MANGO, YOUNG COCONUT, CEREAL,MILK,SHAVED ICE)
Wajib order juga kalau datang sini.

 JACK BLACK ( BLACK RICE ICE CREAM SMOOTHIE)
Yang ni Mar try aiskrim je hari tu, So yummyyyy! lain dari yang lain kan?


COCONUT SHAKE
Pekat sedap, tak tahu nak cakap apa lagi sebab sedap sangat haha


BIG TOM MOJITO
Air paling rare Mar jumpa, hehe tak pernah okay minum air bercili macam ni heeew
(Rasa dia masam + manis + pedas)

GREEN TEA
Paling best, sebab rasa dia 2x kaw air dekat starbuck tu . hhu

CHA YEN YAI ( THAI ICED TEA SERVED IN THERMOS)
Teh Thai kat sini pun power hehhe


 Ini range harga dekat kedai ni, maaf la Mar tak sempat nak snap semua harga dekat kedai ni. Harga yang berpatutan. Tak murah & tak mahal sangat hehe!


Alhamdulillah, seorang Mar makan dengan jayanya kat Banngkok ni, banyak menu yang sedap sedap dan ada banyak lagi menu yang Mar tak cuba lagi, Haih kena pergi lagi ni. Jom guys! Sangat Recommneded taw !

More info visit : 
INSTAGRAM: @BANNGKOK 
BANNGKOK SONGKRAN BAZAAR : 3pm-12am Everyday 
Location : Platinum Walk Setapak KL

Bye!
xoxo

Pak Chu Tomyam Keramat Kedai Makan Wajib Pergi!

Assalamualaikum korang!
Setiap orang mesti ada satu kedai best yang dekat dengan rumah kan. Okay Mar nak share satu kedai best dekat area rumah Mar kat keramat . Kalau korang yang stay keramat KL ni mesti familiar dengan kedai ni .

Kat sini Mar paling suka  MEE CELUP . setiap kali datang kedai ni WAJIB Order hhe .

Sedap, kuah dia best, lauk pun banyak dia taruk ayam,daging, limpa macam macam lagi la , always Panas! hhe Then taruk pulak lada jeruk & cili serbuk tu . Perghh lengkap! Sedapnyaaaaa Sekarang ni pun rasa nak pergi kedai tu. Diri sendiri cerita pun tertelan air liur huh! . hahaha

Okay ada satu hari tu Mar try Nasi Kerabu. Sedapnyaaaaaaa pandai akak tu buat dia punya bahan bahan dalam kerabu tu , dari isi kelapa yang digaul bersama ikan tu, dari budu dia, tambah sambal dia pulak. Fulamak . Minta pulak ayam bahagian paha . Mar nak habaq kat korang nak best makan nasi kerabu amikla paha ayam hhi . Mesti termimpi mimpi punya . Sedap & Sedap . Then nasi kerabu nak makan kena gaul kesemua bahan bahan tu baru sedap , then kalau Mar , Mar tambah satu lagi cara iaitu Mar akan perahkan asam limau dan gaul semua . Cuba korang buat , memang menyengatlah semua rasa ada . Hurm , dapnyaaaaaaaaaaa T_T .

Haish kaki foodies betul budak ni!


Bab Makanan Mar bagi 100% sedaplah . Kalau tak, xde Mar nak datang selalu kat sini . Hehe. Pekena pulak air bandung cincau ni . Hmm . Dahla nak p makan sat! hhe  Oh ya, Mar tak try lagi tomyam dia, kawan cakap sedap jugak. So korang pergi la cuba okay . 
credit pic : zomato.com
LOKASI :
Near, Masjid, Al Akram, Kampung Datuk Keramat, 54000 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur (Near LRT Damai)

Bye awak semua .
Love,
Mar



Amboi Kafe-Restoran Seafood Sedap di Seksyen7, Shah Alam!

Assalamualaikum w.b.t. 
Hai Mar & kawan kawan Mar geng foodies ni sempat lepak kat tempat sedap di Seksyen7 Shah Alam. Wuuu akhirnya jejak jugak seorang Mar ke sini! Selalu tengok kedai Amboi Kafe ni bila keluar lunch tapi belum sempat singgah! Yeszzzzzaaa! Finally!
        Hantu makan/ Pemakan / Suka makan / Makan banyak mantain kurus . 
haaa apa lagi nak describe untuk seorang Mar ni hehe

LOBSTER 
with Lemon
Sebelum ni asyik tengok pic orang makan lobster je kan. So hari ni nak jugak try. Alhamdulillah sedap! . Lobster ni dibakar taw. Aromaaa dia memang menusuk kalbu jee. Before makan perah lemon dulu sampai sebati . Rasa dia memang lembut . Aduhhh ! macam nak lagi jee . Takpuas makan bila seorang Mar memakai gigi besinya hhe . Krak Krak Kruk Kruk gigit jugak takiraa! hahhah harga lobster ni ikut saiz & jenis dia . So sebelum order korang tanya dulu harga taw . Tapi serius Mar puas hati dapat makan ni.


SOTONG GORENG TEPUNG (SAIZ L)
Harga RM14 untuk saiz besar (L).

Okay ini pulak sotong goreng tepung! besaaaaq bak hang ! hehe tengok rerambut dia tuu . Eee geram. hahha rasa tepung dia best bila dia masak garing pulak . Perghhhh . Then cicah pulak dengan pencicah . Kalau buat menu untuk Moreh ni memang syoklaaa awaaaaaa. hehhe Sotong dia sangatlah lembut & tak liat taw . 

SOFT SELL CRAB- SALTED EGG YOG
Harga RM25 untuk saiz sederhana
Okay ini pulak isi ketam masak dengan telur masin. Daaan, korang pernah makan tak isi ketam & kulit? taksangka ia sangatlah lembuttt hhe .Seriously Mar tak pernah try, memang selalu jugak tengok orang masak ni kan. Dapat try kat Amboi Kafe memang win la! . Rasa lemak lemak je isi ketam dan telur masin ni bila bergabung meletopsss hhe . Rasa manis isi ketam tak hilang taw tu yang best . Korang memang patut order yang ni rempah dia lain maciammm taw! Fuhh

SH3LLOUT ON PLATE (For 2pax)
 Harga 1 pax RM18 / 2 pax RM35 / 4 pax RM70
Okay tahu tak apa yang best pasal shellout ni? Meleleh air liur awakkk nak tunggu waktu berbukaaa hhu tasabar! Rasa macam nak ratah je semuaaa.  Shellout kat Amboi Kafe ni sedap sebab rasa kuah diaaa pekaatt sangatt , macam kena mintak resepi je dengan owner Amboi Kafe ni .hhe Rasa manis cukup, masin cukup & tak lupa jugak rasa manis semua makanan laut ni tak hilang taw sebab kat Amboi Kafe ni memang guna makanan laut yang freshhhh . Kitorang order yang 2pax sahaja sebab memang sangat memadai dengan kitorang berempat .

MANGGO YOGURT
Selesai makan, kami dihidangkan dengan Mango Yogurt . Allahuuu memang kena dengan selera lah. Apa yang istimewa dengan Mango Yogurt ni adalah buah & yogurt memang asli tiada bahan perisa campuran taw . Pekat manis buah dia tu boleh buat nak pergi berkali kali . Semata mata nak cari Mango yogurt Amboi Kafe ni kan . hee . Ada pulak potongan buahhh tuuu mak aihh joget joget perut seorang Mar ni keriangan hhe.

Okay dari kiri Mar, Afiq, Owner Amboi Kafe & isteri, Kechik, Mera 

Sebelum balik, sempat kami bergambar dengan owner Amboi Kafe ni taw. Mereka sangatlah peramah & Mar baru tahu kenapa owner letak Amboi Kafe sebab isterinya selalu cakap "Amboiiii" hhe so jadilah Amboi Kafe ni . Mar memang recommend kedai ni untuk korang datang makan, ikhlas dari hati Mar bagi 4/5. Memang puas hati sebab makanan laut dia fresh . Mereka taksimpan lama , sebab tu laaa rasa dia menyengat jantung hati Mar hehe.

Waktu beroperasi dalam bulan puasa ni bermula jam 4.00petang sehingga 1.00 pagi. Jadi sesiapa yang berkeinginan ke Amboi Kafe boleh terus whatsapp 012-2303117

 INSTAGRAMAmboi_kafe
FACEBOOKAmboi Kafe

Alamat :
Amboi Kafe , 
No 1, Jalan Plumbum A7/100B, Seksyen 7 Shah Alam.