Healthcare.

Hospital Swasta Terbaik di Kuala Lumpur- KPJ Tawakkal

July 22, 2018,2 Comments

Baru baru ni Mar ke KPJ Tawakkal yang terletak di Jalan Pahang, hospital ni dekat dengan rumah Mar di Kuala Lumpur jadi mar decide untuk ke KPJ Tawakkal untuk dapatkan rawatan. Kenapa Mar pilih KPJ Tawakkal? Jom baca lagi. 
Mar rasa hospital ni terdapat perbezaan dengan hospital lain, lebih lebih lagi hospital kerajaan. Sorry terpaksa mention juga sebab Mar banyak pengalaman yang tak best kat sana. Okay sekarang Mar nak cerita kenapa Mar suka sangat KPJ Tawakkal sebab hospital ni sangat memberi pengalaman terbaik kepada pesakit, yang mana bila Mar ke sana Mar dapat lihat betapa prihatinnya mereka untuk memberi pertolongan. Bila masuk je ke kaunter mereka terus lemparkan senyuman dan akan bantu & bawa kita untuk dapatkan rawatan. Sesiapa yang pernah ke KPJ mesti tahu servis KPJ seakan hotel. hhe

Pada hari tersebut, Mar pergi untuk dapatkan suntikan vaksin. Staf mereka terus tunjukkan tempat untuk suntikan tersebut. Mar ke kaunter dan diberi penerangan tentang kepentingan vaksin, bila banyak bertanya pun mereka layan je Mar, mereka tak kisah pun untuk melayan patient sebaik mungkin . Kat situ, Mar percaya level of care mereka sangatlah tinggi tak kira masa dan tempat. Bila dah siap isi borang Mar terus masuk bilik untuk suntikkan, tak sampai 5minit dah siap! hhe . Jadi sesiapa yang nak datang untuk dapatkan suntikan vaksin jangan risau tak ambil masa lama pun. 



Bila berada kat sana, Mar ada lihat beberapa staff yang memakai baju oren dan ada tulis volunteer, teringin juga nak tahu tu volunteer untuk apa. Ada staff kat sana terangkan yang mana kat KPJ Tawakkal memang mempunyai skuad volunteer yang akan memberi pertolongan kepada sesiapa sahaja yang datang ke KPJ. Wahhh bagus sangat kan, sebab Mar tak pernah jumpa lagi hospital yang ada skuad volunteer kat hospital . Goodjob KPJ TAWAKKAL! 

Kalau orang cakap, mestilah layan sebaik mungkin sebab pesakit bayar mahal, bagi Mar tak semua hospital swasta layan sebaik mungkin. Tapi mungkin kat KPJ Tawakkal harga sama dengan hospital swasta lain tapi Mar percaya layanan mereka sangat different, mereka sangat jaga kualiti gaya perawatan mereka . 

Kat KPJ Tawakkal Mar ada tengok beberapa orang warganegara lain datang untuk dapatkan rawatan, Mar percaya kat KPJ Tawakkal beri keistimewaan kepada semua golongan termasuk pelancong yang datang kat Malaysia lebih lebih lagi KPJ Tawakkal berada di Kuala Lumpur. Staff mereka pun ada bagitahu yang mana mereka ada team yang akan bawa ke mana sahaja patient nak pergi, contohnya shopping atau jalan jalan. Wahhh syoklah patient kat sini. hehe cakap je nak pergi mana mereka akan bawa!. Bila lihat patient luar negara keluar masuk, Mar dapat rasakan journey yang mereka dapat kat KPJ Tawakkal buatkan mereka happy kat sini. Hospital pun boleh jadi simbolik budaya Malaysia kepada mereka. Siapa setuju dengan Mar angkat tangan? hehe Thank you KPJ Tawakkal kerana melaksanakan Medical  Tourism di Hospital Pakar ini. 


Baru baru ni ada pelancaran penjenamaan hashtag baru KPJ Tawakkal iaitu #TAWAKKALKANADA 
oleh YBhg. Dato' Mohamad Farid Salim, Pengarah Eksekutif KPJ TAWAKKAL.  Memang sesuai sangat dengan tagline baru KPJ ni. Sangat sangat ada di saat memerlukan. hhe. Penjenamaa ini bagi mengukuhkan  lagi jalinan pihak Hospital  Pakar KPJ Tawkkal dengan pelbagai pihak termasuklah pelanggan di Malaysia dan antarabangsa. 


Da siap buat rawatan, cepat & layanan yang cukup baik :)
Thankyou KPJ TAWAKKAL !

KPJ TAWAKKAL SPECIALIST HOSPITAL
1, Jalan Pahang Barat,
53000 Kuala Lumpur.

TEL: 603 4026 7777 FAX: 603 4023 8063
EMERGENCY : 603 4026 7777 
EMAIL: tawakal@tawakal.kpjhealth.com.my

SOCIAL MEDIA
FACEBOOK: KPJ Tawakkal Specialist Hospital
INSTAGRAM: kpj_tawakkal



2 comments:

FSJShoes

FSJ Loafers Shoes Perfect Design For Women

July 17, 2018,0 Comments

FSJ shoe time

Hello guys!, last week i was involved in one fashion show. The important thing in my life as catwalk model is i must to make sure my high heel is perfect & best to catwalk. So before show, i must to try all my high heel in wardrobe, its still okay or not . Why? because i am worried if my high heel is damaged or not strong enough. HAHA by the way , i just find one website to buy high heel, wedges and my favourite shoes! I am very sure FSJshoes is high quality!
_________________________________
Yeah, if i go out or hangout with friend i just wear any flat shoes or sport shoes, if i have an event i want to wear like loafer shoes, loafer shoes makes me look so profesional! So this website have more perfect loafers ! From colour, size, design makes me want all loafers shoes ! 

So Now, i want to show you guys my favourite loafers:

LOAFERS FOR WOMEN
we can't close this website! 
 Loafers for women so perfect, more colour  with beautiful design . I believe you can like it too.




BLACK LOAFERS FOR WOMEN
Okay now i want to show you guys, my favourite black loafers! 

1)Black Almond Toe Patent Leather Loafers for Women with Knit

(2) Black Patent Leather Square Toe Vintage Platform Loafers for Women



(3)Black Suede Square Toe Vintage Flat Loafers for Women US Size 3-15


RED LOAFERS FOR WOMEN
then this is my favourite red loafers guys! OMG, so sexy!

(1)Burgundy Patent Leather Block Heel Square Toe Heeled Loafers for Women


(2) Red Pointy Toe Low Heel Loafers for Women US Size 3-15


(3)Burgundy Patent Leather Platform Stiletto Heeled Loafers for Women


Check it out this website guys! Everyday i want to open this T_T, i don't know why . Maybe because of their shoes so perfect fit. Very comfortable. Great quality.  haha
we can reward our self every month with buy perfect loafers in this FSJ website :)



Perfect Shoes Website For All.
Bye! xoxo

0 comments:

beat the heat

Coway Run 2018 Kembali Lagi !

July 13, 2018,1 Comments


Hey Korang! Bestnyaa larian COWAY 2018 kembali lagi taw! Dengan bertemakan "Beat The Heat" pada tahun ini COWAY membuka peluang untuk kita mengamalkan gaya hidup sihat & elemen yang lebih 'cool'! .  Paling best projek larian ni menyokong projek CSR COWAY "Happy Water Project" , yang mana projek ini membekalkan bekalan air  bersih untuk komuniti yang terlibat. 


Acara larian COWAY 2018 kali ini akan disertai oleh Model Fitness Malaysia taw iaitu Jordan Yeoh, wahhh bestnyaaa! So jom kaki marathon kat luar sana kita sama sama turut serta dalam larian kali ni. Mar dah daftar taw! ianya akan berlangsung di :

GATE2, MAEPS MARDI SERDANG 
SERI KEMBANGAN, 
SELANGOR 


Sesi perkongsian bersama Mr James Park (Guest of Hanour & Director of Global Business Division, Coway Korea, HQ), Mr Kyle Choi Ri Yong (Managing Director, Coway Malaysia) dan Mr Ryan Jung Tae Seung (Head od Division - Communication Division of Coway Malasyia).

Kat pelancaran tersebut, Mar dapat tonton video klip acara Larian COWAY tahun lepas yang telah sukses dijalankan. Ramai sangat join & meriah ! Okay tasabar ! hehe

Jangan risau guys! kat sana ada pelbagai kategori dipertandingan dengan hadiah yang sangat lumayan. Antara kategori COWAY RUN 2018 adalah: 

-5KM FUN RUN 
16 YEARS OLD & ABOVE 
-1OKM CATEGORIES
-INTERNATIONAL MEN'S & WOMEN OPEN-16 YEARS OLD & ABOVE
-MEN'S & WOMEN'S VETEREN 40 YEARS OLD & ABOVE
-MEN'S & WOMEN'S OPEN -16-39 YEARS OLD
KIDS OBSCTACLE RUN






HARGA TIKET:
Harga Tiket boleh rujuk pada jadual di atas, Promosi yuran yang sangat murah kan? Dengan setiap pembayaran yuran anda semua, sejumlah RM10 akan didermakan kepada 'Happy Water Project' taw . So sangat berbaloi kalau join nanti .





UNTUK INFO LANJUT & UNTUK PENDAFTARAN  
LARIAN COWAY 2018
 korang boleh klik di 
Website :

Jumpa korang kat sana okay!!
xoxo


1 comments:

ppzmaiwp

Jom Menangi Pakej Umrah Sempena Kempen Skim Thohir 2018

July 12, 2018,2 Comments

Assalamualaikum .
Awak semua dah bayar zakat pendapatan? Sekarang ni banyak sangat kemudahan kan. Mar baru je balik dari PUSAT PUNGUTAN ZAKAT -MAIWP (PPZ-MAIWP) untuk faham dengan lebih lagi tentang kemudahan untuk pembayaran zakat pendapatan. 

Kewajipan berzakat itu adalah sesuatu yang dituntut oleh Allah S.W.T kepada kita sebagai hambanya. Hanya 2.5% sahaja yang Allah perintahkan untuk sama sama kita berkongsi rezeki yang Allah amanahkan kepada kita dengan orang lain. Kita perlu sentiasa ingat, setiap rezeki yang Allah limpahkan kepada kita, bukanlah milik kita 100%, 2.5% adalah hak asnaf sepertimana dalam kalam suci Alquran. 


 Kalau korang nak tahu PPZ-MAIWP telah memberi kemudahan kepada kita semua untuk buat pembayaran zakat melalui Potongan Gaji Zakat ( Skim Thohir 2018) taw . Untuk sesiapa yang tak faham lagi apa itu skim thohir boleh baca kat bawah:

SKIM THOHIR merupakan kemudahan saluran bayaran zakat pendapatan untuk menggalakkan lebih ramai menunaikan kewajipan berzakat dengan saluran potongan gaji.
Melalui SKIM THOHIR ni , kakitangan swasta atau kerajaan dapat menunaikan zakat tanpa bertangguh & menjimatkan masa untuk mendapatkan keberkatan di sisi Allah SWT.  Dengan kutipan zakat ini ia membantu lebih banyak golongan asnaf . 

Mar percaya , setiap dari rezeki yang kita perolehi ada juga rezeki orang lain, bila kita memberi inshaAllah lagi banyak yang kita perolehi dalam kehidupan kita contohnya, hati tenang( kebahagian), dapat rezeki yang tak disangka sangka & banyak lagi .

KENAPA POTONGAN GAJI?
-Senang Berzakat
-Tidak tertangguh dan menjimatkan masa
-Rebat Bulanan atas potongan Cukai berjadual (PCB)
-Belanja tunai terancang
-Pendapatan berkat & hati jadi tenang

MACAM MANA ?
        Korang boleh rujuk jadual Skim Thohir kat website, manakala isi borang kebenaran potongan zakat PPZ 052(SKIM THOHIR) & serahkan borang kepada majikan ( Bahagian Gaji) atau layari portal PPZ ( Menu Bayar Zakat) . P/S: Bagi anggota tentera perlulah lengkapkan Borang Kebenaran Potongan Gaji Zakat PPZ 052 ATM (Skim Thohir) & serahkan kepada PPZ.

 PELANCARAN SKIM POTONGAN GAJI ZAKAT 
( SKIM THOHIR) 2018



Pelancaran Kempen Skim Potongan Gaji Zakat (Skim Thohir) telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Tuan Haji Ahmad Shukri Yusoff  di PPZ pagi tadi. 

JOM SERTAI KEMPEN SKIM THOHIR!
Korang jangan lupa rebut peluang ni okay, sambil korang berzakat korang juga boleh sertai peraduan Kempen Skim Thohir untuk memenangi 10 hadiah percutian menarik termasuklah pakej menunaikan umrah - Tajaan  FIVE ESTEC TRAVEL SERVICES SDN BHD yang bernilai RM28000. Para  pemenang kempen bakal diumumkan sewaktu karnival Zakat pada bulan November akan datang . Wahh bestnyaaaaa! Nak sangat pergi umrah T_T 

CARA PENYERTAAN KEMPEN:

PORTAL PPZ 

-Isi borang Skim Thohir secara online di www.zakat.com.my 
atau
MAJIKAN
Hantar borang Skim Thohir ke majikan anda & emelkan salinan borang ke skimthohir@zakat.com.my
atau
KAUNTER PPZ
-Isi borang Skim Thohir di 11 kaunter PPZ
atau
KAUNTER ZAKAT BERGERAK PPZ
-Isi borang Skim Thohir
atau
TALIAN ZAKAT
-Hubungi 1300 88 5757

SYARAT & CARA PENYERTAAN KEMPEN : 
-Membuat potongan gaji zakat ATAU penambahan potongan gaji zakat dengan mengisi Borang Potongan Gaji Zakat (Skim Thohir) melalui:
+ 11Kaunter PPZ-MAIWP
+Portal PPZ-MAIWP, www.zakat.com.my
+Kaunter Zakat Bergerak PPZ-MAIWP
+Majikan di syarikat atau organisasi
+TALIAN ZAKAT – 1300 88 5757

CARA MENGIRA POTONGAN ZAKAT :
Cara untuk mengira potongan zakat pada setiap bulan , korang boleh ke :
-Portal PPZ_MAIWP, www.zakat.com.my
-Berkunjung ke 11 Kaunter zakat PPZ-MAIWP
-Menghubungi Talian Zakat 1300 88 5757
-Kaunter Zakat Bergerak PPZ-MAIWP

Jadi kita semua sebagai umat islam  yang mempunyai pendapatan untuk menunaikan zakat melalui potongan gaji, jom kita kembalikan hak asnaf sebanyak 2.5% yang terdapat dalam harta kita agar kehidupan & rezeki kita lagi berkat di sisi Allah . Insha Allah, Ameen . 

UNTUK TAHU DENGAN LEBIH LANJUT BOLEH FOLLOW :

INSTAGRAM: 
Pusat Pungutan Zakat
YOUTUBE
PPZTV

“PPZ-MAIWP Memudahkan Anda Berzakat”

2 comments:

Nyx Cosmetics Klcc, Kuala Lumpur

July 10, 2018,3 Comments

Holla Guys! Korang tahu tak NYX kini dah ada di KLCC taw. Mar berkesempatan ke New Opening store dekat KLCC baru baru ini. Sangat meriah & sangat murah! OMG rambang mata !

Wuhuuu! Tengok apa yang Mar dapat dekat NYX! 






Ramai sangat yang datang serbu NYX ketika pembukaan, sebab memang banyak sangat promosi . Yes! Memang rugi awak yang tak datang hhu. Mar ni sampai tak tahu nak ambil apa sebab semuanya murah taw . hhe

MEET & GREET WITH LILY MAYMAC

Sempena pembukaan NYX di KLCC, ada penampilan istimewa iaitu LILY MAYMAC , Australian youtuber yang sangat terkenal di Instagram. Wahh taksangka gila dapat jumpa dia depan depan, ingat Mar lagi kurus rupa rupanya dia lagi kurus. Cantikk comel je orangnya! Ada sesi demo makeup oleh make up artis Malaysia untuk Lily taw! Bila dia menggunakan semua NYX Cosmetics  memang sangat menyerlah that's why Mar suka gila brand NYX ni taw. 

Mar dapat make up box NYX COSMETICS PINK & Make up favourite Mar. Thankyou NYX, Memang suka gila, Mar percaya semua perempuan kat luar sana teringin make up box ni kan. So cantik! 
Untuk info yang lebih lanjut korang boleh follow :

Stay Pretty with NYX guys!
Bye xoxo


3 comments:

Explore Johor

Pertama Kali Jejak Stadium Bola Sepak Johor

July 04, 2018,0 Comments

Finally! Jejak juga ke Stadium Johor ni, biasanya selalu tengok bola sepak dalam TV yang selalu diadakan di Stadium Johor  sebagai tuan rumah kan, so sekarang ni Mar jejak sendiri ke Stadium besar ni. hehe Super duper excited la. 
STADIUM TAN SRI DATO' HAJI HASSAN YUNOS @ STADIUM LARKIN
 Bila sampai je sangat teruja bila tengok warna stadium ni , hehe Mar suka sebab warna dia cantik biru & merah ni  menyerlah sangat seakan naikkan semangat Mar untuk masuk tengok kat dalam stadium ni. Kalau pemain bola sepak mesti lagi semangat nak main bola bila ada stadium cantik ni kan? hhiks 
Eh, macam sama je outfit Mar dengan stadium? HAHA





Bila masuk je, Wahhhh! Besarnya stadium ni. Stadium ni sangat terjaga rapi taw, ada tempat tempat yang kitorang tak boleh masuk contohnya kawasan tempat duduk penonton. Mar pun tak pasti kenapa, mungkin sebab nak jaga kebersihan stadium kot, hhu. Tapi stadium ni memang tersangat bersih, takde satu pun sampah bila Mar berjalan dalam stadium ni taw.


Bila datang ke Stadium ni, Mar teruja nak tahu tentang sejarah penubuhan stadium ni sendiri . 

SEJARAH STADIUM
Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos dikenali sebagai Stadium Larkin.
Stadium ini pada mulanya dibina dengan kapasiti 10,000 tempat duduk apabila ia mula digunakan pada tahun 1968. Sepanjang 1966 hingga 1973 beberapa kerja menaik taraf telah dilakukan.
Diuruskan dan dimiliki oleh Johor Corporation (JCorp), stadium ini menjalani beberapa kerja-kerja pengubahsuaian dan juga naik taraf sejak tahun 1991.
Sebanyak RM50 juta telah dibelanjakan untuk menaik taraf stadium ini pada tahun 1991, ia telah meningkat dan kini mencecah kapasiti sebanyak 30,000. Wow teruja tak?


Stadium ini pernah menjadi tuan rumah kepada pelbagai acara sukan sama ada di peringkat tempatan, negara mahupun antarabangsa, antaranya ialah Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia 1968, SUKMA 1992 dan Piala Dunia Belia FIFA 1997. Pada 25 Feb 1973, stadium ini buat pertama kalinya digunakan untuk perlawanan bolasepak Piala Malaysia zon Selatan. Ia juga merupakan gelanggang tuan rumah bagi pasukan Johor Darul Takzim (JDT) . hhu siapa tak kenal pasukan bola yang agak hot jugak ni kat Malaysia hhe. 

Apabila Tunku Mahkota Johor menjadi presiden Johor FA, perkara pertama yang baginda lakukan adalah untuk memberikan tranformasi kepada bola sepak Johor bermula dengan namanya.
"Saya ingin mengumumkan kepada rakyat Johor yang saya telah mengambil alih Persatuan Bolasepak Johor sebagai presiden. Matlamat saya adalah untuk menghentikan perlibatan politik dalam sukan ini dan mengembalikan zaman kegemilangan bolasepak Johor demi rakyat ini."


Baginda berjanji untuk membawa bola sepak Johor kembali ke zaman kegemilangan di era 80-an apabila stadium penuh sesak dengan kehadiran peminat. Bermula dari itu, baginda menggesa peminat untuk keluar dan memberi sokongan kepada pasukan bola sepak negeri.
Baginda juga turut sama menyaksikan hampir setiap perlawanan pasukan ini beraksi bukan dari bilik VIP, seperti tamu terhormat yang lain, tetapi dari bangku simpanan bersama pengurus, jurulatih dan pemain gantian yang lain.
Selain lampu limpah, kerusi stadium juga telah diganti dan kemudahan bertambah baik termasuk tandas. Satu tambahan yang menarik di stadium ini adalah set bangku pemain simpanan yang pertama seperti ini di Malaysia. Bangku dipasang dengan baket yang diimport seperti yang digunakan dalam Liga Perdana Inggeris.

Untuk Liga Super 2013, Johor Darul Takzim menjadi tuan rumah kepada Perak pada 11 Januari 2013 di Stadium Larkin. Meskipun permainan berkesudahan Johor Darul Takzim menang cuma 1-0, suasana stadium yang penuh sesak dengan kehadiran lebih 30,000 peminat ke stadium dengan diwarnai bendera 

Pada 18 Januari 2013, pasukan Johor Darul Takzim menjadi tuan rumah kepada Angkatan Tentera Malaysia, keputusan seri dicatatkan iaitu 2-2.
Kali ini, penyokong mendapat bonus, apabila Sultan Johor, DYMM Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar mencemar duli ke stadium untuk menyaksikan perlawanan tersebut.
Kali ini penyokong bola sepak Johor menjadi sedikit senyap berbanding perlawanan sebelum ini. Ini adalah adab Rakyat Johor yang sentiasa memaparkan rasa hormat yang tinggi kepada raja-raja dan pemimpin mereka.

So sekarang ni, Mar nak tunggu masuk padang atau nak tunggu pemain bola JDT agak agak? hehe. 
Btw, memang best masuk stadium ni sebab ianya sangat besar & cantik. Jadi sesiapa yang explore Johor tu bolehla berkunjung ke Stadium Johor ni jugak. 

XOXO

0 comments:

Beauty product

Sista Stardust Minuman Botani Berkhasiat Untuk Kulit

July 02, 2018,1 Comments

MINUMAN BOTANI
Siapa kat sini pernah minum campuran minuman botani? Sedap kan? Mar pilih Minuman Botani sebab Mar percaya ianya sangat baik untuk kesihatan kulit muka & seluruh badan. Mestilah Mar pilih SISTA STARDUST perisa berries hhe. Penggemar berries sangat! hee
Mar paling suka packaging dia so cantik & saiz yang besar. Bila dah siap packing satu satu macam ni sangat senang nak minum untuk hari hari, tak perlu guna sukatan sudu lagi . Dalam kotak ni ada 60 paket kesemuanya, jadi ianya untuk 2 bulan. Suka lah macam jimat pun ada hhe! 60 paket x 10 gram.
Korang mesti nak tahu kelebihan SISTA STARDUST ni kan? 🍹 

KELEBIHAN SISTA STARDUST ADALAH : 

•Mencerahkan & memutihkan kulit seluruh badan. 

•Membantu Mengurangkan jerawat & jeragat
•Membaiki tona kulit wajah yg tak sekata
•Menghalang pembentukan black head & white head 
•Mengatasi masalah kulit yang berminyak 
Mengatasi masalah liang pori terbuka
Menjadikan kulit muka lebih lembab
Sesuai untuk masalah kulit yang sensitif
•Menyihatkan kesihatan mata kita taw.
P/S : Sesuai untuk yang ada alahan makanan laut.

BAHAN BAHAN :
Fruktosa, Serbuk Jus Oren, Maltodekstrin, Asid Citrid, Gum Acacia, Trikalsium Fosfat, Perisa Strawberi, Ekstrak Buah Camu-Camu, Pewarna Strawberi, Ekstrak Biji Anggur, Serbuk Jus Campuran Buah Beri (Buah Beri, Strawberi, Rasberi, Anggur, Kranberi, Plum), Omega 3 
(Bunga Matahari), Serbuk Jus Acerola, Sodium Ascrobic ( VIT C), Ekstrak Kelopak Bunga Ros. 
CARA CARA PENYEDIAANNYA:
Masukkan 1paket SISTA STARDUST ke dalam 150ml air suam, kacau hingga larut/ goncang dahulu dan minum serta merta selepas penyediaan. Minum air secukupnya sepanjang hari untuk kesan yang terbaik.  



Perisa Berries ni sedap sangat taw tak. Tak leh move on minum ni hhe rasa masam masam manis . Jangan risau korang boleh pilih perisa lain dengan SISTA STARDUST taw .  

PEMAKANAN YANG DICADANGKAN :
1paket Sehari, Sebelum Tidur. 
Kacau sehingga larut sebelum minum. 
 Nak kulit licin Mar suggest ambil la produk minuman botani iaitu minuman berkhasiat & utk kesihatan. Dapatkan SISTA STARDUST sekarang  dan untuk maklumat lanjut di : 

FACEBOOK SISTA STARDUST
TELEFON : 601116110369

Jom kulit sihat & cantik sama sama taw! 
xoxo

1 comments: