Baju sesuai untuk masuk Legoland -Water Park Legoland

January 25, 2016,5 Comments


WATER PARK LEGOLAND

Bila dah puas main kat theme park kita ke Water Park pulak . Tempat paling best lah untuk main air . Saya rasa lagi best main air kat sini dari pergi pantai hhe .





Lepas masuk kat main entrance di Water Park . Korang bolehlah masuk untuk tukar baju .  Kat sana ada banyak bilik persalinan dan tandas  so tak risau lah dengan bilik persalinan nak tunggu turn ke apa.
Dan barang barang korang boleh letak dalam loker.




kat depan pintu masuk bilik persalinan ni macam macam ada, korang boleh buat henna , face painting, bergambar kat photo booth & boleh collect gambar korang kat sini .


Okay bila dah tukar pakaian . Terus cari permainan yg paling best nak lawan roller coster yg best tadik . 







Hehe dapat naik pelampung tu 2x best .mencabar gila.
Nak naik yg santai santai pun boleh .
Ada pelampung tempat air yg tenang . Anak anak nak belajar berenang pun senang . Dalam kolam semua ada lego . Memang bertuah laa anak anak kan . Di serata tempat boleh main legoo jee . Hee .
Jeless kakak taw . Rasa macam nak jadi  kanak kanak balik . HEEE . Memang sorga untuk mereka bermain .



Then kat sana memang ada photographer official legoland punya . Dia akan snap je gambar korang . Bila dh habis main pergi kat kaunter untuk beli . Memang mahal . Tapi kalau gambar naik roller coster kat theme tadi rasa nak jee beli sebab memang rare sangat gambar tuu . ahhaha nampaklah muka orang tu cuaaaaak gilaaa . ahhaha .

Then yg paling saya suka , staf staf legoland ni memang baik hati rupanya . semuanya ringan tulang nak tolong tangkap gambar . Pelik jugak tak kan lah macam pergi bandung Indonesia kot, rajin nak tolong tangkapkan gambar tapi last last minta bayaran haha
Tapi kat legoland tak, memang staf staf sana rajin rupanya mungkin nak bagi kepuasan untuk semua pelancong yang masuk legoland .
Tengah kusyuk snap picture mesti ada je yg datang volunteer nak tlg snap picture . 


Okay semua pening pasal pakaian nak masuk Water Park kan . Tengok contoh pakaian staf baju warna oren ni . Baju yang macam ni sesuai . Tak payah cerita la kenapa dia ada kat sebelah , Putery Memory dah jeling terbalik tuu . Huu tetiba je nak masuk bergambar jugak . Eh .



Lepas main  , tukar pakaian siap siap . Fuh puas main air . Memang nak pergi lagi . Kalau penat bekerja dtg sini memang puass laaa . Enjoy .

BAJU YANG SESUAI UNTUK MASUK LEGOLAND

FEMALE :

1)      Yang pakai tudung , better pakai shawl yg selesa dan tak panas . Pakai yg tak kedut supaya tak de lah nampak selekeh nanti .
2)      Baju  : Better pakai lengan panjang nanti hitam . Ehh heee . Pilih baju material kain yg serap peluh macam kain jersi tu . Sebab ada sesetengah game yang xdapat main kalau pakai pakaian yg tak dibenarkan .
3)      Seluar : pakai seluar tight atau seluar renang .

MALE :

Tshirt : Better tshirt jersi yang serap peluh .
Seluar : Seluar tight .



Okay guys , kalau nak tanya pasal legoland boleh komen kat bawah taw .
 &
Nak tahu info lebih lanjut boleh tengok website Legoland .
www.legoland.com.my

Bye .

5 comments:

LEGOLAND MALAYSIA Tempat Paling Seronok di Dunia

January 25, 2016,0 Comments

Hello Morning Readers  .
Awaa suka explore Malaysia kan? Apa kata kalau kita pergi tempat yang paling seronok di dunia .

LEGOLAND MALAYSIA

Legoland adalah satu tempat yang paling menarik di Malaysia terutamanya untuk kanak-kanak .



Bila saya ke sana tak sangka awaaak . Majoriti nyaaa semua pelancong dari luar Negara . Excited . Bangga dengan Legoland Malaysia sebab jadi satu tarikan pelancong . Huyooh .
Antaranya Korea, China, Jepun , Mat salleh memang ramai .
Bila dah masuk pelepasan kat Main Entrance .
Rasa macam nak berlari lari macam dalam filem Dilwale . Hehe . Rasa macam berada dalam fantasi dunia Lego awaak . Memang excited . 



Kanak kanak apatah lagi laa . Memang dunia kanak kanak kat sana. So parents kat luar sana memg wajib bawa anak anak ke sana taw .  Bukan setakat dapat bermain sepuas puasnya malah anak anak juga akan lagi cepat belajar kat sana sebab antara permainan kat sana banyak menguji minda anak anak kita . So ibu bapa , makcik pakcik, abang abang kakak kakak wajib bawa anak anak semua kat sini taw .
Tak rugi pun berbelanja untuk anak anak sebagai reward kepada mereka .











Okay bila dah masuk , pusing satu theme park dulu sambil tangkap gambar .  Wajiblah ada gambar sebab kat sana korang akan rasa nak snap semua sebab semuanya berinspirasikan LEGO . Unik & Cantik .
Dalam hati , bijaknya org yg cipta semua ni .








Bila dah puas pusing barulah saya buat keputusan nak try semua permainan . Fuh . Memang tak sempat nak rasa semua taw sebab pergi 1 hari je .
Memang seronokkk .
Dapat naik roller coster sampai 2x pusing taw . sebab best sangat .
Memang mencabar sangat roller coster legoland ni sebab lajuuuu macam nak melayang . ahha .
Kawan kat sebelah dah terjerit jerit weyh , aku duk tepi sekali . takutt . hahha
Jangan risau tips untuk korang yg takut naik roller coster tu cuba korang imagine korang yg bawa roller coster tu & percaya korang selamat .
Seriuslah . korang akan enjoy . hhe apa lagi . Jeritlah sepuas hati sebabb besttt sangattt . Kat sana je dapat jerit kuat kuat kuattt tawwwww . Rugi tak lepaskan semua . ahah . bagi saya lah . memang Legoland salah satu tempat untuk release tension . Bila kat sini hilang semua problem taw . Best .



Lepas roller coster jom pusing pusing lagi
Lepas penat main , jom singgah restoran best dalam theme park ni . Makanan dia full class lah . Berbaloi sedap . Chef Chef kat sana pun bagus . Korang jangan lupa bawa banyak duit taw . sebab mesti korang nak rasa semua makanan kat situ lepas penat main .
Saya dapat rasa
1)      Lamb Shank
2)      Carbonara with extra cheese
3)      ABC Big bowl .
Huh . Best sangat lagi lagi Lamb shank tu . termimpi mimpi balik rumah . Nanti saya tulis dalam entry lain pasal makanan okay .

Bila dah masuk waktu solat jangan risau korang tak perlu nak keluar dari theme park sebab dalam theme park tu dah disediakan khas surau yang agak besar dan selesa untuk solat . So sebelum berjimba sakan lagi , apa kata kalau kita solat dulu . boleh boleh . Baru lah best siket .



Cantikkan patung lego ni semuanya diperbuat dari lego taw . 

Dan kemudahan tandas pun senang kat sana . Cantik dalam tandas pun Legoo . hhe .
Semuanya collourfull memang menarik perhatian kanak kanak .






Kat sana kalau hujan . Kena stop kejap main sebab ada antara permainan kalau hujan memang dia off dulu . Sebab tu tak sempat nak naik boat yg kat tasik comel tuu . Hee Hujan awakk . Seronok tengok anak anak yg main sebab mereka akan bijak belajar bagaimana nak handle pergerakan .




Dan kat sana jugak da driving school taw . Saya tak masuk sebab nak kejar masuk water park pulak . Hee tapi memang kanak kanak cepat belajar nak handle kereta taw . Siap ada jalan raya comel kat sana untuk anak anak drive kereta .



Lepas pusing pusing, ada satu tempat memang menarik minat kita kita yang dewasa . Ada rekaan lego tempat tempat yg menarik di seluruh dunia . Excited . Semua Negara ada . Kita boleh tengok rekaaan unik diperbuat dari cantuman lego lego je taw .
Memang serius terujaa tengok keunikkan tu sebab nampak mmg reall.
kalau nak tengok klik SINI



APA YANG PERLU DI BAWA :

-          Pakaian spare
-          Towel
-          Selipar
-          Plastik untuk letak baju basah
-          Payung
-          Kaca mata
-          Topi
-          Air mineral
-          Makanan
-          Sun block
-          Baju hujan
-          Kamera
-          Power bank
-          Baby Stroller

Dalam theme park agak panas , sebab tu lah  korang kena bawa payung /topi / kaca mata hitam dan lagi satu baju hujan sebab ada satu permainan ni korang akan basah dengan percikan air . hhe .
Nak beli kat sana agak mahal tapi korang yg dah ada kat rumah prepare awal awal taw .

Okay awak , nak tahu lebih lanjut boleh klik website Legoland taw ,

www.legoland.com.my

Bye .

0 comments:

Rekaan Lego tempat menarik seluruh dunia di Legoland

January 25, 2016,0 Comments


Antara keunikan Legoland Malaysia adalah kerana terdapat ciptaan bangunan seluruh dunia hanya dengan cantuman lego lego .






















Unik kan , sebab itulah Legoland menarik minat para pelancong seluruh dunia .

1 dalam dunia . 

Dunia Lego di Malaysia awak . Bangga kan . 



0 comments: