Showing posts with label Puterymemory. Show all posts

Putery Memory di Mingguan Wanita



Assalamualaikum w.b.t 

Hai sahabat saya & yang lainnya ,
yang tak sempat beli mingguan wanita bulan 4  , 2015 hari tu , jangan risau sebab entry kali ni Putery Memory post pasal temu bual dalam ruangan dewi majalah mingguan wanita . 

So Selamat Membaca ! :) 
  •  Soalan 1

               Profil :

                               Nama penuh : Siti Marizam Bt mokhtar  (Mar Mokhtar)
                               Pelajar tahun akhir universiti sains islam Malaysia * eh skrg dah hbs study.
                               Dalam bidang Ijazah sarjana muda kaunseling dan kepujian
                               Anak kelahiran kuala krai ,Kelantan
                               Anak bongsu dari 13 orang adik beradik * ehem, xmanja , garang


Ini lah ruangan Dewi  dalam Majalah Mingguan Wanita tempoh hari

  • Soalan 2


1. kenapa pilih jurusan tersebut?

    -Memilih jurusan kaunseling kerana sangat berminat untuk membantu masyarakat dalam mencari jalan penyelesaian  .

2. apakah keistimewaan jurusan ini?

  -   Bidang ini sangat istimewa dan menarik kerana banyak faedah yang saya dapat terutamanya untuk menjadi seorang masyarakat yang prihatin dan peka terhadap permasalahan orang orang di sekeliling saya .

              3. bagaimana anda memandang masa hadapan jurusan ini?

  -   Bidang ini sangat penting untuk masa hadapan saya kerana ia  mengajar saya untuk lebih berani ke hadapan ,dalam mana mana pekerjaan sekalipun saya akan berani untuk tampil ke hadapan tanpa rasa malu dan segan . Ia juga membuka peluang kepada saya untuk menjadi seorang penceramah atau dapat memberi motivasi di dalam program program yang di laksanakan di latihan industri . Lebih lebih lagi saya sangat berminat untuk menjadi seorang pakar motivasi .


4. Apakah cabaran dan masalah yg pelajar sekarang selalu hadapi?

dan bagaimana anda menyelasaikannya?

    - Cabaran bagi seorang pelajar sekarang adalah dalam membahagikan masa dan waktu belajar ,apa yang kita tahu di era 2015 ini banyak teknologi yang kian timbul dan hampir membazirkan masa dalam aktiviti yang tidak berfaedah iaitu leka dengan facebook ,whatsapp ,dan sebagainya . Jadi saya menyeru kepada semua pelajar supaya berhati hati dan berwaspada jangan terlalu leka sehinggakan boleh menjejaskan masa kita untuk melaksanakan tanggungjawab kita sebagai seorang pelajar  dan masa untuk beribadah kepada tuhan .Jaga waktu solat terutamnya .Barulah kita akan jadi seorang pelajar yang cemerlang. InsyaAllah .

               5. apakah xtvt kesukaan anda di kolej dn mengapa?

    -Di universiti saya sangat aktif dalam badan beruniform iaitu Palapes ,hampir setiap minggu saya harus mengorbankan waktu cuti untuk training dan belajar ilmu ketenteraan .Walau bagaimanapun, sebagai seorang pelajar yang aktif bersukan haruslah tahu menguruskan masa dengan baik . Dan kini ,saya berjaya menamatkan latihan selama 3 tahun dan pentauliah diraja sebagai Leftenan Muda .Alhamdulillah .

Nasihat saya untuk adik adik pelajar yang meminati aktiviti lasak , boleh menyertai badan beruniform Palapes di Universiti kerana ia sangat memberi manfaat kepada setiap pelajar dalam kepimpinan .



 6. Ceritakan penglibatan anda dalam dunia peragaan? tahun dn kenapa pilih bidang tersebut?

   -  Sebelum masuk di alam universiti saya telah dapat beberapa tawaran sebagai model muslimah dan juga duta produk kecantikan, disebabkan kekangan masa untuk menghadapi peperiksaan akhir di Sekolah Menengah ,terpaksa saya menolak dengan baik . Ia tidak mengecewakan saya, bila di tahun 2 universiti saya mendapat tawaran sebagai model butik dan juga beberapa fashionshow di sekitar negeri Sembilan dan kl. Hanya beberapa tawaran sahaja saya akan ambil kerana jadual saya terlalu pack ,jika ada masa terluang sahaja,saya akan bagi komitmen sepenuhnya dalam bidang peragaan ini , Saya memilih untuk meminati bidang peragaan ini kerana saya percaya fesyen muslimah di negara kita boleh diketengahkan lagi , jadi ia menjadi tarikan kepada saya untuk menjadi salah seorang ikon muslimah yang boleh memberi inspirasi kepada wanita di luar sana untuk berhijab dan bertingkah laku baik seiring dengan apa yang dipakai .


7. Apakah yg selalu anda coretkan di dalam blogger anda dn mengapa?

    - Di dalam blog  saya www.puterymemory.com , banyak saya kongsikan tentang ‘Lifestyle’ ,kehidupan baik baik .Saya percaya setiap apa yang saya kongsikan akan jadi satu kenangan untuk saya dan pembaca diluar sana , Saya sangat suka menyimpan kenangan melalui penulisan dan gambar ,mungkin sebab itu terhasilnya nama ‘puterymemory’ . Setiap perjalanan yang saya lalui ,saya wajib membawa kamera, sebab ia akan merakam setiap kenangan dalam hidup saya sendiri .


8. Apakah respon pensyarah, keluarga dn rakan2 apabila anda menceburi bidang peragaan?

    - Pandangan ibu bapa saya terhadap bidang peragaan  ianya mestilah selari dengan syariat islam iaitu menutup aurat dan menjaga pergaulan antara lelaki dan perempuan . Salah seorang pensyarah saya juga memberi dorongan kepada saya untuk pergi lebih jauh lagi dengan membawa imej positif termasuk sahabat sahabat saya .



9. bagaimana anda membahagikan masa antara pelajaran dan kerjaya?

    -Saya akan membahagikan masa dengan baik apabila terlibat dengan beberapa kerjaya sambilan ,tips saya adalah saya menggunakan satu buku diari jadual harian saya untuk mencatat setiap jadual saya dan membahagikan masa sibuk saya dan masa terluang . walaupun masa free saya hanya pada waktu malam tapi saya akan menggunakan masa tersebut sebaiknya .








Terima kasih salah seorang sahabat whatsapp gambar & beli majalah .
Thanks sudi baca .

Terima kasih salah seorang sahabat whatsapp gambar & beli majalah .
Thanks sudi baca .


Okay Last Question :

 *Apakah lima tipS utk lepaskan tekanan . Pada pandangan Putery Memory?





Itu sahaja . Terima kasih semua yg di sisi depan belakang , mereka mereka yang selalu support Putery Memory .

I love you 

Thanks Allah .





Emcee Majlis Santapan Malam Rejimental Bersama Sultan


Assalamualaikum w.b .t 
kesayangan Putery Memory semua!

Alhamdulillah .
Hari ni Putery Memory nak berkongsi pengalaman yang sangat besar buat semua .


Raptai before Majlis . Berdebor Maaaa . Tsskk . eheh

Pada 16hb 8 baru baru ini Putery Memory dilantik untuk menjadi Emcee dalam majlis yang sangat besar setakat ini . Alhamdulillah, rasa bersyukur sangat atas pengalaman ni .
Okay . Kapten Azizul memberi kepercayaan  kepada saya untuk menjadi Emcee  MessNight iaitu majlis santapan malam istiadat bersama sultan iaitu
 Tuanku Mukhriz  ( Canselor Ukm) dan Tuanku Aisyah Rohani  (Canselor Usim) .

Sebenarnya rasa macam tak percaya . 
Yeke ni ? aku boleh bawak ke ni? Tuhan tahu betapa risaunya diri . hmm ''- -

'sebab berjayanya sesuatu majlis tu apabila berjayanya seorang pengacara majlis'

Betul tak?
Alhamdulillah thanks Allah for this opportunity :')  

 Okay sebelum ni , pengalaman sebagai emcee majlis yang paling besar  depan Naib Canselor Ukm iaitu Yang Berbahagia Kolonel (Kehormat)Prof. Datuk Dr. Noor Azlan Bin Ghazali iaitu pada Perasmian Latihan Tahunan Palapes Ukm .


Okay beberapa hari sebelum majlis, Putery Memory dah dapat teks emcee 
sbb Putery Memory sendiri dah suruh email seminggu sebelum, sebab senang saya buat persedian . 
Yes ! itulah yang semua pengacara majlis perlukan iaitu persediaan kan . 
It’s something important lah . By the way kalau Emcee depan Naib Canselor tahun lepas tu last minute dapat tahu kena jadi emcee, 
walaubagaimana pun,
 alhamdulillah boleh bawak dengan baik . 
syukur !


Teks Emcee Majlis
*
Opps jgn tgk conteng conteng tu, tu kekuatan hahha

Okay untuk kali ni ,  
sangat sangat berdebar , yea you know ? depan sultan kot . Allah ! Tuhan tahu takutnya .*Tskk.. 
 bukan apa, kalau apa apa hal yang tidak sempurna akan jadi tak best la kan . sebab kita bawa banyak nama . Putery Memory bukan hanya bawa nama komandan , C.I Palapes, pegawai atasan , malah Putery Memory jugak bawa nama dua buah universiti iaitu UKM dan USIM . Fuh !

Pada hari majlis , Putery Memory bergerak dari KL dengan kawan kawan 1 Leftenan Muda iaitu Lt. M Saifa & Lt. M Nurul . kami sampai di Hotel Royal Bintang seremban pukul 3.00 petang.
Masa tu saya agak tertekan jugak lah dengan rushing datang nak raptai bagai then ada pulak penambahan teks emcee , ada tukar ini ada tukar itu dengan wakil istana .
Tapi tak pa, itu perkara yg selalu berlaku .

Okay time raptai , bukan main susah nak puaskan hati semua pegawai yg ada kat sana . Kena tegur ,kena marah tu biasa la dalam konsep tentera . Haha . Sebati . Wajib lah kena smash dulu kan .

By the way , Putery Memory tahu disebalik riak wajah C.I Putery Memory Nampak harapan beliau nak majlis berjalan dengan lancar sempurna .  InsyaAllah saya buat sebaik mungkin untuk malamnya. Alhamdulillah .

Majlis bermula dengan agak kekok pada awalnya Walaupun diri rasa tak nervous before majlis , tapi bila majlis nervous datang bertalu talu ,tu dah macam biasa . Well baca doa banyak banyak , TawakaltualaAllah . Take a breath !
Alhamdulillah Allah bantu dan disebalik kesempurnaan emcee Putery Memory tahu ada doa dari Pegawai Pegawai di atas sana .
Terima Kasih Tuan .

Sebahagian dari gambar Majlis : Majlis penyampaian Watikah untuk 120 orang Pegawai Muda yang baru ditauliahkan . Fuh! penatla jugak Putery Memory membaca satu persatu . 


Hmm Yes ! Tuhan je yg tahu Putery Memory tarik nafas lega after majlis .  Apa yg saya rasa berdiri dihadapan bersaksikan Sultan , Nc dua buah Universiti ,Menteri Ahmad Maslan (*eh ada jugak hee*) Pegawai pegawai besar dan yang lainnya . Putery Memory rasa nak pitam , nak nangis ,nak call ma . Hahhan itulah yg saya rasa awak !  . gila kau tak risau .heheh 


Haaa tuh ! Ahmad Maslan . adaa kan. Tak caya sgt eheh .
Yang Berhormat Datuk Haji Ahmad Bin Haji Maslan (tengah) .


Tapi apa apa pun Thanks Allah for this opportunity . Pengalaman paling besar dalam hidup .
Tak lupa juga terima kasih kepada sifu Putery Memory iaitu Tuan Rizal Rashid iaitu public speaker hebat yang pernah curahkan ilmu pada Putery Memory dalam workshop beliau dua tahun lepas .

Klik sini : 

 Yes I really love to be a public speaker/host/emcee .

InsyaAllah .
Thanks ma ayah .
Keberanian ni datang  dari darah mereka .

Alhamdulillah .

Bye Royal Bintang ! 
Best jugak check ini kat sini walaupun 1 malam .

Jom balik xoxo




Putery Memory dalam senarai Blogger Cun Malaysia


Hey, Assalamualaikum semua.

Hari ni tetiba terbaca entry dalam blog Encik Hasrul Hassan , blogger hebat sape tak kenal . 
Rasa macam nak menuntut ilmu juta juta dengan dia . Bila baca blog www.hasrulhassan.com banyak sangat ilmu  yang belum peroleh  . haih . camne ni ,  walaupun dah tamat belajar . masih lagi nak tuntut ilmu ni . Orang kata belajar sampai akhir hayat . tak kan ada istilah habis belajar dalam kamus hidup ni kan .





Tapi tak sangka pulak , bila baca entry Senarai Blogger Cun .
ada pulak tersenarai Putery Memory . 

haha .
 macam malu malu siket nak baca hee 
*tutup muka jap* 
 haha 

By the way ,
Terima kasih Encik Hasrul Hassan .








Putery Memory Blogger biasa biasa saja . 

kalau nak baca dengan lebih lanjut boleh baca kat blog beliau . 





Thanks korang . 
Bye ! 
xoxo

BILA 4 BLOGGER BERTEMU




Hello Gurls !
Ouch ! tak sangka jumpa dengan sahabat Blogger di tempat yang sama .
Kita punya minat yang sama kah? eh eheh 

Pergi keseorangan ,jumpa dua sahabat baik Maryam dan juga DJ muda Ewana FM ,Lia Omey .
Dan dikenalkan pula dengan orang cantik manis asal dari negeri yang sama .Ewah !   Hai blogger Yuyu Atiqa ,salam kenal ,dulu tak kenal pun ,now owh! ,orang kelate jugak rupanyaaa .
Eheh sep kito !kihkih Peluk Cium ciked ! xoxo 






Actually susah nak jumpa kawan yang ada passion yang sama macam kita ,apa yang kita suka ,apa yang kita buat .Yes! Tersangat sukar ! So sebab tu i tak kisah bila bergerak sendiri ,mencari minat sendiri ,melakukan hobi sendiri .

Yang penting berusahalah selagi ada jalan ,itu panduan hidup saya .

Saya suka Public speaking setting /Motivation ,
so ada tak yang ada hobi macam saya ?Eh 
Itulah saya ,apa yang saya minat ,saya akan berusaha apa adanya untuk capai,untuk terapkan dalam diri dengan semua kemahuan hidup .
Asalkan ianya bukan benda yang sia-sia .

Percaya pada diri sendiri sangat penting.
Okay untuk pembaca kat luar sana ,Kalau korang tak minat ,jangan paksa diri korang untuk minat apa yang orang lain  minat .
Just be yourself yah !
Eheee .




Hope one day ,we can meet again gurls  .
Bye !

Thanks for reading .