Showing posts with label Viral. Show all posts

Asianic Lancarkan 4 Lulur Scrub Best Dan Murah

Hi awak semua . Ingat tak entri sebelum ni Mar pernah share story pasal mandian best tu? Yes Asianic laa!. Mar memang amalkan mandian Asianic ni dari dulu .  Sekarang tak habis lagi hhe . 
So minggu lepas pihak asianic ada melancarkan 4 scrub best pulak . Omg mestila rasa excited sbb Mar dah amalkan produk Asianic ni dah lama kan. So sekarang Mar nak try scrub pula .
Mar suka scrub ni  sebab ia diformulasikan daripada bahan-bahan semulajadi. Lulur Scrub Asianic mempunyai 4scrub best iaitu divariasikan dari Papaya, Seri Tujuh Bunga, Delima, dan Susu Beras. Jadi korang bolehla pilih scrub ikut kesukaan diri taw. Kalau Mar, Mar suka semua. Sebab semuanya wangi hhe . 

Awak! Kalau nak tahu lulur scrub penting untuk penjagaan badan taw sebab ianya akan membuatkan kulit kita sentiasa lembut, bersihkan & menghilangkan sel-sel kulit mati.  Bila dapat scrub dari Asianic ni Mar cuba satu satu taw, memang rasa best sangat. Lulur scrub Asianic ni memang menyingkirkan sel kulit mati & mencerahkan bahagian yang tersembunyi.  

Aha, awak awak semua yang rasa tak selesa dengan bahagian, celah celah yang gelap bolehlaa guna scrub ni taw. Takperlu tunggu nak kahwin dulu baru sibuk cari scrub hhe. Mula jaga badan awak dari sekarang taw, baik perempuan atau lelaki . Ia juga boleh hilangkan bau bau badan. Kalau awak semua guna ianya secara konsisten ia dapat buatkan kulit kita tegang seakan awek muda gittew hhe . 
LULIUR SCRUB PAPAYA

LULUR SCRUB SERI 7 BUNGA 
Ehem ada scrub seri 7muka la hhi awak yg tengah cari jodoh tu bolehla kot pakai . Mana taw jodoh melekat nanti . Ehhh hhe
LULUR SCRUB DELIMA

LULUR SCRUB SUSU BERAS 


Bagi awak semua yang suka memanjakan diri, bolehla guna scrub ni dan berspa dirumah sahaja. Jika nak pergi Spa boleh juga bawa scrub ni taw Mar pun fikir macam tu juga, kalau pergi SPA nak bawa scrub ni laa hhe .



Harga : RM16.90 
setiap Satu . 

Produk Asianic boleh didapati di semua pasaraya besar di Malaysia, farmasi dan juga kedai runcit . Jika korang semua nak senang boleh juga dapati melalui atas talian iaitu AladdinStreet.com, Lazada, 11 Street, Coopmall.my, Cmasa.my, facebook Asianic Halal dan juga website : www.wonderlandprimary.com 

WONDERLANDPRIMARY SDN BHD (877104-M)
No.17, Jalan PJS 5/26,
Taman Desaria,
46000 Petaling Jaya , Selangor.
Tel : +603 7782 6308    Fax :  +603 7783 6308

Facebook : ASIANIC HALAL 
Instagram : ASIANIC HALAL

                            

Surat Terbuka Kepada Hajjah Neelofa dari Mufti Wilayah Persekutuan

Allahu, menitis air mata baca ni. Mohon kita semua hadam T_T . 
Jom check diri sendiri baik lelaki mahupun perempuan . Tuhan buka mata semua bukan sebab individu tersebut tapi, sebab banyak benda lagha yang dah berlaku sebelum ni yang kita buat buat tak nampak, tak amik peduli pun. Kutuk tindakan mereka tak apa, jangan kutuk individu tersebut, mungkin sekarang tuhan uji mereka,  kita tak tahu masa kita nanti, Moga kita & mereka ambil pengajaran & buat perubahan dalam diri masing masing. Sama sama lah kita jaga diri & hati #LetsSelfCheck .
Sumber : http://muftiwp.gov.my
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Semoga Hajjah Neelofa dalam keaadan sihat sejahtera hendaknya.
Alhamdulillah kami merafa’kan setinggi kesyukuran ke atasnya, selawat dan salam ke atas Nabi SAW, keluarga, para sahabat yang mengikut jejak langkahnya hingga ke hari akhirat. Kami telah menerima berita yang hangat melalui Facebook, Instagram dan media sosial lain berkaitan isu pelancaran produk Naelofar Hijab di Zouk, Kuala Lumpur.
Kami mendapat pelbagai pandangan sama ada yang mengecam dan tidak kurang juga yang menyokong tindakan tersebut. Justeru kami terpangil untuk menulis surat terbuka kepada Hajjah Neelofa berkenaan hal ini. 
  1. Tudung adalah lambang kehormatan wanita. Tudung adalah simbol kepatuhan seorang hamba kepada perintah Tuhannya. Tudung juga adalah salah satu bentuk kesempurnaan dalam beragama. Sebenarnya, tudung adalah simbol sifat malu seorang wanita, simbol akhlak Muslimah yang perlu dipelihara dan simbol kemegahan Islam yang wajar dibanggakan.
  2. ‎Pemakai tudung tidak semestinya sempurna, namun sentiasa berusaha untuk menjadi lebih baik dari hari sebelumnya. Indahnya pemakai tudung bukan hanya kerana memelihara auratnya, tetapi lebih daripada itu, mereka sebenarnya memelihara agama-Nya dan mematuhi Allah dan Rasul-Nya.
  3. ‎Sangat sukar sebenarnya untuk konsisten bertudung dengan memelihara perilaku dan adab kesopanan. Sehinggakan ada yang menolak untuk bertudung kerana tidak mahu hipokrit. Sedangkan perubahan daripada tidak bertudung, kepada bertudung bukanlah satu bentuk hipokrit kerana ia tidak hanya melibatkan penghijrahan diri tetapi juga penghijrahan hati dalam usaha menggapai redha Ilahi. Jika bukan redha-Nya yang kita impi, apa lagi yang hendak kita cari di dunia ini?
  4. ‎Tidak salah untuk kita mencari kelainan. Malah, kadangkala kelainan itulah yang melorongkan seseorang ke jalan Tuhan. Namun, fitnah dan tohmahan perlulah sentiasa dielakkan. Satu kaedah yang masyhur di dalam Islam “Matlamat tidak menghalalkan cara”. Benar, perniagaan untuk mendapatkan keuntungan adalah matlamat yang murni. Namun begitu, kaedahnya juga wajib diraikan agar terhasilnya keberkatan.
  5. Kami sangat khuatir, apa yang terjadi baru-baru ini bakal membawa satu fenomena normalisasi dalam bertudung. Apa sahaja boleh dan dibenarkan asalkan bertudung. Kekhuatiran ini bukan bermakna agama mengongkong wanita, tetapi agamalah yang sebenarnya membebaskan wanita daripada penjara keterbukaan tanpa had, kepada mendapat hak kebebasan yang bersyariat.
  6. Kepada para ikhwah dan akhawat, masyarakat Muslim Malaysia yang memberi teguran dan saranan, kami merasakan banyak manfaat dan istifadah yang dapat dikutip. Dalam keadaan seperti ini, alangkah baiknya kita mempunyai nada yang sama, penuh rahmah dan hikmah dalam memperbaiki diri sesama kita. InsyaAllah itulah yang terbaik. Memalukan, mengaibkan dan memberi tohmahan dan fitnah kepada beliau, bukanlah akhlak seorang Muslim. Semoga amar ma’ruf dan nahi mungkar yang dijalankan dengan kaedah dakwah yang baik akan membekas dalam sanubari kita.
  7. Kami mengenali Hajjah Neelofa sebagai simbol Muslimah yang berjaya. Tidak ramai yang mampu menggalas tugas sebagai “wanita besi” dan “gergasi” dalam perniagaan dan kerjaya. Tetapi anda sudah membuktikannya, malah membanggakan Malaysia dan dunia Islam. Akhir kalam, kami berpesan kepada Hajjah Neelofa untuk sama-sama menghayati syariat Islam yang sebenarnya. Kami noktahnya disini 3 perkara: (i) Tanyalah ulama’ sebelum bertindak (ii) Sentiasa memelihara imej wanita bertudung (iii) Carilah rezeki yang diberkati Allah SWT.
Kami berdoa semoga Hajjah Neelofa terus maju di dalam kehidupan dan kerjaya serta sentiasa memperoleh taufiq, hidayah dan rahmat-Nya. 
Akhukum fillah,
Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri
Mufti Wilayah Persekutuan


Pendapat Putery Memory isu Neelofa & Kelab Malam

Hey guys!, Thanks sudi singgah baca .
Cantik gila awak tengok semua koleksi Neelofa tu kan. Semalam pula Lofa dah launched koleksi terbaru iaitu Be Lofa Turban & Be Lofa Shawl . Omg So cantik . Tapi Mar tak sesuai pakai turban laaa, hhu best sangat kalau muka korang bulat,kecik,comel camtu mesti cantik pakai turban. 




Neelofa selaku pemilik Neelofa Hijab telah membuat pelancaran Koleksi Be Lofa semalam di Zouk Club sempena birthday beliau yang ke 29 tahun .  Congratulation Pretty Mek Kelate Neelofa! Day by day you improved your business very well and great, so proud with your smart and intelligent in business! Boleh tak i nak tahu apa lagi achievement yang you nak buat lepas ni? hhe . Peratiii je si pretty with brain nih . Idola sangat dalam bisnes! Oppps. try awak semua pandang tentang bisnes jap, bukan fikir pasal event tuh . hhu 





Okayla , semalam jadi issue gila tentang pelancaran koleksi tudung Lofa dekat Zouk Club. Okayla why Lofa memilih Zouk Club katanya sebab nak buat pelancaran dengan theme Neon. So yeah dia dah booked the whole club tu tanpa sebarang hidangan arak . Tapi ramai sangat netizen yang bagi pendapat yang baik serta kecaman yang agak melampau.  Betul, memang betul pun Lofa boleh jee sebenarnya cari tempat lain. 

Bagi pendapat Mar pula.
Kalau ikutkan zaman sekarang rasanya tak salah pun Lofa nak buat kat Zouk Club, Sebab kadang bila buat di tempat yang 'panas' macam tu mana tahu ia salah satu cara untuk orang orang yang 'clubbing' tu boleh nampak jalan untuk mereka memakai tudung juga. perbaiki diri slow slow walaupun nak bertudung tp stylo melebih lebih. TAPI TAPI , haa ada tapi okay, tak bermakna korang bertudung tiket untuk korang masuk club & bergelek lepas ni. 

Yang mana ada berlaku sebelum ni, salah sorang ustaz yang letak posternya dekat club, dan akhirnya orang orang kat sana ramai hadir ke majlis beliau. You guys ada nampak tak benda yang positif dari situ?

Okay fine mesti dah ramai yang nak kecam Putery Memory pulak bagi komen macam ni. Okay walaupun Mar bagi pendapat macam ni, tak semestinya 100% Mar setuju .


Okay berbalik pada benda negatif yang berlaku. Such ada perempuan bertudung menari nari galak macam orang gila tu, memang salah perempuan tu, why buat performance terlajak galak macam tu, pendapat i memang benda tu salah dari segi performance, i think orang yang handle event atau buat performance perlu ambil sensitif benda tu. Banyak lagi performance yang tak menonjol boleh korang buat.  

Sambil i taip entri ni, 
Tetiba i dapat berita yang gelek kemahen tu kawan blogger i. Pergh, pedih la jugak nama blogger tercalit ni. Yang identiti wanita bertudung masuk kelab pun da panas sebab i pun bertudung. Okayla bila dia sendiri dah minta maaf di atas kelakuan yang tak senonoh tu dan sedar benda tu tak seharusnya berlaku. Kita as masyarakat perlu lah ambil semua tu sebagai pengajaran supaya tak kan terjadi lagi lepas ni. Dia da mintak maaf guys! mohon elakkan dari share video tersebut, lagi banyak kita share lagi mendapat kita kat akhirat . So sama je la level kita dengan mereka. 

Sebenarnya, kalau nak tengok benda maksiat kat dunia ni, kat mana mana je berlaku. Kadang, bukan tempat syaitan bertandang tu pun ada yang buat maksiat, lagi lagha . Cuma kita je yang tak nampak. Sebab apa? sebab tuhan tutup aib kita. 

Jom jaga diri sendiri. 

And to those women berhijab termasuk i sendiri, jom check balik why kita as a women bertudung and how to jaga identiti tu.

Oh ya, bukan itu je, yang lelaki pun kena lah jaga. Orang lelaki bukan setakat kena jaga diri juga malah kena jaga dan guide kami as a wanita juga, maklumlah kadang perempuan ni tak kuat sebab tu lah perlu ada pembimbing . 

Sorry la guys, Mar bukan a good person pun nak bercakap pasal agama, tapi kita cuba perbaiki, jaga semua . Jaga hati. Thankyou . 
Follow @PuteryMemory . 


Huk alos Lofa, Lets do positive marketing strategy okes lepas ni,  i'll support you as always!


#Viral : Si Mata Biru Jadi Tumpuan Malaysia!

Walawei! Cantiknyaaa!
Hehe

Itulah first impression bila tengok famili bermata biru ni . Mar pernah tengok berita & dalam akhbar beberapa tahun lalu (Zaman sekolah ) berita orang yang  mata berwarna ni.  Siap simpan keratan akhbar tu sebab unik sangat! hhe.  Dulu kan bukan zaman viral so orang maybe xtahu pasal famili yg tu .

 Inilah kanak kanak yg bermata biru yang Mar pernah tengok suatu ketika dulu . Dan gambar bawah ni mereka dah besar ! Lama dahh rupanyaaa berita tuu . Tengok hensem je kan .Hehe

and Now!

Viral famili bermata biru ni dari Beufort, Sabah. Wow . Ibu , Anak perempuan & Anak lelaki.
Kata ibu " Mungkin ia dari keturunan neneknya org pakistan , sebab org Pakistan kan ada yg mata berwarna. Ooo. Patotlaaa . Dan mata berwarna mereka Doktor cakap tiada apa apa masalah .


From Metro .

Kalau lah dapat mata berwarna ni memang semua orang nak kan. Hehe Hensem & Cantik . Ada juga wanita yang pregnant pergi ke rumah mereka sebab nak tengok . Mungkin nak dapat baby macam mereka hhe. Ini juga kuasa tuhan kan . SubhanAllah !

Mar juga pernah jumpa kanak kanak yang mata berwarna coklat oren camtu dekat Kota Serimas . Jumpa depan mata la. Siap selfie lagi . Gambar selfie tah kat mana dah . Memang suka sangat tengok . Takyah pakai contact lens nak dapatkan mata cantik dah . Hhehe


Bye guys!

Enjoy Jadi Pengapit Pengantin Merdeka Viral!

Alhamdulillah selesai sudah majlis Ekim Zakaria & Sharul . 
Untuk korang yg tertanya tanya tu. K.ekim ni kawan Model Mar. Dulu pernah jumpa time catwalk sekali . Zaman kegemilangan model 2013 2012 lagi . hehe Ceh throwback lak. Actually,  Dah lama dah tahu k.kim kawin bulan 8 ni tapi tak tahu pulak pilih 31 OGOS & tak sangka jugak dia pilih nak buat tema KEMERDEKAAAN! hhe Well,  all the bridesmaid Excited taw! 

Alhamdulillah cantikk sangat! 
Mar pun tak tahu juga bridesmaid kena pakai ikut tema pada mulanya . Then k.kim kata setiap orang akan pakai baju warna one of bendera. Wahh! Excited! Masa tu tak leh emagine lagi kan , cantik ke tak tapi dah excited melompat2 dah dalam hati sebab mesti unik gila! hhe Memang suka kalau lain dari yang lain ni . Buat apa nak malu, kena la berani ! hhe  Lagipun ia menunujukkan semangat kita utk sambut hari kemerdekaan . Bukan utk jatuhkan martabat negara pun . Eceh hhe Sorry Mar tak layan komen komen kritik negatif ni . 
Yang penting time belarok ni . Pengantin dua dua sporting gila . Bukan senang weyh nak cari pasangan yang satu kepala T_T . Kalau kita suka kadang suami tak suka buat kan . Tapi kali ni Mar rasa pergi wedding yang gempak & sporting 100% hahha . Masa ni pengantin kena laungkan "MERDEKA" dan dituruti oleh para rombongan. Weyyyh Mar pun excited taw . Sportingnyaaaa semuaa ! Mar wajib lah akan sporting hhe . Semangat sangat bila laungkan Merdeka tu . Thanks kak kim pengalaman yang seronokkk bebeh! hhiks Yang paling penting belah laki pun sporting! Alahai mana nak cariiii hhhuuu


Time ni Mar jadi pengapit untuk pengantin & berjalan utk tengok persembahan silat . Guys! Kalau nak tahu persembahan silat tu buat kat tempat panas & banyak pulak persembahan team silat tu . Tapi nak cakap pengantin & yang lain enjoyy je tengok silat walaupun cuaca panas . Ni la orang kata semangat! Panas ke apa tak kisahh! 
Eh, Mar wajiblah suka tengok silat sebab ayah Mar kan tok guru silat ! hehe balik rumah tu ayah nak tgk video live update yg silat tuu . 


TAHNIAH K.kim . 
U did it! Terbaik sangat . Lawaaaaaa, rasa macam nakkk jugaaaak hhe 


Dress Merdeka ni cantik, kalau korang tengok dekat dekat rasa macam weyh nak pakai jugakk . A,ah cantik potongan dress dia cutting dia buat pun lawaaa . Korang yg nak kawin 31 OGOS pergila cari memang cun habess!
Gambar ni pun viral kat page siakap keli . ahahha sape yg mention & cam tuu terima kasih daun keladi hhu T_T


Tahniah kak kim & sharul moga perjalanan suami isteri diberkati Allah . 
"Abe sharul kito tu jago kak kim molek molek deh . k.kim dio pulok jadi isteri yang terbaik okaihh".
Huk alos, bagi can siket Mar kecek kelate. Kecek diluar sokmo! hhu 




Btw, ni la barisan pendekar musang berjanggut yang rakam detik detik lawaaa ohsem meletop viral tu! hhe Terbaiklah team @Sweetpictures_kl ! Goodjob Gais!!!!

Oh ya, sebenarnya pengantin bukan pakai baju merdeka je taw, banyak lagi persalinan baju pengantin yg lain . So janganla kecam sangat hehe . Nanti kalau Mar buat unik unik camni nak kecam jugak? Kemon la Malaysia . Think la positif. hehhe 

More info klik sini :
LIVE UPDATE SIAKAP KELIhttp://bit.ly/2gFWo8u
GAMBAR DI SIAKAP KELIhttp://bit.ly/2x75mCM
OFFICIAL PHOTOGRAPHER  : sweetpictures_kl
PuteryMemory IGputerymemory

LOCATION : KG.GAAL PASIR PUTIH, KELANTAN .

                                      Thanks sesape yg puji tema baju bridesmaid cantikk lain dari yg lain! 
                                                                               Much love xoxo :')

VIRAL : Pau cendawan berintikan cendawan Bazar Ramadhan Putrajaya


VIRAL : PAU CENDAWAN
Beberapa hari lalu, Kawan Mar post gambar screenshot pasal cendawan viral ni, kebetulan semalam kami plan nak berbuka sesama so decide nak iftar kat Putrajaya terus . Sampai Bazar Ramadhan Putrajaya terus cari pau cendawan ni . Memang excited sungguh ! Lebih lebih lagi Mar yang suka sangat mushroom ni . Hee

Bila merondaa satu bazar tetiba kami terkandas dek laluan jalan da dipenuhi dengan manusia yang beratur sakan. Eh panjanggnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa . Apa laa yang diorang ni dok beratur panjang, sebab memang tak nampak kedai tu. Kami pun apa lagi try berjalan ikut laluan orang duk beratur panjang tuu, dalam hati nak tahu lahh apa yang mereka duk tunggu . panjang sangat , aihh mana punca diaaa ni . dalam hati membebel sendiri huu. Lastly , huh jumpa pun rupa rupanyaa kedai cendawan yang depa ni duk beratuqqq panjang kalah keretapi tanah melayu .HUH.




Aku : Firaa, macam mana ni ? give up laa kalau nak beratur jugak, panjang sangat ni . hmm (dalam hati dah sedih)
Fira : Entahlah, panjang sangat ni Mar .

Tetiba dapat call dari kawan dua orang lagi yang kami dah berpisah tadi .

Shauki & faizal : Korang kat mana? kami dah dapat pau cendawan tu . 
Aku & fira : Eh yeke, macam tak caya jee . Howaaaa sukaaaa gila ! 
-Korang nak tahu macam mana kami dapat tanpa beratur panjang? ok teruskan membaca . heee .










 Ini  rupa dalam pau cendawan ni . Ada cendawan yang tu paling heaven!  tak silap mar dia letak isi paha ayam & sup cendawan pekat bersama cendawan . Pehh awaaak sedapnnyaaaaaa . Memang berbaloi & tak mengecewakan Mar & kawan kawan . 
 ( Sorry gambar pau dah kena gigit siket heee)


Korang nak tahu macam mana kami boleh beli tanpa beratur panjang kan?
Sebenarnya kawan Mar ( shauqi & faizal )terserempak dgn sorang brother lingkungan lewat 30 an , pakai baju hijau & jeans biru yang baik hati tawarkan cendawan ni .

Brother baik hati : Nah cendawan ni abang beli nak rasa je , kira rm10 jer la .

Mungkin brother tu beli lebih sebab tu lah  tiba tiba nak bagi kat kami . Ada satu plastik lagi kat tangan brother tu . Apa lagi si coki & chip ni terus ambil lah . Tak sangka ada jugak rezeki kitorang nak makan pau cendawan ni .


So kat sini, kami nak ucapkan terima kasih kat brother yang baik hati tu . Kalaulah dia terbaca blog Mar kan . Thanks abang! Alhamdulillah .


So untuk pembaca blog Putery Memory yang teringin sangat nak try, boleh cari di bazar ramadhan putrajaya okey, weekend memang sangat sangat ramai, kalau nk pergi mungkin kena pergi sebelum gerai-gerai  bukak , haha  so tak de lah kecewa datang jauh jauh kan . Hari biasa Mar tak sure. 
 Have Fun korang ! Serius tak mengecewakan . 

Lokasi : Bazar Ramadhan Putrajaya 2016
Presint 3, Putrajaya .