Benefit Shinjumi

Kulit Putih & Licin Dengan Shinjumi | K Beauty Luxury Malaysia

March 08, 2020,7 Comments

Hi everyone, Sabtu | 29 Feb 2020 yang lepas Mar sempat ke Launch Party KOREAN BEAUTY LUXURY MALAYSIA di Cheras! Wahh tak sangka sangat ramai yang hadir ke Launch Party tu taw, yang penting semuanya bertema pink & white, nasib baik i ada juga baju pink & seluar putih. So  bila pakai nampak sweet sweet muda remaja gittew hehe. Best datang event ni sebab banyak performance dari instafamous yang suara sedap sedap tu & ada juga demo make up. Excited jap!



KOREAN BEAUTY LUXURY MALAYSIA! > <


K BEAUTY LUXURY OUTLET 
Bila habis majlis i sempat masuk dalam outlet KBLX ni, sangat cantik dalam kedai ni kaler pink! Kat sini ada pelbagai jenis Korean product dari KBLX taw, so korang yang suka Korean product jemputla singgah sini. Macam macam beauty product ada plus ada harga promo sekali taw. Woot woot ! 





PELANCARAN SHINJUMI BERSAMA DUTA 
Dan pada hari tersebut ada pelancaran produk baru dari KLBX ni taw iaitu SHINJUMI bersama dengan Duta Shinjumi iaitu adik Iman . Patutlah adik iman ni sweet sweet cantik je orangnya, pengguna setia Shinjumi rupanya. Tahniah adik iman!

Adik iman ni instafamous yang suara sedap tu. I suka follow dia punya ig taw. Suara lunak plus kulit cantik glow glowing camtu. Till meet again taw adik iman. 


SHINJUMI  ( Vita Milky Strawberi)
Campuran Susu Strawberi dengan L-Cystein dan Ekstrak Tomato

So guys! produk Shinjumi ni Mar dah try taw.  Bila da try ni rasa nak share dekat korang semua. Rasa susu strawberi tu best ! Tapi Tapi jangan risau dia tak pekat sangat, sebab i takde la peminat susu strawberi taw, bila try Shinjumi ni rasa boleh tahan sedap, sebab rasa susu dan rasa masam masam buah strawberi  yang buatkan ia best & tak terlalu masam sangat. Haa that's why la I boleh minum . Yes, of course la you guys kat luar sana mesti suka gila kan flavour ni! 
SHINJUMI ni sesuai diminum dari umur 13 tahun dan ke atas, so kepada adik adik remaja kat luar sana yang nak jaga kulit dari muda lagi boleh la cuba Shinjumi ni taw,  so untuk  kita kita yang dewasa ni pun sesuai lagi lagi nak dapatkan kulit glowing awet muda, nak hilangkan kulit kusam penat kerja pun boleh cuba taw. Ianya sesuai diminum sebelum sarapan pagi, i sekarang ni setiap pagi wajib akan ambil breakfast, so sebelum breakfast ambil satu sachet shinjumi, kat office rasa bertenaga je taw sebab shinjumi kan susu and i memang suka minum susu setiap pagi untuk protein & tenaga. Korang jangan risau sebab produk ni tidak mengandungi mana mana kolagen okay, kat bawah i tuliskan ramuan yang ada dalam Shinjumi.


Packaging dia sangat cantikkk kan?
18gx15 sachets dan i dapat 1 shaker bottle. 

RAMUAN :

CALCIUM : 
Mempunyai kandungan kalsium 10x ganda susu lembu.
ASID ASKORBIK: 
Mempunyai kandungan kalsium 10x ganda susu lembu.
L-CYSTEINE: 
Mempunyai ciri-ciri anti penuanan, melindungi tisu badan & mencerahkan kulit.
EKSTRAK TOMATO:
Menegangkan kulit dan mempercepatkan proses penyembuhan.
EKSTRAK BUAH ZAITUN: 
Bermanfaat untuk meningkatkan daya tahan tubuh dan melambatkan proses penuaan.
EKSTRAK KURMA : 
Kaya dengan serat dan merupakan sumber kalium yang sangat baik
KISMIS: 
Kulit menjadi awet muda, cantik dan lembut.
EKSTRAK BUAH TIN : 
Menjadi sumber vitamin, antioksidan dan mineral yg sangat baik untuk kulit. Ia juga membantu melancarkan kulit serta sudah pasti menjadikan kita kelihatan cantik.
EKSTRAK BUAH APRIKOT: 
Mempercepatkan proses penyembuhan kulit, menstimulasi perbaikan jaringan tisu dan baik pulih sel-sel kulit baru serta kolagen pada kulit. Tidak hairan jika kulit terasa lebih kencang dan kenyal.
PERISA & KONDISI MAKANAN YANG DIBENARKAN : 
Krimer , Whey manis (Mengandungi laktosa, vitamin, protein dan galian berserta dengan kesan lemak. Serbuk Jus Strawberi, Gula Perang & Campuran Mineral.

MANFAAT :



  • Menjadikan kulit berseri, pinkish dan gebu.
  • Merawat bintik hitam dan menghalang pembentukan jeragat
  • Mengurangkan pembentukan melanin yang boleh menggelapkan kulit
  • Merawatkan permukaan kulit kusam dan tona tidak sekata
  • Melindungi kerosakan kolagen akibat radikal bebas
  • Mengekalkan struktur kolagen bagi mengekalkan keremajaan kulit
  • Membantu mengawal selera makan yang berlebihan dan memberi rasa kenyang

VITA C WHITE STRAWBERRY ESSENCE 
Oh ya guys, kalau beli Vita Milky Strawberri tu , beli la Vita C White ni sekali sebab harga dia murah. Paling penting Vita C White ni banyak manfaat dia , biasa i akan pakai sebelum i apply make up taw. So you guys yang suka make up & nak jaga kulit muka pakai ni dulu okay!.


So jom kita jaga kulit sesama okay! <3

HARGA 
VITA MILKY STRAWBERRY :
RM69
VITA C WHITE STRAWBERRY ESSENCE : 
RM 39

HARGA COMBO SET
1MILKY + 1 VITA C ESSENCE
RM108 FREE POSTAGE

INSTAGRAM :


7 comments:

Cafe Best Di Setapak

Best Cafe For Surprise Party - Becky & Nana's Cafe

March 03, 2020,3 Comments

Hey guys! minggu lepas i teringin nak makan western food! Korang tahu kan I memang suka food hunting cafe cafe yang sedap . So i decided nak pergi Cafe Becky & Nana's dekat Setapak ni. Yup ni first time pergi sebab dah lama craving nak makan dekat Cafe ni. Finally! Masa ni i pergi dengan kawan i, so i order banyak sikit sebab kat sini semua best best sampai korang tak tahu nak pilih yang mana satu taw. hehe . From main menu to dessert, i love it! Yup puas hati 100%.

MENU I ORDER :
Korang boleh tengok menu menu i order kat bawah ni, semua sedap tak tipu. Lagi lagi food presentation dia tu memang wow la, rasa sayang pulak nak makan sebab cantik sangat, terbaik la chef Becky & Nana's . 

First i order main dish dekat sini, iaitu Marakesh Lamb Shank & my friend order Chef Zaman's Signature . I kalau pergi cafe hipstur macam ni i suka order something yang berbeza dengan kawan i, so boleh la tukar tukar rasa.  Dua dua sedapppp! Lagi lagi makan time dia masih panas guys. 

1) MARAKESH LAMB SHANK
Served with Moroccan Rice, Grilled Vegetable
Daging dia paduuu. Soft sangat!

2) CHEF ZAMAN'S SIGNATURE
Pilaf Jewel Rice, Creamy Fish, Harissa Chilli, Greek Yoghurt Cucumber Raita, Mango Salsa
Saiz salmon dia bagi sangatlah besar, makan dua orang pun rasa tak larat nak habiskan taw. 

PASTA
Oh ya guys, kat sini pun ada pasta, spagheti & etc taw. So if you guys tak nak makan berat, so boleh je nak order pasta. Yup, because i peminat spagheti macam aglio olio tu so nak cuba juga pasta kat sini, so i order Squid ink spagheti ni sebab tak pernah lagi rasa spagheti hitam macam ni. Nampak pelik kan? tapi sedap! 

3) SQUID INK SPAGHETI
With Crabmeat, Grilled Squid, Cherry Tomato Sauce
Banyak pula dia letak sotong . Hi i peminat sotong . Thankyou bagi banyak . heheh 

SALAD
Kat sini juga ada menu salad, you guys yang diet nak makan salad je kat sini, bolehla order salad okay. Im not on diet sekarang but i suka cuba makan makanan sihat dalam rutin seharian taw. So why not kita cuba salad kat sini. I order Nana's Special Salad.  Memang on la sedap !

4)NANA'S SPECIAL SALAD
Avocado, Kyuri Cucumber, Pamelo, Lychee, Watermelon, Pickled Onion, Peanut, Young Mango, Soft Boiled Egg, Coconut Vinaigrette, Black Crackers, Sweet Corn.



PIZZA
If you guys datang dengan famili anak anak yang taknak makan nasi & etc, boleh order pizza, bermacam jenis pizza rupanya ada kat sini. Dalam banyak banyak pizza i tak pernah makan lagi pizza Salmon taw. So i order 1 kongsi dengan kawan i & i tapaw bawa balik juga untuk housemate. Yup sebab saiz dia besar taw.  

5)SMOKED SALMON
Smoked Salmon, Fresh Salmon, Spinach, Pickied Chilli
Walaupun first time makan pizza salmon, dapat rasa salmon tu yang penting kan? memang puas hati  You guys pernah try?

DESSERT
Okay last of course la kita end dengan dessert kan? I memang suka makan cream caramel, kat rumah selalu buat. So nak try cream caramel dekat Becky & Nana's ni sedap ke tak. Sampai je kat meja , woww dessert presentation dia sangatlah cantikkk guys! 

6)CREAM CARAMEL PANNACOTA
Salted Caramel, Dried Fruit
Yess! Sedap nak matikkkkk! Rasa nak order satu lagi tapi perut dah full dah . huhu

DRINKS
Oh ya, air kat sini pun unik sangat. My friend order hot chocolate and i order Deep Purple tu. Rasa dia masam masam camtu sedap!

7)HOT CHOCHOLATE
8)DEEP PURPLE
Lime & Ginger, Lychee, Butterfly Pea Flower


Okay kat bawah ni suasana dalam Cafe Becky & Nana's memang sangat lawa . Clean & decoration cafe so cantik! Kat sini juga sesuai buat mana mana party, contohnya suprise birthday party, anniversary & etc sebab Cafe Becky & Nana's boleh prepare decoration party untuk customer taw. So agak agak nak surprise siapa kat sini nanti? hee. Memang cantik dan layanan pun ala ala hotel taw. Mereka akan serve korang sampai habis makan. Terbaik la, staff cafe pun sangat friendly. 

















Love it ! xoxo


I rasa orang KL atau orang setapak ni sangat familiar dengan tempat ni sebab ia betul betul bersebelahan dengan court badminton Lavana Sport Centre. So guys yang nak datang sini korang waze je Becky & Nana's taw. Sangat senang nak jumpa . I recommended 100% . From Food, presentation, decoration, service is 100%. Thanks Becky & Nana's for your good service. Nanti nak datang lagi. For any information or booking you guys can contact  03 41418949 . 


LOCATION :

Becky & Nana's
2079-k, Setapak Village, Jalan Genting Kelang,
53300, Kuala Lumpur.


OPERATION HOURS:

Monday-Thursday : 11.00 am to 11.00 pm
Friday-Sunday : 9.00 a.m to 11.00 pm

CONTACT :
INSTAGRAM 
( BECKYANDNANA )
03 41418949




3 comments: