Showing posts with label Beauty & Health Spa. Show all posts

Kenapa Perlu Buat Analisa Kulit Muka? | Skin Valet

Hi, Assalamualaikum Guys!

SIAPA CAKAP KULIT TAKDE JERAWAT, TAKDE MASALAH?

Biasa selalu orang cakap kulit Mar cantiklah, okay je tak de masalah pun. Tapi sebenarnya 
empunya diri  je  tahu kulit sendiri bukannya okay sangat pun.  Kalau kulit Mar okay, takdenya bila keluar tepek foundation tebal tebal jugak nak nampak cantik, glowing  & sebagainya hhu. Sebenarnya Mar teringin sangat taw keluar rumah make up biasa je takyah pakai foundation pun. Yela, bila make up tebal tebal ni rimas kadang bila nak solat susah nak kena buang make up dah berjam . Memang susah la wanita yang ada experience macam Mar je yang akan faham macam mana. Huhu

Jadi bila fikir balik, penyelesaiannya Mar  nak sangat ada kulit yang cantik, kulit sihat bila keluar tak perlu pakai foundation sebagai alas dah. So first Mar nak tahu condition kulit Mar & cara penjagaan kulit yang paling terbaik, sebab Mar ni bukanlah orang yang rajin jaga kulit pun sebenarnya huhu .
So bila search kat internet Mar jumpa satu tempat yang boleh bantu semua permasalahan kulit taw. Iaitu dekat SKIN VALET , yes all about skin . Mar nak share kat korang Mar buat analisa kulit dekat sana. Setiap dari kita memang kena buat analisa kulit, baru lah tahu jenis kulit, masalah dan cara penyelesaian untuk masalah kulit kita. Bila kat sana DR  akan consult kita dari semua aspek.

SKIN VALET
Bila sampai je , first diorang akan buat SKIN ANALYSIS dulu. Bila DR check segan pun ada. Hahha. Sebab apa? KANTOI! Sebab DR  tu tahu Mar sebenarnya tak rajin buat routine harian untuk penjagaan kulit. Aduhaii kantoi malunyaaaa. Then, bila check lagi kulit Mar sebenarnya bukan gred A taw, nampak je kulit Mar macam tak de problem tapi fuhhh bukan Gred A   T_T.  Tu la malas lagi jaga muka. Hhu nak tahu gred apa? Baca sampai habis






By the way, bila buat skin analysis kita boleh tahu semua keadaan kulit kita taw, tahap kecerahan kulit kita pun boleh tahu. Eh banyak lagi laaah . Nak cerita semua tak reti pulak nak explain panjang sebab tu korang kena datang sini sendiri boleh tanya macam macam dengan DR ni.

Okay bila DR dah siap cek, jadi DR akan decide treatment apa yang sesuai untuk kulit kita. Untuk kulit Mar kena buat treatment OXYGEN CRYO THERAPY . Nak tahu apa yang best terapi ni? Baca kat bawah taw.


TREATMENT - OXYGEN CRYO THERAPY
Terapi ini  sangat bagus, ia akan membantu  menjaga kulit dari persekitaran yang tak sihat kat luar sana. Ia jugak boleh memulihkan tekstur kulit kita jadi lebih lembut. Manakala oxygen yang digunakan adalah untuk menyegarkan  kulit yang kelihatan penat, menghilangkan kedutan di muka, menghidratkan kulit dengan vitamin, bagi nutrien untuk kulit muka, memulihkan kulit muka dari sunburn dan banyak lagi.
_________________________________________________________________________
So apa lagi jom ikut Mar buat treatment! :D Tasabarrr!! eheh
Mula mula masuk therapist akan bersihkan semua kotoran kat muka kita, then baru lah proses Oxygen Cryo Therapy dilakukan. Kat bawah ni Mar share proses dia. Syok sangat hampir
tertidur >< huhu

(1)SCALING ( Facial & Scalp) Cryogenic Activator with Deep Sea Water
Bila buat proses ni kulit muka Mar rasa sejukkk sangat, seakan kulit muka ni dia masukkan ais , hehe sumpah best tak tipu. Tak pernah lagi rasa macam tu hhu


(2)SKIN NOURISHING WITH OXYGEN
(Oxygen Formula/ Hydrating Formula/ Anti Acne Formula/ Anti Pigment Formula/Recovering solution, hydrating)
Proses ni pun sama, paling best bila proses ni dilakukan therapist akan urut muka dengan lembut sekali, dimanjai sangat on that day! :D


(3) MASK (OXYGEN / PURIFYING) Oxygen Mask-Mask (Purifying, HA Gel). Oxypeptide Serum.
Seterusnya, topeng oksigen diletakkan di bahagian muka untuk meningkatkan lagi penyerapan proses tadi. Rasa macam power rangers merah jap. Eh? Hahha  memang best, proses ni amik masa sikit Mar sempat la terlelap jap. Hahha please datang try sini taw awak sebab rasa macam 100% oksigen meresap masuk dalam kulit muka yang selalu terdedah ni.


(4)SV SIGNATURE BLUE MASK

Dan Mar tak sangka untuk terapi ni dapat pakai mask juga. Yey! Tak pernah lagi pakai mask yang berwarna biru bau pulak macam mint like a cwing gum gittew, rasa macam nak jilat siket hahha . SV Signature Blue Mask ni banyak sangat manfaat antaranya :

·         Mencerahkan wajah dan memberi efek glowing dengan segera
·         Menyegarkan kulit wajah
  • Proses penghidratan dan penyembuhan
  • Sesuai untuk kulit kering

(5) FINISHING STEP (Serum, Cream,BB Cream / Sun Block Cream)
Akhir sekali pakai serum, sun block cream apa semua  rasa fresh sangat, licin, keyakinan pun meningkat,EH tiberrr! Heee serius rasa konfiden macam ni la Mar nak taw. Lagi lagi, beauty therapist kat sini buat sangat lembut, pandai buat urutan muka, tak sama dengan SPA lain yang Mar pergi, then nak tanya banyak banyak pun boleh. Thanks awak! :D


Bila dah habis treatment, mesti tasabar nak tengok cermin kan? Hee Mar pun sama . Alhamdulillah bersih sangat, glowing j. Then, Mar decide balik tak nak pakai any bedak atau foundation pun. Hehe Yes! Confident sangat.   Oh ya, korang nak tahu kulit Mar gred apa tadi kan? Kulit Mar gred B, hope lepas Mar dah jaga kulit, rajin buat routine lepas ni dapatlah kulit lagi terbaik. Sape tak nak kulit gred A kan? Hehe So nanti nak datang lagi SKIN VALET untuk cek & analisa kulit.


Apa itu Skin Valet?

Skin Valet adalah medispa patuh syariah, spa muslimah dan semua pekerja adalah beragama Islam.  Rundingan kecantikan diberikan oleh doktor atau Beauty therapist yang terlatih taw. Rawatan yang akan dicadangkan adalah berdasarkan apa yang diperlukan oleh pelanggan. Manakala, produk yang digunakan oleh SKINVALET pula halal dan selamat. Korang jangan risau Mar dah rasai sendiri memang rasa best & selesa. Oh ya, bilik yang berasingan digunakan semasa merawat pelanggan lelaki dan wanita taw, ahli terapi wanita akan mengenakan sarung tangan ketika merawat pelanggan lelaki. Perkara yang paling penting ialah SkinValet dikendalikan oleh pakar-pakar yang mempunyai latar belakang yang mantap dalam industri perubatan, aesthetic dan farmaseutikal yang menjanjikan rawatan yang terbaik untuk semua pelanggan. Lepas ni Mar akan jadi pelanggan tetap kat sini sebab best sangat! eheh


Mereka menyediakan pelbagai terapi kecantikan untuk sesiapa yang mengalami masalah 
wajah seperti :
jerawat, pigmentasi, jeragat, parut, kulit kering/ berminyak serta mencerahkan kulit.

Termasuk menyediakan rawatan kecantikan seperti:
SV Aqua Peel, SV Fruit Peel, SV Acne Peel, SV Signature Blue Mask, Carbon Peel Laser, Oxycryo, Diamond Silk Peel, Skin Tightening, dan banyak lagi.


SKIN VALET WANGSA MELAWATI
Jom tengok SKIN VALET yang Mar pergi ni, cantik sangat nampak moden dengan deco English style nya! Mar ke cawangan Wangsa Melawati sebab dekat dengan Mar. Buat pengetahuan korang semua, SKIN VALET ada 9 cawangan taw iaitu di Ampang, Rawang, Langkawi, Bangi, Ipoh, Wangsa Melawati, Kota Damansara, Klang dan Johor Bahru. Jadi Korang boleh ke cawangan yang berdekatan untuk buat analisa kulit korang okies!
 Kaunter di hadapan bila masuk. 

 Ruangan menunggu nampak exclusive kan?
 Ruangan menunggu & juga tempat untuk Hi-Tea.

 Kat sini juga banyak bilik taw, so jangan risau nak datang beramai ramai dengan kawan pun boleh taw:)
 Ini pula bilik untuk treatment tadi, luas sangat!
 Ruang menunggu & ruang untuk HI TEA . Lepas treatment SKINVALET sediakan Hi Tea untuk pelanggan taw.

“Antara Pandai Make up Cantik & Kulit Cantik, Mar pilih kulit cantik, bila kulit cantik, tak yah bazirkan duit lagi nak beli make up foundation untuk tutup permasalahan kulit muka kita kan.
Thank you SKIN VALET!
Untuk maklumat lanjut tentang SKIN VALET, korang boleh layari laman sosial :
_____________________________________________________
Facebook:
Instagram:
Official Website:
ALAMAT SKIN VALET WANGSA MELAWATI:
11, Jalan Dataran Wangsa 1, Wangsa Melawati, 53300 Kuala Lumpur, 
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Bye Thanks reading! 
xoxo


Natasha By DR Fredi Setyawan Sekarang Ada Di Bangsar!

Guys,Korang tahu tak dah lama Mar tak buat facial muka, Mar tercari cari juga tempat facial yang dekat KL, senang sikit nak pergi nanti.  Kebetulan pula NATASHA By Dr Fredi Setyawan dekat Bangsar ni buat workshop skincare. So Mar try usha usha dekat sana. SPA dia sangat besar , dua tingkat . Best pulak tengok SPA ni nampak selesa.

Bila ke SPA ni, Mar dapat tahu jenis masalah kulit sendiri taw. Mereka akan consult kita tentang jenis kulit & produk yang sesuai digunakan untuk kulit muka. Kat sana juga Mar dapat try produk skincare dari NATASHA ni, sangat teruja sebab NATASHA by Dr Fredi ni sangat terkenal dekat Indonesia taw, so mestilah nak juga pakai produk terkenal ni dan rasai apa yang best tentang produk ni. hehehe
___
Balik jeee Mar terus guna produk NATASHA ni, rasa macam sesuai dengan kulit muka sendiri taw. Kalau korang yang nak cari produk yang sesuai memang kena cuba sendiri taw, tak boleh ikut muka orang lain. Cuba la, mana tahu okay juga dengan kulit muka korang.


FACIAL CLEANSER OXYGEN (02) BUBBLE
Facial Cleanser ni paling best taw , ia akan bertukar jadi bubble. 
 
CARA PAKAI:
Ambil sedikit letak kat telapak tangan dan terus sapu kat muka, biarkan beberapa minit. Ambil tisu lembut atau span kering sapu dekat cleanser tersebut. Lepas tu baru korang bersihkan dengan air taw.


Lepas beberapa minit :)

CREAM LEHER (PAGI)
Cream ni smooth je bila pakai kat leher, bagi sesiapa yang ada daki daki kat leher memang kena pakai taw, ia akan hilangkan segala kekotoran daki dan warna gelap kat bahagian yang berlipat tu. 

CARA PAKAI: 
Ambil sedikit dan sapu rata di bahagian leher, amalkan setiap hari untuk kesan yang cepat. 

CC CREAM
Krim ni pun best, warna dia seakan pekat sedikit tapi bila dah pakai ratakan kat kulit muka ia akan sebati sesuai dengan semua jenis warna kulit, ia akan membantu hilangkan bekas jerawat, melembapkan kulit dan yang penting mampu hindarkan dari sinar matahari. 

CARA PAKAI: 
Oleskan krim ni setiap pagi selepas kulit wajah kita dibersihkan taw.

REFRESHING AND SMOOTHING MASK
Rasa dia sejuk & berangin je bila pakai kat muka, rasa macam nak biarkan lama lama hehe 

Ia mempunyai ekstrak botanical dan bahan bahan yang dapat membersihkan wajah, membantu menghaluskan dan melembabkan kulit wajah kita.

CARA PAKAI:
Korang oleskan krim masker ni secara merata pada wajah yang telah dibersihkan ,diamkan sampai kering. Setelah masker kering, bersihkan dengan menggunakan tissue bersih. Dan hindarkan pemakaian disekitar mata.

Mar percaya bila ada produk NATASHA ni semuanya lengkap untuk bawa ke mana mana je, nak pergi travel pun senang bawa 1 set terus, tak perlu nak pening nak bawa produk apa lagi hhee.

Lepas dah usha tempat & try produk lepas ni mestilah nak buat macam macam treatment pulak kat sini . Tasabar!
Yuhuuuu! Mar ada voucher diskaun untuk pembaca blog (PUTERYMEMORY.COM), So korang yang teringin sangat nak buat facial treatment boleh DM Mar dekat INSTAGRAM taw: @puterymemory

ADRESS:
96 JALAN MAAROF, BUKIT BANDARAYA KUALA LUMPUR, 59100
CONTACT: 03 2201 9922/03 2201 9944

WAZE: NATASHA BEAUTY & WELLNESS
INSTAGRAM: NATASHASKIN.MY
FACEBOOK: NATASHASKIN.MY 

Riessa Rose SPA Terbaik & Murah!

Hey akak abang semua!
Baru baru ni Mar lepas Marraton lenguh sesangat badan, mana taknya join warrior challenge mencabar sangatt hhu Then, Mar teringin sangat nak orang urut urut badan . Apa lagi Mar try la ke RIESSA ROSE ni. 

Muka Mar lepas lena diurut ke? ahhaha
SPA RIESSA ROSE ni sangatlah cantik & serba lengkap . Kat sini korang boleh buat Facial Treatment , Body Treatment & juga Body Massage. Tak silap Mar kat Spa ni ada 5bilik untuk treatment taw . So jangan risau korang nak datang boleh book masa korang & tak perlu nak berebut rebut hehhe. 
Bila Mar sampai , Mar dihidangkan dengan teh taw. Layanan diorang baik sangat.
Kalau korang nak tengok pakej pakej yang RIESSA ROSE sediakan boleh terus ke Facebook & Instagram mereka taw . (Link dekat info  bawah)
 Kat RIESSA ROSE ni Mar pilih Aroma Teraphy Massage . 
Pakej Aroma Teraphy
takmahal taw .
60 Minit : RM78
120 Minit : RM138
kat sini juga ada Thai Traditional Massage :
60 Minit : RM68
120 Minit : RM108
Herbal Ball Massage :
120 Minit : RM138
Back & Shoulder Massage :
45 Minit : RM68
Okay ini katil untuk Mar , Mar dah ready untuk diurut yeyy tak sabar hhe!
Apa perasaan ketika & selepas Massage? 
Rasa best & sedap sangat korang . Serius kalau sebelum ni orang nak urut je mesti Mar geli sangatttttt. Alahai tak boleh orang sentuh siket ada la nak tergelak gelak nak jerit jeritt hehe . Geli sangat! TAPI bila kat Spa ni, besttt lah weyhhh! Tak geli . Hebatnyaaaaa staff dia urut Mar . Fuh! memang nak pergi lagi . Bila dah habis urut rasa macam nak lagi jangan stop boleh dak? hahhaha . Rasa puas, sedap & hilang lenguh lenguh badan Mar . Thankyou sangat!
Wah kat sini pun boleh Sauna & mandi bunga taw . Ehem next month jomla mandi bunga !


Ini pula kerusi , untuk korang massage kaki sahaja. 
Ini tempat untuk Facial Treatment 
Aha, korang kat sini juga ada jual Jamu terbaik untuk wanita taw. Mar dah makan satu. Makin bertenaga . hehe 

Ini adalah staff RIESSA ROSE, yang urut badan Mar tu haa yang sebelah kanan kecik molek tu . Fuh tangan dia bestt heheh .

Korang yang nak cari Spa Mar memang recommend sangat SPA ni sebab servis dia terbaik. Memang ikhlas review dari hati Mar . Jom kita pergi next month pulak ! hehhew

TEL
03 92865499
012 2155499
FACEBOOK Riessa Rose
INSTAGRAMRiessarose 

LOKASI :
Lot F-07A, Fisrt Floor G-Village, No 35, Jalan Desa Pandan, 55100, Kuala Lumpur.