Cuti cuti malaysia

CARI RESORT DI JOHOR BAHRU TAPI PILIH PULAU TIOMAN

January 30, 2018,1 Comments

Mar suka sangat nak teroka 1 Malaysia taw. Okay last Mar travel hari tu adalah kat Johor.  Itu adalah second time la, pertama kali Mar ke Johor Mar pergi Legoland & baru baru ni Mar ke Pulau Tioman. Best lah Johor ni taw! Banyak lagi yang Mar nak terokai .

So guys, korang semua tahu tak disebalik nama Johor adalah daripada perkataan Arab “Jauhar” yang bermaksud “Permata Berharga”. Cantik sangat maksudnya, patutlah tempat kat Johor ni cantik cantik hehe

Okay hari tu Mar buat keputusan nak shortvacay sekejap , Mar pilih Johor sebagai destinasi. Hehe so sebelum travel, mar akan search semua resort di Johor Bahru. Cari punya cari, last-last Mar pilih Pulau Tioman. Mar nasihatkan korang sebelum travel banyakkan baca blog travel & juga tanya kawan kawan yang berpengalaman  apa yang best dekat Johor  taw.


Bila tiba kat kat sana dah excited taw, hhe sebab pertama kali juga jejak ke Mersing, Johor ni. Untuk ke jeti  Mar kena berjalan dari hentian bas Mersing, macam syok pulak tengok bandar Mersing! So bila sampai kat Mersing Harbour Centre ni Mar kena tunggu pukul 8pagi untuk beli tiket feri ke Pulau Tioman.

PULAU TIOMAN
Guys, ini pertama kali Mar ke Pulau Tioman taw. Kalau korang nak tahu kat Pulau Tioman banyak kampung. So korang kena decide untuk holiday kat kampung mana sebelum naik feri.

Bila da research tentang Pulau ni, Mar buat keputusan untuk holiday kat Kampung Tekek, sebab Kampung Tekek seakan pekan, ada kedai kedai untuk beli something & ofcourse sebab ada ATM hhe.  Kalau dah tiba kat Mersing , beli tiket feri korang boleh juga tanya orang orang kat sana tentang Pulau Tioman dan apa yang best kat pulau tu. Mar bila tiba je kat Mersing jumpa orang je Mar banyak bertanya. Mereka pun banyak kongsi cara nak ke sana .

Kalau korang tengok peta ni ia adalah peta perjalanan feri Bluewater Express ke kampung kampung di Pulau Tioman ni. Ada Kampung Genting, Kampung Paya, Kampung Tekek, Kampung Ayer Batang, Kampung Panuba, Kampung Salang, Kampung Juara, Kampung Mukut, dan Kampung Nipah. Korang boleh nak berhenti kat mana mana kampung dengan tiket yang sama tapi sebelum pergi, ingat korang kena buat research tentang resort kat Pulau Tioman dulu taw. Baru lah tak kelam kabut nak cari tempat penginapan nanti hehe. Tapi kalau korang nak walk in pun boleh, tapi kalau nak jimat masa lebih baik buat persedian awal cari resort pilihan korang dulu taw. So bila sampai sana boleh terus buat aktiviti kegemaran korang!


BARBURA SEAVIEW RESORT
Bilik untuk 3orang, 1bilik air : Hanya RM100/day . Mar bagi 4/5bintang!

Kat Pulau Tioman Mar stay dekat BARBURA SEAVIEW RESORT di Kampung Tekek. Why Mar pilih resort ni adalah sebab resort ni betul betul depan pantai.  Hehe  Memang Mar target nak resort yang boleh view pantai. Yela, mestilah nak bercuti sambil rehatkan diri tengok keindahan pulau kan. 

Resort ni sangat cantik. Bilik yang agak luas, selesa ada aircond  & fridge.  Kadang, ada juga rasa tak nak keluar bilik sebab best sangat tidur kat bilik tu Huu . Memang keputusan yang terbaik sangat stay kat resort ni. Jom tengok gambar gambar Mar kat Barbura Seaview Resort ni.
Cantik sangat ! Ini adalah permandangan Barbura Seaview Resort dari depan pantai . Bila keluar je bilik tengok pantai, terus berlari lari sakan! Heheh Sumpah best korang! Kat sana ramai juga pelancong asing datang holiday taw. Dan resort ni juga berdekatan dengan resort lain.  Kalau korang tengok kat sebelah kanan tu adalah tempat untuk lepak makan dan ber BBQ taw.  Memang syok sangatlah kalau datang dengan family atau dengan kawan ber picnic sesama .hhe 

Wahhhhh tengok permandangan pantai tu guys! Tak tahu nak gambarkan macam mana cantiknya lahaiiiii ! Bila kat sini rasa tenang sangat, memang rasa tak nak balik hhe. Mar boleh habiskan masa 5 jam duduk kat pantai je taw. Kat pantai ni tak ramai sangat, so korang boleh fefeeling stay kat pulau ni sorang sorang! Hhiks

 Kalau korang datang holiday kat sini jangan risau kat mana mana tempat pun cantik nak bergambar. Memang full memory Mar! yelah sebab semua tempat cantik kan, dahlaa kaki bergambar sangat . hhhiks 
Oh ya, kalau korang nak tahu pasir kat pantai sini lawa gila! Tengok tu, seakan lukisan . Sebab tu la berjam jam Mar habiskan kat pantai je. Hehe . Bila korang ke Pulau Tioman ni bolehla buat aktiviti snorkeling,memancing dan banyak lagi taw. Masa Mar jenjalan kat pantai ni ada budak budak yang tengah tangkap ikan taw. Hhe so apa lagi join lah sekali. Hhe 

 Mar harap sangat lepas ni boleh datang lagi & nak pergi resort cantik lain juga.  
"More you explore, more you learn, Yey!"

Bila pergi pulau rasa release stress sangat, so mesti lah balik dengan hati yang senang. Hehe Mar syorkan kat korang semua yang nak shortvacay & nak rehatkan diri pergi lah holiday kat pulau taw.

 Hari nak balik Mar singgah satu kedai tepi jeti kampung Tekek ni. Memang sedap sangat. Mar try nasi goreng & roti canai, pergh sedap! Masa ni tengah breakfast sambil tunggu feri untuk balik dah . Permandangan kat kedai ni cantik sangat awak! Rasa macam nak duduk lama jeee. Hhe Breakfast di tepi pulau gitteww . hhiks .
Makcik kedai makan ni sempat tegur tanya menginap kat resort mana, dia banyak kongsi tentang Pulau Tioman ni, baik betul. Orang orang kat pulau ni peramah sangat! Memang rasa nak pergi lagi hhe
Bye Mersing JOHOR! Bye Pulau Tioman.  Johor ni best! So lepas balik dari pulau Mar sempat jenjalan kat Bandar Mersing taw. Memang cantik sangat. Next time kena datang lama sikit baru boleh teroka banyak tempat kat negeri Johor. Nak tau mana lagi tempat-tempat best yang boleh di explore di Johor ni, boleh check senarai unseen malaysia dan pilih negeri johor.


Sempat tangkap gambar kat artwork bangunan kat bandar Mersing! Hehe Jangan lupa taw awak semua, sebelum travel mar nasihatkan korang kena search dulu tempat yang korang nak travel, usha resort  atau hotel  yang best, berdekatan,bandingkan harga & sebagainya taw. Nak senang korang download je apps Traveloka untuk usha penginapan lagi senang kan. 
Thanks singgah baca .
Bye !



1 comments:

Arabic Food

Hadramawt Kitchen Wangsa Maju Sedap!

January 28, 2018,0 Comments

Alhamdulillah, Mar berkesempatan juga untuk merasai makanan arab & timur tengah di HADRAMAWT KITCHEN ni. Ia baru sahaja dibuka dan ramai pengunjung yang singgah untuk rasai sendiri.  Mar salah seorang yang suka sangat makan nasi arab.  So apa lagi, jom food hunting!hee

Hadramawt Kitchen 
beroperasi di Wangsa Maju, Restoran Hadramawt ni bertempat di Bangunan Wangsa 118-Ground Floor, berhadapan dengan Carefour Wangsa Maju. Pada satu masa, ia dapat memenuhi tetamu seramai 100 orang. Jika korang berada dekat Wangsa Walk boleh jalan kaki sahaja ke Wangsa 118. 

BAMBOO BIRYANI
Lamb chunks cooked with Biryani,spiced rice inside bamboo container over charcoal
Tak boleh dinafikan memang sedap.


CARNIVOLS MIX GRILL
Shish Tawooq;Marinated chicken cubes, kebab: minced lamb patties, Awsal : marinated lamb cubes marinated prawns & fish fillet, grilled on charcoal
Ini sangatlah sedap! Cicah pula dengan mayonis tu . 


SALT- BAKED LAMB 
 Chunks of Lamb baked with vegetables inside a crust of fine sea salt
Daging dia empuk sangat. Sedap, rasa dia pun cukup!
ROTI MAULAWAH
Roti ni sedap makan panas panas awak. So lekas makan sampai kenyang hehhe


MUTTABAL, HUMMUS,ARABIC SALAD,STUFFED VINE LEAVES
-MUTABBAL – Creamy Dip of Charcoal Grilled Eggplants & Sesame Paste, blended with Herbs
-HUMMUS – Mashed Chickpeas with sesame paste, Dressed in Olive Oil
-ARABIC SALAD- Fresh Greens, Tomatoes & Cucumbers Dressed in Olive oil & Lemon Juice
-STUFFED VINE LEAVES – Vine Leaves stuffed with Rice, Mint, and Herbs; drizzled with Lemon & Olive Oil
Boleh makan roti cicah dengan ini semua.

KUNNAFAH (DESSERT)
Hair like dough layered with cheese & cream,drizzled with sweet syrup,topped with pistachios
Mar sempat tengok penyediaan Dessert Kunafah ni guys!. Teruja tengok cheese leleh dia! Gulp.

urm, tertelan air liur tengok pic ni. hhu memang lazat sangat. Bila makan rasa berperang dalam mulut,ngap ngap ngap! hhe

Sedap sangat dessert ni, Orang yang suka manis , suka cheese, suka kekacang tu memang patut rasa!
 Nasi Mandy Lamb &  Nasi Biryani . Korang kena cuba dua dua,sebab dua dua Mar suka hhe. Yang paling penting sos dia sedap!
Cakap kat member sebelah, weyhhh awak sedapnya! hhe

Average Cost : MYR 35 (Approx)
I tak sure dengan real price, so korang yang nak cuba makanan arab & timur tengah ni bolehla call dulu untuk pertanyaan & details ya. Memang sedap, tak rugi datang sini. 

Untuk tempahan & sebarang pertanyaan anda boleh hubungi

03-41419841 & 019-3368841


FACEBOOKHadramawtKichen
INSTAGRAMhadramawtkichen

EMAIL: info@hadramawt-kitchen.my. 
LOCATION : Suite G8, Wangsa- 118 No.6, Jalan Wangsa Delima, 53300, Wangsa Maju 


Bye, 
Putery Memory
xoxo

0 comments:

Dessert

Resepi: Sira Labu Kelantan

January 26, 2018,0 Comments

Sekarang ni kan, Mar banyak explore makanan yang kurang gemar makan dulu dulu & try buat sendiri  akhirnya boleh makan dengan jayanya hhe. Mar tak cerewet pun awak . Mudah sangat menerima makanan yang unik/ tradisional atau dari negeri lain taw.
Sira labu ni sebenarnya bukanlah favourite pun dulu, tapi bila pandai buat sendiri, Memang favourite gila! hhe sedappp rupanya! Dulu bukan main makan pun acah acah makan je. hhe 
Bahan Bahannya adalah :
Labu ( 1biji -Potong panjang)
Daun Pandan (1 atau 2helai-ikat)
Gula Melaka (1//2 -potong biar hancur)
Kapur Makan ( ikut sukatan labu yang diguna)
1)Potong kulit, potong panjang macam ni,dan bersihkan labu, rerambut labu buang juga, kalau takbuang pun boleh, ikut selera awak semua, nak cantik buanglah. hhe
2) Rendamkan dalam air kapur selama 1-2jam. Boleh guna kapur serbuk atau kapur yang dah siap bancuh(cair) . Kenapa rendam dengan air kapur? Sebab untuk biarkan isi labu pejal. So takde lah lembik sangat bila masak. 
3)Dah siap bersihkan, boleh masukkan labu dalam periuk tanpa air ya. Masukkan daun pandan 1 atau 2helai. 
4)Masukkan gula melaka tabur biar rata atas labu dalam periuk ni.
Gula melaka akan cair dengan sendiri. Walaupun anda semua tak letak air jangan risau ia akan masak ya. Kalau nak letak air boleh pastikan sedikiiiit saja k. 
5) Jangan lupa tutup periuk, biarkan dengan api perlahan je taw selama beberapa minit. Jangan lama sangat nanti terlebih masak labu tu ya.
Siap! Fuh nasib baik tak lembik sangat. 
TIPS : Kalau nak sedap bila makan, letakkan sira labu ni dalam peti ais. Buat makan time petang, pergh masuk dalam mulut manis manis sejukkkkk gittew sedapnyaaaa! hhhee  Dahla saya suka gila manis ni awak!

Bye
Follow :
xoxo

0 comments:

Best Mua

Kelas Make up Best oleh MUA Onie Yusuf & MUA Nadia Zainol

January 19, 2018,1 Comments

Assalamualaikum awak semua,
Baru baru ni Mar ada share tentang pengalaman Mar make up orang for first time kan. Hehe. Dan kali ni Mar join satu kelas make up best untuk improve lagi skill make up . Setiap wanita mesti nak pandai make up cantik cantik kan .


Cikgu Make up Mar on that day adalah MUA Onie Yusuf & MUA Nadia Zainol . Mereka ni best sangat taw. Sebab kitorang boleh belajar dari zero & nak tanya banyak banyak pun takpe . Hihi Kelas ni memang fun gila. Ugh! nak join lagiii !

FIRST SESSION

Belajar teknik Make Up Natural bersama MUA Nadia Zainol
Make up natural senang , Mar suka sangat make up macam ni .




MAKE UP NATURAL by MUA NADIA ZAINOL 
Tengok cantik sangat hasil tangan MUA Nadia Zainol tu kan. Mar belajar teknik make up natural ni nanti bolehla apply kat muka awak atau muka sendirikk hhehe. Memang senang sangat faham . Tapi kena selalu praktis taw.
SECOND SESSION
Belajar teknik Make Up Half Crease bersama MUA Onie Yusuf.
Make up Half crease ni kena pandai buat eyeshadow. Agak susah sikit tapi tengok MUA Onie Yusuf ajar senang je nampak . Mar kena selalu belatih .Uhukk . Bestnya kalau pandai make up macam ni.



Wahhhh, tengok tu. Cantikkk sangat!
MAKE UP HALF CREASE by MUA ONIE YUSUF
Fuhh cantik awak!

So lepas dah habis 2sesi tu , kami kena apply kat muka sendiri. Terpulang nak make up natural atau half crease. Syok kan. Lepas kelas dapat praktis terus. Kalau tak faham boleh tanya banyak banyak.


Dan tak sangka kami dapat banyak barang sponsor kat kelas make up ni! Thankss a lot ! 
Suka sangat taw!


Thanks untuk semua yang sponsor kelas Make Up ni :

[-lmbeautycosmetics ] - make up brush & sponge yg sangat comel !

[-chadiyusaishah_shop] - eyeshadow dia lawa & tahan lama!
[-glowcskin- Serum best yang Mar dapat!
[-zulaikhazulkifli]- Blouse yang cantik sangat!

Photographer : [izxati_]

Lokasi Kelas Make up :[Zulaikha Zulkifli HQ ]


Antara barang sponsor yang Mar sempat snap! Semua best best taw.
Alhamdulillah, kami berjaya belajar make up dengan jayanya . Tengok siap dapat sijil taw.heee Cikgu dua orang ni best sangat. Korang patut belajar dengan depa taw. Sporting je!
Ni la antara kawan kawan blogger Mar yang hadir ! Semuanya cantik & semuanya suka make up! Nanti Mar share video tutorial make up kat insta okay . 
Follow :puterymemory

Harap sangat ilmu yang dipelajari kat sana dapat dipraktiskan. Korang doa Mar cepat praktis & belajar okay . Heee memang seronok okay belajar make up ni .
Heee Bye guys.

Korang yang berminat cepat contact mereka taw .
Korang juga boleh tengok video video & teknik make up kat Instagram mereka.
Follow :


Thanks reading
xoxo
Mar

1 comments:

beautyproduct

KITSUI Boleh Mengurangkan Kolestrol Dalam Badan.

January 09, 2018,4 Comments

KITSUI MALAYSIA
JENAMA TERUNGGUL DI HATI PENGGUNA!

Hi, Okay hari ni Mar nak cerita satu produk yang Mar amalkan beberapa bulan yang lepas. Iaitu KITSUI MALAYSIA. KITSUI MALAYSIA adalah satu supplement kesihatan yang paling dipercayai, ia hadir dalam supplement untuk kecantikan, kesihatan juga untuk mengurangkan berat badan . 


Mar minum dua flavour ni iaitu Kitsui Meal Replacement iaitu dari brown rice & Kitsui Royal Lipo Trim iaitu perisa Manggo . Memang dua flavour ni favourite Mar lah! . Sebab rasa dia sederhana je, tak masam sangat & tak manis sangat. Sedappp . Siap boleh buat breakfast lagi kalau tak sempat breakfast taww!

KELEBIHAN 2 flavour ni adalah : 

KITSUI MEAL REPLACEMENT
-Sihat dan sesuai untuk diet
-Tinggi dalam protein dan serat
- Rendah dalam kalori dan gula
-Menghalang atau melambatkan penyerapan karbohidrat & lemak yang berlebihan dalam sistem penghadaman anda.
-Boleh digunakan utk satu hingga dua hidangan setiap hari

KITSUI ROYAL LIPO TRIM
-Melambatkan pertukaran karbohidrat kepada lemak
-mengawal mengurangkan selera makan
-Mempercepatkan rasa kenyang
-Membakar lemak yang berlebihan
-Lebih sihat selepas pengambilan kerana mengandungi anti-oksida
-Tiada kesan sampingan kepeningan atau menggangu tidur
-Tiada kesan sampingan dengan degupan jantung yang lebih tinggi.

Oh ya awak! 
Ini ada peringatan untuk korang yang ambil Kitsui nanti taw : 
1.      Untuk masalah jerawat sila pantang susu, makanan bergoreng dan kicap soya.
2.      Elakkan pengambilan kefein sebab boleh mempercepatkan penuaan.
3.      Masa period better stop sbb sistem pnyerapan badan masih lemah jd bazir jika minum.
4.      Boleh jarakkan waktu pengambilan selama 5 jam jika ambil ubat dari hospital/klinik.
5.      Sesuai diambil selepas kandungan/baby yg berusia 4 bulan keatas untuk ibu mengandung/ ibu mnyusu.
6.      Amalkan minum air masak 2-3 liter untuk kesan terbaik.

Cara pengambilan: 
Boleh bancuhkan dalam 150ml air. Boleh bancuhkan dalam air biasa, air suam ataupun air sejuk tapi pastikan betul2 larut dulu sebelum minum. 


Okay why Mar amalkan KITSUI ni? Sebab Mar dah lama sangat cari produk yang boleh menjaga kesihatan badan, meningkatkan tenaga , mengurangkan kolestrol , part yang mengurangkan kolestrol ni Mar nak, sebab Mar ni seorang yang suka sangat makan & makan. Hehe . Orang cakap makan banyak tapi tak gemuk gemuk. Untunglah kau kurus nak makan banyak banyak pun boleh. Ala semua orang tak tahu, Mar makan banyak berat badan Mar ni meningkat jugak. 

Tapi walaupun kurus jangan ingat semuanya sihat dan terjaga taw. So bila Mar amalkan kitsui ni Mar rasa tak risau dah. Hehe .
Jom guys, jaga kesihatan badan. Jaga kolestrol anda okay!

Harga KITSUI MEAL REPLACEMENT : RM38.80
Harga KITSUI ROYAL LIPO TRIM : RM38.80
Hanya tambah RM5 untuk dapatkan shaker di HQ .

If you guys, 
dapatkan Kitsui dekat Watson atau Guardian Harga RM38.80+6% GST .


Mar syorkan sangat korang ambil Kitsui Malaysia ni, terutamanya wanita kat luar sana yang  sedang amalkan diet . Untuk sesiapa yang food craving always pun korang patut ambil hhe. Untuk maklumat lanjut korang boleh follow Kitsui Malaysia di media sosial taw:



 Nanti tengok video post kat Ig Mar juga taw . 
Bye xoxo

4 comments: