G9SKIN First Lipstick

June 29, 2017,3 Comments

Happy Eid Mubarak Everyone!
Kalau korang ada baju raya , tudung raya. Mar pulak ada lipstick raya! G9SKIN first lipstick ada 5 warna kesemuanya. Hari ni Mar share korang 4 warna yang Mar ada k . Sebelum ni asyik pakai liquid lipstick je rasa jugak nak pakai yang biasa. Dah lama ngat tak pakai T_T. 

Creamy soft texture, Perfect color with one apply, Light feeling like second skin


Tengok cantik kan? Warna dia boleh pikat mak mertua ni. hahah . Okay awak awak,ini laah dia semua warna yang Mar suka taw. Biasa warna yang everyday Mar pakai adalah warna nude/soft . Then kalau warna terang/gelap Mar suka pakai pergi event. So complete warna yang g9skin ni keluarkan . Terbaiklah ! 

 KOD 01 -MIDNIGHT RED

 KOD 03 - DAZZLING PINK

 KOD 04- PEACH BROWN

KOD 05- VINTAGE RED

The bewest lipstick you've never met & the best yet !
G9SKIN juga keluarkan White in Whipping Cream taw. Awak yang terlepas untuk baca entri White in Whipping Cream boleh KLIK SINI .

Happy Eid Mubarak Guys! 
Boleh terus hubungi & dapatkan maklumat melalui:

G9Skin Malaysia facebook pageG9skin Malaysia
G9Skin Malaysia Wechatg9skinmalaysia
G9Skin Malaysia Instagram@g9skin_malaysia
Website : www.g9skin.com 


3 comments:

Beauty product

White in Whipping Cream untuk kulit muka - G9skin Malaysia

June 27, 2017,2 Comments

Selamat Hari Raya Awak semua!
Dah habis beraya sakan? hehe okay sempat jugak Mar bukak lappy taip entri ni untuk korang semua. Kali ni Mar nak cerita pasal Cream best ! 

Mula mula Mar dapat Cream ni . Woww! Cantiknya packaging ! macam air minuman pun ada . Tak sangka kotak dia cantik bak bulan purnama. Opppss  terover pulak . Ewah Ewah hehe . Kalau korang dapat kotak macam ni, bekas pulak putih salju berpinky camni mesti sayang gila nak guna kan. Ugh . Nak simpan dalam lemari je buat tatapan sampai tua. hahhaha

Okay Sebenarnya Mar dah pernah dengar brand G9skin ni dan brand ni adalah produk dari Korea . Seperti yang kita semua tahu produk kecantikan dari Korea memang helok kan . Memang seorang Mar ni peminat tegar produk Korea! 




Bahan bahan dalam WHITE IN WHIPPING CREAM ni adalah :
The 9 ingredients :
'Lotus extract, Ivy extract, Eucalyptus extract, Hibiscus extract, Chlorella extract, Pine Sprout extract, Oregano Leaf extract, Green Tea extract and Chia Seed extract'. 
Bahan bahan dalam cream ni semua bahan bahan terbaik untuk produk . 
Kalau korang tengok, cream ni sangatlah lembut & sejuk je. Ia tak kasar . Bila sapu kat kulit muka akan rasa halus & lembap . Sebab tu Mar suka pakai untuk alas make up . Then satu lagi pakai before tidur . Cream ni tak melekit sebab ia akan meresap terus dalam kulit wajah kita taw .


Kat bawah ni ada pic Mar pakai White in Whipping Cream sebelum make up, then sumpah tak pakai foundation pun hehe . Rasa macam selesa sangat . Kulit pun nampak halus jaa. Alamakkk Mar bukan puji diri sendiri ni tahu . Huhu. 


Jadi kalau korang nak beli juga boleh terus dapatkan dari brand G9SKIN okay . Okay dah pukul 2pagi . Mar dah nak off lappy & pakai White in Whipping Cream ni . Bye bye guys! #HappyEidMubarak  


Boleh terus hubungi & dapatkan maklumat melalui:

G9Skin Malaysia facebook pageG9skin Malaysia
G9Skin Malaysia Wechatg9skinmalaysia
G9Skin Malaysia Instagram@g9skin_malaysia
Website : www.g9skin.com 

2 comments:

Food

Amboi Kafe-Restoran Seafood Sedap di Seksyen7, Shah Alam!

June 20, 2017,1 Comments

Assalamualaikum w.b.t. 
Hai Mar & kawan kawan Mar geng foodies ni sempat lepak kat tempat sedap di Seksyen7 Shah Alam. Wuuu akhirnya jejak jugak seorang Mar ke sini! Selalu tengok kedai Amboi Kafe ni bila keluar lunch tapi belum sempat singgah! Yeszzzzzaaa! Finally!
        Hantu makan/ Pemakan / Suka makan / Makan banyak mantain kurus . 
haaa apa lagi nak describe untuk seorang Mar ni hehe

LOBSTER 
with Lemon
Sebelum ni asyik tengok pic orang makan lobster je kan. So hari ni nak jugak try. Alhamdulillah sedap! . Lobster ni dibakar taw. Aromaaa dia memang menusuk kalbu jee. Before makan perah lemon dulu sampai sebati . Rasa dia memang lembut . Aduhhh ! macam nak lagi jee . Takpuas makan bila seorang Mar memakai gigi besinya hhe . Krak Krak Kruk Kruk gigit jugak takiraa! hahhah harga lobster ni ikut saiz & jenis dia . So sebelum order korang tanya dulu harga taw . Tapi serius Mar puas hati dapat makan ni.


SOTONG GORENG TEPUNG (SAIZ L)
Harga RM14 untuk saiz besar (L).

Okay ini pulak sotong goreng tepung! besaaaaq bak hang ! hehe tengok rerambut dia tuu . Eee geram. hahha rasa tepung dia best bila dia masak garing pulak . Perghhhh . Then cicah pulak dengan pencicah . Kalau buat menu untuk Moreh ni memang syoklaaa awaaaaaa. hehhe Sotong dia sangatlah lembut & tak liat taw . 

SOFT SELL CRAB- SALTED EGG YOG
Harga RM25 untuk saiz sederhana
Okay ini pulak isi ketam masak dengan telur masin. Daaan, korang pernah makan tak isi ketam & kulit? taksangka ia sangatlah lembuttt hhe .Seriously Mar tak pernah try, memang selalu jugak tengok orang masak ni kan. Dapat try kat Amboi Kafe memang win la! . Rasa lemak lemak je isi ketam dan telur masin ni bila bergabung meletopsss hhe . Rasa manis isi ketam tak hilang taw tu yang best . Korang memang patut order yang ni rempah dia lain maciammm taw! Fuhh

SH3LLOUT ON PLATE (For 2pax)
 Harga 1 pax RM18 / 2 pax RM35 / 4 pax RM70
Okay tahu tak apa yang best pasal shellout ni? Meleleh air liur awakkk nak tunggu waktu berbukaaa hhu tasabar! Rasa macam nak ratah je semuaaa.  Shellout kat Amboi Kafe ni sedap sebab rasa kuah diaaa pekaatt sangatt , macam kena mintak resepi je dengan owner Amboi Kafe ni .hhe Rasa manis cukup, masin cukup & tak lupa jugak rasa manis semua makanan laut ni tak hilang taw sebab kat Amboi Kafe ni memang guna makanan laut yang freshhhh . Kitorang order yang 2pax sahaja sebab memang sangat memadai dengan kitorang berempat .

MANGGO YOGURT
Selesai makan, kami dihidangkan dengan Mango Yogurt . Allahuuu memang kena dengan selera lah. Apa yang istimewa dengan Mango Yogurt ni adalah buah & yogurt memang asli tiada bahan perisa campuran taw . Pekat manis buah dia tu boleh buat nak pergi berkali kali . Semata mata nak cari Mango yogurt Amboi Kafe ni kan . hee . Ada pulak potongan buahhh tuuu mak aihh joget joget perut seorang Mar ni keriangan hhe.

Okay dari kiri Mar, Afiq, Owner Amboi Kafe & isteri, Kechik, Mera 

Sebelum balik, sempat kami bergambar dengan owner Amboi Kafe ni taw. Mereka sangatlah peramah & Mar baru tahu kenapa owner letak Amboi Kafe sebab isterinya selalu cakap "Amboiiii" hhe so jadilah Amboi Kafe ni . Mar memang recommend kedai ni untuk korang datang makan, ikhlas dari hati Mar bagi 4/5. Memang puas hati sebab makanan laut dia fresh . Mereka taksimpan lama , sebab tu laaa rasa dia menyengat jantung hati Mar hehe.

Waktu beroperasi dalam bulan puasa ni bermula jam 4.00petang sehingga 1.00 pagi. Jadi sesiapa yang berkeinginan ke Amboi Kafe boleh terus whatsapp 012-2303117

 INSTAGRAMAmboi_kafe
FACEBOOKAmboi Kafe

Alamat :
Amboi Kafe , 
No 1, Jalan Plumbum A7/100B, Seksyen 7 Shah Alam.


1 comments:

Berhati-hati dengan Amil yang tak bertauliah!

June 19, 2017,1 Comments

ELAKKAN MEMBAYAR ZAKAT KEPADA AMIL YANG TIDAK BERTAULIAH

Assalamualaikum semua . Sihat?
Bila tiba ramadhan ni umat islam sibuk nak cari tempat berbuka best, nak tarawih, nak bersahur , bazar ramadhan laa. Dan tak lupa juga nak membayar zakat uolls .
Kalau kat rumah Mar, ayah la yang akan membayar zakat . hehe. Orang kelate panggil nak g baya teghoh iaitu zakat fitrah hahah .

Okay korang pulak macam mana? Bayar zakat kat mana?

Kat sini Mar nak ingatkan kat korang semua supaya salurkan zakat kepada amil yang bertauliah taw . bukan apa sekarang ni ramai sangat yang menyamar jadi pengutip zakat bagi pihak institusi  zakat atau organisasi . Jadi diharapkan kepada semua agar berhati-hati supaya tidak mempercayai individu yang mengambil kesempatan .
Kita semua harus mengambil berat terutamanya isu amil tak bertauliah ni laaa . Moga kita tak menjadi mangsa penipuan.

Contohnya, pihak Pusat Pungutan Zakat – MAIWP (PPZ-MAIWP) selaku badan yang bertanggungjawab ke atas kutipan di Wilayah Persekutuan turut menegaskan pihaknya kini telah menghantar notis makluman larangan mengutip zakat tanpa tauliah di semua lokasi termasuk di sektor swasta dan kerajaan  di sekitar Wilayah persekutuan termasuk Putrajaya bagi membendung gejala ini di kalangan masyarakat.

Kalau korang nak tahu ,
pengurusan zakat adalah dibawah bidangkuasa Majlis Agama Islam negeri-negeri. Contohnya di Wilayah Persekutuan, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP). Majlis Agama Islam Negeri berkuasa penuh untuk melantik amil-amil zakat fitrah dan amil zakat harta di negeri-negeri mereka. Di Wilayah Persekutuan, MAIWP telah melantik PPZ-MAIWP untuk membuat kutipan zakat harta manakala Baitulmal-MAIWP pula telah dilantik bagi membuat agihan di Wilayah Persekutuan.
Dan sebagai makluman jugak , Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) adalah sebuah pertubuhan perbadanan yang ditubuhkan di bawah subseksyen 4 (1) Akta Pentadbiran Undang-undang Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1993 (Akta 505) yang diberi kuasa untuk mengutip dan mengumpulkan zakat dari orang-orang Islam atau kumpulan orang-orang Islam atau syarikat-syarikat Islam YANG WAJIB MEMBAYAR ZAKAT KEPADA 8 ASNAF YANG WAJIB DI Wilayah Persekutuan.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
MAIWP dengan persetujuan Yang Di Pertuan Agong, memberi kuasa dan melantik Pusat Pungutan Zakat (PPZ-MAIWP) sebagai amil untuk mengutip zakat sebagaimana yang diperuntukkan di bawah kaedah 10 Kaedah-Kaedah Pentadbiran Undang-undang Islam (Fitrah dan Zakat) 1952 sebagaimana diubahsuai oleh Perintah Wilayah Persekutuan (Pengubahsuaian Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak) 1974. Manakala bagi agihan zakat diuruskan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan melalui Bahagian Baitulmal.
Dannn.. Untuk amil yang tak bertauliah atau pun menyamar sebagai pengutip zakat mereka akan dikenakan hukuman yang mana ada dalam akta kesalahan jenayah syariah (Wilayah-wilayah persekutuan) 1997(Akta 559)

AKTA KESALAHAN JENAYAH SYARIAH (WILAYAH -WILAYAH PERSEKUTUAN)1997 (AKTA 559)
Sesiapa yang TIDAK dilantik oleh pihak MAIWP tidak boleh mengutip zakat di Wilayah Persekutuan dan jika melakukannya adalah SALAH di bawah SEKSYEN 33 AKTA 559 yang mana, ‘Mana-mana orang yang memungut zakat atau fitrah tanpa dia dilantik sebagai amil atau diberikankuasa oleh Majlis adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau penjara tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya sekali.’

Haa, hukuman berat jugak tu . Jadi janganlah ambil kesempatan terhadap kebaikan yang orang lain lakukan . 
Dan, harus ingat juga, pembayar yang membayar zakat mereka kepada individu yang tidak dilantik MAIWP juga boleh didakwa dibawah SEKSYEN 34 AKTA 559 yang menyebut , ‘Mana-mana orang yang membayar zakat atau fitrah kepada  mana-mana orang yang tidak diberikan kuasa secara sah untuk memungut zakat atau fitrah adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara tidak melebihi 6 bulan atau kedua-duanya sekali.’

Jadi kita sebagai masyarakat haruslah prihatin & memahami peranan
PPZ-MAIWP serta BAITULMAL-MAIWP ni untuk elakkan dari membayar kepada amil yang tak bertauliah .
Secara ringkasnya, Pusat Punggutan Zakat – MAIWP (PPZ-MAIWP) merupakan sebuah agensi yang berperanan sebagai amil yang dilantik oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) untuk mengutip semua jenis zakat harta, di Wilayah Persekutuan. 
TIADA INSTITUSI LAIN YANG DI LANTIK UNTUK MENGUTIP ZAKAT HARTA SELAIN PPZ-MAIWP DI WILAYAH PERSEKUTUAN.
Agihan pula oleh pihak Baitulmal-MAIWP dan PPZ-MAIWP telah diberikan tanggungjawab oleh pihak MAIWP bagi mengutip semua jenis zakat di Wilayah Persekutuan iaitu di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.


KAEDAH-KAEDAH DAKWAH YANG DILAKUKAN OLEH PPZ-MAIWP DAN SASARANNYA
 -Bersesuaian dengan MOTO PPZ-MAIWP, “Memudahkan Anda Berzakat”, PPZ-MAIWP sentiasa memastikan segala urusan berkaitan zakat di permudahkan.
- Sama ada untuk mendapatkan maklumat zakat dan seterusnya membuat pembayaran zakat. semuanya dipermudahkan.
- Setiap lapisan masyarakat akan mendapat maklumat berkaitan zakat melalui aktiviti-aktiviti turun padang yang mempunyai sasaran yang berbeza iaitu  pelajar sekolah / Universiti, Para pekerja (kerajaan / swasta), Syarikat-syarikat, Peniaga – Pasar malam, pasar tani, downtown, uptown, Dakwah di alam maya turut dibuat bagi menyasarkan generasi-generasi muda / generasi gadget / generasi Y (GEN Y), Facebook, Portal, Twitter, Blog.
-Setiap kempen / promosi yang di jalankan mempunyai sasaran kumpulan tertentu. Ianya mengikut kesesuaian kumpulan sasaran

Dan Mar harap sangat kita semua boleh menjalankan tanggungjawab masing masing dengan penuh berhati hati .Semoga dengan kemudahan yang telah mereka sediakan akan memberi lebih banyak ruang kepada masyarakat membuat pilihan untuk melunaskan tanggungjawab kepada Allah s.w.t. .

PPZ-MAIWP selaku badan yang diberi amanah oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menyeru kepada masyarakat untuk menunaikan  zakat masing-masing. Yang paling penting, lakukan kiraan terlebih dahulu. Mungkin anda tidak dikenakan zakat tapi anda seorang penerima zakat. sekurang-kurangnya apabila kita membuat kiraan, kita tahu dimana kedudukan kita. Selain itu, dengan zakat anda inilah yang memberi kelangsungan hidup kepada asnaf-asnaf yang kini sedang bergantung harap kepada baitulmal untuk menampung kehidupan seharian. Tunai zakat anda di institusi yang dilantik agar duit zakat tersebut dapat memberi manfaat yang maksimum kepada asnaf. InshaAllah .

Sama sama kita saling membantu & dapat keberkatan dari NYA . Ameen .
 Okay ini adalah lokasi kaunter zakat PPZ-MAIWP , senang untuk korang semua dapatkan maklumat nanti :
1) Wisma PPZ, Dataran Shamelin
2) Plaza RAH, Kg Baru
3) Masjid Negara
4) Wangsa Maju, Wangsa Delima 6
5) Presint 9, Putrajaya
6) Presint Diplomatik, Putrajaya
7) Masjid At Taqwa, TTDI
8) Masjid Abd Rahman Bin AUF, Jalan Puchong
9) Masjid Imam Al Ghazali, Kepong
10) UTC Pudu Sentral
11) Labuan Times Square, Labuan

Selain itu, borang bayaran zakat juga boleh didapati di Kaunter Zakat Bergerak PPZ-MAIWP. Terdapat sebanyak 10 lokasi tetap iaitu di :
1) Perbadanan Putrajaya, Putrajaya
2) KWSP Wangsa Maju
3) CIMB Bank Setiawangsa
4) Jalan Dungun
5) Masjid Asy Syakirin KLCC
6) Jalan Tunku Abd Rahman
7) Menara Binjai
8) Surau Bank Islam
9) Surau Tabung Haji
10) Tmn Melati
Mereka  akan berada bermula dari jam 11.00 pagi – 3.00 petang di setiap lokasi.Untuk tahu dimana PPZ-MAIWP berada setiap hari, boleh like FB mereka  di www.facebook.com/myzakat

Korang semua yang ingin  dapatkan semua maklumat tentang zakat dan yang berkaitan dengannya boleh layari / hubungi -

Portal PPZ-MAIWP : www.zakat.com.my

Facebook : Facebook.com/myzakat

Talian zakat : 1 300 88 5757

1 comments:

Food

Resepi: Tomyam Kaw Anak Dara !

June 11, 2017,1 Comments

Happy Fasting awak! 
Menu yang paling Mar suka & always nak upgrade . Kadang Mar ikut apa yang ada kat dapur ja . Haha Tapi kalau boleh buat Tomyam Kaw memang suka sangat! Ni Mar share resepi simple Tomyam tapi rasa Kaw punya! hhe
BAHAN-BAHAN:
Ayam/Daging/Seafood
Serai (ketuk)
Daun limau purut 
Daun ketumbar
Cendawan
Kubis
Lobakmerah
Cili (ketuk)
Tomato
Bawang besar
Bawang merah ( Tumbuk)
Bawang Putih (Tumbuk)
Minyak
Air
Garam

Perencah Tomyam (tak kisah perencah brand apa)
Tomyum Chili Paste (Thai punya)
Cili gili/cili boh
Sambal tumbuk

 Bahan untuk buat kuah tomyam sedap 
( Perencah tomyam +ThaiChiliPaste+Ciligiling (tiada dalam gambar) + Sambal )
Tak kisah nak guna ayam/daging/seafood
CARA-CARA :
1) Masukkan minyak biarkan panas.
2) Masukkan bawang putih & bawang merah yg sudah ditumbuk . Tumiskan biar naik bau .
3) Masukkan cili giling/cili boh. Kacau sebati.
4) Masukkan air 1cawan biarkan mendidih.
5) Masukkan Thai Chili paste(dah manis so xperlu masukkan gula dah) & masukkan perencah Tomyam. Kemudian kacau sampai naik bau. 
6) Bila dah mendidih masukkan serai & masukkan lobak merah.
7) Kemudian masukkan air ikut sukatan perencah yang korang masukkan. Kalau rasa nak pekat masukkan 1mangkuk besar air sahaja .
8) Selepas beberapa minit mendidih boleh masukkan ayam, kalau rasa perlukan garam masukkan 1sudu kecik garam. 
9)Akhir sekali masukkan sayur (kubis,cendawan,cili,tomato). Perah asam limau (ikut suka nak masam sangat ke tak).Kalau nak lagi pedas masukkan sambal yang dah ditumbuk . Dan Okay siap!

 Fuh pekattt!


Nyum! Da siap!!
 Nak tahu sedap tak kena tanya housemate . 
Alhamdulillah housemate Mar cakap best resepi ni! hhhe pekat rasa masam pedas cukup! 
Yeyy Akhirnya berjaya Mar upgrade ! hhe Suka ngat masak seorang Mar ni! 


Bye thansk sudi singgah baca.
Much Love;
Mar !

1 comments:

Food

Orde Heritage Recipes antara Kedai Best di Kg Baru KL!

June 05, 2017,2 Comments

Assalamualaikum awak :) 
Mar appreciate sangat kalau ada yang pm/dm Mar tanya tempat makan best . Kalau tempat yang Mar tahu Mar akan kongsikan kat korang semua . Promise:') hhe Okay sekarang Mar nak kongsikan tempat makan best di Kg Baru KL ! 
Okay Taaaaaraaa!!
Hari Ahad minggu lepas Mar ke tempat best untuk berbuka puasa ! Iaitu di Orde Heritage Recipes atau sebelum ini dikenali sebagai kedai Asam Pedas Kampong Kampong. Mar first time datang kat Medan Selera ni . 
Mar nak cerita terus apa yang best kat sini. Yang paling Mar suka DAGING SALAI MASAK LEMAK ni. Rasa dia pedas , kuah lemak dia pekatt . Urmmmmmm perfect! Kalau nak tahu dah lama Mar cari daging salai masak lemak ni area KL , ngidamm sangat! At last jumpa jugakkkkk hhe 

Dan, Mar dengan kawan kawan datang kedai ni semata mata nak makan 
ASAM PEDAS IKAN PARI ni jugak. Ya Allah , pekat & masaammm kuah dia Mar sukaa. Favourite Mar 100% ! hhe Sedap berselira makan . Kalau nak tahu kawan Mar siap order lagi satu Asam Pedas kat Orde Heritage ni sebab dia punya kuahh tuu Kawww !!

Ini pulak, SUP DAGING TETEL . Hey! Mar tak pernah makan sup daging tetel ni taw. Bila kawan Mar cerita baru tahu & bila dapat rasa sendiri tu kemain sukaaa. hehe . Daging tetel ni daging yang ada lemak lemak sikit . Sedaplaa. tak muak pun bila makan . 
Daaan! yang ni AYAM GORENG KUNYIT . Ini lah yang kawan kawan Mar dok suka makan, sampai Mar pun ikut sukaaa sekalii. hhe Rasa garing ayam dia & rasa kunyit dia menyengattt ! . Dua pinggan habis licin . hhe . Nasib baik tak jilat je pinggan tu . Hahaha .
Suasana di Medan Selera Kedai 8 & 9
Walaupun Kamera merajuk tanak fokus , nak upload jugakk hehe . Geng kuad makan macam Mar!
Kat Orde Heritage ni banyak lagi menu menu special yang lain, Nanti korang boleh cuba okay . Next time datang sini Mar nak try yang lain pulakk. Sedap !
Mar bagi 4BINTANG! Wohoooo! 
Untuk korang yang area KL, Untunglah! Orde Heritage ada food delivery taw. Syoklah Mar pun nak order jugak sebab rumah memang dekat KL hehe .
Senang je nak cari awak! Kedai ni kat Medan Selera Jalan Haji Hashim, dekat dengan UnikL juga. 
WhatsApp je Makanan sampai ke pintu ! hehe 

ALAMAT:
Orde Heritage Recipes/ Asam Pedas Kampong Kampong, No 8 & 9, Pusat penjaja Selera Muda , Jalan Haji Hashim Kampung Baru , 53100, Kuala Lumpur .
HP: 0162073499
INSTAGRAM: orde_mealbox
A Putery Memory , A foodies with hashtag #foodMar . Thank you Orde Heritage Recipes!  

Thank you awak semua yang sudi baca blog Mar :')
Mar apprecite sangatsangat . 
Alhamdulillah :)

2 comments: