tips : jangan percaya MitOs DiEt.

May 10, 2013,0 Comments


Hasrat Hati ingin turunkan berat badan?terlalu banyak cara boleh dipilih ,tetapi anda mungkin akan termakan dengan kata_kata orang sekeliling .Tanpa kajian yang tepat ,anda ikut membuta tuli kata_kata itu .Kesanya anda sendiri yang merana,Bukannya salah nak berdiet,tetapi perlu ada caranya
Elakkan terlalu kurus dan terlalu gemok.sehingga boleh mendatangkan kemudaratan

Telur

Ramai yang mengatakan,makan telur terlalu banyak boleh meningkatkan kolestrol.Sama ad telur rebus.goreng,telur separuh masak mahupun telur mentah.Khasiat telur terlalu banyak .Kolestrol yang ada dalam sebiji telur boleh divariasikan apabila masuk ke dalam badan .Selain itu ia juga mengandungi vitamin D ,B12,rendah kalori dan beberapa nutrisi lain .

Makanan rendah lomak

Ingin cepat kurus ,maka lebihkan makanan rendah lemak .Pemikiran anda salah sama sekali.Jika ini pola makanan harian anda pada waktu pagi,tengah hari dan petang,sila tukar kepada yg lbh sihat.Bijirin,yogurt dan snek yang sedap sebenarnya mengandungi tinggi kalori.Untuk dapatkan berat ideal,apa kata anda mengambil makanan yang rendah kandungan gula.Ia lebih baik daraipada mitos yang anda cipta ni

Makan sehari sekali

Memang benar jika anda makan terlalu banyak dalam masa sehari ,berat badan boleh naik mendadak .Namun apakah makanan yang anda ambil?Untuk berdiet,anda perlu menyeimbangkan pengambilan kalsium,protein,vitamin dan karbohidrat.Jika makan sehari sekali dengan kansumsi kalori yang tinggi,maka sia_sia sahaja usaha anda .

Tidak bersarapan

Jangan sesekali anda turutkan mitos ini,Tahukah anda tanpa sarapan pagi,anda berisiko mengalami gangguan emosi dan hilang peka ketika bekerja atau belajar.Ini disebabkan kekurangan jumlah gula dalam darah.Makan kecil dan ringan tidak sesuai dijadikan menu wajib setiap pagi.Lapar pada waktu pagi menyebabkan anda akan makan terlalu banyak ketika tengah hari .Program diet anda sudah tentulah tidak menjadi


Diet Tinggi Protein

Dengan hanya mengambil diet protein ,anda sudah mampu
mengurangkan lemak tepu dalam badan.Semestinya fakta ini tidak benar! Pola pemakanan yang tidak seimbang boleh mengakibatkan anda menjadi terlalu kurus atau semakin gemok.Oleh itu pastiakn badan anda cukup nutrisi penting.Makan seperti biasa kerana ia lebih berbaloi untuk menjadikan program diet anda berkesan .

Minum air kosong

Banyakkan minum air kosong memang baik untuk kesihatan dalamn terutamanya selepas makan .Manakala air sejuk yang berais perlu dielakkan agar makanan yang masuk ke dalam badan mudah larut .Namun ,jangan pula anda hanya minum air kosong 24jam setiap hari tanpa pengambilan gula yang seimbang .Ini kerana badan manusia juga memerlukan gula untuk menambahkan tenaga .

Tolak Nasi?

Diet ini selau dipraktikkan ramai gadis di luar sana dengan harapan tanpa makan nasi ,berat badan boleh turun dengan cepat .Anda perlu tahu,nasi juga memiliki nutrisi penting yang diperlukan oleh badan terutamanya sebagai sumber karbohidrat .Tanpanya badan anda tidak akan bertenaga dan mengurangkan stimulasi hormone serotonin yang membuatkan anda rasa bahagia :)


Makan selepas bersenam

Anda sanggup bersenam dalam keadaan lapar?Tolong hindari amalan tidak sihat ini.Tiada kajian yang mengatakan perkara sedemikian boleh membakar lomak lebih copat.Anda perlu ingat sekiaranya anda bersenam dalam perut kosong,lemak dalam badan memang akan terbakar dengan cepat,tetapi anda lebih mudah gemuk kerana makan terlalu banyak selepas itu .Selain itu,aktiviti bersenam anda tidak menjadi intensif disebabkan kurang tenaga .


Mengikut Genetik?

“Ibu dan ayah gemuk,sebab itu aku gemuk,sudah ditakdirkan begitu”,jangan sesekali salahkan takdir tuhan.Siapa yang akan mengubah diri kita selain tuan empunya sendiri .Walaupun anda dilahirkan dalam keluarga begitu,anda masih diberi peluang untuk dapatkan bentu badan ideal.Tanamkan niat yang baik,semestinya Yang Maha Esa akan membantu :)
















You Might Also Like

0 comments: