Beauty & Health Spa

Riessa Rose SPA Terbaik & Murah!

November 26, 2017,2 Comments

Hey akak abang semua!
Baru baru ni Mar lepas Marraton lenguh sesangat badan, mana taknya join warrior challenge mencabar sangatt hhu Then, Mar teringin sangat nak orang urut urut badan . Apa lagi Mar try la ke RIESSA ROSE ni. 

Muka Mar lepas lena diurut ke? ahhaha
SPA RIESSA ROSE ni sangatlah cantik & serba lengkap . Kat sini korang boleh buat Facial Treatment , Body Treatment & juga Body Massage. Tak silap Mar kat Spa ni ada 5bilik untuk treatment taw . So jangan risau korang nak datang boleh book masa korang & tak perlu nak berebut rebut hehhe. 
Bila Mar sampai , Mar dihidangkan dengan teh taw. Layanan diorang baik sangat.
Kalau korang nak tengok pakej pakej yang RIESSA ROSE sediakan boleh terus ke Facebook & Instagram mereka taw . (Link dekat info  bawah)
 Kat RIESSA ROSE ni Mar pilih Aroma Teraphy Massage . 
Pakej Aroma Teraphy
takmahal taw .
60 Minit : RM78
120 Minit : RM138
kat sini juga ada Thai Traditional Massage :
60 Minit : RM68
120 Minit : RM108
Herbal Ball Massage :
120 Minit : RM138
Back & Shoulder Massage :
45 Minit : RM68
Okay ini katil untuk Mar , Mar dah ready untuk diurut yeyy tak sabar hhe!
Apa perasaan ketika & selepas Massage? 
Rasa best & sedap sangat korang . Serius kalau sebelum ni orang nak urut je mesti Mar geli sangatttttt. Alahai tak boleh orang sentuh siket ada la nak tergelak gelak nak jerit jeritt hehe . Geli sangat! TAPI bila kat Spa ni, besttt lah weyhhh! Tak geli . Hebatnyaaaaa staff dia urut Mar . Fuh! memang nak pergi lagi . Bila dah habis urut rasa macam nak lagi jangan stop boleh dak? hahhaha . Rasa puas, sedap & hilang lenguh lenguh badan Mar . Thankyou sangat!
Wah kat sini pun boleh Sauna & mandi bunga taw . Ehem next month jomla mandi bunga !


Ini pula kerusi , untuk korang massage kaki sahaja. 
Ini tempat untuk Facial Treatment 
Aha, korang kat sini juga ada jual Jamu terbaik untuk wanita taw. Mar dah makan satu. Makin bertenaga . hehe 

Ini adalah staff RIESSA ROSE, yang urut badan Mar tu haa yang sebelah kanan kecik molek tu . Fuh tangan dia bestt heheh .

Korang yang nak cari Spa Mar memang recommend sangat SPA ni sebab servis dia terbaik. Memang ikhlas review dari hati Mar . Jom kita pergi next month pulak ! hehhew

TEL
03 92865499
012 2155499
FACEBOOK Riessa Rose
INSTAGRAMRiessarose 

LOKASI :
Lot F-07A, Fisrt Floor G-Village, No 35, Jalan Desa Pandan, 55100, Kuala Lumpur. 


You Might Also Like

2 comments:

  1. Wow! This can be one particular of the most beneficial blogs We have ever arrive across on this subject. 파친코

    ReplyDelete