Filem

CHOWRASTA Filem Melayu pertama yang best saya layan !

November 20, 2015,2 Comments


Assalamualakum .
Hi sayang jom tengok wayang ! :)
Korang yang suka tengok wayang jom kita layan Chowrasta pulak Disember nanti .

Filem terbaru arahan pengarah terkenal, 

Dato’ Profesor  A. Razak Mohaideen berjudul Chowrasta bakal menjadi fenomena dalam industri perfileman tempatan apabila ditayangkan di seluruh Malaysia bermula 3 Disember 2015 .


''CHOWRASTA'' Mengangkat Martabat Melayu ! 

Antara babak romantik dalam Chowrasta 

Lakonan Hebat pelakon Chowrasta 

Filem terbitan bersama FiTA Studios Sdn bhd dan Nation Film Studio Sdn Bhd ini diadaptasi daripada buku semi-biografi Naib Canselor UITM, Tan Sri Dato’ Sri Prof Ir Dr Sahol Hamid Abu Bakar yang berjudul ‘Mencorak Destini’ berkisar mengenai perjuangan dalam memartabatkan bangsa Melayu.


Chowrasta, memang best cerita dia penuh aksi , kalau korang semua yang minat filem aksi memang wajib tengok , cerita ni jugak ada elemen romantik dan juga kelakar . Yes kelakar gila , tak kering gusi tengok .  Yang paling best adalah cerita melayu yang banyak memberi pengajaran kepada kita rakyat Malaysia . Buat air mata I jatuh. menangis dalam pawagam .Isk !  .  Serious . Salute ! I love bangsa kita .  Mesej utama cerita ni adalah satu perjuangan dan perjalanan seorang lelaki mengubah nasib hidup anak bangsanya .



Antara rakan Blogger yang hadir tayangan perdana chowrasta bersama barisan pelakon di GSC Nusentrall Mall


Sinopsis ringkas :

Mengisahkan perjalanan hidup seorang pemuda Melayu miskin yang sering dihina bernama Hamid,lakonan bintang baru Chem Ammar.  Hamid telah menyertai seni pertahankan diri Muay Thai dan kongsi gelap yang diketuia pakciknya Uncle Don ( Datuk Rosyam Nor) yang kemudian menasihatinya melanjutkan pelajaran ke ITM,Shah Alam.

ITM tidak sekadar membentuk Hamid menjadi individu berguna malah turut bertemu cinta hatinnya, Hanizah ( Nora Danish ). Namun, kemiskinan memaksa Hamid membuat kerja sambilan dan sekaligus gagal memberi perhatian dalam pelajaran sehingga disingkirkan dari ITM. Hamid kemudian diberi peluang kedia apabila pensyarah sanggup membiayaainya untuk kembali belajar di ITM.

Menurut pengarah, Prof. A Razak, Chowrasta yang menelan kos penerbitan sekitar RM2 juta adalah sebuah biografi yang menyuntik semangat Melayu. 

Filem ini adalah hadiah kepada Alumni UITM agar mereka menghargai segala pengorbanan yang dilakukan oleh UITM dalam mengubah destini anak bangsa’’,katanya .

Filem yang berlatar belakang tahun 60an dan 70 an ini juga mendapat pengiktirafan dalam Malaysia Book of Records selepas berjaya mencatat jumlah penonton paling ramai iaitu 4,416 penonton semasa tayangan perdana pada awal Jun lalu.

Barisan pelakon hebat chowrasta adalah Hero Malaya Datuk Rosyam Nor, Nora Danish, Fauzi Nawawi, Wan Hanafi Su dan Nur Risteena Munim, dan memperkenalkan pelakon baru , Chem Ammar Chowrasta bakal menggegarkan 60 buah pawagam di seluruh Malaya bermula 3 Disember nanti.




Jangan lupa saksikan Chowrasta di pawagam mulai 3 Disember nanti . 
Apa yang boleh saya katakan , bukan senang untuk melakonkan watak idola ramai , 
Tan Sri Sahol (Naib Canselor UITM) . 
 U did very well Chem Amar (Hamid ) ! Congrates for your first film !



You Might Also Like

2 comments: