Berbuka Puasa di Chakri Palace.

Menu Masakan Diraja Thailand di Chakri Palace Sangat Sedap!

May 21, 2018,1 Comments

Salam Ramadhan Semua!
Korang tahu kan Mar memang penggemar makanan Thai, kalau korang salah seorang follower instagram Mar, mesti tahu Mar selalu post kedai makan Thai kan. Okay ramadhan kali ni Mar & kawan kawan decide untuk berbuka puasa di satu kedai makan Thai yang sangat terkenal di Kuala Lumpur iaitu CHAKRI PALACE ( Royal Thai Cuisine)

 Kalau korang nak tahu ini adalah salah satu branch CHAKRI PALACE di PAVILLION KUALA LUMPUR yang terletak di Level 4. Sebelum ini Mar selalu makan CHAKRI PALACE dekat KLCC je, tak sangka kat PAVI pun ada, lepas ni senang lah bila shopping dekat pavillion nak singgah makan kat sini.  Ofcourse sedap sebab tu, first day puasa kami semua decide untuk berbuka kat sini. 
WITH FRIENDS FOR 1STDAY IFTAR . ALHAMDULILLAH

NASI BERIYANI
 Nasi beriyani kat Chakri ni lembut sangat dan bau rempah dia sangat sedap. Dalam nasi beriyani penuh dengan lauk & aneka bahan bahan yang membuatkan kita nak semua hahha. Okay dua kali Mar tambah nasi ni taw. Kawan Kawan Mar pun sama, sampai licin nasi ni kami tambah. hhe 
AYAM GORENG DAUN PANDAN
(
Deep Fried Chicken with Pandan Leaf)
 First time kot Mar cuba ayam goreng daun pandan ni, rempah ayam dia sedap then cicah pula dengan pencicah tu lagi ngam rasa dia, mula mula ingatkan biasa je, bila try perghh sedap, nak ambikk satu lagii alaaaa dah habisss dah semua kawan kawan Mar kebas hhe. Sedap sangat sampai semua nak tambah kan. 
TOMYAM CHAKRI PALACE
 Okay ini adalah penyebab utama kami nak makan dekat CHAKRI PALACE, Tomyam dia sangat WOW, tak tipuu memang sangat sedap, Mar selalu makan kat klcc tu Mar selalu order Tomyam. Rasa tomyam dia memang memikat hati semua yang sukakan Thai food. Sedap sangat kami order dua mangkuk sebab semuanya suka tomyam kat CHAKRI ni. 
DAGING MASAK BLACK PEPPER
(
Crispy Prawn with Butter Sauce)
 Okay yang ni pun sama sedap dengan tempat lain, maknanya daging masak black pepper dia notbad okayy. Rasa nak belajar buat kat rumah nanti!
UDANG RANGUP DENGAN BUTTER SOS
(
Crispy Prawn with Butter Sauce)
Udang dia sangat ranggup, dan rasa udang sangat segar. Sos butter dia Mar try sikit je sebab Mar bukan penggemar butter sos, tapi rasa dia boleh tahan sedap taw. Kawan Mar yang lain siap tambah lagi sos ni sebab sedap. 
KERABU MANGGA
Harap betul lah nama dia, hhe . Yang ni favourite Mar juga, lepas makan dengan nasi, siap ratah lagi taw. Memang suka masam then ada kacang pula bila makan rasa sangat cruchy dengan mangga nya yang sedap tak lembik, hirisan mangga ni pun sangat elok senang bila kita nak makan. 
SOSEJ GULUNG (Sausage Roll
Mar lupa nak tanya apa yang ada kat dalam, nampak macam telur kan? Mar main makan je sebab sedap sampai lupa nak tengok inti dalam gulung tu hhe. Sumpah sedap, kalau buat moreh ni sedapnya lahaiii. 
POPIA GULUNG (Spring Roll)
 Kulit popia dia Mar suka sebab ranggup tapi tak terlalu keras taw, so bila makan tu senang je nak ngapp, wajib cicah dengan sos dia sebab sos pencicah dekat Chakri ni sedap.
MIENG KAM
Siapa tak pernah makan mieng kam ni angkat tangan? rugi taw kalau tak cuba,  ini makanan dari thai, ia seakan makan sireh . Ambil daun kaduk tu then taruk semua bahan bahan dengan sos then lipat daun kaduk tu dan makan! sos mieng kam kat sini pun sedap. Kalau nak tahu sedap tak mieng kam tu tengok pada sos yang dia buat. Heheh
PULUT MANGAA & RED RUBY WATER CHESTNUT 
Alahai pulut mangga dia sangatlah sedap! tapi lain dari yang lain taw, macam ada hirisan roll berwarna hijau tu kan menaikkan selera nak makan, dan Red Ruby tu pun sedap rasa lemak berkrim! Urm!
CHAKRI PALCE PAVILLION KL
 Ini adalah suasana dalam CHAKRI PALACE dekat PAVILLION memang sangat selesa untuk bawa family dan kawan kawan makan dekat sini. Staf staf dekat sini pun sangat peramah. 


WITH MANAGER CHAKRI PALACE
Jadi sesiapa yang nak rasa buffet ramadhan dekat CHAKRI PALACE ni cepat cepat booking taw! Jom cepat cepat rebut peluang untuk berbuka puasa dengan Menu Thai yang sangat sedap & harga yang berpatutan! Mar pun rasa nak pergi berbuka dekat CHAKRI lagi ni T_T hhu 




LOCATION: 
[Chakri Palace Pavilion] 
Level 4 Connection, Pavilion KL, 55100 Kuala Lumpur.

CONTACT : 03-21431141



You Might Also Like

1 comment:

  1. puas hati makan sini.. tengok makanan waktu2 gini bikin ailior menjejes hehe..

    ReplyDelete