Gaya Travel

Hotel Jen Puteri Harbour Hotel Mewah Di Johor

September 07, 2018,0 Comments

Antara Hotel yang paling terbaik di Johor adalah Hotel Jen Puteri Harbour ni. 
Tersangat ekslusif, Mar round satu hotel taw, Jom Mar kongsi gambar yang sempat Mar snap kat sana. Macam rugi sangat stay kejap je. Huhu T_T





Permandangan di bahagian tengah Hotel .


Permandangan di bahagian luar, Cantik sangat!
Nak rest & relax kat sini pun boleh. Fall in Love lah!
Of course la ada SPA juga, untuk yang berkunjung nak rasai dibelai dimanjai mesti singgah di SPA ekslusif ni taw. Semua staf SPA ni sangat peramah, Mar pasti korang akan dapat layanan 5star! hhe

TAMAN TEMA SANRIO HELLO KITTY TOWN
Mar tak sangka hotel ni macam macam ada, ala ala mall & ada taman tema. Tak rugi datang sini boleh bawa anak anak main dekat Taman Tema Hello Kitty ni. Bila masuk ke sini umpama mengembara dalam dunia Hello Kitty taw, orang dewasa macam Mar pun teruja! hhiks.
Ada juga cafe Hello Kitty, ouch comel kan?
Kat sana korang akan temui karakter2 kartun favourite, bukan hello kitty je ada taw, ada Angelina Ballerina, ada Pingu, ada Bob And The Builder, ada Barney, ada Thomas & Friends dan macam macam lagi. Taman tema ini juga menyediakan pelbagai hiburan seperti persembahan pentas, tarian menarik, teroka binaan hebat, susun suai gambar, meneroka rumah comel hello kitty, tea cup ride dan bermacam macam lagi. 

Pembelian tiket pula boleh dibuat di website : www.puteriharbour.com
FACEBOOK: Sanrio Hello Kitty Town
INSTAGRAM: Sanriohellokittytown

ANTARA BILIK MEWAH YANG DISEDIAKAN DI JEN PUTERI HARBOUR : 
Mestilah ada bilik bertemakan hello kitty juga, untuk anak anak yang sangat menyukai hello kitty. hehe comel kan? :D
Dan kat bawah ni Mar kongsikan jenis bilik bilik mewah lain, semuanya sangat ekslusif & Mar pasti korang tak tahu nak book bilik yang mana satu nanti . heheh . 














CAFE HOTEL 
Cafe dalam Hotel Jen Puteri Harbour ni sangat memuaskan, semua menu sedap. Kalau korang nak tahu dekat sini juga terdapat banyak cafe-cafe lain di bahagian bawah, jadi kalau malam malam nak lepak ambil angin boleh makan di cafe & restoran di bahagian bawah . 


Jadi sesiapa yang berminat untuk berkunjung di Hotel Jen Puteri Harbour Johor ni, Bolehlah membuat tempahan dengan segera taw. Antara hotel yang paling besar & mewah yang Mar pernah kunjungi Hotel Jen Puteri Harbour ni taw! :)

PHONE: (60 7) 560 8888
EMAIL:
hjph@hoteljen.com
ADDRESS
Persiaran Puteri Selatan, Puteri Harbour, Iskandar Puteri,79000 Johor Darul Takzim, 79000, Malaysia
CHECK-IN / CHECK-OUT
Check-in: 3PM
Check-out: 11AM


You Might Also Like

0 comments: