be lofa

Pendapat Putery Memory isu Neelofa & Kelab Malam

February 27, 2018,3 Comments

Hey guys!, Thanks sudi singgah baca .
Cantik gila awak tengok semua koleksi Neelofa tu kan. Semalam pula Lofa dah launched koleksi terbaru iaitu Be Lofa Turban & Be Lofa Shawl . Omg So cantik . Tapi Mar tak sesuai pakai turban laaa, hhu best sangat kalau muka korang bulat,kecik,comel camtu mesti cantik pakai turban. 




Neelofa selaku pemilik Neelofa Hijab telah membuat pelancaran Koleksi Be Lofa semalam di Zouk Club sempena birthday beliau yang ke 29 tahun .  Congratulation Pretty Mek Kelate Neelofa! Day by day you improved your business very well and great, so proud with your smart and intelligent in business! Boleh tak i nak tahu apa lagi achievement yang you nak buat lepas ni? hhe . Peratiii je si pretty with brain nih . Idola sangat dalam bisnes! Oppps. try awak semua pandang tentang bisnes jap, bukan fikir pasal event tuh . hhu 





Okayla , semalam jadi issue gila tentang pelancaran koleksi tudung Lofa dekat Zouk Club. Okayla why Lofa memilih Zouk Club katanya sebab nak buat pelancaran dengan theme Neon. So yeah dia dah booked the whole club tu tanpa sebarang hidangan arak . Tapi ramai sangat netizen yang bagi pendapat yang baik serta kecaman yang agak melampau.  Betul, memang betul pun Lofa boleh jee sebenarnya cari tempat lain. 

Bagi pendapat Mar pula.
Kalau ikutkan zaman sekarang rasanya tak salah pun Lofa nak buat kat Zouk Club, Sebab kadang bila buat di tempat yang 'panas' macam tu mana tahu ia salah satu cara untuk orang orang yang 'clubbing' tu boleh nampak jalan untuk mereka memakai tudung juga. perbaiki diri slow slow walaupun nak bertudung tp stylo melebih lebih. TAPI TAPI , haa ada tapi okay, tak bermakna korang bertudung tiket untuk korang masuk club & bergelek lepas ni. 

Yang mana ada berlaku sebelum ni, salah sorang ustaz yang letak posternya dekat club, dan akhirnya orang orang kat sana ramai hadir ke majlis beliau. You guys ada nampak tak benda yang positif dari situ?

Okay fine mesti dah ramai yang nak kecam Putery Memory pulak bagi komen macam ni. Okay walaupun Mar bagi pendapat macam ni, tak semestinya 100% Mar setuju .


Okay berbalik pada benda negatif yang berlaku. Such ada perempuan bertudung menari nari galak macam orang gila tu, memang salah perempuan tu, why buat performance terlajak galak macam tu, pendapat i memang benda tu salah dari segi performance, i think orang yang handle event atau buat performance perlu ambil sensitif benda tu. Banyak lagi performance yang tak menonjol boleh korang buat.  

Sambil i taip entri ni, 
Tetiba i dapat berita yang gelek kemahen tu kawan blogger i. Pergh, pedih la jugak nama blogger tercalit ni. Yang identiti wanita bertudung masuk kelab pun da panas sebab i pun bertudung. Okayla bila dia sendiri dah minta maaf di atas kelakuan yang tak senonoh tu dan sedar benda tu tak seharusnya berlaku. Kita as masyarakat perlu lah ambil semua tu sebagai pengajaran supaya tak kan terjadi lagi lepas ni. Dia da mintak maaf guys! mohon elakkan dari share video tersebut, lagi banyak kita share lagi mendapat kita kat akhirat . So sama je la level kita dengan mereka. 

Sebenarnya, kalau nak tengok benda maksiat kat dunia ni, kat mana mana je berlaku. Kadang, bukan tempat syaitan bertandang tu pun ada yang buat maksiat, lagi lagha . Cuma kita je yang tak nampak. Sebab apa? sebab tuhan tutup aib kita. 

Jom jaga diri sendiri. 

And to those women berhijab termasuk i sendiri, jom check balik why kita as a women bertudung and how to jaga identiti tu.

Oh ya, bukan itu je, yang lelaki pun kena lah jaga. Orang lelaki bukan setakat kena jaga diri juga malah kena jaga dan guide kami as a wanita juga, maklumlah kadang perempuan ni tak kuat sebab tu lah perlu ada pembimbing . 

Sorry la guys, Mar bukan a good person pun nak bercakap pasal agama, tapi kita cuba perbaiki, jaga semua . Jaga hati. Thankyou . 
Follow @PuteryMemory . 


Huk alos Lofa, Lets do positive marketing strategy okes lepas ni,  i'll support you as always!


You Might Also Like

3 comments:

  1. pandangan saya pula...saya tak bersetuju dengan tindakan neelofa buat event dia dekat situ
    walaupun masa dia buat tiada arak..tetapi dia menjana income pemilik Zouk tu yang memang kita tahu operasi syarikat memang ke arah hiburan yang melampau :)

    ReplyDelete
  2. nak komen lebih pon tak boleh jugak, cuma tindakan dia tu agak tak sopan la untuk imej bertudung dan yang tak best tengok nya bila gadis2 bertudung lain yang menari gelek dan ya, blogger, imej tercalar kat situ lepas dia build up nama sampai ke tahap tu. semoga semua baik2 sahaja lah

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete