Food

Amboi Kafe-Restoran Seafood Sedap di Seksyen7, Shah Alam!

June 20, 2017,1 Comments

Assalamualaikum w.b.t. 
Hai Mar & kawan kawan Mar geng foodies ni sempat lepak kat tempat sedap di Seksyen7 Shah Alam. Wuuu akhirnya jejak jugak seorang Mar ke sini! Selalu tengok kedai Amboi Kafe ni bila keluar lunch tapi belum sempat singgah! Yeszzzzzaaa! Finally!
        Hantu makan/ Pemakan / Suka makan / Makan banyak mantain kurus . 
haaa apa lagi nak describe untuk seorang Mar ni hehe

LOBSTER 
with Lemon
Sebelum ni asyik tengok pic orang makan lobster je kan. So hari ni nak jugak try. Alhamdulillah sedap! . Lobster ni dibakar taw. Aromaaa dia memang menusuk kalbu jee. Before makan perah lemon dulu sampai sebati . Rasa dia memang lembut . Aduhhh ! macam nak lagi jee . Takpuas makan bila seorang Mar memakai gigi besinya hhe . Krak Krak Kruk Kruk gigit jugak takiraa! hahhah harga lobster ni ikut saiz & jenis dia . So sebelum order korang tanya dulu harga taw . Tapi serius Mar puas hati dapat makan ni.


SOTONG GORENG TEPUNG (SAIZ L)
Harga RM14 untuk saiz besar (L).

Okay ini pulak sotong goreng tepung! besaaaaq bak hang ! hehe tengok rerambut dia tuu . Eee geram. hahha rasa tepung dia best bila dia masak garing pulak . Perghhhh . Then cicah pulak dengan pencicah . Kalau buat menu untuk Moreh ni memang syoklaaa awaaaaaa. hehhe Sotong dia sangatlah lembut & tak liat taw . 

SOFT SELL CRAB- SALTED EGG YOG
Harga RM25 untuk saiz sederhana
Okay ini pulak isi ketam masak dengan telur masin. Daaan, korang pernah makan tak isi ketam & kulit? taksangka ia sangatlah lembuttt hhe .Seriously Mar tak pernah try, memang selalu jugak tengok orang masak ni kan. Dapat try kat Amboi Kafe memang win la! . Rasa lemak lemak je isi ketam dan telur masin ni bila bergabung meletopsss hhe . Rasa manis isi ketam tak hilang taw tu yang best . Korang memang patut order yang ni rempah dia lain maciammm taw! Fuhh

SH3LLOUT ON PLATE (For 2pax)
 Harga 1 pax RM18 / 2 pax RM35 / 4 pax RM70
Okay tahu tak apa yang best pasal shellout ni? Meleleh air liur awakkk nak tunggu waktu berbukaaa hhu tasabar! Rasa macam nak ratah je semuaaa.  Shellout kat Amboi Kafe ni sedap sebab rasa kuah diaaa pekaatt sangatt , macam kena mintak resepi je dengan owner Amboi Kafe ni .hhe Rasa manis cukup, masin cukup & tak lupa jugak rasa manis semua makanan laut ni tak hilang taw sebab kat Amboi Kafe ni memang guna makanan laut yang freshhhh . Kitorang order yang 2pax sahaja sebab memang sangat memadai dengan kitorang berempat .

MANGGO YOGURT
Selesai makan, kami dihidangkan dengan Mango Yogurt . Allahuuu memang kena dengan selera lah. Apa yang istimewa dengan Mango Yogurt ni adalah buah & yogurt memang asli tiada bahan perisa campuran taw . Pekat manis buah dia tu boleh buat nak pergi berkali kali . Semata mata nak cari Mango yogurt Amboi Kafe ni kan . hee . Ada pulak potongan buahhh tuuu mak aihh joget joget perut seorang Mar ni keriangan hhe.

Okay dari kiri Mar, Afiq, Owner Amboi Kafe & isteri, Kechik, Mera 

Sebelum balik, sempat kami bergambar dengan owner Amboi Kafe ni taw. Mereka sangatlah peramah & Mar baru tahu kenapa owner letak Amboi Kafe sebab isterinya selalu cakap "Amboiiii" hhe so jadilah Amboi Kafe ni . Mar memang recommend kedai ni untuk korang datang makan, ikhlas dari hati Mar bagi 4/5. Memang puas hati sebab makanan laut dia fresh . Mereka taksimpan lama , sebab tu laaa rasa dia menyengat jantung hati Mar hehe.

Waktu beroperasi dalam bulan puasa ni bermula jam 4.00petang sehingga 1.00 pagi. Jadi sesiapa yang berkeinginan ke Amboi Kafe boleh terus whatsapp 012-2303117

 INSTAGRAMAmboi_kafe
FACEBOOKAmboi Kafe

Alamat :
Amboi Kafe , 
No 1, Jalan Plumbum A7/100B, Seksyen 7 Shah Alam.


You Might Also Like

1 comment:

  1. Jom repeat lepas raya please. Jangan ajak Mera. Dia dah pergi banyak kali. Hahaha

    ReplyDelete