KEKK2016

Karnival dan Ekspo Kemahiran Kebangsaan 2016 - KEKK2016

September 20, 2016,3 Comments


Hello semua, Sebenarnya Mar dah ternampak iklan KEKK ni baru baru ni, tertanya -tanya jugak apa KEKK ni? Karnival apa ni?  Kebetulan semalam Mar dijemput bersama sama kat sidang media Pelancaran  Karnival dan Ekspo Kemahiran Kebangsaan (KEKK) .
  

KEKK ini adalah merupakan acara  kemahiran terBESAR di Malaysia dan Noraniza Idris ProductionVentures Sdn Bhd (NIPVSB) diberi mandat untuk membentuk satu konsep pengisian acara persembahan yang dinamakan Skills of Brilliance@ Rhythm of Unity.




 Majlis pelancaran ini dirasmikan oleh YBhg. Datuk Dr. Pang Chau Leong, 
yang merupakan Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia 2016 kat Serdang. 

Katanya :
“Bidang kemahiran adalah bidang yang telah diterima oleh masyarakat . Itu sebab tema kali ini di pilih adalah sangat bersesuaian iaitu “ Skill For The Brighter Future”.
Haa, korang yang ada pelbagai kemahiran tu perlulah berbangga taw, sebab dengan kemahiran yang kita minat itu boleh jadikan satu kerjaya yang profesional . Dengan adanya Karnival ni memang sangat terbaik untuk memartabatkan lagi para masyarakat yang berkemahiran tinggi dalam negara kita.
Menurut wakil Noraniza Idris Production Ventures Sdn Bhd“Sebagai penggiat seni  tanah air Malaysia yang telah berkecimpung dalam industri muzik selama lebih 30 tahun, Noraniza Idris  dan NIPVSB komited untuk mengangkat  dan mengetengahkan industry muzik dalam kesenian dan kebudayaan  ke peringlat Global. Beliau berharap agar KEKK 2016 ini menjadi medium yang boleh menyatukan masyarakat antarabangsa menerusi pertukaran budaya dan seni”.
Banyak aktiviti menarik yang akan diadakan kat sana nanti . Antaranya : 
  • Pertandingan Kemahiran Peringkat ASEAN
  • Seminar dan Bengkel Kemahiran
  • Konferens TVET Peringkat Antarabangsa
  • Malaysia Book of Records
  • Demonstrasi Kemahiran
  • Temuduga dan Carian Kerja
  • Pameran ILKA/S
  • Ceramah KerjayaPertandingan Robot
  • Konvokesyen
  • Pertunjukan kereta
  • Servis Motosikal RM1
  • Servis Gunting Rambut RM1
  • Gerai jualan
  • Try A skill
  • Battle of The Band   

Untuk kawan kawan Mar yang masih mencari peluang pekerjaan bolehla datang sini untuk sesi temuduga . Ouwahh . Kemain menarikk! Ehem Mar nak pegi ahad ni bawak resume siap siap hha.

Sedikit schedule untuk korang :
24 September 2016, Sabtu
 : Pengunjung dapat menyaksikan slot persembahan kebudayaan multiracial Malaysia, Thailand, Filipina dan Cambodia. 

25 September 2016, Ahad : Slot ini diwarnai dengan persembahan Vietnam, Brunei dan Indonesia.

26 September, Isnin : Slot diwarnai dengan Myanmar, Singapura dan Republic Of Laos selain multiracial Malaysia. 

 Tahniah Noraniza Idris Production Ventures Sdn Bhd. (NIPVSB) 

Rugilah kalau tak datang nanti . Artis pun akan ada kat sana taw .
Antara artis terlibat seperti Noraniza idris,Ihab Ismail, Fee Haiqal, Liza Kool fm, Fedtri Yahya, Dalili Amerda, Fadzlee Sufri, Azmir Arif, Khai Bahar, Achey, Eka Syarif, Ayda Jebat, Pengasas Zapin Selat Panjang dan Pengasas Zapin Lenga. Selain itu, artis tari Sanggar Budaya Malaysia dan juga kumpulan Buskers akan turut mewarnai acara pentas sebagai tarikan pengunjung yang datang ke Karnival ini. 

Bertempat :
Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS), 
Serdang, Selangor


P/S : Slot persembahan kebudayaan ini akan diadakan di pentas utama seawal 
jam 9.00 pagi dan 2.00 petang setiap hari tahu . So guys, datang beramai-ramai nanti & kalau jumpa Mar say hi taww! hhe . 

You Might Also Like

3 comments:

  1. Good Luck Mar. Semoga ada rezeki Mar.

    ReplyDelete
  2. bagus karnival gini,buka peluang ,kemahiran penting sekarang...market job memang cari yg ada kemahiran.

    ReplyDelete