foodreview

Laksa paling sedap kat Bangi

September 28, 2016,1 Comments

REDUP RIMBA CORNER

Korang nak tahu tak . ahha Kawan kawan Mar sekarang kalau nak cari tempat makan mesti akan rujuk kat Mar taw . hahha macam ada cop tempat makan best pulak atas dahi Mar ni . hhiks  . Yelah kalau tak best Mar tak kan share kat blog . 


Okay Mar bagi pic lama  kat korang . Pic tahun lepas . Kalau nak cari gambar terbaru memang tak de la sebab selalu sangat pergi sampai tak sempat nak snap pic . Layan Laksa sampai terlupa nak tangkap gambar  weihh . Hhew tu kawan universiti Mar ,
 kiri : Lt. M. Saifa & kanan : Lt.M Nurul . Always lepak makan dengan depa ni laa kat sini sebab semua hantu LAKSAAAA!hha


KEDAI LAKSA & CENDOL Sedap di Bangi 


 Serius sedap , Kalau ada 10 bintang . Mar bagi 10 bintang , kalau 5 bintang Mar bagi 10 bintang jugak . hhu . Makan kat kedai la best .  Selalu kalau makan Mar akan order yang special . 




 Ahaaa! 
yang ni pic Mar bungkus bawa balik kat rumah . kat bangi ni kalau lalu sini memang selalu berhenti bungkus Laksa dulu taw . Wajiblah berhenti . 


Korang makan Laksa tu bolehlah order Cendol kat sana . Boleh tahan sedap jugaklah . Pekena dengan laksa pulak . Peh ! Jeliro sangat kalu ore kelate oyak . Ehh . hhe 


Alhamdulillah . 
Harap Redup Rimba Corner ni kekalkan kesedapan Laksa tuu . Nanti Mar nak pergi lagi . Mana tahu owner Laksa ni nak belanja Mar nanti hahahha .

Lokasi : 
Sebelah perpustakaan awam & Berhadapan pejabat Pentadbiran Daerah Hulu Langat (Pej Tanah), Bandar Baru Bangi .

Gerai Cendol & Laksa
Gerai No2,Kiosk Tasik Cempaka, Persiaran Pusat Bandar, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

Waktu perniagaan: 
Sabtu-Khamis 11.00 a.m-7.00pm
Jumaat : Cuti

Facebook :


You Might Also Like

1 comment: