malaysian model

Putery Memory di Mingguan Wanita

September 14, 2015,4 Comments



Assalamualaikum w.b.t 

Hai sahabat saya & yang lainnya ,
yang tak sempat beli mingguan wanita bulan 4  , 2015 hari tu , jangan risau sebab entry kali ni Putery Memory post pasal temu bual dalam ruangan dewi majalah mingguan wanita . 

So Selamat Membaca ! :) 
  •  Soalan 1

               Profil :

                               Nama penuh : Siti Marizam Bt mokhtar  (Mar Mokhtar)
                               Pelajar tahun akhir universiti sains islam Malaysia * eh skrg dah hbs study.
                               Dalam bidang Ijazah sarjana muda kaunseling dan kepujian
                               Anak kelahiran kuala krai ,Kelantan
                               Anak bongsu dari 13 orang adik beradik * ehem, xmanja , garang


Ini lah ruangan Dewi  dalam Majalah Mingguan Wanita tempoh hari

  • Soalan 2


1. kenapa pilih jurusan tersebut?

    -Memilih jurusan kaunseling kerana sangat berminat untuk membantu masyarakat dalam mencari jalan penyelesaian  .

2. apakah keistimewaan jurusan ini?

  -   Bidang ini sangat istimewa dan menarik kerana banyak faedah yang saya dapat terutamanya untuk menjadi seorang masyarakat yang prihatin dan peka terhadap permasalahan orang orang di sekeliling saya .

              3. bagaimana anda memandang masa hadapan jurusan ini?

  -   Bidang ini sangat penting untuk masa hadapan saya kerana ia  mengajar saya untuk lebih berani ke hadapan ,dalam mana mana pekerjaan sekalipun saya akan berani untuk tampil ke hadapan tanpa rasa malu dan segan . Ia juga membuka peluang kepada saya untuk menjadi seorang penceramah atau dapat memberi motivasi di dalam program program yang di laksanakan di latihan industri . Lebih lebih lagi saya sangat berminat untuk menjadi seorang pakar motivasi .


4. Apakah cabaran dan masalah yg pelajar sekarang selalu hadapi?

dan bagaimana anda menyelasaikannya?

    - Cabaran bagi seorang pelajar sekarang adalah dalam membahagikan masa dan waktu belajar ,apa yang kita tahu di era 2015 ini banyak teknologi yang kian timbul dan hampir membazirkan masa dalam aktiviti yang tidak berfaedah iaitu leka dengan facebook ,whatsapp ,dan sebagainya . Jadi saya menyeru kepada semua pelajar supaya berhati hati dan berwaspada jangan terlalu leka sehinggakan boleh menjejaskan masa kita untuk melaksanakan tanggungjawab kita sebagai seorang pelajar  dan masa untuk beribadah kepada tuhan .Jaga waktu solat terutamnya .Barulah kita akan jadi seorang pelajar yang cemerlang. InsyaAllah .

               5. apakah xtvt kesukaan anda di kolej dn mengapa?

    -Di universiti saya sangat aktif dalam badan beruniform iaitu Palapes ,hampir setiap minggu saya harus mengorbankan waktu cuti untuk training dan belajar ilmu ketenteraan .Walau bagaimanapun, sebagai seorang pelajar yang aktif bersukan haruslah tahu menguruskan masa dengan baik . Dan kini ,saya berjaya menamatkan latihan selama 3 tahun dan pentauliah diraja sebagai Leftenan Muda .Alhamdulillah .

Nasihat saya untuk adik adik pelajar yang meminati aktiviti lasak , boleh menyertai badan beruniform Palapes di Universiti kerana ia sangat memberi manfaat kepada setiap pelajar dalam kepimpinan .



 6. Ceritakan penglibatan anda dalam dunia peragaan? tahun dn kenapa pilih bidang tersebut?

   -  Sebelum masuk di alam universiti saya telah dapat beberapa tawaran sebagai model muslimah dan juga duta produk kecantikan, disebabkan kekangan masa untuk menghadapi peperiksaan akhir di Sekolah Menengah ,terpaksa saya menolak dengan baik . Ia tidak mengecewakan saya, bila di tahun 2 universiti saya mendapat tawaran sebagai model butik dan juga beberapa fashionshow di sekitar negeri Sembilan dan kl. Hanya beberapa tawaran sahaja saya akan ambil kerana jadual saya terlalu pack ,jika ada masa terluang sahaja,saya akan bagi komitmen sepenuhnya dalam bidang peragaan ini , Saya memilih untuk meminati bidang peragaan ini kerana saya percaya fesyen muslimah di negara kita boleh diketengahkan lagi , jadi ia menjadi tarikan kepada saya untuk menjadi salah seorang ikon muslimah yang boleh memberi inspirasi kepada wanita di luar sana untuk berhijab dan bertingkah laku baik seiring dengan apa yang dipakai .


7. Apakah yg selalu anda coretkan di dalam blogger anda dn mengapa?

    - Di dalam blog  saya www.puterymemory.com , banyak saya kongsikan tentang ‘Lifestyle’ ,kehidupan baik baik .Saya percaya setiap apa yang saya kongsikan akan jadi satu kenangan untuk saya dan pembaca diluar sana , Saya sangat suka menyimpan kenangan melalui penulisan dan gambar ,mungkin sebab itu terhasilnya nama ‘puterymemory’ . Setiap perjalanan yang saya lalui ,saya wajib membawa kamera, sebab ia akan merakam setiap kenangan dalam hidup saya sendiri .


8. Apakah respon pensyarah, keluarga dn rakan2 apabila anda menceburi bidang peragaan?

    - Pandangan ibu bapa saya terhadap bidang peragaan  ianya mestilah selari dengan syariat islam iaitu menutup aurat dan menjaga pergaulan antara lelaki dan perempuan . Salah seorang pensyarah saya juga memberi dorongan kepada saya untuk pergi lebih jauh lagi dengan membawa imej positif termasuk sahabat sahabat saya .



9. bagaimana anda membahagikan masa antara pelajaran dan kerjaya?

    -Saya akan membahagikan masa dengan baik apabila terlibat dengan beberapa kerjaya sambilan ,tips saya adalah saya menggunakan satu buku diari jadual harian saya untuk mencatat setiap jadual saya dan membahagikan masa sibuk saya dan masa terluang . walaupun masa free saya hanya pada waktu malam tapi saya akan menggunakan masa tersebut sebaiknya .








Terima kasih salah seorang sahabat whatsapp gambar & beli majalah .
Thanks sudi baca .

Terima kasih salah seorang sahabat whatsapp gambar & beli majalah .
Thanks sudi baca .


Okay Last Question :

 *Apakah lima tipS utk lepaskan tekanan . Pada pandangan Putery Memory?





Itu sahaja . Terima kasih semua yg di sisi depan belakang , mereka mereka yang selalu support Putery Memory .

I love you 

Thanks Allah .





You Might Also Like

4 comments:

  1. Tahniahhh.. Semoga sentiasa berjaya dalam kerjaya yg dipilih.. Chayok2

    ReplyDelete
  2. AsSalam Putery Memory..
    Salam perkenalan diucapkan.. Tahniah kerana semakin terkenal..
    Semoga berjaya dalam segala bidang yang diceburi.. ;-)

    ReplyDelete
  3. amboi mar.. tutup nama penuh.. tak aci.. hehehe... stay beautiful dear ;)

    ReplyDelete