buffet ramadhan 2018

Meriah Buffet Ramadhan di KLCC 2018 !

May 24, 2018,2 Comments



MENGHIDUPKAN SEMANGAT RAMADAN PADA BULAN YANG MULIA!
Kuala Lumpur Convention Centre Anjur Majlis Amal Berbuka Puasa Ke-11 Berturut-Turut untuk Kanak-Kanan Kurang Bernasib Baik dan Pesakit NKF serta Keluarga Mereka

Alhamdulillah, Mar dapat turut serta dalam Majlis Amal Berbuka puasa di KLCC bersama dengan Kanak Kanak Kurang Bernasib Baik & Pesakit NKF serta keluarga mereka. Best! Sangat meriah!Pusat Konvensyen meraikan seramai 94 kanak-kanak dari Living Hope dan Yayasan Generasi Gemilang (GG), serta 32 pesakit Yayasan Buah Pinggang Negara (NKF)

Sebagai permulaan, wakil-wakil Batik Guild, kakitangan Pusat Konvensyen dan rakan-rakan media mengetuai tetamu VIP kecil dalam aktiviti melukis batik berwarna-warni bertema Hari Raya!  Selepas itu, mereka semua diraikan dengan jamuan pelbagai sajian makanan kegemaran ramai yang lazat, disediakan khas oleh kumpulan chef Pusat Konvensyen yang memenangi anugerah.

 Pengurus Besar Pusat Konvensyen, Alan Pryor, berkata, “Kami sentiasa teruja untuk menganjurkan acara bermakna ini dan kami menantikannya setiap tahun. Kami terharu melihat dewan kami diselubungi kegembiraan dan keseronokan apabila kanak-kanak ini menyertai aktiviti dan menikmati juadah berbuka puasa yang kami sediakan. Kami berbangga kerana dapat menganjurkan majlis berbuka puasa kami buat kali ke-11 berturut-turut dan kami percaya kerjasama kami dengan Living Hope, Yayasan Generasi Gemilang and Yayasan Buah Pinggang Negara (NKF) Malaysia akan berterusan untuk selama bertahun-tahun yang akan datang.”

ANTARA MENU BUFFET RAMADHAN DI KLCC
Menu yang disediakan sangat membuka selera Mar taw, semuanya sedap ! 











Pengasas dan Pengerusi Living Hope, Dr Peggy Wong, berkata, Pusat Konvensyen benar-benar telah berusaha setiap tahun untuk membawa kegembiraan dan mengukir senyuman di wajah kanak-kanak ini dengan aktiviti mereka yang kreatif dan menyeronokkan. Kami terharu melihat sebuah organisasi seperti Pusat Konvensyen menghidupkan semangat Ramadan dan berkongsi kegembiraan musim perayaan dengan mereka yang kurang bernasib baik. Kanak-kanak ini seronok dapat datang ke Pusat Konvensyen untuk berbuka puasa, terutama mereka yang pertama kali mendapat peluang berbuka puasa di luar rumah mereka.”

 Pengasas GG, Encik Daniel Tan, berkata, “Aktiviti Pusat Konvensyen yang menyeronokkan dan sajian makanan yang lazat sentiasa dinantikan oleh kanak-kanak ini. Lebih penting lagi, mereka diberi peluang untuk mengalami budaya berbuka puasa bersama rakan-rakan beragama Islam, menyemaikan nilai saling menghormati dan memahami sejak kecil.”



Alhamdulillah, Mar pun turut gembira bila tengok adik adik yang datang ke majlis ni nampak enjoy & gembira sangat, lebih lebih lagi bila dapat menikmati menu IFTAR lazat yang disediakan oleh KLCC ni. Harap tahun depan boleh meraikan mereka lagi. 


Untuk semua maklumat lanjut , 
sila layari:
 www.klccconventioncentre.com 

*Living Hope ialah pertubuhan kebajikan dengan misi untuk memberikan makanan dan pendidikan, dan bertindak sebagai pusat sumber pendidikan untuk kanak-kanak dari keluarga miskin tegar di seluruh negara.

*Yayasan Kebajikan Generasi Gemilang (GG) ditubuhkan dengan visi yang berilhamkan Kesungguhan untuk melahirkan generasi akan datang yang boleh dicontohi dan membina keluarga yang lebih kukuh. GG berusaha menambah baik kehidupan kanak-kanak dan keluarga yang kurang diberi perkhidmatan dengan meningkatkan akses kepada pendidikan berkualiti. Mereka terdiri daripada kanak-kanak dan keluarga dari masyarakat luar bandar dan golongan berpendapatan rendah di bandar, institusi dan sekolah yang terabai dan kurang diberi perkhidmatan. Ditadbir oleh Lembaga Pemegang Amanah, GG berpangkalan di Lembah Klang dan mengendalikan perkhidmatan di seluruh Malaysia. 

*NKF idalah pertubuhan amal tidak mencari untung yang membuka pusat dialisis pertamanya di Jalan Hang Lekiu, Kuala Lumpur pada 1993. Lama-kelamaan, NKF telah membesar dengan sokongan banyak pihak. NKF telah meluaskan peranannya daripada pembekal rawatan dialisis semata-mata untuk menjadi pusat sumber setempat bagi hal-ehwal yang berkaitan buah pinggang.                                                                                   





You Might Also Like

2 comments:

  1. banyak pilihan yummms sedapnya tengok =D

    ReplyDelete
  2. nampak sedap semua menu,rindu klcc dan zaman2 keje situ huhuu

    ReplyDelete